Makanlah sesuatu yang berkhasiat. Kurangkan santan yang sekilo sudah menjangkau 6 ringgit. Lemak kurang, kolesterol pun kurang. Minggu lepas semasa membeli ayam, aku sungguh terperanjat melihat harga ayam yang naik melambung sehingga 8 ringgit sekilo. Tapi oleh kerana aku kastemer tetap penjual ayam tersebut, dapatlah aku harga spesel 7.30 sekilo.
Harga yang sentiasa naik tak turun-turun ini menyebabkan nilai duit kita bertambah kecil sedangkan selera sentiasa besar. Mahu tidak, kenalah kita ubah cara pemakanan untuk balancekan wang dengan kehendak tekak dan perut.
Aku pernah menyarankan kawan aku yang mengidap kencing manis satu ketika dulu supaya mengubah cara pemakanan. Aku kata elakkan makan nasi putih sebaliknya gunakan beras coklat. Memang brown rice rasanya kurang enak dan kesat tapi khasiatnya bagus. Dia tidak mahu mendengar kerana ia sudah lari daripada cara pemakanannya selama ini.
Mula-mula memang rasa janggal, lain, tak boleh terima. Semuanya terletak di kepala. Bila kepala kata tak mahu, tekak mengikut dan perut menurut.
Ini dinner aku semalam. Chicken veges salad rolled in tortilla bread. Kenyang alhamdulillah. Siapa yang kata 'tak boleh hidup kalau tak makan nasi' memang sengaja memberi alasan . Mana ada orang mati sebab tak makan nasi.
Yang tengah belajar-belajar berdiet tu, masukkan makanan ni dalam menu harian. Buatnya pun senang. Makan lagi lah senang. Jangan lupa gaul salad dengan minyak zaitun dara, taburkan sedikit garam dan lada hitam untuk perasa.
kakpah
33 comments:
Kita yang 'mengajar' perut kita, kan Kakpah? :)
kakcik,
betul kakcik. dia kena dengar cakap kita haha..
Tortilla breadnya tu kakpah buat sendiri atau ada yg ready-made. Dah teringin pulak kakak nak ikut....:)
buatnya mmg senang
.
.
.
.
.
.
errr.. tolong buatkan :D den makan yo sonang . hihihi
kakzakie,
ready made. Di pasaraya ada jual. Kpah beli kat giant.
kts,
ekau semua nak senang je kan!!
mak aihhhh. minyak zaitun dara tuuu. kak, pembungkus bangkoang tu ada jual kat kedai ke? lembut semacam la...sodap.
tijah,
namo e rice paper. Takdo jual kek kodai. Kalau kau poi midvalley, cari restoren vietnam dokek ngan cinema kek tingkat ateh tu. kek situ ado jua.
euww sedap
kaloi pun suke mende2 mcm nie
lagi2 skrg memg ngah duk diet
tp plz tlg bg "guide line" skit nk wat dye
ehehehehehe
kek grand union tanjong ado rice paper tu kok tak silap... tapi yg instant punyo la. sok2 kok check in kek hotel sahara laei, buleh la boli hihihi!!
kalau tompek tu ramai warganegara vietnam, kompem ado.
hubby kita nak makan nasik jugak... huhuhu... karang ada yg nangis kat rumah kite tengok dinner mcm tu... ^_^
pB tabik lar pada sesiapa yang pandai dan rajin masak nieeee
ko pun diet ke kak...?
:)
.
Selalu nak berdiet.. tapi disiplin kurang jadi diet tak pernah menjadi.. tak tahan iman tengok makanan ni... semua nak makan.
wah~~macam sedap je makcik~~buatkan saya satu roll~~he~~
wokeh.. lepas ni nk buat yg ni plaks.. hehehe..
tapi, semalam dh buat menu Zalimi Diri!.. masak lemak cili padi.. taugeh lemak putih.. ayam goreng ala KFC.. addduuussshhh.. hancccuuussss!!..
