Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, April 1, 2011

Tikar Sembahyang

Pegi ambek tika sombayang, emak bagi arahan.

Dan makcik aku yang loyar buruk menyampuk;
Mano ado tika sombayang.  Kang kok tojumpo tak cukup tanah bolaghi.
Tanpa dia ketahui bahawa berpuluh tahun kemudian masyarakat digemparkan dengan sejadah yang duduk sendiri seolah-seolah sedang bersolat di surau-surau dan di masjid-masjid.

Kami menyebutnya tikar sembahyang kerana tikar itu digunakan ketika bersolat.  Moyang dan nenek aku yang pandai menganyam tikar mengkuang selalu menganyam tikar sebesar sejadah. Kadang-kadang tikar itu diwarna-warnikan tetapi selalunya ia berwarna ori sahaja. Menurut moyang aku, kalau terlampau banyak dekorasi nanti solat tidak kusyuk.

Lama-lama setelah aku keluar dari kepompong kampung aku, aku tidak lagi menyebut tikar sembahyang sehingga aku terlupa akan kewujudan perkataan dalam kamus aku ketika aku kecil dan remaja.



Kalau kami kemana-mana suami aku kan membeli sehelai sejadah. Menambahkan lagi koleksi sejadah di rumah. Kalau dipikir-pikirkan, kita terutamanya perempuan ini, jarang memasukkan sejadah ke dalam senarai barang yang mahu kita beli ketika kita bershoping sakan.  Tak kiralah di dalam negeri ataupun di luar negara. Padahal ia adalah benda penting yang kita gunakan hari-hari. Kita gunakan lima kali sehari.  Kadang-kadang lebih.

Suami aku cakap pada kami, lebih banyak sejadah yang kita gunakan lebih banyaklah saksi kita di akhirat nanti. Kalau sehelai itu saja yang kita gunakan sehingga lusuh maka sehelai itu sajalah saksi kita.

Apa-apa pun, janganlah kedekut untuk membeli sejadah dan telekung.  Kita tidak sayang mengeluarkan ratusan ringgit membeli kain baju, kasut yang berjenama tetapi begitu berkira-kira untuk membeli telekung dan sejadah.  Kadang-kadang getah kain telekung sudah terlalu longgar sehingga melorot ke bawah ketika sedang bersolat tetapi masih tidak mahu membeli yang baru.

Sekiranya mencongak-congak untuk membeli hadiah untuk kawan tetapi tidak tahu hendak memberi apa, apa kata belikan sahaja sejadah atau telekung. Setiap kali kawan itu menggunakannya untuk bersolat, insyaAllah ada bahagian untuk kita.

Salam Jumaat.

kakpah

52 comments:

ejaMaria said...

terima kasih...
mmg dah beberapa kali bercongak-congak nak membeli sejadah... ye... hari ni kena tetapkan hati...

anymz said...

yeahhhhh..sokong kakpah..apo kato kakpah hadiahkan sey telokung dan sejadah pulak.wakakaka...
takpo2 lawak yo kak..thn ni mungkin kitorang tangguhkan dulu..ado hal mustahak bona2.hal anak2..tapi kalau sudah selosai dan di undang insyaAllah kitorang teruskan jugak.akak paham tak apo sey cakap nih?..hehe

kak long said...

kak,buleh cayo ko pasal sejadah bediri tu?macam mongak yo kan?sbb ea kaklong tak tengok ngn mato kepalo sdri,akak ponah tangok?

pB said...

kalau ke kenduri kawin kengkawan atau sedara , memang pB hadiahkan 'sejadah'

kakngah said...

buek koleksi tolokong mo tikar semayang lopeh ni. asek kumpul tudung yo.. :P

Aku said...

Bukan apa kak, kesian nak tinggalkan kain dan sejadah yang lusuh tu...

mereka pun nak 'join' sekaki gak. mesti dia orang sedih kan sebab kita tinggalkan mereka? ye la, habis madu sepah diluahkan...

teringatkan kisah pelepah kurma...

sayangsayangibu said...

assalamualaikum kak

teringgat arwah uwan yg pandai menganyam mengkuang jadi tikar warna warni
sekarang susah nak cari tikar yg mcm tu kan?

lagi satukan
bilo dah beli telekung yg baru, yg lamo di tnaggal2kan pulak ;)

S..U..D..@..I..S said...

betul tu kak pah setuju sangat...
ada juga bahagian

luahfikiran said...

