Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 8, 2011

Kami yang sering terlupa

‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)





Ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri. Dan juga peringatan untuk anak-anak aku. 

Jadilah seorang yang pemurah.


Suami aku sering mengingatkan sama ada dengan perkataan atau perbuatan bahawa mulakanlah hari kita dengan bersedekah. Dan sekiranya tidak mampu untuk mengeluarkan sedekah pada pagi hari, lakukanlah ia pada bila-bila masa di sepanjang hari tersebut. Jadikanlah bersedekah itu satu amalan harian. Walaupun bentuk sedekah itu teramat luas, aku cuma menyentuh bersedekah dalam bentuk harta benda sahaja.

Beruntunglah mereka yang sering ke musolla atau ke masjid untuk menunaikan solat subuh kerana mereka berpeluang untuk bersedekah pada awal pagi. Alangkah ruginya sekiranya mereka keluar dari masjid dengan buat-buat tidak nampak akan tabung yang disediakan. Masukkanlah sejumlah wang.  Tidak ada yang kecil, beri yang besar. Ada yang besar dan ada yang kecil, berilah yang kecil (begitulah selalunya kan?). Yang penting keikhlasan.

Peluang untuk bersedekah itu banyak.  Tak perlulah kita pertikaikan kesahihan orang yang meminta. Kalau benar tabung yang dikatakan itu untuk surau, sekolah, anak yatim atau sebagainya, alhamdulillah.  InsyaAllah kita dapat sahamnya.  Tapi kalau sekiranya ia cuma satu skim penipuan (minta-minta tidak), DIA maha mengetahui. Kita tidak rugi dengan wang seringgit, dua ringgit, lima ringgit, sepuluh ringgit yang kita keluarkan.

Aku sering melihat anak-anak kecil berkeliaran meminta derma sambil menghulur kalendar atau minyak angin. Kesihan aku melihat mereka diperlakukan seperti itu.

Kamu tak sekolah?

Sekolah.  Sekarang cuti makcik.

Kamu datang dengan siapa.

Dengan ustad.

Mana ustad kamu.

Dia ada menunggu di satu tempat.

Kamu sudah makan?

Belum.

Bayangkan anak kita dikerah seperti itu untuk mengutip derma dan dipandang sambil lewa oleh orang sekeliling. Hulurlah sedikit. Sekurang-kurangnya hulur sedikit wang untuk dia makan.





Dik, nanti jangan lupa campakkan beras kat laman.
atau
Nanti jangan lupa bagi burung makan.  Abang nak cepat ni.

Itu amalan suami aku yang dilakukan sejak anak-anak masih kecil. Setiap pagi selepas subuh dia akan mencampakkan segenggam beras di halaman rumah.  Burung yang berterbangan akan datang singgah memakan beras yang ditaburkan sehinggalah tidak ada seulas pun yang tinggal.  Sekiranya dia terlupa dan kami juga terlupa, burung-burung akan berbunyi-bunyi di atap rumah seolah-olah mengingatkan kami bahawa kami belum memberi mereka rezki pada hari itu.


 
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)



Sekianlah peringatan untuk diri aku yang sering terlupa ini.  Juga peringatan untuk anak-anak aku supaya menjadi insan yang pemurah dan dermawan.

kakpah

44 comments:

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Juga peringatan kepada semua (khasnya pembaca blog ini). Terima kasih, satu tazkirah yang baik pada hari Jumaat ini.

bujal X said...

bertuah burung depan rumah makcik~~

Wanita Bertudung Hijau said...

wow, nice sharing :-)

Nizam.Ariff said...

kadang2 serba salah....
nak kasi duit, menci tengok perangai 'ustad' tu.
tak kasi, kesian pulak...

aza ni said...

Alhamdulillah,tangan yang di atas lebih mulia dari tangan di bawah.dan yang mengingatkan lebih mulia dari yang diperingatkan.kerana hajjah memberi, saya menerima.

