Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, May 1, 2011

Ceria

Maryam Qaisara sudah tidak menangis lagi seperti dulu.  Menangis-menangis yang normal biasalah.  Menangis masa nak tidur. Menangis masa lapar nak minum. Menangis sikit-sikit mintak diambil.


Hampir sebulan yang lalu, selepas n3 aku mengenai Maryam, seorang sahabat suami aku datang ke rumah untuk mengubati sawan tangisnya. Didoakan juga air untuk diminum dan dibuat mandi.

Pada masa yang sama pb menelefon aku memberi satu petua yang belum pernah aku dengar sebelum ini.
Lepas mandi petang, pakaikan baju terbalik.  Bahagian luar ke dalam. Yang dalam keluar.

Ummi Maryam amalkan petua ini bersama-sama dengan doa sahabat itu. Alhamdulillah, serasi.






Maryam mkin ceria.
.
.
.
.
.

Faris pula semakin sembuh dan petang semalam sudah mula main kejar-kejar dalam wad.

p/s selamat bercuti buat semua.

kakpah

22 comments:

Acik Erna said...

kak pah Alhamdulillah..duo duo cucu nenda dah baik.
lopeh ni faris boleh main kojar2 ngan maryam pulak.
comel boto maryam.. macam tak pona kono sawan tangih yo..
dah boleh tido leno dah ummi dan nenda maryam.

kak long said...

budak kuek melalak memang debab!
gigit kang tau laaaa...!

rohaizahabas said...

lawa cucu nenda ni....
dia duduk di mana kak...kek bangi ke atau di sanun tu?

Ms.Lilies said...

hati nenda pun lega....

Zaitun said...

Tidur lenalah nenda dan ummi Maryam.

Comelnya cucu nenda,grrr... kalau jumpa mau lebam pipi ni.

sud@is said...

cutenya maryam..
sawan tangis pernah dengar penyakit ni...syukur dah sihat

Tijah said...

eee..gamba last tu lawa ehh. kono print kasi frame tu kak.

aza ni said...

Assalam hajjah

aaa....saya pun nak amal pakai baju terbalik...

Alhandulillah, semoga maryam ceria, nindanya pun ceria, kamipun ceria.

ibuintan said...

kurniaan Allah... comelnya Maryam

dua-dua permata hati nenda, sihat dan ceria

ckLah @xiiinam said...

Semoga sihat kedua-duanya ya kakPah...

h4ni3 said...

amboihh.. pipi maryam macam kuih PAU!!! hahaha

sihat selalu la hendaknya maryam dan faris ye.. jgn risaukan hati nenda =)

zino said...

jeles tengok gambar tu tah ila zino dapat buat macam tu.. bila nak masuk kelas ni hehe

Cik Ina Do Do Cheng said...

maryam comel, pipi gebu. Alhamdulillah kedua-duanya dah kembali sihat. selamat bercuti,walaupun dah terlambat wish.ekekek

ibundo said...

erna,
mano poi cuti..

kaklong,
gigit uwan e dulu

ezza,
sekarang ni kat bangi.

lilies
fuhhh..

ibundo said...

zaitun,
alhamdulillah

sudais,
syukur

tijah,
iyo ko jah..

azani,
salam. Apasal.. kau pun kena sawan tangis gak?

ibuintan,
alhamdulillah

ibundo said...

cklah,
insyaallah cklah..

hanie,
kuat menyusu tu..

zino,
hehe.. nak masuk kelas bagitau. kpah bagi nombor tel cikgu tu.

cikina,
betul2 bercuti ni.. n3 pun tak berupdate hehe..

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah.... pipi pun dah nak lawan pipi Faris.....

Dr Singa said...

dia nak kena kendonggg je kot!!

ibundo said...

kakzakie,
alhamdulillah..

dr singa,
dulu ye.. sekrang sejak dah baik dah boleh letak dan main2..

iina said...

Alhamdullilah dah sihat faris.. maryam pun dah tak meragam lagik.. lopeh nie lehlah main kejar2.. bukak pintu kabinet yo faris

azlina said...

alhamdulilah....semuga membesar dgn sihat dan ceria.

kakngah said...

nak cubo kek adief la, pakai an dio baju terbalik. asek melalak yo takdo sobab. toghuish omak eh bagi sobab... pueh hati! kehkehkeh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...