.. dulu try gak beli beras perang tu.. tapi, lauk semedangnya tak habis.. sebab takde sape nak tambah nasik.. kehkehkeh..
.
perghhhhhhhhhhhh..
melelehhhh ena ni kakpah.. dapnya..
norkaloi,
tortilla tu beli siap kat pasaraya. Dada ayam dua tiga ketul rebus dalam air taruk garam sikit. Bila masak, sejukkan kemudian siat-siat. Carrot parut kasar. kubis hiris nipis. timun boleh hiris atau potong memanjang macam carrot tu. kalau nak tambah sayur2 lain ikut selera. Masukkan ayam dan sayur tadi dalam bekas. Bubuh empat lima sudu besar minyak zaitun, garam dan lada hitam secukup rasa. gaul.
bentang sekeping roti. Lapisan bawahnya(letak di bahagian paling hampir dengan kita)sekeping atau dua keping salad daun. Kmdn letak ayam-sayur tadi di atasnya. Susun memanjang. Taruk sedikit mayonis dan cilis sos kalau suka. Gulung.
kakngah,
grand unio tu kek mano haha.. Dah lamo dah tak poi tanjung ni.
ejamaria,
haha.. tak apek den nak nolong e.
pb, tu sebenarnya masakan orang malas.. tapi cepat, lazat dan berkhasiat.
tasek,
diet. sebab tu aku slim kehkeh..
fatihah,
kalau ikut selera semua nak. Kawalan diri tu yang penting hehe..
bujal,
apa kata kau buat sendiri untuk orang rumah .. hii.. tentu kena puji.
Tiny,
memang kau zalim haha.
Brown rice tu memang tak sodap. Kalau nak berdiet elok benar lah makan yang itu. mesti kau tak makan banyak punyer.
ena,
haha kesian plak aku...
kakpah,
kok sey buek camni untuk dinner, sah laki sey poe kodai mamak...
dio totap nak nasik
betul..
mana saya diet dulu
saya tak makan nasik
see.. masih hidup juga.. alhamdulillah
WEEEE
mekasihh !!!
TQVM sis ^___^
salam buat kak pah...
waaa..hebat akak...ni boleh jadi perunding makanan kalau cam ni...
Kak pah.. tiap2 mggu tortilla wrap nielah lunch box saya ;)
sedapnya kak pah,makanan berkhasiat. betul tu nasihat kak pah. Diri kita ni dari apa yang kita makan.
boleh cuba ni walaupun perut den akan meraung raung minta nasi:)
ibuintan,
haha.. camno tu. Nak buek camano kan? dah lidah melayu tulen.
hanie,
omputeh pun tak makan nasik kehkeh..
nurkaloi,
u re welcome
paklong,
boleh... bagi kakpah pengeras nanti tiap2 hari kpah bagi tips hiii..
iina,
see.. makanan sonang kan?
cikina,
betul..betul.. klurangkan makanan berminyak, berlemak, berkolesterol dan bergula. Semuga hidup kita sehat dan tak juga merungut2 bila harga naik sebab tak ada kena mengena dgn kita hehe..
cik manggis,
alamak.. otai macam ko jangan bagi komen. Malu lah kita.
kami dinner makan biskut jacob hi kalsium dgn air melo je kak
hehehe
sebenarnya dah terbiasa tak mkn nasi masa malam, tapi setiap sabtu kira belasah dinner kat luar heheh
sedap nmpak kakpah malm2 gini
satu rumah ada yg nak nasi juga..heyy ssh nak ubah cara pemakanan
rezeki,
kpah pun jarang makan memalam. Kalau makan ambil yang rengan2 dan pastikan sebelum maghrib.
tapi macam yang pak itam cakap. kadang2 belasah jugak..
sudais,
memang susah nak biasakan yang tak biasa.
Post a Comment