Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, March 23, 2011

MEREPUT

Dalam tahun 70an dulu, penghijrahan ke bandar merupakan satu topik hangat untuk karangan peperiksaan. Pada masa itu jumlah anak-anak kampung yang belajar di universiti dan berpelajaran tinggi meningkat agak ketara. Antara isu yang dikaitkan ialah; faktor-faktor penghijrahan dan kesan kepada penghijrahan tersebut.

Salah satu daripada faktor penting ialah kurangnya peluang pekerjaan di luar bandar. Anak-anak muda berlumba ke bandar terutamanya Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Arus keluar itu berterusan hingga ke hari ini menyebabkan kawasan bandar banjir dengan penduduk dan kampung-kampung pula kian lengang.

Setiap kali aku balik ke kampung, aku melihat akibat kepada penghijrahan seperti yang telah kami bincangkan dalam kelas lebih 30 tahun dahulu telah berlaku. Sekiranya pada zaman aku dulu anak-anak riuh rendah bermain di halaman rumah, sekarang sudah sunyi sepi. Anak-anak muda dikira sudah tidak ada.  Yang tinggal hanyalah orang tua yang menunggu masa untuk dijemput.

Surau-surau hanya dihuni semasa solat tarawikh, itupun diisi oleh sebilangan nenek nenek dan datuk datuk tua yang kadang-kadang terlalu uzur untuk datang. Sawah sudah dipenuhi lalang, semak samun dan pokok-pokok. Air sungai tempat aku bermandi manda dulu sudah tercemar dan untuk ke situ juga sudah tidak boleh lagi kerana semak tebal dan dipenuhi babi yang sentiasa berkeliaran.

Melalui lorong dari Kuala Jemapoh ke Juasseh, lorong menuju ke rumah aku, kelihatan banyak rumah-rumah yang  sudah tidak dihuni lagi. Ini kerana tuannya sudah kembali kerahmatullah dan anak-anak serta cucu cicit sudah mempunyai kediaman sendiri di bandar. Kebanyakan rumah itu mereput di makan anai-anai.







Rumah paling bawah adalah rumah mak tua aku.  Terbayang-bayang mak tua dan pak tua duduk di serambi berbual-bual sambil berkipas-kipas pada musim panas. Semasa aku pulang ke kampung minggu lepas aku lihat rumput dan lalang sudah naik hampir ke paras dada.  Sayang.

Rumah aku? Sejak emak tak ada, abah tinggal dengan aku. Alhamdulillah rumah aku ada yang menjaganya. Tidak mahu aku bayangkan apa yang akan berlaku pada tahun-tahun yang akan datang.

Mungkin kita perlu membawa balik bandar ke kampung-kampung.

kakpah

38 comments:

bujal X said...

oh rumah reput~~kasihan~~

kampung makcik kat mana?

anymz said...

kakpah arwah omak sey cakap elok ee orang nismilan ni tukar trend jgn bg rumah kek anak bongsu bg pd akak yg sulong....

sayang kan..rumah2 antik tak bertunggu..di rombau ni pun mcm tu gak kak..di kg sey cumo tinggal org pompuan yo..kok ado pun org lelaki,boleh di bilang dgn jari.tak sampai pun sebolah tangan.

Kakzakie Purvit said...

Kampung sekarang dah lebih kurang bandar je. Cuma rumah teres tak ada. Yg ada rumah sebiji-sebiji macam banglow.

Sayang rumah yg cantik akhirnya terbiar.....

Kakak rasa macam nak balik kg bila tua nanti. Nak bela lembu/kambing.

Ena said...

sayang plak bila dah mereput camtu..
yerla kakpah.. kena bawak bandar ke kg lah .. eh! rsanya sesetnegah tempat tu dah bandar dah kg nyer.. erk?? ^_^

kak long said...

roput tu makan dek bubuk sobab rumah tak do penghuni...tak do org membakar,memasak makno ea tado bau asap...sayang kan kakpah...org tuo dulu2 buek rumah bosa2 nak tengok anak cucu balik seleso...tapi yang tingga..tu la jdi ea kan?..kalau tak do org yg menjago ea...!

kakngah said...

osah bosa boto rmh mak tuo akk..

sayang tu mmg syg, tapi anak2 semua dah ada kehidupan sendiri. cam rmh arwah mentuo kakngah, tinggal gitu yo. mmg dah waris an kek ank pompuan akhir. tapi, suami eh dah sedio an rmh. terpakso gak tinggal an rmh mentuo tu...

