Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, May 20, 2011

Datangnya Tidak Diundang

Pah, tadi ambong poi klinik kek joseh tu ambek ubek. Doktor yang cek tu suruh masuk sepita. Ambong dah maleh lah masuk sepita ni.

Aku terima sms dari abang aku. Dua tahun lepas dia menjalani pembedahan di hospital universiti dan paru-parunya ada yang dibuang. Sememangnya dia perokok yang kuat sejak muda lagi. Aku cuma menasihatinya supaya tidak membuat kerja kuat dan banyakkan berehat.

Datangnya penyakit memang kita tak minta tetapi kalau dia nak datang, dia akan datang juga. Tak boleh di tepis lagi. 

Emak aku berada di dalam kepayahan berbelas-belas tahun lamanya. Bermula dengan parkinson kemudian osteoperosis dan seterusnya pembedahan menggantikan sendi pinggul yang tak menjadi dan menyebabkan dia menghabiskan hidupnya di kerusi roda. Di akhir hayatnya mendapat kudis berair yang menjangkiti anggota dalaman pula.

Aku sama-sama mengalami kepayahan dan kesukaran emak walaupun tidak dapat menggalas kesemua emosi yang emak tanggung. Bila orang yang hampir dengan hati kita jatuh sakit, mahu tidak kita akan terasa sama kesakitan itu.

Kalau boleh, memanglah kita tidak mahu jatuh sakit. Kalau nak datang, dia akan datang.  Tetapi kita ada cara untuk menghindarinya.  Bukan begitu? Cara hidup kita banyak memainkan peranan menentukan kehadiran penyakit.  Walaupun masih muda, awasilah cara pemakanan. Jangan bila dah tua macam aku baru nak jaga itu tak boleh makan ini tak boleh makan.

Baru-baru ini adik kepada hasben aku menjalani bypass di IJN. Sudah dua minggu di ijn dan masih belum boleh keluar. Sedikit sebanyak pembedahan ini memberi kesan kepada kami supaya lebih berhati-hati tentang apa yang masuk ke dalam perut kami.



Kepada mad e, kau dah tak boleh makan sembarangan dah lepas ni. Tak ada lagi roti canai banjir. Kena dengar cakap 'missi' kau tu. Jangan banyak bantah.



Semuga Jumaat ini lebih baik daripada Jumaat-Jumaaat sebelumnya.
Salam.

kakpah

52 comments:

Anonymous said...

perokok tegar kalau dibagi nasihat macamana pun tetap akan dpt mematahkan hujah2 org yg menasihatkannya..haishh!

Unknown said...

selamat pagi kak pah..
mmg betul apa yang kak pah kongsikan ttg pesakit yang datangnya dari perokok..

my FIl meninggal kerana 20 tahun dia menjadi perokok tegar.. bila 6 tahun dia berhenti.. keluar semua sakit2....

skrang sdgn usaha utk en zalie sihat dan terus berhenti secara perlahan2...

moga2 dipermudahkan

Kakcik Seroja said...

Semoga sakit abang Kakpah itu beransur pulih dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

kakngah said...

biar tak minum pagi.. takpo. janji dapek rokok pepagi [en. suami saya la... sape lagi!]

bujal X said...

ni yang tak best nih~~da tak ble makan roti banjir~he~~

kucingorengemok said...

rokok, rokok... kalau tak sakit badan, sakit hati tengok orang sekeliling merokok

tasekM said...

tapi bab merokok ni org laki mmg degil, kan...?

heh.



.

julietchun said...

kita beralih la ke capati banjir pulak,lebih kurang je rasanya. :P

miloaiskurangmanis said...

datang tanpa di undang....
pegi nya nak bersuruh sangat2!

moga adik ipar kakpah segera sembuh ye...

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam hajah,
Penyakit datang macam kilat, pergi, aduhai...macam..kura-kura. Penyakit adalah ujian daripada Allah untuk kita beringat.Berusaha dan bersabar sahaja lah.

kak long said...

memang kito tak pintak kak..
tapi tuhan tu maha kayo,nak menguji hambo eh.....

Ena said...

tu la.. teringat kan pak cik kat kg yg mana kedua2 jantungnya dah bocor walaupun dah buat bypass..

Ms.Lilies said...

moga akak sekeluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik :)

Kakzakie Purvit said...