SALAM,
AJAKAN AMALAN YANG CUKUP BAIK. TERIMA KASIH.

AZANI said...

salam hajjah
mulia cadangan itu, hadiahkan pada orang .infact selepas saya bergelar suami, ada satu bungkusan hadiah yang tidak saya tahu dari siapa, sejadah, serban, telekung,kain pelekat dan juga sarung,serta tasbih, di bungkus dalam kotak ,tiada pesanan, tapi amat kami hargai

salam zam
cer cerita pasal pelepah tamar tu,,,

salam hajjah, tumpang ye.

kayteeze said...

Tie dulu panggil tikar sembahyang juga, tapi sejak masuk asrama, kita panggil sejadah..

Ena said...

ye la kakpah..
setuju seuju..
thanks ye kakpah..

Kakzakie said...

Masa kakak pergi menunaikan Haji cenderahati bagi org adalah sejadah. Kakak pos sebelum balik M'sia.

Hari guru tahun lepas anak kakak pun bagi cikgu dia sejadah.

AzeedA said...

Assalamualaikom kakpah.. :)
teman diajor arwah Mak tikor semayang. masuk skolah baghu le keney sejadah. adiah perpisahan opis lame teman baghu2 ni deme bg telekung yg cantik.. suke sgt!

Kaktiny said...

kak pah.. tiny mmg setuju sgt idea bagi hadiah telekung dan sejadah tu..

tiny sendiri sgt hargai pemberian sedemikian.. telekung dan sejadah..(jiran kesayangan tiny, tokma, akan bagi hadiah yg sama setiap kali ulangtahun kelahiran tiny.. and I am so happy with the present, kerap tukar-tukar pakai, macam tukar-tukar baju setiap kali nak pergi kenduri..)..

(Semoga rahmat Allah melimpah kepada jiran tersayangku itu.. Ameen).


hihihi...

tasekM said...

lepas ni nk kasi hadiah telekung n sejadah je lah.
kengkadang pikir nk bg hadiah apa ke org pun bulih jd pening gak.





.

kakpah said...

ejamaria,
ada lebih kat rumah pun tak apa. nanti insyaAllah berguna.

anim,
buleh.. apo salah e.
Iyo.. kakpah paham. Mungkin joki tahun dopan. Kakpah dulu ado hal anak pekso kakpah tangguh gak.

kakpah said...

kalong,
yang itu kakpah takleh nak komen. Tapi pado pandangan kpah, bilo sokali bolaku, buleh cayo lai. kalau kojap2 kek sanun, kojap2 kek sini.. lobeh macam buatan oghang yo.

kakpah said...

pb, ye.. senang tak payah pikir banyak. Sekarang ni pun banyak sejadah yang cantik2.

kakngah,
kok kendughi kendagho sonang. Ni kang buek kondughi asek pinjam sojadah sughau..

kakpah said...

Aku,
Ada akak cakap yang lama tu kena buang? Takdo kan. Ha.. pakailah gilir-gilir.
Kalau banyak stok sejadah kat rumah, time sedara mara datang takde lah kau tercarik2 sejadah. Ada dua tiga helai nak buat sembahyang berjemaah tak cukup. Kena pulak lapik dengan kain pelikat. malu weh..

kakpah said...

sayang sayang ibu.
tikar mengkuang dah jarang dah kita nampak kat rumah-rumah sekarang ni. Orang dah ramai bertukar pada permaidani.
Telekung yang lama tu kalau boleh pakai, kita pakai. Tapi kalau dah nipis sebab banyak kali basuh, pakai pun dah tak kira menutup aurat lagi sebab dah berbayang tengkuk dan badan.

kakpah said...

sudais,
DIA maha adil.

Luah fikiran,
Alhamdulillah.

Azani,
ya, antara hadiah yang akan kita kenang dan hargai. Serban tu berpakai ke tak!

tie,
Asrama banyak ajar kita macam-macam.

kakpah said...

Ena,
kau menyoping ke harini..hehe

kakzakie,
kalau ke mekah tu memang sejadahlah hadiah paling bagus. Murah pula tu. Tentu mereka yang dapat hadiah tu rasa suka hati.

Azeeda,
Kalau kita gembira menerima telekung tentu orang yang menerimanya dari kita rasa begitu jugak. Kan?

kakpah said...

