Followers
jom klik
Tuesday, April 26, 2011
Keletahnya
Dah dua tahun dah faris. Kejap saja dah dua tahun.
Semalam. Bila tengok aku bersiap-siap dia cepat-cepat pegang tangan aku.
'tom.. tom..' (jom..jom..) dan lari-lari pergi ambek kasut aku di rak.
No.. you're not going , tapi dia tak mahu dengar dan terus merengek nak kunci.
'key.. key.. ukak open gate'
Aku bagi kunci dan dia tekan butang merah. Bila gate terbuka dia bagi balik kunci pada aku dan pegang tangan aku lagi,
'tom..tom..'
Tapi aku tak boleh bawak. Banyak urusan aku nak buat.
'You stay at home with watik'
'nanak..nanak.. go de go de' ( taknak.. go nenda)
Akhirnya dia aku tinggalkan. Muka masam mencuka. Ajak babai pun tak mahu. Nasib baiklah tak melalak.
Bila aku balik dia keluar dapatkan aku dan ikut aku terus masuk ke dapur. Sana usik, sini cuit.
'hot..hot..' kata dia sambil tunjuk ke dapur masak.
'ya.. hot. Dont touch'
'hot.. dont touch' cakap aku diikutnya balik.
Nampak pula dia akan si jordan kucing aku tengah menjalar kat luar dapur. Dia berdiri di muka pintu sambil tepuk-tepuk tangan.
'go cat.. go..' Bila Jordan tak beranjak dia dekati kucing itu dan memiat telinga si jordan. Tapi jordan buat-buat tak reti sebaliknya aku yang terjerit.
'No.. dont do that', tapi perut jordan pula di lepuknya. Sudahnya aku halau jordan pergi main jauh-jauh.
Lepas tu dia hilang keluar dari dapur. Aku tercari-cari.
'Faris!! Faris!! where are you'
Dia keluar dari bilik mak dia dengan pegang kamera. Kamera mak dia. Dia klik sana klik sini. Kemudian dia hala kamera pada aku.
'Cenyum... wan.. tu.. tri.. ' Belum sampai three lagi dia dah klik. Aku tengok gambar yang dia ambil. Nampak dagu aku saja. Gambar-gambar yang lain.. kaki dia, kaki meja, entah apa-apa yang di ambilnya. Semua main bantai. Sudahnya aku simpan kamera tu takut nanti dibalingnya, habis.
Lepas solat zohor aku nak naik ke bilik. Memang time dia nak tidur.
'do you want milk'
'milk..milk.. leep(sleep)', aku buatkan susu.
'nak ting (puting)', aku ambil sekali puting.
'I want to go up. Do you want to stay down here with your mak or go up'
'go up.. go up' sambil merengek-rengek.
Aku pimpin tangan dia ajak naik tangga tapi dia tarik balik.
'Kung de...kung de..' (dukung nenda) sambil depang kedua-dua tangan.
Alahai.. badan tembam macam tu aku memang dah tak larat nak dukung. Tapi dia tetap merengek
'kung de..kung de..'
Termengah-mengah aku dukung sampai atas.
Hari ni dia tak datang. Mak dia bagitau dia demam. Belum sampai sehari aku dah rindu dengan keletahnya.
Cepat sembuh sayang.
kakpah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
rambut gulung² yang tak tahan tuu..!
lopeh ni..mau berebut pulak dengan sepupunya nak ikut nenda.
seronok tengok keletah faris kan kak pah..saya yang baco kek sini pun tumpang sengeh..he he..come je tengok dio
hamboi... dah pandai amik gambar.. sikit hari kalah la uwan eh... hihihi!!!
rambut tu yg mahal. buat rawatan kat spa, eh faris?
:D
alahaii.. ponek uwan ea, baru sari tak jumpo dah ghindu bona tu
bosa2 ni tongah jadi mainan mata ni kakpah kan.. geram nengok ketembaman Faris
sama dgn nama faris saya yg bakal menginjak ke 11 thn next week :)
Cerdiknya dia. Comel pulak tu. :)
Hajah,
Orang kata, sebuah rumah akan kelihatan 'hidup'/ceria jika ada orang tua dan budak-budak. Betul ke hajah?
alalalal... comelnya dak sorang ni...
kakpah - iols geram ngan pipi faris ni..
kalo dekat - konpem dah merah pipi heols iols cium2 puas!
cepat sembuh ye faris sayang
nenda uols dah rindu banget ngan uols!
muahhhhhhhh!~
umo2 mcm ni paling kita xtahan kan...mmg cair punyala...lagi2 cucu sulung gitu hihihi...
bak sini nak pinjam faris kak...nak geget pipi dia
saya teringin nak rambut gulung2 macamtu~~
faris domam tak dapek ikut nenda!
Alaaa......
Seronoknya bila baca dialog antara cucu dan nenda. Terhibur rasanya.
