Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, May 3, 2011

Hujan tidak mengira waktu

Dada langit sarat dengan warna kehitaman. Jauh di sana kedengaran sayup sayup suara guruh menggegar alam. Hujan akan turun lagi, bisik hati aku. Turun membasahi bumi yang belum sempat untuk kering.

Aku memerhatikan tanah yang lembab dan lembut di belakang dapur. Keadaan tanah yang cukup bagus untuk kerja-kerja mencangkul membuang rumput yang bermaharajalela. Juga untuk aku menggembur tanah dalam usaha memeriahkan belakang rumah dengan taman edible yang belum menjadi-jadi.  Angan-angan sudah lama, tanah hitam sudah dibeli dan benih juga telah tersedia. Cuma masa dan keadaan yang menjadi musuh.

Aku mencapai cangkul, menghayunnya beberapa kali ke muka bumi berhampiran dengan tembok. Tanah terburai dan rumput bergelimpangan bersama akar. Tapi belum sempat manik-manik peluh membasahi baju, aku sudah merasakan titis-titis hujan menampar pipi. Kilat juga mula menakut-nakutkan aku.  Langit terus murka dengan mengeluarkan suara suara garau yang semakin lantang.

Aku sandarkan kembali cangkul di tempatnya lantas mencuci tangan yang belum sempat untuk kotor. Sambil melangkahkan kaki masuk semula ke dalam rumah sambil aku menoleh-noleh akan tempat aku mencangkul tadi.  Bilalah nak siap. Macamana nak siap.  Mula pun belum.


Kelmarin aku mengambil foto oked aku yang rajin pula berbunga.










Berkebun ini pun ikut mood.  Sama macam masak. Mood aku untuk masak merudum sejak dua menjak.


kakpah

38 comments:

Kakcik Seroja said...

Bila hujan, jalan jem. Bila jem, lambat sampai rumah. Tapi.... masak tetap kena masak. :)

kak long said...

makan kek restorant yo la kak..apo susah...hehehehe!!!

h4ni3 said...

cantik bunga2 orked kakpah
mak dulu rajin gak tanam orked.. anak dia ni, hmm.. pandai petik jer .. hihi

Acik Erna said...

kak pah..saya pun macam tu..kalau datang maleh masak..buek tak ghoti yo..tapi ado pulak yang rajin ganti..
ayah he la..dengan sukarela tolong masak..

ibuintan said...

kakpah,

cantek bungo oked tu!

nak tanam sayur dan lado api ko?

Deliah's Deli said...

assalamua'alaikum kak pah,tu titik hujan ke spray ngan air je :)) cantik oked kak pah,leh bt poskad :)

kak,image kat sidebar tu bt camne eh,bkonan den :)

ejaMaria said...

emmm... kat gombak hujan selalu nya turun petang... jd klu nak b-kebun kena buat pagi-pagi... ;p

Cik Azz said...

Cantik ehh okid akak.... jeles sey nengok ehh... Okid sey ado gak yg tongah bobungo ni... tp bukan yg mcm akak punyo la...

okid ni kalau jago boto2 tak nak deh kuar bungo.. Kok buek tak tau yoo, ehh totibo kuar lak bungo ehh... haha..

Ms.Lilies said...

hujan siap kilat2...tkt huhu

sud@is said...

wauu terpesona dengan gambar2 yg kakpah snap nih....
belum pandai lagi dengan DSLR....masih belajar...

tasekM said...

aku pun tgh berkebun kak.
cili merah: dh hidup.
cili padi: dah hidup.
pegaga: kemahen cantik dlm pasu.

sekarang ni tgh nk taman tembikai.
tembikai bulih ke tanam dlm pasu kak...?

ha ha.





.

Hjh Noralenna Abbas said...

Lovely orchids! Bahasa pun berbunga-bunga, cantik!

Nizam.Ariff said...

Aku sub-con kat mak mertua dan abg kat kampung. sekali balik, cukup bekalan sayur seminggu.... siap pisang, cili, buah naga...


rumah aku tak ada tanah. duduk di negeri atas angin mmg kena byk sub-con kerja-kerja sayur ni...

hairul392 said...

saya ada tanam kacang pendek.. tak ada tanah cuma tanam dalam pasu jer..

zino said...

hari ni hujan sangat lebat.... hasil nya ada kawasan banjir kilat terowong smart di tutup utk beri laluan kepada air.. dan jalan jemm hehe

Yunus Badawi said...

kakpah nak tanam apa ni? Kacang bendi senang hidup. Kalau malas nak buat batas, masukkan aje benihnya dalam tanah pun boleh tumbuh.

Yunus Badawi said...