Ms.Lilies said...

tima kasih kak atas peringatan ni

:)

pB said...

kalau semua manusia bersifat pemurah , rasanya tak akan ada orang yang miskin ....

kak long said...

peringatan untuk kaklong yo...
sesamo la kito mendapat menafa'at ea kan?

kakngah said...

memang kesian tgk bebudak yg dikerah kutip derma. malam raya haji tahun lepas, kakngah keluar cari lemang. singgah petronas tuang mnyk keta. nampak dari kejauhan sorang budak pompuan. belasan tahun. duk kutip derma sambil jual kismis. rasa kesian sangat. ye la.. malam raya, seorang ank gadis berseorangan di tempat yang mungkin asing bagi dia menjual barangan. sepatutnya ketika itu dia bersama ibu bapanya & adik beradik di rumah..

Angah said...

terima kasih atas ingatan. semoga semua mendapat kebaikan...

Cik Azz said...

Betul tu kak... Macam rumah sy ni, org selalu buang anak kucing.. Kalau ikutkan hati dah malas nak bela dah.. Tapi bila fikirkan kesian, apa salahnya bagi dia makan... Tak luakpun rezeki tu.. insyaallah...

Bab bagi sedekah kat tabung masjid tu, sy selalu suruh anak buah yg kecik2 tu yg masukkan.. Moga 'latihan' sebegitu akan terus dia ingat dan amalkan sampai bila2..

Boleh share entry akak ni kat fb ni..

miloaiskurangmanis said...

kakpah : tQ -

secangkir madu merah said...

tazkirah pagi jumaat... alhamdulillah terima kasih kakPah...

tapikan kakPah kalau duduk makan satu tempat tu sampai tiga empat kali org datang mintak derma camana? ajak makan tak mau lak tu... tak kasi kesian, bila kasi mcm menggalakkan pulak, entah2 dia byk duit dari aku....

Kakzakie Purvit said...

Beruntunglah kakpah punya imam keluarga yg peka. Bersyukur juga kakak dapat kenal blog ini. Insya-allah jadi panduan....

Kakpah baru balik umrah ke? Tengok gambar atas tu terkenang kat sana pulak dah.....

julietchun said...

sikit2 tu ada jugak bagi :D

matahati-aishahazhar said...

Tq for sharing... kekadang kita terlupa

kucingorengemok said...

kak pah gi surau annur ke malam tadi, kak? (topik macam sama)

Anonymous said...

Setuju dengan Kak Pah. Nak bersedekah jangan tunggu bila dah kaya.

Tak dapat banyak sedikit. Alhamdulillah.

ibundo said...

kaknora
tk kepada yang sudi berkongsi.

bujal,
burung dirumah bujal juga bertuah kalau dibuat begitu.

ibundo said...

wanita bertudung hijau,
tk kerana bertandang.

aku,
itulah.. mereka tak sepatutnya dijadikan alat.

azani,
yang baik dijadikan teladan. yang tak baik kita jadikan sempadan.

ibundo said...

lilies,
sama2 dik..

pb,
Tapi yang kaya terus kaya raya. yang miskin...

kaklong,
iyo.. samo2 lah kito.

ibundo said...

kakngah,
alahai.. anak sapo lah tu. Sapo lah punyo angkaro tu. Sian e.

Angah,
begitulah hendaknya.

azz,
orang dah tau agak e ekau sayang kucing. Sobab tu dihanta e dopan ghumah kau.
Eloklah tu aja budak2 ni maso dio kocik2 lai. Kalau singgah masjid untuk buang air kocik tu, jangan lupo masukkan duit dalam tabung. Sobab kito gunokan jamban dan air e.

ibundo said...

miloais,
sama2.

smm,
hahaha.. kalau jenis yang macam ni ekau agak agak la. Kadang2 kita boleh rasa yang betul dengan yang tak. Akak lebih suka kalau bagi utk tabung anak yatim atau masjid.

kakzakie,
alhamdulillah.
gambar tu masa pegi haji. Gambar dalam simpanan tu.

ibundo said...

juliet,
sikit lebih baik daripada takde langsung.

ratu kebaya,
kpah mengingatkan diri sendiri. Tkasih kalau sudi nak kongsi sama.

kog,
o yeke.. mungkin kebetulan.

kunang-kunang,
nak tunggu kita kaya tak besedekahlah kita ye tak..

Acik Erna said...