Tiny,
Kirim salam pada tokma. Sehat ke dia. Sibuk dengan cucu agaknya ye.
Betul. Pakai telekung ni macam pakai baju juga. Sering dicuci dan diganti-ganti. Kita kan nak menghadap yang Agung.

kakpah said...

Tasek,
tak payah pening-pening.. hehe..

miloais said...

kak pah : tQ bagi idea sedekah sejadah @ telekung tu...

ingatan yg amat bagus kan???

Mamarempit said...

betul tu kak pah...itu sejadah...
ada yang sering sy perhatikan....telekung pun susah nak bawak........
isu ni memang sensitif....tp sy hairan....kenapa tidak dilatih dari kanak2....mcm2 alasan yg mereka beri....sedih...

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Masa Kak ani kecik2 pun, orang panggil tikar sembahyang. Masa tu susah nak dapat sejadah. Mungkin sebab mahal.

Cik Ina minat Do do Cheng said...

salah satu hobi makcik gak, tak boleh nampak telekung yang lain pesyen sikit, mesti beli.

cakap pasal tikar, teringat arwah yang pandai menganyam tikar mengkuang.masa dulu tikar ni benda penting.

kakpah said...

miloais,
sesama.

mamarempit,
jangan mereka jadikan alasan tak sembahyang sebab tak bawak telekung. Memang nak kena luku tu..

kunang-kunang,
kita pakai tikar mengkuang je kan? Sejadah tu ada gaklah dua tiga helai.

cikina,
mata perempuan ni memang pantang nampak benda cantik. Nak cantik beli yang bukit tinggi punya tapi jangan beli yang sarat sangat dengan sulam.

Mamarempit said...

Kak Pah...patut pun kena luku..bukan tarap budak2..tapi mak2..nenek2...camno nk ajar lagik...kita ni dh biasa dari kecit...bila dewang tgk kita biasa bawak..igtkan kut leh la ikut...tp mata mereka memandang....cam kita buat salah...

ashley said...

psttt..
hari guru nanti, pas ke kitaorang telekung sepasang sorang ye..
hehehehe..
thanks in advance!

h4ni3 said...

haaa.. tambah saksi ye kakpah.. betul jugak tu
pasni nak gi beli sejadah lagi lah
nak letak 1 bilik 1 sejadah.. :)
tQ kakpah

kak ina kl (2) said...

betullah...selalu tak masuk list bila gi shopping..nasib baiklah kak pah ingatkan..terima kasih kak pah

kakpah said...

mamarempit,
dah jadik buluh camtu susah dah nak bentuk. Doa je lah hati tebukak nak semayang.

ashley,
psssttt.. aku bagi kau je tau. Jangan habaq kat orang..kehkeh..

hanie,
tambah tak per jangan kurang hehe.. Pegi bali belilah satu.

kakina kl,
haha.. saje je tolong ingatkan.

iina said...

Sepanjang den berjalan thn 2009.. maso p istanbul mmg dapek beli 2 sejadah.. hjg thn lepas.. kwn poei lagik istanbul pun den kirim beli sejadah.. telekung yo takdo kak.. kat sini saya kalau berjalan.. solat tak pernah pun bawak telekung.. asalkan cukup tutup aurat dah boleh solat.. mungkin kalau praktis camnie kat mesia mesti pelik.. tapi utk kami kat sini.. tak pelik pun..

Satu lagi kan.. kalau kat mesia org nak solat kalau tak jumpalah surau atau masjid.. mesti takkan berhenti utk solat kan.. tapi kat sini.. kalau berjalan.. kat mana2 pun kami berhenti solat.. walaupun hanya kat tempat parking.. atau di bangunan kawasan rehat rawat.. ataupun di bawah pokok yang rendang.. pernah sekali saya solat atas batu di tepi pantai.. wuduk pun ambik air laut jek.. perasaan?? susah nak gambarkan..

Pernah dulu kawan saya kena tegur kat surau shopping komplek kat kl dia solat semata2 pakai baju lengan panjang dan seluar.. dipaksa kena pakai telekung yang dah kuning2 dan berkulat tuh.. walhal baju dan seluar yang dia pakai itu bersih dan masih tutup aurat.. walhal kat sini kan kak.. begitulah kami solat.. janji tutup aurat dan memenuhi syarat utk bersolat.. walhal yg pakai telekung nie so far 2 bangsa jek saya jumpa kak.. org kita dan indonesia.. kalau bangsa arab.. atau bangsa lain.. cukuplah berjubah atau pakai yang menutup auratnya.. uihhh panjang lak komen den..

