Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, March 15, 2011

Satu Perjalanan


Bapa kami adik beradik berlainan emak. Yang memisahkan kami adalah sempadan negara dan aku baru beberapa kali bertemu dengannya setelah umur sebegini.

Datuk aku berasal dari Baruh Gunung, satu perkampungan yang bercuaca nyaman di daerah Paya Kumbuh. Aku terpesona dengan pemandangan dan cuaca sejuk perkampungan ini semasa buat pertama kalinya aku dan keluarga ke sana lebih kurang 4 tahun yang lalu. Air yang disalurkan melalui buluh dari kaki gunung, terasanya sejuknya saat menyentuh tangan untuk berwudhu'.






Yan Refrides, begitulah nama yang diberi, menetap di Batam sejak tahun 80an.  Berasal dan membesar di Baruh Gunung, bekerja pada peringkat awal di Jakarta sebelum dipindahkan ke Batam dan terus menjadi orang Batam semenjak itu.

Sambil menjamah nasi uduk yang tidak banyak beza rasanya daripada nasi lemak pada pagi sebelum kami berangkat pulang, Yan bertanya sesuatu ;

Saya perhatikan ya bang, kalau bersolat di majid, ada orang yang bersolat itu tempat solatnya berubah-ubah (sila baca dalam loghat indonesia). Kalau solat sunatnya di sini, fardhunya di sini, nanti sunatnya lagi di tempat lain lagi.

Suami aku memang suka soalan-soalan seperti ini.

Nanti di akhirat apabila ditanya mengenai amalan kita, yang menjawab adalah saksi-saksi. Tempat yang kita solat itu saksi kita. Kalau kita bersolat beralih tempat maka banyaklah saksi kita.  Tapi kalau kita bersolat di satu tempat sahaja, hanya itu satu sahajalah saksi kita.


Sama jugalah kalau kita ke musolla atau ke masjid.  Kalau datangnya kita ke masjid mengikut jalan ini, nanti usahakan pulangnya mengikut jalan lain.  Kerana batu-batu, pokok-pokok, daun-daun dan segalanya yang kita tempuhi itu adalah saksi-saksi kita di akhirat nanti.

Yan mengangguk mengiyakan. Aku pasti jawapan yang suami aku berikan hanyalah penguat kepada pengetahuan yang dia telah sedia ada.

Bayangkanlah saksi-saksi yang mengiyakan perbuatan kita sekiranya kita keluar rumah untuk melakukan perkara maksiat, perkara yang dilarang Allah.  Nauzubillah...



Kepada Yan, Eli dan Yasti, kakak ucapkan jutaan terima kasih di atas layanan baik yang diberikan kepada kami. Semuga Allah sahaja yang membalasnya.

kakpah


27 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga saksi kepada kebaikan kita lebih banyak dari saksi kejahatan di sana nanti.

h4ni3 said...

suka baca jawapan dia :)

aza ni said...

salam hajjah
Paya Kumboh

ini nak nyanyi ayam den lapeh...ni...

ha ha ha

back to topic

Prof punya jawapan jitu dan tepat...direct... i like..

Kakzakie Purvit said...

Kakak suka jawapan suami kakpah berikan kepadanya. Benar sekali dan amat tepat kerana apa jua yg kia lakukan segalannya menjadi sakti diakhirnya nanti. Even blog ini juga telah mendapat ganjaran dari sebaran pengetahun itu dan menjadi saksi kelak.

tasekM said...

suka jawapan prof.

:)




dr kl berapa lama sampai batam kak...?



.

Suliana said...

oo macam tu.. tmbh lagi ilmu saya pagi ni :-) tq kak pah

kak long said...

wak ang kan prof...harus detail jawapanyo....suko eden...!!!
boto ko ckp minang esey ni kak?
hahahah!!!

Cik Azz said...

Kan dah dapek sikit info kek blog akak ni.. Tu yg suko masuk sini tu... hehe...

Sey punyo arwah atokpun asal ehh dr seberang.. Ni yang ghaso nak carik waghih kek sinun ni...

Akak punyo header tu cantik la... Tonang yoo nengok ehh... Dari kamera akak ehh gambar tu...