Alhamdulillah..
betul kata kak pah..janagn la kita fikirkan..sama ada dia menipu atau tidak..yang penting bersedekah..

ibundo said...

erna,
dan ikhlas kan?

h4ni3 said...

saya suka sangat entri ni kakpah

insyaAllah.. akan dilaksanakan :D

Atiey said...

atiey dulu sebelm kahwin rajin betul bersedekah..pantang jumpa org2 tua ke budak kecik ker..sape2 yang patut diberi atiey mesti sedekah..tapi skrg bukan tak besedekah langsung atiey bersedekah terus ke rumah amal sperti anak yatim n masjid jer..lagipun kat sini kurang sikit peminta sedekah.kalau terjumpa peminta sedekah tu pun memang atiey terus jer bagi.....biarlah dia tu masih mampu nak keje or cari duit sendri yang penting kita sedekah..kalau dia tipu sekalipun dia ngan tuhan..tapi kita yang sedekah ni memang dah dapat ganjaran itupun kalau kita ihklas lah..kalau sekadar nk menunjuk em baik tak payah..

Atiey said...

hehe terpanjang plak komen dah macam blog sendiri plak..sory makpah..hehe makpah sihat???

iina said...

Betul kata atuk tuh kan.. selalu2 bersedekah..

Anonymous said...

Memang sedih tengok orang tua atau kanak-kanak begitu,, tapi kita ni was-was. Takut duit yang kita beri, dia tak merasa pun... orang lain yang kenyang.

KIta biasa bersedekah pada orang yang kita tahu asal usulnya,ziarah tempat tinggalnya dan bantu mana-mana yang mampu. Biasanya orang tua yang tinggal bersendirian, anak2 yatim dan orang2 OKU...

ckLah @xiiinam said...

Peringatan untuk cklah juga ni....

ibuintan said...

kakpah, terima kasih atas ingatan... kekadang terlupa juga

tak kisah banyak atau sedikit yang penting ikhlaskan...

sud@is said...

kesian budak2 yang jual kalendar tu..
kadang2 sedekah...
tq kakpah share info yg manafaat...

pak long said...

salam kak pah...
mekasih diatas entri ini....

ibundo said...

hanie,
tk kerana sudi

atiey,
makpah sehat. Komen panjang2 takper.
Eloklah tu kalau dah jadikan amalan. Bukan mudah nak kongsi harta dengan orang lain. Nak bersedekah ni tak semestinya pada peminta sedekah yang dijalanan tu saja. Mereka pun tak digalakkan meminta2 macam tu. Banyak cabang boleh kita bagi.

ibundo said...

iina,
kau sedekah2lah coklat kek kpah ek haha..

Tie,
kalau nak pasti sedekah tu sampai ke dia ke tidak, buat macam ni: yang ini untuk tabung dan yang ini untuk kamu makan..
beri sedekah yang kita tahu tempat tinggalnya lagilah bagus. Memang dah tahu dia betul2 perlu.

ibundo said...

cklah,
jom sarapan.. kpah belanja.

ibuintan,
macam tulah nampaknya.

sudais,
memang kesian tapi lebih pada geramkan ustad yang bawak mereka tu. Kpah selalu tanya mereka, ni mak ayah tahu ke tak ni..

paklong,
salam..

Cik Ina Do Do Cheng said...

kalau bersedekah tak jadikan kita miskin, bertambah rezeki ada. setiap orang yang menerima sedakah kita, Insyaalah, mereka akak mendoakan kita murah rezeki.

rezeki said...

salam kak pah

jadikan amalan harian walaupun cuma seringgit dua sehari, insyallah dia akan sebati dgn jiwa kita

tak rugi sebenarnya

hentian said...

peminta sedekah macam ni IM selalunya tak beri. IM dah terkana banyak kali...

ibundo said...

cikina,
betul tu.. semuga rezki kita bertambah.

pakitam,
tak rugi. macam saham akhirat..

IM,
yang dalam gambar tu haha.. terpulanglah. Tapi rasanya musim haji diorang yang meminta2 ni kaya raya. Manusia teramat pemurah bila berada di tanah suci.

adol ihsan said...

Salam :

Saya pegang dgn 1 ungkapan..

Kalau kita ada rezeki lebih, kita kena bagi kat orang lain juga, kalau tak kita akan rugi..

:)

ibundo said...

adol,
bagus pegangan ko tu nak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...