Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 9, 2011

MANOLIPASE PHOBIA

Man, bangun.. dah nak subuh ni.

ummmm..

Bangun la.. dah dekat nak azan dah ni.

ummmm..

Eh!! ada lipas ni bawah bantal ni..

Mana! mana!..
Dia bingkas bangun sambil tercari-cari. Dan aku hanya gelakkan dia.


Memang.  Anak-anak aku takutkan lipas. Kalau ternampak lipas, ada yang menjerit-jerit. Ada yang geli geleman. Ada yang cemas sehinggalah lipas itu mati dibunuh atau sudah merayap ke tempat lain. Kadang-kadang jeritan mereka terutamanya yang perempuan, boleh membuat jantung aku rasa macam nak tercabut. Padahal hanya kerana ada lipas yang terbang.

Ada juga pada masa tertentu aku lihat anak aku terkejar-kejar masuk ke bilik air. Kemudian belum beberapa saat terkejar-kejar pula keluar.

Lipasssssss!!!
Dan terus mencari bilik air lain.

Bunuh je lah.  Lipas tu kan kecik. Awak tu beratus ganda lebih besar tau tak! Penyekkan je lah dengan selipar jamban tu.

Geliiiiiii!!!

Ya.  Anak-anak aku mengalami manolipase phobia yang agak kronik.  Semua ini aku salahkan bibik indon aku yang pertama, Marjanah, yang bekerja dengan aku 20 tahun yang lalu.  Dia suka takut-takutkan anak-anak aku dengan lipas. Itupun aku tahu sudah agak terlambat. Ketakutan itu sudah ditanam dan sudah terpahat dalam otak anak-anak.

.
.
.
Mak, Faris dah pandai cakap takut lipas

H'a?

Ya.. dia cakap akut ipasy.. 

Ni mesti ada yang menakut-nakutkan dia ni. Patutlah bila ada katak berbunyi dia lari meluru pada aku. Puas aku nak reverse balik.

Itulah susahnya kalau ibu berkerja dan ada masa-masanya anak-anak terpaksa ditinggalkan bersama bibik indon yang tak ada pelajaran ni. Yang buruknya, dia perturunkan apa yang dia belajar di kampung mereka kepada anak-anak kita pula.

watik! kau jangan suka takut-takutkan faris dengan lipas ke dengan apa ke.
Dan dia sengeh-sengeh bila aku cakap macam tu.

Sebenarnya aku tak gemar budak-budak takut pada benda yang remeh temeh. Geli lain. Takut lain.Takut sehingga menangis ketakutan sambil meluru memeluk kita hanya kerana nampak lipas atau katak atau cicak sememangnya takut yang tak boleh diterima akal. Ia mesti diberhentikan sebelum menjadi parah.


kakpah

33 comments:

Kakcik Seroja said...

Anak kakcik tiada bibik yang menjaga tapi mereka juga takutkan lipas! :(

rohaizahabas said...

anak saya pun sama kak..walau pun tengah tidor bila sebut je lipas macam kilat bangun...

Sekarang ni dah ada spray bunuh lipas..spray je waktu malam kat tempat2 yang kipas ni ada ..esok pagi, terkangkang2 lah lipas ni mati

kak long said...

kaklong yg jago anak sendiri pun,tak tau kenapo dio orag takut mo lipeh...?
satu hari kaklong tanyo,"kenapa kakya takut lipas?"
dio ckp"kaki dia banyakkkk..!"
abih can no...?

pB said...

pB takut lipan

kakngah said...

aiyak! kngh selalu takutkan adf ngn lipas kalau dia susah sgt xnak kuar dari toilet.. :P

attyfir said...

anak , aty si firdaus tu pun takut sgt2 ngn lipas.

