Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, March 3, 2011

Degil Membawa Padah

Aku memberhentikan kereta betul-betul di depan lampu merah. DJ radio membebel-bebel mengingatkan tentang Merong Mahawangsa dan sekali gus melayangkan kenangan aku ke tingkatan empat dan lima dimana Merong Mahawangsa menjadi teks sastera ketika itu. Terbayang wajah Puan Hairiah yang banyak membimbing kami.  Terbayang juga muka-muka teman sekelas yang kebanyakannya entah di mana. Terbayang juga wajah Wan Maznah dan Nurimah yang kini telah kembali kepada yang Mencipta.  Al Fatihah buat mereka.

Memang aku banyak berpikir-pikir.  Banyak perkara yang aku pikirkan kerana aku pasti banyak perkara yang aku tidak mampu laksanakan dalam masa yang aku rasa semakin mengejar aku.

Semasa aku berpikir-pikir itulah, kelihatan sebiji kelisa membuat U turn di lampu isyarat. Dengan sekelip mata sebuah motor datang dari arah kiri aku dan bertembung dengan kelisa tersebut. Kelihatan motor tersembam di atas jalan, terseret.  Pemandunya terpelanting dan terguling-guling. Aku tergamam.  Aku rasa pemandu yang ada menyaksikan kejadian itu juga turut tergamam.  Aku katakan demikian kerana lama kami tidak bergerak-gerak daripada kedudukan kereta walaupun lampu isyarat sudah bertukar warna.

Aku lihat,kelisa berhenti dan pemandunya turun berkejar ke arah anak muda yang terbaring di atas jalan. Beberapa orang lain turut turun membantu. Anak muda itu di angkat ke tepi jalan dan mukanya berkerut menahan sakit. Tidak ada titisan darah tapi yang aku pasti dia akan menderita kesakitan dalam jangka masa yang agak panjang. Aku yang memerhatikan cuma dapat meluahkan rasa kasihan.

Banyak kereta yang membuat U turn di situ.  Sedangkan di lampu isyarat itu bukanlah tempat untuk membuat pusingan. Bukankah di negara kita ini terdapat cukup ramai pemandu degil? Degil mengikut undang-undang.

Err.. baru semalam tahu bahawa vitara ada dua saman yang masih belum berbayar. Diskaun 50% sudah berlalu.  Muka siapa yang padan?

38 comments:

pB said...

salam Kak Pah



kerajaan telah melanjutkan tempoh pembayaran sehingga 10 Mac


jom , kita ke pejabat pos sekarang jugak

kakpah said...

oo ye ke pb. kena laju je pegi ni...

kakngah said...

nk cek saman jap..
mudah2 xdo la..

kak long said...

doreh poie..!
kang tak pasal kono saman laie..!

bujal X said...

myeg tak ble nak check~~bengang~~~NGHHHH~~~~nasib baik saya da setel saman~~wee~~

kakpah said...

kakngah, tu la pasal. ingatkan kito ni takdo saman sebab bawak keto orait je. Rupo2 e si anak2 ni ha... tu yang buek derk jo tu.

kakpah said...

kaklong,
kono belolah poi ni..


bujal,
untung la kau dah setel..

kucingorengemok said...

bujal- myeg tak boleh, pasal depa nak cash! duit mau guna cepat maa...

AZANI said...

salam hajjah
dam lagi nak bayar saman...diskaun masih on sampai 10 mac...

kakcik said...

Elok pergi cepat Kakpah - sementara masih ada waktu. :)

kakpah said...

kog, guna rupiah boleh ke


azani, ni yang nak kena bekejar ni.


kakcik, haha baru padan muka kan..

Aku said...

KOG, duit mau cash cepat..?

Sudah mau PRU ka?

Ms.Lilies said...

kami clear saman
muehehehe

secangkir madu merah said...

pemandu2 malaysia mmg cenggitu, takde undang2, jalan ikut suka dia jek... no entry dia masuk, no uturn pun dia belasah pusing jugak, sudahnya orng lain yg menanggung, sekarang ni bukan driver lelaki je jadi road bully, org perempuan pon tak mahu nak kalah...

dah pergi settle saman dah?

Kaktiny said...

errrkkk... accident depan mata.. eeeiiiwwww.. ngerinyer..

ada saman?.. hahaha.. muka org yg kena kuarklan duit le yg padan.. dan org yg buat saman tu, telinga dia le kena dipadankan.. kalau dua-dua tu org yg sama.. hehehe.. sesuuaaaiii ler.. kuikuikui..

julietchun said...

benda org tak bagi buat tu lah org suka buat, padan muka dah kena langgar :D

pB said...

pB dah pegi pejabat pos satni..

panjangnya QQQQQQQQQQQQ ...

esok gie lagi

LIPISLADY said...

