Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, April 21, 2011

Catatan Perjalanan Ke Beijing Part 3


Hari ke4

Kami breakfast di bilik lagi. Bekalan megi kami untuk hari ini adalah yang terakhir. Kepada sesiapa yang berhajat mahu ke sana, jangan lupa bawa bekalan megi banyak-banyak cukup untuk berapa kali breakfast.  Jangan lupa bawa serunding juga dan roti. Kalau beli roti di sini, kena tengok betul-betul ingredients di plastik bungkusan.  Kalau ada tulis shortening, janganlah beli..  Entah apa-apa lemak dibubuhnya.

Tian An Men Square

Pukul 8 pagi kami bergerak ke Tian An Men Squre iaitu satu dataran seluas 100 ekar menjadikannya dataran terbuka paling besar di dunia. Dataran ini digunakan sebagai tempat perhimpunan besar-besaran sejak dibina. Ia juga menempatkan kubur mao tze tung yang disiapkan pada tahun 1977.  Dataran ini terletak antara dua buah pintu gergasi iaitu Tian'anmen di utara dan Zhengyangmen atau Qianmen di selatan. Di sepanjang sisi barat Darat terdapat Dewan Besar Rakyat.  Sepanjang sisi timur pula ialah Muzium Kebangsaan China (yang dikhususkan untuk sejarah China sehingga tahun 1919). Lebuh Chang'an yang digunakan untuk perarakan terletak antara pintu Tiananmen dan Dataran Tiananmen.



 Dataran ini sentiasa dipenuhi manusia sama ada yang datang dari luar negara ataupun orang tempatan. Menurut farah, kebanyakan petani miskin akan mengumpulkan wang untuk membolehkan mereka datang ke sini walaupun sekali dalam seumur hidup.   Dalam gambar di atas, orang ramai sedang berbaris  membeli tiket untuk masuk ke dalam bangunan yang juga menempatkan kubur mao. Kami skip yang ini.



 Ini pula adalah bangunan Muzium Kebangsaan China. Ia terletak bertentangan dengan tempat orang ramai berkumpul dalam gambar di atas sekali.






Ini ahli rombongan bergambar di dataran tetapi menghadap ke pintu masuk Forbidden City.  Nampak gambar Mao di belakang?



Masih di dataran membelakangkan bangunan dewan besar rakyat.  Awek cun di tengah-tengah antara hussein dan kirin adalah tour leader kami dari apple vacation. Cantik kan? Namanya ialah ahmad ...



Ini pula adalah pemungut sampah. Lihat penyodok dan penyapunya di belakang basikal.




Forbidden City

Letaknya hanya bersebelahan Tian An Men Square. Ia menempatkan istana, kediaman gundik dan kakitangan, pentadbiran maharaja cina untuk lebih kurang 600  tahun. Jumlah bilik yang terdapat di dalam kompleks yang mengandungi banyak bangunan ini ialah 9,999.  Nombor 9 adalah nombor ong orang cina.
Maharaja dikatakan sebagai 'anak syurga' dan dengan itu mempuyai kuasa mutlak.  Istana mereka di sini hanyalah sebagai replika menyamai istana di syurga di mana tuhan mereka tinggal.

Ini merupakan pintu masuk ke kota larangan. Dinamakan sedemikian kerana pada zaman itu orang ramai di luar tidak dibenarkan masuk dan orang di dalam juga tidak dibenarkan keluar.



Palace of Grand harmony.  Dua bucu bumbung bangunan ini (lihat gambar di bawah) adalah emas solid.


Bahan yang digunakan untuk atap setiap bangunan adalah ceramik kuning.  Dari jauh nampak seperti buluh.



Dataran pula dibina sehingga lima lapis batu bata supaya dapat menahan gegaran bumi. 



Batu yang kelihatan dalam gambar adalah tempat mengikat tali kuda.




Pintu gerbang di bawah kalau tak silap merupakan pintu masuk ke tempat gundik. Lelaki dilarang masuk ke kawasan ini. Lelaki yang dibenarkan masuk cuma tabib, guru dan pekerja. Pekerja lelaki itupun dikasi iaitu anunya dipotong.