Kaktiny said...

tiny takutkan anak-anak dengan 'api neraka'.. tak dapat bg 'api neraka', tiny bukak 'api dapur'.. dengan ayat "sebelum Allah bagi api neraka dekat adik, sebab taknak dengar cakap ibu, baik ibu bagi api dapur supaya adik terus masuk syurga!'.
(ya ya ya.. faham!.. tiny kejam kan kak!!... huhuhuhu)...

Tapi, setakat ni berkesan skit la, kalau 'ugut' dgn 'api neraka' ni.. sure dia cakap 'ok, ok, ok, adik tak buat dah!'.. (esok2 dh 'lebih' cerdik nanti, tak taula kan!.. huhuhu...).

(kalau binatang2 kecik tu, bukan dia takut, tiny yg naik takut tengok diaorg "BURU" sampai dapat.. tikus masuk rumah pon diaorg kejar sampai jatuh longkang, masuk dlm rumah org sebelah.. hadoiilalaaaarrrr.... huhuhu).

note: akak.. resepi omak mu itu sgt sodaaaapp weih... thumbs up kata cik abang.. leh buat lauk kenduri.. hihihihi. Tq kak.. mmg buleh menang contest lah.. hihihi.

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu kak pah, makcik pun benci kalau dorang takut-takutkan budak ngan benda yang tak munasabah, yang susahnya kita.

AzeedA said...

teman sepesen dgn kakcik tu ha.. bibikless tp pantang nampak lipeh anak2 jantan teman tuuu... huuu.. abohnye juge..

kucingorengemok said...

kalau budak kecik yang depa tangan n kejar kita kata, hantuuu hantuuu! adakah itu tanda positif dia tak takut apa²? hehe (nak tanya pendapat profesional)

h4ni3 said...

nasib baik kakpah tak tempek gambo benda alah tu kat sini...

wa pun takutttt loorrrrr
hohooho

Nizam.Ariff said...

aku geli kat lipan...
lipas.. aku buat umpan mancing jer...

|| a - j . E . E || said...

kak, kita yang da tua bangka nih pon masih ngeri dengan katak.. adulaaaa
lari lintang pungkang kalau ada katak. hehe

Kakzakie Purvit said...

Alahai kakpah kakak pun takut dgn lipas. Bapak kakak pun sama takut cicak jadi mestilah anak-anak jadi takut juga. :)

P/s: tunjuklah gambar faris...

Ms.Lilies said...

xpayah anak kakpah...saya sendiri takut lipas hahahaha

Anonymous said...

Anak Tie yang bongsu tu pun takut lipas. Kekadang tension kita dibuatnya. Segala kerja jadi tergendala dek seekor lipas kecik!

Tapi yang peliknya dia tak kisah dengan cicak. Ada ke patut diambilnya cicak tu pastu disua kan kat kita. Mana tak terlompat kita dibuatnya!!

Zaidah said...

kak pah...anak2 zai macam tu...sampai nangis...takut ngan lipas...tak tahu kenapa...padahal zai tak pernahpun takutkan diorang ngan lipas mungkin diorang nampak zai yang memang geli ngan lipas tu yang diorang pun terikut2 jugak kot...

AuntieYan said...

Salam kak Pah,

Anak-anak Kak Yan pun takut lipas....ha!...ha!...kalau anak pompuan tak pe jugak, ni, semuanya jantan-jantan!!!
Naik pelik jugak, Kak Yan langsung tak geli dengan lipas, siap boleh pegang lagi..tapi kalau dia naik ke badan geli le gujak...
Yang paling Kak Yan phobia adalah katak, tak senang duduk kalau ada katak tersesat dalam rumah...tengok katak kat TV pun dah geli, tengok gambar katak pun geliii eeeeee....

tasekM said...

sama la mcm laki aku... takut lipas. tak macho langsung.


.

julietchun said...

tak boleh bayangkan lelaki dewasa jerit2 nampak lipas :D

KTS said...

meh dtg umah den....


.
.

skrg ni musim lipas agaknya. ibu den spray ridsect mlmnya, berbelas ekor terbongkang pagi esoknya


nasib tak leh makan. klu tak, kompem den buat lauk. buh atas donat pun ok

hahaha

ASH said...