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Betul ke Batam tarikan shopping-mopping?

ejaMaria said...

errr... kena selidik lagi ni... pak mertua sy org minang... karang ada plak susur galur nya nnt ngan akak... ;p

Cik Ina Do Do Cheng said...

Memang tepat sekali, apa yang kawan makcik kat opis cerita. perempuan batam memang cantik cantik belaka.dari gambar ni je makcik dah boleh nilaikan cam mana kecantikan perempuan batam.

ibundo said...

kakcik,
kita doa macam tu lah kan? Kita keluar beli ikan sayur untuk bagi keluarga kita makan dah kira satu amalan tu insyaAllah..

ibundo said...

hanie,
jawapan yang mudah, mudah pula untuk difahami

azani,
akak tengok kau ada link kat blog dia gak ek.

kak zakie,
insyaalah..

tasek,
baik firefly makan masa satu jam 20 menet sebab kpl trbg tak laju.

ibundo said...

suliana,
sama2 berkongsi.

kaklong,
ekau cakap minang bunyi jao.. haha.. kpah pun bukan e pandai

azz,
kito oghang nogoghi ni memang banyak yg asal usul kek minang nun. Akak poi menjojak kasih. Nasib jumpo.
Gambar header tu kpah ambek maso kek batam haritu. salah satu poulau di situ.

ibundo said...

kak nora,
takde lah sangat. Bandung lagi banyak..ataupun tanah abang di jakarta


maria,
haha.. bersedara kita..


cik ina
dorang memang cantik. Dulu orang lelaki suka ke batam ni sebab perempuannya cantik la.. sekarang tak tau lah..

ibuintan said...

botul tu kakpah,

semua tu akan jadi saksi kita nanti, macam arwah atuk saya dulu selalu guna sejadah yang berlainan untuk setiap solatnya

Nizam.Ariff said...

Ooo.. baru tau sebabnya..

Aku tau buat je...
Sebab, aku nak 'rasa'.
Terutama sekali kalau jumpa masjid yang belum pernah solat di dalamnya.

Kaktiny said...

dulu kecik2, pernah tanya kat ayah.. 'kenapa bila kita baru lalu tempat ni tadi, rasa macam jauh, tapi bila balik, rasa dekat ja'.

Ayah cakap; Sebab pokok-pokok dah kenal kita.. bagi salam kat kita.. sebab tu kita mudah balik.. masa baru sampai, pokok2 tak kenal kita lagi.. tu yg rasa jauh tu..'..

hihihi..

julietchun said...

yg jauh kita dekatkan, yg dekat kita rapatkan.

ibundo said...

ibuintan,
hasben kakpah dah jadi tebiat membeli sejadah setiap kali pergi ke tempat baru. sebab tu kalau kenduri tak payah pinjam sejadah surau dah.. hii..

ibundo said...

aku,
kalau kau ke surau lebih baik jalan kaki sebab setiap tapak kaki kau tu akan menjadi saksi kau nanti.


tiny,
kita memang selalu rasa cam tu kan? pergi rasa lama nak sampai. bila balik kejap je dah sampai.


juliet,
ekau yang dekat ni bila lagi nak dekatkan. meh aku belanja ekau dgn kts tu donat.

KTS said...

hah! kakpah nak belanja donat? JOM!

jgn nyesal!

hihihi

aza ni said...

salam hajjah
ada, memang saya ada attach link ke blog prof...
saya baca...tapi tak berani nak ulas....kena pukulan smash dari prof...tak terangkat ...
he he..

salam pada hajji prof dan hajjah
assalamualaikum

Acik Erna said...

kak pah..kak pah dan suami pun cakap loghat sanon la yo..kok tak nani adik aka pah yang ado kek sanun x paham pulak..

ibundo said...

kts,
tak de nyesal de. apple donut 6 ketul baru berapa ringgit je kehkeh.. jom pi alamanda.

ibundo said...

azani,
kalau kau nak komen pun n3 dia takleh komen. kena baca je haha..

erna,
memang tesasul-sasul becakap. kebanyakannya hantam saja la labooo...

aza ni said...

salam hajjah

betullah, baru perasan...takde ruang komen....
...takpe saya komen kat blog hajjah je la

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...