Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, March 13, 2011

Kelip-kelip kusangka api....

Salam.

Rumah tak ada orang sejak jumaat.  Maaf lah kalau datang tak ada orang yang sambut. Dan maaf jugalah sebab komen-komen tu tak berjawab.

Aku ke suatu tempat bertemu dengan Hang Nadim yang aku sendiri pun sebenarnya tidak tahu bahawa Hang Nadim berada di situ,

sehinggalah kunang-kunang yang membawa aku berhenti di landasan. Memang aku terkejut kerana aku pun tidak tahu sebenarnya.  Sama seperti suami aku juga.  Dan pada kesempatan itu aku mengambil peluang berfoto-fotoan bersama Hang Nadim.  Cuma foto aku itu tidak aku letak di sini sebab ia berada di dalam henset suami aku. Maka aku letak Hang Nadim sahajalah.








Inilah pertama kali aku ke Batam.  Pergi pun kerana berjumpa dengan saudara sepupu yang telah menetap di situ. Oleh kerana kami tidak dapat bersama-sama meraikan majlis perkahwinan anaknya pada awal April nanti, kami mengambil keputusan ke sana lebih awal.

Kunang-kunang(kelip-kelip) @ firefly adalah pesawat yang membawa kami ke sana.  Saat aku terpandang pesawat itu semasa mahu berlepas di Subang, perut aku diserbu oleh bermacam-macam serangga.  Sememangnya aku pengidap fobia pada kapal terbang.  Dulu-dulu tak.  Sekarang ni sahaja semakin menjadi-jadi.  Apatah lagi bila firefly yang aku tengok itu amatlah kecil. Belum pernah aku naik kapalterbang yang gunakan 'propellar' atau kipas.



Beginilah rupa propellar itu.  gambar ini aku ambil semasa di atas awan.  Tapi alhamdulillah, penerbangan bagus tidak seperti yang aku sangkakan.




Bukan selalu boleh ambil gambar awan semasa kita berada di atasnya.

Sebagai penutup cerita, aku berada di Batam sekejap sahaja tetapi sempat bershopping sampai sakit-sakit kaki.  Biasalah kan.  Mana sah kalau tak menyoping.


Kepada adik-adik dan anak-anak yang menyertai GA, harap bersabar ya.  Nafas masih semput ni. Selesai membuat cabutan, nanti akan diumumkan pemenangnya.  Nantikan besok petang atau malam.  Jangan lupa ke sini besok.

kakpah

24 comments:

kakngah said...

shoping tu kan acaro wajip kak...
kehkehkeh!!!

Kakcik Seroja said...

Kakcik ni kononnnya dah berkali2 nak ke Batam, tapi tak sampai2 juga. Agaknya kalau seklai dah sampai mungkin akan pergi berulangkali. Dengarnya Batam adalah 'syurga (atau sebenarnya neraka?) bagi lelaki'...

HANNA PLEASURE said...

wow kak beshnya dpt ambil gambar awan tu..subhanaAllah..

selamat pergi & pulang..

kak long said...

sojak masuk kelas photografer ni,kan main cantik2 laie gambar yg kakpah ambik,memang pro la....heheheh!!!

Cik Azz said...

Wahhhh... Jauh akak bojalan...

Ehh... Hang Nadim tu namo anak T.S. Jins Shamsudin kan.. hehe..

Acik Erna said...

kak pah..jauh kak pah poi bercuti..
nak tungu gambar kak pah shopping apo pulak..dapek tengok gambar pun jadi lah..

Hjh Noralenna Abbas said...

Batam...hmmm...teringat Puah Chu Kang..seronok ye ada sedara jauh-jauh seberang laut..

Ena said...

Wahhhh.. Cantiknya pic yg kakpah snap tu.. Nak nak yg gambo header tu.. Cantik sungguh.

lupekanje said...

sronoknya kakkk...nk gi Batam gak la..hehehe

zino said...

melencong rupanya...

aza ni said...

salam hajjah
amacam...barangan nya masih tahapmurah lagi ?

deme pakai dollar sing kan?

pak long said...

salam buat kak pah..
amboi maka angin aaa...tetu best kan kak...

waaa..cunnya header blog akak...

ibundo said...

kakngah,
nak buek camano kan. Tak dapek nak dielakkan hehe..

kakcik,
kata orang macam tu la. pokok pangkalnya niat kita hehe..
Ramai juga lelaki yang sama2 flight ngan kpah ke sana bawa kayu golf.

ibundo said...

soclose,
dari atas betul2 macam kapas.bukan selalu boleh lihat macam tu.

kaklong,
iyo ko kaklong.

azz,
akakk tak bojalan do azz. Kok bojalan sobulan pun lum tontu sampai. Ntah2 tak sampai-sampai kahkahkah..

ibundo said...

erna,
malu plak nak tunjuk gamba beshoping hii..


kaknora,
bila ada sedara ni ada tempat nak landing. tak payah cari tempat tidur dah hehe


ena,
batam tu di kelilingi oleh banyak pulau-pulau kecil. Header tu antara pulau yang dihuni..

ibundo said...

acik,
acik dah balik!!!! Mesti best kan cik.


zino,
sambil menyelam sambil minum air


azani,
tak kata murah, takde la murah sangat. Kat jakarta dan bandung lagi banyak pilihan dan ada yang harga pun tak banyak beza. Certain items la.
Duit dorang guna rupiah.

ibundo said...

paklong,
haah.. sampai perut pun dah masuk angin dah ni.

Insyirah said...

Sebab tu lah firefly tak boleh terbang jauh2. Paling jauh pun negara seberang je. Hehe. Kalau nak bawa kapalterbang ni dari France pun kena berhenti transit banyak kali sebelum sampai ke Malaysia.. :)

Unknown said...

rupanya hang nadim ada di Batam ya...



Jom join contest Aksi si Cilik Berbasikal

n3 terkini kakyong.com
2nd batch : Peserta aksi si cilik berbasikal
Daftar & dapatkan gravatar anda
Segmen review no 5 : transformed housewife @ nur adyani

ibuintan said...

jenjalan rupanya... cantek2nya gambar yang kakpah snap... dah pro dah, tak sesia masuk klas

Zaitun said...

Shopping tu kan acara wajib kalau pergi mana2 hehehe...

Saya pun macam kakpah takut sangat kalau tengok kapal terbang kecik,macamlah kapal terbang besar tu tak bermasaalah.

Pepel BoNda AmaNi said...

bestnya dapat soping kat batam.....mesti banyak akak soping kan...

deqlis said...

suka tgk awan tu cantik...klu tgk live lagi cantikkan??

iina said...

masa shopping sure lupo dah serangan serangga tuh kan kak hehehe ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...