Cik Azz said...

Rumah omak sey dah takdo dah kak... Omak dah suruh orang robohkan.. Tinggal gambar yoo la jadi konangan...

Sayang tu memang la sayang... tapi nak buek camno..

Tijah said...

sayang kan? rumah cantik2 plak tu. kok dapek kek sey mau buek homestay tu. tapi ado ko org dah sewo masaklah eh kan?

kucingorengemok said...

antara benda yang kami rasa pelik pasal kampung² ns, rumahnya semua berpagar... kat johor jarang rumah kampung ada pagar

Fatihah said...

Sayang tengok rumah mereput macam ni.. rindu plak dengan suasana kampung.

ibundo said...

bujal,
kampung makcik kat kuala pilah

anim,
sebolah menyebolah, dopan bolakang rumah kampung kakpah tu, somo rumah tinggal. Yang sebolah kiri dah disewo kek indon. sayang kan?

kakzakie,
haah.. memang ada yang dah naik tahap bandar. Sekolah berasrama dan institut pengajian pun dah banyak yang dibuat kat bandar2 kecil contoh kat kuala pilah. Tapi rasanya kakitangan yang ada kat situ diimpot dari luar. Orang kampung yang keje kat tempat macam tu macam boleh dikira dengan jari je.

ibundo said...

ena,
haah.. kampung aku je yang tak bandar uhuk..uhuk..

kaklong,
tu lah pasal. Rumah kpah tu ada anak buah duduk walaupun bujang. kurang2 ada bau orang dan bau asap walaupun sesekali.


kaknga,
nak buek camano kan? tapi kono gak lah jongok2. kok tak abih dimamah anai-anai.

ibundo said...

azz,
konangan tu yang mahal tu.

tijah,
ado gak angan2 nak buek homestay. Dusun durian ado. Tapi tu la.. ado ko orang nak datang.

kog,
orang negori sembilan ni kaya-kaya. Lot banglow luas. lembu banyak sampai tak cukup kandang dan berkeliaran bebas. Sebab tu ada pagar. hahaha.. Betul kan tijah?

fatihah,
ko ada kampung lagi ke tak...

Nizam.Ariff said...

Bukan ke rumah NS ada pagar sebab ... Pagaruyung?


Hahaha....

Hjh Noralenna Abbas said...

Kampung sudah menjadi pekan, pekan sudah menjadi bandar, bandar sudah menjadi bandaraya.....ramai yang mampu, kini ingin tinggal di "country homes", exclusive 'kampung' area. Jom kita tinggal di "homestay"!

julietchun said...

masing2 nak mencari rezeki dan bina hidup yg lebih baik :D

Fatihah said...

Kak Pah.. Ada.. Fatihah ada 2 kampung..Sebab kawen campur hihihii 1. rumah panjang ( kampung Fatihah sendiri) 2.Kampung macam diatas tapi rumah dekat2 kalau kat tempat Fatihah org cakap kampung melayu (rumah family suami)

Tie-Ibu wawanisolehah said...

rumah mertua kak pah pon ditinggal gitu jer ker..sayangnya..agak2 kalau bagi sewa ada org nak tak

Kaktiny said...

tetiba terus terasa cam nak jual je la umah skrg ni.. nanti dh tua, nk pegi duduk pondok je... (kononnya laaa.... )

tgk gambar umah kampung, tetiba terinagt durian.. dh bermusim kah?..

eh eh eh.. sowwy kak pah.. eden terlarik tajuk.. kehkehkeh....

aza ni said...

salam hajjah
gitulah senarionya di kebanyakan kampung.bukan saja kampung bahkan pekan juga.

tanah dan rumah yang tidak dihuni manusia akhirnya dihui serangga,haiwan melata dan juga makhluk ghaib....