Menurut cerita, maharaja mempunyai ramai gundik dan gundik ini pula dikelas-kelaskan mengikut populariti mereka.  Kelas paling atas adalah kelas jade, kelas pertengahan kelas kristal dan kelas kayu yang paling bawah sekali.

Pada zaman maharaja xianfeng, seorang perempuan keturunan mancu bernama Cixi telah dibawa masuk ke dalam forbidden city sebagai gundik dan berada di kelas paling bawah.  Ketika itu dia berumur 16 tahun. Untuk mendapatkan perhatian maharaja, cixi akan menyanyi dengan kuatnya pada setiap waktu dari dalam kawasan di mana dia ditempatkan. Ternyata strateginya itu menjadi dan pada suatu hari dipanggil oleh maharaja untuk menjadi teman pada waktu malamnya.  Cixi kemudian melahirkan satu-satunya anak lelaki maharaja dan dinamakan sebagai pewaris takhta selepas xianfeng.

Cixi kemudiannya menjadi satu figura dengan gelaran dragon lady dan dituduh sebagai penyebab kepada keruntuhan dinasti Qing. Dragon lady berkuasa selama 47 tahun dari 1861 sehingga matinya dalam tahun 1908. Dia seorang yang boros dan banyak menghabiskan duit kerajaan.  Parti yang dibuatnya sahaja dikatakan dapat membiayai separuh daripada angkatan tentera laut.
 Dragon Lady
(gambar diambil ketika melawat pearl centre. 
Gambarnya tergantung di dinding bersebelahan pintu masuk)

Ini adalah tempat di mana dragon lady tinggal. Mulanya tempat ini menempatkan beratus gundik raja tetapi apabila dragon lady berkuasa, kesemua gundik dihalau keluar.  Kami tidak boleh masuk ke dalam rumah, cuma mengambil gambar dari luar sahaja.  Dua gambar di bawah sekali adalah bahagian dalam rumah yang diambil melalui cermin.







Tempat tinggal dragon lady ini bersebelahan dengan taman. Taman yang sudah berumur ratusan tahun ini sentiasa dipulihara untuk mengekalkan kecantikannya.







Dan setelah berjalan selama dua jam, kami keluar dari kota terlarang melalui pintu ini.




Berikut adalah pemandangan di sepanjang perjalanan menuju ke bas yang akan membawa kami ke tempat yang lain pula.











Nota:
Cerita tentang hari ke4 akan bersambung di n3 akan datang.

Cerita Selingan

Hari ini, Khamis 21 April umur Faris genap 2 tahun.
Happy birthday Faris. I love you.  We love you.









Kakpah



24 comments:

kakngah said...

eerrr.. awek cun sebelah hussein tu... ahmad bin... atau ahmad binti ...??
moskil2.

happy birthday faris.
kojap yo dah 2 tahun. dah buleh jadi abang ni.. :P

kasihibu said...

dapat tengok gamabar pun tak apolah kak
sya nak pergi tak tersampai... ;p

terima kasihlah berkongsi
suka sya tengok.

h4ni3 said...

1. info yg berguna dan menarik, kakpah!

2. cantiknyaaa... errrr... ahmad..

3. uihh.. beso ek forbidden city tu.. sampai 2 jam kat dalam

4. sayunya tgk pakcik tua yg main alat musik tu

5. Happy Birthday Faris!!!

HaniFadil said...

salam,

wah. menarik. satu lagi catatan kembara. musykil juga saya dengan Ahmad yang cun itu..

Kakzakie Purvit said...

Memabawa hayalan ke Beijing. Syok juga dapat tengok tempat gambar-gambar yg dirakam. Bunga dia tu kakak geram.

Tapi...

Geram lagi tengok Faris. Kejap je dah 2 tahun. Comot makan apa tu? UUhhh mulut dia moncong... geramlah....

Kakzakie Purvit said...

Lupa...

Auntie nak wish "Happy Birthday Faris".....

JunAina said...

makin digamit-gamit keinginan utk kesana...thank you for sahring kak pah.

hepi bufday jugak buat faris!

aza ni said...

salam hajjah
susah ke nak dapat halal product di sana?
bagaimana dgn import dari sana yang ada cap halal?boleh pakai ke?

iina said...

