Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, March 25, 2011

Salam Jumaat

Adakalanya kita rasa terfitnah dan meniti dari mulut ke mulut tentang perkara yang tidak kita lakukan. Pedihnya hati bukan kepalang. Resahnya rasa membuat tidur kita tidak tenteram.

Jangan kita doakan yang buruk untuk yang membawa mulut.
Jangan!!  Kerana DIA tidak menyukainya.
Mengadulah saja kita kepadaNYA. Kerana DIA maha mendengar.

Jangan juga kita doakan yang baik untuk yang membawa mulut itu.
Jangan!!  Kerana di sebalik doa baik itu mungkin jauh di sudut hati kita terselit permintaan yang tidak baik.
Ya Allah! Kau bukakanlah hatinya untuk melihat kebenaran supaya kalau terkena pada dia baru padan mukanya.  

Ini hanyalah cebisan yang aku dengar dicorong ikim pagi semalam. Ingin aku kongsikan bersama sesiapa yang tidak berkesempatan mendengarnya.





Seorang kawan menangis memberitahu aku:
Aku doakan yang tidak baik untuk kau siang dan malam. Dan bila berlaku musibah ini aku rasa amat bersalah. Maafkan aku.

Dan aku menangis mendengar kata-kata kawan aku itu.
Kerana aku tidak membuat perkara seperti yang dikatanya.

kakpah

35 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak ada dengar motivasi pagi di Radio IKIM bahawa org yg mendoakan perkara tak baik kepada org lain akibatnya diri sendiri yg rugi dan jiwanya sentiasa resah...

Yunus Badawi said...

Salam kakpah.

Dah alang2 nak berdoa buat apalah minta yg tak baik. Org mcm tu pun ada.

kak long said...

kawan makan kawan...!

kakngah said...

bila amarah dah menguasai diri... begitu la gayanya...

Ms.Lilies said...

fitnah berleluasa....
dunia akhir zaman

Ena said...

terima kasih kakpah..

ibundo said...

kakzakie,
biar orang buat kita jangan kita buat orang.

yb,
ada banyak

kaklong,
makan tomyam lagi sodap

kakngah,
susah nak kawal sifat marah ni

lilies,
betul..betul.
Weh.. bilo kau nak jemput masuk rumah ni. aku datang asek bekunci je.

ena,
sama-sama

Cik Ina Do Do Cheng said...

Terima kasih kak pah, makcik baru nak mendoakan perkara buruk pada seseorang kerana tak tahan ngan sikap dia yang menuduh makcik yang bukan-bukan. Baru je nak terdetik hati ni.

tasekM said...

jujurnya dia mengaku ye kak...?




doa yg baik2 dr aku buat kamu.






.

Ms.Lilies said...

ler...kak..tak dapat invitation yek...mangkuk btl blogspot ni...udah 2x try send smlm..jap invite lg

julietchun said...

kalau musuh yg kata gitu takpe jugak, ni kawan sendiri, aduhai,lukanya hati.

AzeedA said...

kakpah..
aci tak kalo tgh geram tu teman terrdoa yg tak baik pehtu tukor ke doa utk moghahkan ghejeki teman sekuarge...?

aNIe said...

Salam Kak Pah.. kita manusia tidak sempurna...bila kita difitnah... kita merasa teraniaya... biarpun tidak berdendam tapi tak pernah dpt melupakan apa yang terjadi...

Kaktiny said...

As Salam Kak Pah..

jujur sungguh kawan akak tuh.. sekurang-kurangnya 'azab' dia dh lepas bila memberitahu akak perkara tersebut..

.. dan pabila mendengarnya, ujian itu beralih kepada akak pulak, samada memaafkannya atau mendoakannya.. sungguh Allah itu Maha Sempurna aturan-Nya.. Subhanallah..

Anonymous said...

BIla kita tahu kita kena fitnah, susah nak kawal perasaan, kan.. marah, sakit hati, segala busuk-busuk semuanya keluar.

Kita ni manusia, walau macam mana kuat pun usaha kita, yang paling sukar ialah membendung emosi. Selalu selawat dan zikir je... mudah-mudahan dapat buangkan segala daki-daki kotor tu..

ieda said...

minta kita dijauhkan dari perasaan mcm tu huhuh

Acik Erna said...

kak pah..saya memang tak ponah bekempatan donga radio pagi2..timo kasih la kak pah..dah kongsi disini..

aza ni said...

salam hajjah
memang fitnah ini tajam dari pisau..macam amakn daging saudara sendiri..cakapnya bertahun silam, tapi bahananya...berzaman...