Faris tu cerdik betul. Alhamdulillah, mesti nendanya bangga, kan...
pandainya dier..
baguslah nenda ni..
copek faris dapek bercakap kak kan?
selalu ea bdk2 lelaki lambek dapek bercakap...
gud boy..!
kog,
rambut gulung2 tu dah tak boleh buatapa dah. lumak dengan minyak zaitun satu botol pun dia gulung gak. Atuk dia cakap jangan potong biar panjang. Ala.. cam pompuan la pulak.
erna,
tak lama lagi berebutlah tu. Sekarang ni pun kalau kakpah pegang maryam mesti dia ngamuk sebab jeles.
de.. de... nak kung... nak kung... pat de... kungg..
hehehe...
mau kono polangkung dgn Kak Pah ni kang... hikk...
copeh sihat yoo Faris.. Kang kok uwan tu pulak yg domam.. huhu...
kakngah
buleh ambek alih tugas uwan e kan haha
kts,
ala.. tak main la. ori aper..
ibuintan,
tongah sodap buek kawan. kawan beborak, kawan gaduh
MDT,
O ye ke... selamat nyambut harijadi in advance.
kakcik,
memang menjadi kegeraman satu famili ni. Kalau takde semua tercari2
kaknora,
betullah tu. Kat rumah ni onyen (abah kakpah) selalu tercari2 cicit. Cicit pulak selalu ngacau orang lain termasuk onyen haha..
miloais,
yang kat rumah ni pun geram dan selalu cubit2 pipi dia.
lilies,
tulah pasal. dengan atuk dia lagilah ngengada. sebab dia tau atuk memang selalu back up dia.
bujal,
haha.. dah terlambat kot.
hanie,
domam batuk..
tie,
alhamdulillah.. cerdik. Kakpah target nak suruh dia pandai baca umur 3 tahun. tak tau la boleh ke tak.
ena,
tenkiu auntie.. faris cakap.
kaklong,
tapi dongan pelat dio lah kaklong. kadang2 susah gak nak paham.
azz,
kalau ekau yang ngengado nak dukung memang lah kono pelangkung haha..
Berapa kilo lah faris tuh kono dukung naik tangga.. leh exercise angkat berat ari2 nie..
Rambut gulung tuh kalau biar pjg kang jadik rambut gerbang lak kak
Seronoknya ada cucu boleh hilang segala penat lelah bila tengok mukanya.
Rindu yer kak pah kalau tak tengok cucu. Cucu saya yang ketika bulan Mei ni 2 tahun. Lebih kuranglah tu dengan umur Faris.
Biasalah tu kak pah keletah anak-anak lecil buat kita rindu. Nakal dia penghibur duka lara. sehari tak nampak muka mesti rindu punya.
sib baik kamera sekarang jenis boleh delete delete
kalau guna kamera guna negatif, terukkkkkkkk
suka tgk cucu kakpah yg cute dan keletah..cantik pin no2
harap demamnya tak lama.
iina,
bukan setakat bepoluh je ina oi. mencungap!!
zaitun,
betul zai..
kunang-kunang,
kira sebaya lah tu.
cikina,
kalau depan mata begaduh.. hilang tercari-cari haha
pb,
kalau pakai negatif macam dulu habis dah kena lepuk tangan tu.
sudais,
alhamdulillah
juliet,
makan ubat yang leceh..
Sonok eh ado cucu centu...
layannnn..!!
ala siannya dia...moga cepat sembuh ye cucu kakpah
kalau dulu.. masa ANAK jerit "nak ukung.. nak ukung" (nak dukung).. mesti mak dia jerit balik.. "CEPAT LAH NAIK!!" (dlm hati, tak kuasa nk dukung..).. dan si mak dh pun sampai ke atas sblm si anak.. hahaha (ni, tiny la yg dok buat ni kak pah!.. kuikuikui).
tapi, bila cucunda yang mintak.. mmg lembut lembai hati nenda.. habis diikut segala permintaan.. (ni, mak ayah tiny contohnya!!.. haish!.. hehehe).
kalau anak, tinggal seminggu di kampung bercuti bersama nenda mereka, takpa lagik.. (dlm hati ada terselit rasa, aman skit.. hihihi), tapi, bila cucu yg selalu bising kat umah takder, mulalah nenda jd kucen hilang anak.. risaunya tak menentu... hihihi..
:)
Assalam hajjah
memang wajahnya comel sekali..
jangan kata nenda dia, kakak rasa ramai teman blogger suka banget dgn Faris ni. Pipi dia, mata dia dan yg special tu rambut dia.
Muka dia ada iras muka Imah (mak sedara dia)kan....
acik,
memang kono layan yo lah keletah e tu.
ina,
tengah batu batuk lagi tu
tiny,
memang kau pandai.
dulu2 masa belum ada cucu asek dengar citer orang je yang atuk nenek ni lebih sayang cucu daripada anak.
bila dah ada pengalaman sendiri, baru tahu betul ke tidak.
azani,
penyejuk bila ada rasa marah.
kak zakie,
Muka dia lebih pada rupa ayah dia.
masa anak2 kecik, melayan kerenah anak ya kakPah..bila dah dapat cucu, melayan kerenah cucu pulak... agak2nya mana lebih sayang? anak2 ke atau cucu2 ke?
yati,
kalau anak2 aku dulu buat nakal aku jentik.
tapi kalau cucu buat nakal dan mak dia jentik, aku jentik mak dia haha..
Post a Comment