~farra_~ said...

err..tu bukan rumah mertua tuan rumah. itu rumah ibu saudara/pak saudara yang sulung. orang n9 panggil 'wa/wo'. macam kami cucu2 panggil mereka tokwo dan wanwo. kalau slang n9, akan dipanggil pak tuo/ mak tuo.

h4ni3 said...

rumah arwah atuk saya dah makin uzur.. yg menjaganya cuma pakcik yg kadang2 elok, kadang2 mereng. rumah panjang kebelakang mcm gerabak keretapi, sekrang sunyi seolah2 takde penghuni.. sedih menengoknya

adol ihsan said...

salam ..

warisan kampung perlu dipertahankan.. itulah peninggalan orang-orang dulu..

:)

Acik Erna said...

kak pah kampung saya pun camtu kak pah..samo la sekampung ngan anim tu..boto la apo yang anim cakap tu..sekarang ni ado la 2..3 orang lelaki..yang lain sumo pompuan..tuo2 yo yang tinggal..sodeh kan...

pak long said...

salam buat kak pah...
rumah mak pak long mintak la tak mereput sebab pak long buat umah sebelah umah pusaka tu...

ibundo said...

aku,
hahaha.. lawak lawak..

kaknora,
kat kampung saya homestay tak laku hehe.. yang ada indonstay. Dah ada beberapa famili indon yang menunggu rumah tinggal. Tuan dia cakap daripada rumah tu tak bertunggu dan terbiar, bagi je famili indon duduk.

ibundo said...

juliet,
ekau budak bandar kan? rugi kau tak duduk kampung...

fatihah,
kakpah pernah dulu pergi sabah tengok rumah panjang. dulu la.. dah lama dah.

Tie ibu wawa,
rumah mak mertua kat melaka. masih ada penghuni.

ibundo said...

tiny,
Duduk kampung ni tenang. Tak bising dan tak hektik macam kat bandar. Err..kau nak duduk pondok? Duduk pondok dalam dusun durian kakpah jom tnggu durian jatuh..

azani,
rumah buruk yang akak tunjuk kat atas tu dah tinggal sejak akak kecik lagi. rasanya memang ada yang ghaib tinggal kat situ.

ibundo said...

hanie,
rumah tu panjang sebab asek extend ke belakang je haha. Sayang rumah tinggal macam tu je.

adol,
ye dol. Kena jaga selagi berupaya.

erna,
tu lah kan? yang tingga tu pun dah uzur yo. Nak tengok kampung hirok pikok dan jalan jem, tunggu lah hari rayo..

ibundo said...

paklong,
la.. sebelah je paklong. Kena jenguk2 dalam rumah tu.

lupekanje said...

telampau merebut rumah, rebut tanah...last2 tu yg akhirnya jadi rumah tinggal tu...

iina said...

Umah nie kak kalau takdo org duduk mmg cepat reput.. sebab kalau ada org duduk tuh umah tuh ada nyawanya.. ada serinya.. kalau ditinggal takde org memang makin lama makin reput dan makin hilang seri..

yelah zaman sekarang org byk bekerja di bandar.. berapa kerat sangat yang nak duduk kg.. tapi den suko yo duk kg kak.. cuma.. kalau tempat keje tuh dokek ngan kg boleh yo.. klu dah jauh nak buek camno kan kak..

nanti suh Imah bukak pejabat loyarlah kek juaseh.. leh duk kg ;)

ibundo said...

acik,
haa.. itu pun satu hal gak kan. bokolahi adik boradik .. ish.. susahkan.

iina,
kau nak suruh si imah tu duk kampung? haha.. ponakut yang amek.
Tapi kan, akak dah dapek bayangkan dah apo jadi kek rumah tu bilo akak dah tak ado nanti.
sebona e kan, kampung akak tu sojuk dan nyaman pepagi. kalau tibo musim sojuk e kan, tak boleh tak pakai baju paneh do. Monggigil..

ckLah @xiiinam said...

Memang cantik bebenor gambar-gambar kakPah...

ibundo said...

cklah,
ala.. cklah ni. Malu ai tau!!

KTS said...

silap hb, anai2 pun berhijrah gak nanti.

eh. jgn berhijrah ke rumah den dah la yo

Fatihah said...

Kak pah.. rumah panjang Fatihah bukan di sabah.. tapi di sarawak.. Cuma sekarang tinggal d KK.. kalau ada cuti panjang baru balik kampung di sarawak.. macam cerita di atas tu.. tinggalkan kampung sebab berkerja d bandar.. hihii

Dr Singa said...

cantikkkkkk gambar Kakkk!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...