Nizam.Ariff said...

pokak an tingo jo kak...

(ada gaye tak kak?)

tapi org tu dah minta maaf, maafkan je la... hati kita juga lega. dendam-dendam ni makan hati macam api dalam sekam. last-last, hati kita yang sakit sendiri...

ibundo said...

cikina,
macam yang ustad tu cakap, kita dekatkan diri padaNYA. Tak payah doa apa-apa..

tasek,
alhamdulillah..

lilies,
dah dapat dah. masalahnya blog aku ni akaun yahoo. nak pegi rumah ekau kena kelua masuk gmail dulu haha.. padan muko. muko den yang padan.

ibundo said...

juliet,
tapi dah terubat dah... Dah lama punnn..

azeeda,
haha tegolak den ni. doa tu elok.. yang tak eloknya kalau ada sekelumit rasa nak mengenakan orang..

anie,
ada satu peristiwa 30tahun dulu. sampai sekarang kakpah tak lupa walaupun tak lagi berdendam dengan orang itu.

ibundo said...

tiny,
teresak2 dia bagitahu perihal tu. dan peliknya akak ni macam tercengang-cengang tak tahu hujung pangkal. Semuanya gara-gara salah paham. Menangis tu memanglah menangis mengenangkan sampainya hati berdoakan yang buruk menimpa akak. walaupun melupakannya, hati tetap berdetik..

ibundo said...

tie,
tak boleh tidur malam berhari-hari. Kalau buat kerja semacam robot kepala asek memikirkannya.


ieda,
insyaAllah.. dijauhNya.

erna,
kakpah hantar anak sekolah pukul 7 lobeh. On the way pegi dan on the way balik, sompek la dongar lam kereto.

ibundo said...

azani,
pedihnya tak makan dek zaman.

Aku,
wah.. dah boleh masuk grup orang kualo pilah ni..
er.. macamano nak pokak an tingo sobab tingo tak pokak haha..

lupekanje said...

Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat pada kita...
Seperti mana junjungan kita, Rasulullah s.a.w.... yang sentiasa mendoakan kebaikan buat mereka yang membencinya.

wah..bilo kak pah poie Wetland amek gamba Flamingo tuh..??

Nizam.Ariff said...

kak, sobab tak pokak tu la kono pokak an... (ada gaye? ada gaye?)

mulut orang ni bulih lagi tutup. mulut hati laaagii la... payah nak tutup kak...

aku cakap senang la ye kak, tapi kalau aku yg kena, gelabah gak dibuatnya...

secangkir madu merah said...

mulai berazam utk mendoakan yg baik baik saja utk semua org tak kira yg baik dan tak baik dgn aku...
tak baik berdendamkan kak..

ibundo said...

acik,
orang lempar taik, kito lempar bungo. Dapek pahalo tu.
wetland? haha tertipu you kan? tu akak amek gambar kek zoo melaka..

aku,
gaya memang ada. Lam alif je yang tak de.
kau ingat sonang ko nak tutup mulut orang. Ado kawan akak kan, cakap tak tau nak beronti. Potpet potpet.. sampai lenguh lubang telingo donga. Yang ni akak buek buek pokak pun dio bocaaaaaaakap tak pedulik akak pay attention ko tak. camno tu.

ibundo said...

yati,
nak bagi sonang tak payahlah kau doakan untuk orang. doa untuk diri sendiri dan keluarga dah hahahaha...

ibuintan said...

kakpah ado maso ati sakit bona... rasa nak jugak doa yg tak baik untuknya

tapi betullah bila kita doakan yg tak baik untuknya, hati kita makin sakit lagi... jadi slalunya lupakan saja

ibundo said...

ibuintan,
camtu lah yang terbaik kan?

hentian said...

kita lihat saja nanti apa balasan yang Tuhan nak timpakan ke atas pencipta dan penyebar fitnah kotor ini..

ibundo said...

IM,
Berat balasan bagi penabur fitnah. Nauzubillah..

lupekanje said...

oohh..zoo melako ko...flamingo samo rupo eh...adik bradik gak eh...hehehhe...
Jom outing amek gambar kek Broga kak pah..

Cik Azz said...

Cantik ee la gambar bangau tu kak.. Apsal bangau koting ehh kocik ekk..?

Err.... =)

Kadang2 ado gak ghaso camtu kak.. Bilo org buek kek kito, mulo la mulut bocakap, mintak2 bondo tu jadi kek dio balik, baghu dio ghaso cmno.. Tp tu la, lopeh tu mulo la nyosal... huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...