Cantik gambar2 orkid tu. Berbaloilah kakpah pergi kelas fotografi hari tu

Cik Ina Do Do Cheng said...

okeylah tu kak pah mood masak merundum, mood berkebun cam bercambah je.ooo cantik orkid, siram ngan air basuhan beras ye?

ibundo said...

kakcik,
goreng telur je pun jadik kakcik

kaklong,
sesekali bulehlah kaklong

hanie,
oked kita tu pu banyak yang dah merajuk

erna,
kalau tibo maleh tu, mandang dapo pun maleh.

ibuintan,
angan2 e camtu lah. Dulu dah tanam. kacang panjang, bende, cili api, terung somo potik kek bolakang. lopeh tu maleh. ni nak mulo lah balik ni.

ibundo said...

del,
skang ni kan ujan. Tu air ujan pagi tu. kok pekonan image tu, ekau poi ko PhotoFaceFun.com

maria,
ni dah dua tiga hari hujan sebelah pagi.

azz,
boto cakap ekau. Sebona e oked tu dah lamo tak kono bolai mesra. Tetibo bebungo pulak de. Toruih belolah poi carik bajo haha..

ibundo said...

lilies,
tang kilat dengan petir tu yang tak tahan tu. Takoooot..

sudais,
kakpah dulu lama belajar sendiri. nanti pandai lah tu.

tasek,
mak oi banyak nya yang kau tanam. Tembikai dalam pasu? Kau beli tempayan lah.

kak nora,
haha.. bahasa ni ada banyak gaya kan?

ibundo said...

Aku,
kat balkoni tu boleh je kalau kau nak tanam. Beli je pasu. Tapi.. memanglah lagi senang kalau hangkut je dari kampung kan?

hairul,
ada orang tanam dalam polybag je. dapat gak hasil, ye tak.

zino,
o ye ke.. hangen je kalau bejalan tesangkut2 ni.

yb, hajat nya nak tanam yang senang2 nak tumbuh dan hidup. Ni tengah nak buat batas. pasal gambar tu hehe dah labur duit kalau tak reti2 jugak memang le..

cikina,
tu lah pasal. kalau sayur dah boleh petik kat belakang rumah tu, tak payah masak pun tak apa kan. hari2 makan ulam haha..

Ena said...

cantik orkid2 tu kakpah.. berkenan betul ena..

rasanya bunga2 yg ada lam pasu umah ena tu pun cam hidup segan mati tak mau.. huhu.. nak tanam macam2 tanha pun tak dekk.. abis dah di tile kan.. haihh!!! sbnarnya tingin juga kurang2 nak makan cili ke serai ke daun pandan ke leh kutip2 belakang umah cam umah kg.. sayangnya tak dapet nak wat gitu.. huhu..

skrg cuaca memg tak menentu kan kakpah.. bumi dah tua.. huhu.. tau t bekalan tak juga sediakan secukupnya. adeihhh..

bukan mod berblog tak de.. mood masak dah lama merudum kak.. malak pun ala2 jek.. alahai.. apa nak jadilahhh ni..

Zaitun said...

Kakpah

Kalau malas masak orang tak perasan tapi kalau orang nampak orkid yang cantik ditaman tentu orang kata rajinnn...nya tuan rumah.

aza ni said...

lawanya hajjah

aza ni said...

i mean orkid tu

aza ni said...

assalam hajjah
hajjah pun lawa juga..

julietchun said...

mood saya utk masak merudum sepanjang tahun,kekekkekeke

lupekanje said...

sajo la kak pah tu...taim nak ujan barulah nak amek cangkul...

tpi menyangkul memang a very good exercise kan kak...kojap yo bulih menghasilkan peluh yang lumayan.

secangkir madu merah said...

kata org nak bercucuk tanam tangan kena sejuk baru tanaman boleh hidup subur dan menjadi... tangan aku panas agaknya, tanam tak mahu hidup dan campur dgn kemalasan aku yg tahap dewa...


cukuplah sekadar aku bercucuk tanam di famvil kat 'muka buku' je lah kakpah... senang keje aku.. tanam dan kutip hasil.. tapi tak mendatangkan hasil di dunia realiti..buang masa jek kan..hahahahha..

Kakzakie Purvit said...

Cantiknya bunga orkid kakpah. Kakak tanam semuanya tak berbunga. Banyak daun je. Siap beli baja bunga yg spray lagi. Tetap degil juga....

kakngah said...

lembah pun hujan jek kak.. tang malam tadi... ken baju tak kogheng ha....

iina said...

Kak Pah.. masak yo yang sonang2.. den pun skrg mood nak masak pun maleh.. makan tortilla wrap pun dah ok.. tapi kan poyut org n9 tak leh tahan takat roti yo.. kono gak masak nasi..

ibundo said...

ena,
realitinya oked tu takde lah sesubur mana. Banyak daun dari bunga. yang ada tu pulak,dah hampir-hampir nak mati. sebabnya, lama tak berbela. tinggal macam tu je tak berbaja. ni bila dah keluar bunga baru lah mula nak taruk baja balik haha..

ibundo said...

zaitun,
betul gak kan? orang dalam rumah ni je yang tau kita mals masak ye tak..

azani,
mintak maap le. takde pula beli souvenir lebih dari beijing haritu..

juliet,
ko tak pyh ckp pun aku dah tau dah.

ibundo said...

acik,
boneh yang ekau bagi dulu tu tak monjadi langsung. kok ado lai.. hiii.. campak2kan la ko sinia..

yati,
orang kata macam tu kan? tangan aku ni suam-suam kuku. kadang2 kalau betanam, menjadi. kadang2 tak menjadi. kalau time dia menjadi tu, dua tiga bulan tak payah beli cili api

ibundo said...

kak zakie,
beli baja khusus untuk oked.

iina,
iyo.. bilo time maleh masak, main wrap yo lah atau buek salad yo. kok tak pun suruh yo bibik den masak.

Ina Hashim said...

cantik & suburnya bunga2 orkid kak pah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...