Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, March 6, 2011

Joging dan Fotografi

Sebelum aku keluar berjoging pagi tadi, aku berpesan pada bibik;

Keluarkan burung puyuh dari freezer. Biar nanti aku balik dia dah nyahbeku.

                                                                Ini bukan burung puyuh.  
 
Pagi tadi aku berjoging bawa kamera. Burung ni aku snap semasa dia tengah termenung membatukan diri di dalam air yang hanya menenggelamkan separuh kakinya. Dia cuma duduk di situ tidak bergerak-gerak. Muncungnya yang tajam itu bersiap sedia untuk mengepit ikan yang berenang-renang di situ. Ada sesiapa tahu apa nama burung ni?  Aku tak tahu.




Dari tasik nampak bangunan warta.  Warta sudah berkubur tetapi namanya tetap disebut-sebut sampai sekarang, walaupun sudah diambil alih oleh Bintang dan diambil alih pula oleh Gergasi. Di depan bangunan inilah aku menyaksikan accident tempoh hari.
 
Bila berjoging di tasik cempaka ini, aku nampak ramai orang.  Ada orang yang aku kenal. Ada yang tak. Ada yang berpakaian sopan.  Ada yang bertudung tapi telanjang. Susah nak cakap.
 
Tadi aku ternampak upline aku yang jual 4Life itu sedang bercakap-cakap penuh perasaan dengan sekumpulan makcik-makcik.  Aku menonong buat-buat tak nampak sebab aku malas nak melayan dia yang bercakap tidak tahu nak berhenti. Aku syak mesti dia sedang cari downlines.




Selesai joging, aku dibelanja makan di MZM corner. 


 Bankuong

 
dan kuetiau sup champa.

.
.
.
.

Sampai di rumah aku dapati burung puyuh aku masih beku dalam freezer.  Hari ini mood aku baik.  Aku tak naik angin.

Sekian.

40 comments:

Mama Zharfan said...

nice pics!

nak menang purse clarks ori? jom vote!

h4ni3 said...

hehehe

burung puyuh yang syok tido ker...

...atau bibik yang tertido...?


sebbaik kakpah dah snap gamba cantik2 kan.. kalau tak, sure kena sedas bibik tuh

kakngah said...

ptg ni xdpt joging.lembah hujan.

Kakzakie Purvit said...

Tak tahu juga kakak burung tu apa namanya.

Semakin manja bibik kakpah ye. Kena jaga-jaga kakpah....

ejaMaria said...

perut dah kenyang... angin baik la kan... ;p

pB said...

salam


pB pun masuk gak 4Life nie ..

tapi memang jenis tak reti nak berniaga ...

guna sendiri pun tidak ...

ckLah @xiiinam said...

Lepas joging , makan!!!
Nak kena kakpah ni!


:D

Tijah said...

wahhh! gamba2 dah byk improvement la. bangkuong tu nampak sodap tu...

ibundo said...

mamazharfan, thanks.

hanie,
bibik aku tu ntah apa yang dia berangan gak e..

kakngah,
iyo ko. kek sini tak ujan plak.

kakzakie,
kpah ni malas nak bising2. tapi kalau tak tahan tu, bising gak..

Anonymous said...

Lawa la burung tu... Warnanya menarik, tapi Tie tak kenal burung apa. Yang pastinya bukan burung murai, hihihi....

Susah dapat bibik blur gitu kan.. nasib baik Kakpah dalam good mood. Sabor je laa... :)

ibundo said...

ejamaria,
haha,.. pandai kau..

pb,
kpah guna tuk diri sendiri je. malas nak jual2 ni...

cklah,
hahaha.. erk.. cklah pun camtu gak kan!! kan!!

tijah,
kau dah ponah poi makan kek situ lum. lenkali datang pagi akak bolanjo kau..

ieda said...

sib baik perut kak pah dah diisi dgn koay teow sup campa & bankuong tu...
btw bankuong tu apa?nampak mcm popia ja.

Cik Azz said...

Poghut dah konyang, mano nak naik angin tu... kan kak.... hehe...

Bankuong tu apo? Mcm popia basah yoo ghoman ehh...