Ahmad kak?? Ahmad?? hehehe... ke Ahmadiah kak.. sesuka hati jek tukar nama org..

Happy Birthday Faris.. Mesti makan kek bebyk ari nie kan ;)

Kak tak penat ke jln dlm istana tuh?? cam luas jek kan

kak long said...

sekurang2 ea,teringat balik peljaran sejarah maso sekolah dulu...







hepi besday faris montel..!
nenda sambut tak besday faris

Cik Ina Do Do Cheng said...

kak pah best semua gambar cantik-cantik.puas hatilah. tak menahan disebalik beijing terselit besday boy sifaris, selamat harijadi faris, jangan nakal-nakal tau.

aNIe said...

Happy Birthday pada Faris semoga membesar menjadi anak yang soleh...

Kak ... terima kasih kerana penerangan yang panjang lebar pasal cerita Dinasti Qing...diikuti gambar yang cantik..seronok membaca...

ibuintan said...

indahnya catatan kakpah seindah gambar2 yang dipaparkan... teruja nak ke sana juga, moga hajat kesampaian nanti


tahniah.. Faris, montel dan comel dan bijak

semoga membesar dengan sihat

rezeki said...

kakpah

kejap je dah masuk 2 tahun si faris

gamabar pemungut sampah tu, bokeh yg creamy sekali,
lens apa kak pah gunakan dan proses editingnya pakai software apa ?

Nizam.Ariff said...

kak,
orang tua yang main 'rebab'cina tu...

dia pakai kasut 'crocs' la...


kemain nyer dia hahaha...

ibundo said...

kakngah,
sesungguhnya kakngah oi...
kitorang jeles tengok rambut dia yang lembut dan cantik. Kalah kito punyo..

ibundo said...

sayang ibu,
sebenarnya sebagai rujukan diri sendiri. takut kenangan terlupa macam tu je.

ibundo said...

hanie,
1.kongsi2
2.bodi kalah perempuan ori weh..
3.2 jam temasuk tian an men sq, lepak2 ambek gambar, pergi toilet dan jalan2..haha..
4.aku kena marah sebab ambil gambar tu. penjaga dia kata money..money..
5. tenkiu

ibundo said...

hani,
kami pun moskel gak dia pergi toilet mana sebab tak pernah nampak dia pegi toilet. Semayang lagilah sah tak..

ibundo said...

kakzakie,
mencatat supaya tak lupa.
faris kata tenkiu. Mulut tu comot makan kek birthday.

jun,
takdelah mahal sangat. simpan duit mesti dapat pergi.

azani,
kakpah beli instant noodle kat kedai dalam masjid. ada tulis halal tapi halal dia takde la macam cop jakim tu. kakpah tawakal je.

ibundo said...

iina,
iyo!! tapi cantik tau. kalah yang ori.
kat dalam forbidden city tu ada tempat duduk-duduk kalau penat.

kaklong,
sejarah kakpah dah bokarat dah..

cikina,
faris kata tenkiu..

ibundo said...

anie,
harap tak jemu baca catatan ni.

ibuintan,
semuga hajat sampai satu hari nanti.

pak itam,
pakai zoomlense biasa je. Edit guna cs4, tu pun terkial2..

aku,
tajam penelitian kau. Akak pun tak perasan. Rumah ekau dah tak boleh masuk ek. Bekunci je..

lupekanje said...

best la baco kak..acik tingin nk masuk kek forbidden city tu. pehtu tang citer Dragon lady tu, mmg tk penah dgr...kira ok la sikayu tu dpt memrintah sampai patploh tujuh tawon kak...
so, moral of the story jgn pandang gundek kayu seblh mata ye kak..haha..apalah acik ni kan.

Kak...pakcik men mujik tu, agak2 single lagi tk kak..akak tk amek nomor tipon dia ke.....kehkehkeh..

Cik Azz said...

memang osah cun eehh ahmad tu... hehe..

hepi besdei faris... bosa keto ehh... buleh la numpang naik yoo... hehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...