Hoi TAS, buek malu jo!
.
.
.
.
isteri kemain macho!

ibundo said...

kakcik,
hahaha.. tegolak den.


ezza,
akak slalu cakap ngan dorang ni yg lipas tu kecit je. picit je ngan jari penyet..


kaklong,
mungkin sobab lipeh ni ado ilmu monakutkan orang kot kehkeh..

pb,
kita pun takut.. sebab kaki dia lagi banyak

ibundo said...

kakngah,
aiyok... nak kono babap omak e ni.


atty's,
sebab rupanya yang jelik? dan baunya yang busuk?

tiny,
takutkan dosa dan api neraka tu lagi bagus daripada takutkan lipas.Biar anak paham tentang dosa dan pahala.
hiii.. tapi kan kalau tak takut sampaikan tikus pun nak ditangkap.. tak dapek den nolong hehe..
ooo.. kau dah buat ek resepi tu.

ibundo said...

cik ina,
memang susah. nampak je tejerit..nampak je lari lintang pukang. bukannya nak dibunuh je natang tu.

azeeda,
yg lelaki pun penakot tu yang tak paham..

kog,
penah ada bdk tadika cakap pada cikgu dia : sapa pakcik tua yang berdiri kat belakang cikgu tu.
Haha.. adakah itu menjawab soklan?

hanie,
pueh den carik lipas nak ajak begambar. tak jumpa pulak..

ibundo said...

aku,
buat umpan mancing? Ko tak geli ke makan ikan tu..


ajee,
apa nak takut. Lenkali jumpa katak cuba cium jer.. entah2 boleh betukar jadi anak raja.


kakzakie,
ahahaha... tegolak besar ni.


lilies,
ooopss.. mesti anak kau pun takut lipas gak ek.


tie,
drpd cicak baik le lipas. Cicak tu badan lembik. nak pegang pun geli..

ibundo said...

zaidah,
mungkin geli tengok lipas merayap-rayap. Rupa pulak hodoh dan bau busuk. Boleh jadi itu jadi penyebab..


yan,
tak maco betullah bila bdk lelaki takut lipas. Tu yang slalu kpah cakap dengn budak2 ni hehe..
katak tu kita geli sebab dia terlompat2. Kang tak pasal2 terlompat masuk dalam kain ke, baju ke...

tm,
erk...

juliet,
cubalah kau bayangkan..

kts,
kau dah cuba buek rendang ? ataupun lipas goreng tepung... gulp..


ashley,
ntah.. tak brutal langsung..

Acik Erna said...

kak pah nak saya pun sama...boleh tak tidur dio kalau nampak sekor lipeh tu..
sampai abang dio cakap..lipeh tu kocik..adik bosa..penyek an yo lah..
samo macam kak pah cakap.

pak long said...

salam...
anak pak long lak takut antu....lagi la boring...

ibundo said...

erna,
memang sakit ati la kalau takut kek bondo yang menasabah tu.. spray mo sheltox, mampuih..

paklong,
kita pun takut kat antu paklong weh...

iina said...

Kak.. kalau lipas den ok lagik.. tapi kalau lipan.. den memang ngeri tengok kak.. kalau terkenalah... alahai.. bengkak..

Nizam.Ariff said...

Apa nak geli makan ikan pulak kak...


habis tu, ikan tu tak geli pun makan lipas tu...



HAHhahaha...

Cik Azz said...

Banyak lagi bondo lain yg perlu ditakuti..

Kek umah sy ni ado sekor katak duduk botapo bwh sinki.. Jangankan anak2 buah tu, omak dorangpun takut dgn katak... Padahal katak tu dok ontok2 yoo kek situ..

Lipeh tu busuk, pehtu suko torbang, main hinggap yo mano dio suko.. tu yg ramai org tak suko gak ehh tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...