Aku bukannya penulis diari tegar. Tidak seperti abah. Almari rumah aku dikampung penuh dengan deretan diari abah sejak tahun 70an. Setiap hari tanpa gagal abah akan duduk menulis sesuatu di diarinya. Dengan cermin mata besar yang tersangkut hingga ke hujung hidung, abah tekun mencatat peristiwa hariannya. Entah apa yang abah tulis aku tidak tahu. Aku tidak pernah membuka diari abah walaupun ia terlepak di atas meja. Dan juga aku tidak pernah menyentuh diari abah yang banyak tersusun di dalam almari. Bukankah diari satu catatan peribadi yang tidak boleh orang lain mengambil tahu akannya?
Boleh dikira dengan jari berapa banyak diari yang aku tulis sepanjang hayat aku. Sudah aku katakan, aku bukan penulis diari tegar. Kadang-kadang aku rasa mahu menulis. Lantas aku beli sebuah diari pada awal tahun baru. Dan diari itu terbiar saja tanpa diusik. Kalau pun diusik, hanya untuk permulaan beberapa helai mukasurat. Kemudian terus kosong hingga ke penghujung.
Diari ni bagi adik saja lah. Tak guna pun.
Kata suami aku beberapa hari yang lalu.
Jangan. Nak guna.
Kata aku. Tapi tetap juga disitu.
Suami aku punya pendekatannya sendiri.
Dulu masa sekolah, ayah punya diari. Hari-hari ayah tulis dalam diari. Ayah tulis apa yang ayah mahu tulis. Apa saja yang terlintas dalam pikiran ayah. Dan ayah tulis dalam bahasa inggeris. Itu satu cara untuk ayah mahir dalam bahasa inggeris. Dalam penulisan bahasa inggeris.
Dan suami aku akan membelikan anak-anak sebuah buku tulis ataupun diari untuk mereka membuat catatan harian. Catatan itu mestilah ditulis dalam bahasa inggeris.
Bang, kita buat kenduri kekah faris dulu bulan berapa?
Nanti jap abang tengok diari abang.
Diari amat berguna untuk orang pelupa seperti aku. Tetapi aku sering saja terlupa untuk menulis.
kakpah
23 comments:
Samalah dengan ayah dan atok Tie. Kedua-duanya penulis diari tegar. Tie cuba nak ikut, tapi macam Kakpah jugak, mula-mula je bersemangat, lepas tu, terlupa, hehe... Sekarang nak sambung tulis diari, dah 2 hari tak tulis.:)
amvoii....vogue gitu gambar kak pah kat tepi ni...
nak kopi secawannnnn !!!
Kak..acik pun gitu la...ada angin klu nk tulis diari ni...klu tk, berabuk la..
tapi acik kan, bila dah lelama, acik bako je diari tu...sbb takut ader orang jumpa....malu wey...heheh
lagi suke tulis blog dari diary...
hihihi!! lagipun tulisan tak cantik la..
eh! blog taip la..
kak pah..macam kak pah yo..boli dairi..sudah he..tulih resepi
..tapi sojak bokojo 30 tahun dulu..gomen kan bori dairi..tulih yo lah maso ingat..tapi totap kono tulih..kalau ado apo2 maklumat..copek2 buka ..cari..jumpa la ikut haribulan..kok tak haru yo kak pah..
kak pah tulis kek blog sure tak lupo kak.. terutama tarikh lahir semua set kat calendar reminder.. tiap2 thun dpt email reminder senang ;)
maleh nk tulih diari..
dulu memulo kan main semangat laie..
bilo masok bln ke-2..hampeh yo jadi ea..kehkehkeh!!!
Assalam
Blog juga sebahagian dari catatan diari.....
tie,
kpah dari awal tahun baru dua mukasurat berisi haha..
acik,
kakpah takde diari nak dibakar
kakngah,
kalau blog ni hal2 yang tak terlalu peribadi bolehlah tulis. Tapi kira aci lah ek..
erna,
itu yang botul. diari guno e tulih resepi. kok tak pun bawak poi mesyuarat untuk tulih catatan hii..
iina,
anak duo tigo orang dulu sonang nak ingat besdei. Bilo dah ramai dan susah nak ingat dorang yang tolong remind haha..
salam hajjah
setiap tahun saya akan beli diari muslim muslimah
ukan untuk tulis tapi baca kisah anbiya', sahabat, wali dsbnya, juga kisah dan tauladan.yang paling penting tengok takwim hijriahnya,
kaklong,
angek2 taik ayam la tu. samolah kito.
mamawana,
betul. dan boleh dirujuk oleh cucu cicit insyaallah..
Masa sekolah memang seronok jer menulis diari. Macam2 nak cerita kat diri sendiri.
Sekarang ni, blog ler yang jadi diari. Nak semak apa pun, buka blog jer...
kakpah samolah kito... dairi awal taun yo bertulis, lelamo ... poram
sekarang dapek free pun tak bertulis, guna masa meting yo
azani,
kakpah tiap2 tahun ada diari samada orang beri atau beli sendiri. Selalunya untuk tengok tarikh cuti..
aziezah
lebih canggih kan
ibuintan,
kalau buah ciku, dah masak dah..
assalamualaikum kak
sya ada hadiahkan anak anak dara dairy
sya suruh diorang tulis apa yg diorang nak tulis
setiap minggu sya tnya
boleh ibu baca?
kalau diorang bg, sya baca lah
sbb nak tahu apa yg diorang nak luahkan tp tak luahkan pd sya secara berdepan.
panas januari saja tu pun dua minggu pertama....
sayangibu
diary tempat meluahkan perasaan. Sebab itu dia private dan rahsia. Tapi kalau anak sendiri dah bagi baca, mungkin ada rahsia yang mahu dikongsi bersama emak.
Bila anak2 dah remaja dan dewasa rasanya mereka akan menyorokkannya.
sudais,
samalah kita..
Sey tak pandai nak gunokan diari ni kak.. Pakat conteng 2/3 kali yoo, pehtu tinggal cmtu yoo laa...
Arwah abah sey pun mcm suami akak gak.. Dio tulih diari dlm BI.. Tulisan dio lg cantik dr tulisan sey yg mcm cakar ayam ni..
saya tulis diary... tapi tulis tarikh2 meeting / appoinment / cuti / event / beday... ntah hape2 segala hal aktiviti la note kan saje... jam berapa dimana... bukan la tulis lawa-lawa ia-ia sangat pun... tak cerita pun perjalanan aktiviti nya... ;p
azz,
tulisan cakr ayam ni tulisan doktor. Agak e ekau dulu cito2 nak jadi doktor tak hehe..
maria,
events, imprtant date.. tu yang penting.
BLOG - diari satu catatan peribadi yang tidak boleh orang lain mengambil tahu akannya? ehehe, salamm akak pah ittewww
en-me,
blog lain. kebanyakan cerita yang dicatat kita mahu orang lain membacanya. tapi dalam diari.. banyak catatan peribadi yang kita tak mahu orang lain tahu.
Akhir n3 kak pah ada tulih "diari amat berguna untuk orang pelupa mcm kak pah. Tapi kak Pah sering terlupa untuk menulis"...mengingatkan saya pada peristiwa lama...masa tu saya darjah 6..ada sorang ustaz tu suka mengajar bermcm jenis doa..saya tanya pd ustaz tu..ada tak doa nak bagi ingat doa...hah..cam na tu...ada ke kak pah?
Post a Comment