BACK TO NORMAL

rohaizahabas said...

kak Pah..

belanjo den makan macam tu kak..berselero lah kak nengok bangkuang dan kuehtiaw sop tu...

ibuintan said...

alahaii bibik, apo lah yg kau buek..

nasib baik porut dah konyang kalau tak siaplah kau bik...

Acik Erna said...

kak pah..mood baik hari ni kan..
kalau tidak...
jadi tak masak puyuh tadi kak pah..

rezeki said...

kak pah silap

patut suruh bibik keluarkan burung hantu hehehe

kak pah dah semakin advance dgn dslr, nice picture
teruskan

Nizam.Ariff said...

Itu bukan ke burung pucung?... bangau?... heron?...

Semakin cantik gambar2 tu...
Bebaloi-baloi pegi kursus...

secangkir madu merah said...

cantiknya gambar kakpah tu, terlior lak tengok ...

tasekM said...

ha ha.

kak pah cerita apa pun aku suka je baca la...

:)




.

aza ni said...

salam hajjah
melihat gambar hajjah ni terasa sangat nak makan...

Mak Su said...

x dpt tgk gmbr brg, lama nak download.... hu hu hu

ibundo said...

tie,
tak tau la dia buat2 blur ke hape...


ieda,
bankuong tu diisi ngan sayur2, mcm mihun sikit, udang sikit dan dibungkus dengan rice paper. bukan kulit popia.

azz, kok tongah lapa, maun kono polompang so das. bankuong tu jwpn sprt di atas.

ibundo said...

ezza,
datang sini akak bolanjo kau.

ibuintan,
haha.. ontah apo di pike e gak e.

erna,
potang lah baru masak. Buek goreng berompah yo.. sodap kemain hehe..

ibundo said...

pak itam,
burung hantu dah masuk tido..
tenkiu. pakitam lagi advance.

nizam,
haah.. tak tau buat je la tak tau. Jamie cakap tu burung raja udang.

smm,
meh sini aku belanja kau makan.

TM,
aku ni memang suke je buat cerita merapu kan?

ibundo said...

azani,
buat pun boleh. tapi rice paper tu susah nak carik.


maksu,
oo.. ye ke..

Nizam.Ariff said...

eh.. apa pulak raja udang..
Raja udang mana mengendap dalam air. dia duduk kat hujung ranting lepas tu menjunam tangkap ikan...

eh, raja udang makan udang jer ke?

Zaidah said...

BURUNG BANGAU KOT KAK PAH...HEHEHE...BUAT PUYUH GORENG KUNYIT SEDAP KAN...TERLIUR...

azieazah said...

Betullah, sementara nak ke mana-mana, elok kuarkan dulu segala bahan beku, nanti balik leh terus masak. Tapi kalu dah yang dipesan terlupa, sabor jelahhh...

Berkongsi Blog dengan Orang Sebelah: Sebuah Pendapat...

julietchun said...

sambil beriadah pun buleh carik downlines :D

ibundo said...

nizam,
eh aku pun dah konpius ni. Akak bagi kau homeworklah.. carik nama burung tu. Dah dapat nanti cakap..
(petang ni buat sambal udang taruk petai sedapp gak ni)


zaidah,
burung bangau pun banyak kat tasik tu. tapi yang tu dah pasti bukan bangau hehe..

ibundo said...

aziezah,
memang kena besabo le ni..hiii..


juliet,
macam burung tu gak. sambil berendam sambil makan ikan kihkih..

Ena said...

cantiknya pic yg kakpah snap..

en_me said...

bibik bz tewww.. uhuhu

ibundo said...

ena,
tengah nak praktikkan benda yg belajar haritu.

enme,
ye la tu kan?...

cikpuanhady said...

lawanya gambar yang akak ambil..

Jom skodeng :Notre Belle Histoire

Jom skodeng :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

|| a - j . E . E || said...

tergelak saya kak. bibik akak tu mamai kot. :D

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak pah mantop gambar tu. Tak sia-sialah belajar teknik fotografi, lepas ni, anak makcik kahwin, boleh tempah.he he he

azzey said...

Ni jogging kat taman tasik cempaka ke kak..Lama gak dh x ke situ..

ASH said...

Bertudung tapi telanjang?? hihih ni kes baju sendat sendut nih..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...