Sallam, kak pah,
Jangan risau, diskaun saman dilanjutkan sehingga 10 Mac,
ada masa lagi.

ejaMaria said...

ada lanjutan masa sampai 10 Mac... tp jgn lengah-lengah... nnt sangkut lagi mcm hari tu...

AuntieYan said...

Salam Kak Pah,

Arwah Nurimah tu sekelas le dengan Kak Yan masa Form 1, dia jadi ketua kelas. Eh? Wan Maznah pun dah tak ade? Dia ni Kak Yan tak le kenal sangat, kenal nama saja , rasanya, dia join STF lepas LCE.
Al-Fatihah untuk mereka.

kucingorengemok said...

aku - takyah cite pru, tu yang kecik² pun dah janji macam², semua mau pakai duit maa

azieazah said...

Aduhai.. kalu dikata pemandu di Malaysia tak beradap, marah pula, kan...

h4ni3 said...

err.. konpius jap

so kesimpulannya sape yg salah?
masa tu memang turn motor tu jalan ek, kakpah?
meh kita sama2 tibai orang yg bawak kelisa tu!

kakpah said...

nizam,
yela..yela..
aku bagi laluan.


lilies,
memang kamu pemandu berhemah


smm,
ramai nya macam tu lah. hasben kita kata kat jalan raya ni ramai smart alex..
Ooops, belum sempat bayar saman. Orang mesia kan suka tunggu last date hahaha.. Besok pegi. harini tak sempat. Macam-macam ada..

kakpah said...

tiny,
aku tak kuar duit sebab aku tak salah kihkih..
ni sume anak2 punya keje la ni. Sapa bayar? hehe.. bos kan ada hehe..


juliet,
yang salah kete tu. Yang langgar moto. Yang tepelanting budak moto tu sedangkan ..uhu.. memang tu jalan dia.

kakpah said...

pb,
cepatnya pb bertindak. Besok nak kena pegi tunggu depan pintu pos opislah nampaknya ni. Tunggu betul2 kat depan muka pintu.. tunggu pos opis bukak.

kakpah said...

lipislady,
tu la.. tadi iya iya nak pegi dah tapi ada hal pulak.

maria,
heh..heh..


Yan,
Wan maznah tu pegi dulu daripada Nurimah. Usia dalam tiga puluhan.. Alfatihah..

kakpah said...

kog,
tak yah tunggu pru. ni yang kat rumah ni pun hari2 mau pakai duit maa.

aziezah,
memang tersentap habis..


hanie,
moto tu memang turn dia. Ni kat traffic light depan warta tu lah. Kelisa tu dari arah seksyen 9(masjid hasanah) nak pusing balik ke belakang. Moto tu dah memang time dia jalan.

ashley said...

PRU sudah dekat maaa...kutip duit rakyat untuk rakyat!!!
...errr ye ke?

tasekM said...

sempat lagi kak. ada seminggu lagi. gi cepat.

:)




.

kakpah said...

ashley,
yeke!! takut masuk poket jer hikhik..


tm,
insyaallah sempat..

ibuintan said...

dah baya saman lom kakpah... sey nasib baik pemandu berhemah, takdo saman

camno leh pas lesen dulu tu, dah tak buleh kek situ knapo dio pusing yo... nyusahan orang laen yo

ckLah said...

Muka yang menyaman....eh...muka yang disaman! Hehe

Mak Su said...

siannya kat orang tu.....

Kaseh said...

selalu kan kak org buat uturn kat tpt yg tak patut uturn..sudanya menyusahkan org lain..

sila bayar saman cpt2 kak..eheeh kaseh setel da semua..

kakpah said...

ibuintan,
hehe.. kita pas kat bos.


cklah,
dan muka yang kena baya saman..


maksu,
betul!!


kaseh,
orang suka buat benda2 yang orang tak kasi buat. sebab tu la..

Cik Ina minat Do do Cheng said...

Tak nak cakap padanlah, cian kak pah , apa nak buat kak pah dah terlepas pandang. bayar je , nanti tak boleh renew road tax pulak.

mamawana said...

Saman oh saman... saman dah settle. Tapi, sebenarnya dah bayar tahun lepas... percaya kat kawan bagi dia mintak tolong bayarkan. Tapi dia tak bayar... dia kebas duit tu. Tup tup nak renew lesen takleh sebab kata JPJ and Polis saman tahun lalu tak bayar, cis bedebah betul muthusamy tu tak bayarkan saman yg mama suruh dia tolong bayarkan. Dia pun dah hilangkan diri entah ke mana..... Lain kali jgn percaya or kirim2 kan kawan jenis gitu....sob3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...