Apo pun kak esok kalau akak poei lagik bandung leh kirim telekung yo ;)

kakpah said...

iina,
osah panjang leba e komen ekau.
bab pasal pakai tolokung ni sobab orang molayu islam ni dah sebati somayang pakai tolokung. Orang mesia, indon, spore, brunei, siam.. to name a few. Raso macam longkap dan sopan gitu.
Padahal tak disebutkan pun yang kita kono pakai telokung. Asal menutup aurat. Cumo orang kito tak berapo paham dan tak biaso dongan caro tak pakai telokung.
Kakpah pun kengkadang bilo bejalan ko shoping kompleks, bawak setokin kaki untuk ganti setokin yang sedio pakai dan setokin tangan jo. Asal aurat tak nampak macam yang ekau cakap.
Yang kakpah nampak kan, orang arab ni kalau nak banding dongan kito maso somayang, sopan lagi kito. Kobanyakan dorang somayang kaki nampak, rambut tojulur.

Kek tompek kito ni mungkin sobab surau banyak, masjid pun banyak, jadi takdo masalah nak cari tompek somayang. Kok tak ado,iyo.. mano-mano pun buleh asal suci.

haha.. panjang leba pulak jawapan eden ha.
Lamo lai nak ko bandung. Ontah bilo agak e.

Atiey said...

kalau beli sejadah simpan dlm lemari tak guna jugakkan makpah....so tepuk dada tanya selera..hihi nak bahas panjg lebo nnti kena bhas lagi pjg lebo..hehehe

kak Erna said...

kak pah..samo lah macam suami saya tu ha..
kalau saya nampak telekong cantik..belek2..kemuadian tinggalkan..nak dio tanyo..apasal tak boli..saya jawab mahal..camtu la dia cakap..baju mahal tak po.
kalau poie mano2 dah tentu telekong tak tinggal..mesti boli sepasang.
ado sokali maso MAHA ari tu..telekong yang dio suruh boli..saya tak minat lansung..yang ado cam tangan tu..
saya boli yo tolokong..tapi yang biaso.janji boli..

Sham said...

salam kak pah...

saya panggil tikar semayang gak...

secangkir madu merah said...

alhamdulillah...good idea ya kakPah, tapi takot gak kalau orang salah tafsir lak kak...

AZANI said...

salam hajjah
kupiah je...serban bagi kat arwah abah...dia dah hajji.

Insan Marhaen said...

IM solat alas dengan kain pelikat anak masa bersunat dulu....

kakpah said...

atiey,
yela nak oi.. takkan bia besepah pulak hiii...

erna,
kakpah buat macam ni. Satu set telokung taruk dalam satu kereto. So kalau kemano-mano guno kereto tu dah gerenti telokung dah ado. Macam kakpah ni polupo kono lah buek macam tu.
Suami tu ingat2kan bondo yang baik bagus lah tu..

kakpah said...

smm,
Kalau orang tu tak semayang mungkin dia rasa terperli. Tapi hadiah itu mungkin satu dakwah yang tak berapa nak ketara.

azani,
hehe.. ko malu nak pakai serban ye..

IM,
kenangan tu..

DrSinga said...

Terimgat cerita tikar sembahyang, sembahyang dulu...

pak long said...

salam buat kak pah....
idea bagus dari akak....hadiah paling bermanfaat

kakpah said...

dr singa,
err.. tikar yang sembahyang?

paklong,
cuma nak kongsi idea.

a kl citizen said...

terkena batang hidung sendiri... terima kasih kak pah

suka yang ini

"Suami aku cakap pada kami, lebih banyak sejadah yang kita gunakan lebih banyaklah saksi kita di akhirat nanti."

kakpah said...

cikgu normah,
apa kabau. lama tak nyinggah. kita pun lama tak bertandang..

~ Cik Azz ~ said...

Sodap pakai yang dah biaso guno je kak... Kadang2 sayang gak nak pakai yg baru... hehehe...

Insyaallah, lopeh ni akan mulo masukkan sejadah dalam senarai.. Tolokung dah banyak dah ghaso ehh..

s0fEa nABeELa said...

Kami memjual telekung dari Vietnam :D http://www.facebook.com/pages/Piya-Bella-Pelangi/446510168766971

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...