Nampak abang kakpah dah berusia. Moga beransur sembuh (tengok dah senyum pun dia).

Takut bila cerita sakit bab-bab jantung nie....

pB said...

pB suka dengan komen Hajjah Nooralenna






Datang bagai kilat
Pergi bagaikan kura2






Bukan mudah nak jaga bab makanan nie

Kena ada semangat tinggi

Nizam.Ariff said...

Agak-agaknya bab makan ni bagi orang muda sama macam bab taubat la...


" ah.. muda lagi. tua nanti aku makanlah sayur-sayur je..."

Tijah said...

skang ni sakit tak pilih umur kak kan. osah takut eh. ada kawan sey elok2 balik dr jogging tibo2 collapes sosak napeh langsung abih. nauzubillah...

rohaizahabas said...

PA tu perokok tegar...payah nak halang halang sebab ego dia kuat..'saya boleh mati kalau tak hisap rokok'...so nak buek camno...berasap lah mulut siang malam....

Acik Erna said...

kak pah..memang boto..kalau ado diantaro ahli keluargo kito yang sakit atau ditimpa musibah..kesakitan tu..mesti kit rasokan samo..

Anonymous said...

Suami Tie perokok gak, sejak dari sekolah menengah lagi. Tie risau, dah banyak kali suruh dia berhenti. Dia ada cuba, cuma dapat bertahan 2 minggu. Susahlah, kawan2 semuanya merokok, kuat pulak pi kedai minum teh....

ejaMaria said...

sakit ni... Allah beri sbg dugaan susah gak nak jangka... kdg2 dalam ber-jaga pun sakit juga... sabar je la... klu dah sakit usaha la utk sembuh...

saya takut sakit... saya takut mati muda, saya takut sbb amalan baik saya masih sikit... :(

ibundo said...

MDT
bukan setakat perokok tegar je. Orang yang begar(orang degil) takkan mau dia dengar nasihat orang nak-nak benda yang kita nasihat itu dah sebati dengan diri.

ibundo said...

Citarasa rinduan,
abah kakpah dulu masa mudanya perokok tegar tapi atas kehendak dirinya dah berpuluh tahun tak menghisap rokok lagi.
Maknanya, boleh dilakukan kalau mahu. Pokok pangkalnya diri sendiri.

ibundo said...

kakcik,
mudah-mudahan. sekarang ni pun tercungap-cungap. maklumlah, paru-paru dah rosak. itupun kata kak ipar, masih curi2 hisap rokok.

ibundo said...

kakngah,
kalau bukak poso pun koja rokok dulu. Lopeh sahur pun rokok rembat dulu sebatang duo. ish.. anak bujang kakpah ado gak yang tejobak ngan rokok ni. Pueh dah nasihat.

ibundo said...

bujal,
orang kata kan, kalau kita pantang makan pun, sekali sekala boleh gak rasa. tapi takde la macam dulu.. asek2 nak yang banjir.

ibundo said...

kog,
kita yang menghidu asap ni pun boleh dapat penyakit teruk.

Tasek,
aku sokong. Tapi ada gak pompuan merokok. Sungguh tak manis langsung.

juliet,
aku cabar ko makan apati je. Tak payah banjir..

ibundo said...

miloais,
kita tak nak pun kan..
sekarang ni masih ditahan dalam wad sebab jantung berair pulak..

kak hajah nora,
betul tu kak. Bila dah datang, kita terima sebagai ujian dan cari cara untuk menyembuhkannya.

ibundo said...

kaklong,
osah botul e. Dio tu maha mengetahui.

ena,
oo ye ke. Kesian pakcik tu..

lilies,
amin.. syukur.

kakzakie,
memang seriau kelau cerita pasal jantung. Maklumlah enjin utama badan kita. Mati enjen nyawa pn melayang..

ibundo said...

pb,
Susah nak kawal makan sebab negara kita ni terlalu kaya dengan makanan yang sedap-sedap. Kena ada kekuatan diri untuk memilih mana makanan yang baik mana yang tidak.

ibundo said...

aku,
tu lah pasal. Orang muda lupa bahawa ajal tu datang tak kira orang tua ke muda.

tijah,
osah takut e tu. Kekadang kito tak sangko bondo tu buleh bolaku kan?

ibundo said...

ezza,
apo kato ekau suruh PA tu makan sirih gantikan rokok tu haha..

erna,
memang susah nak kobaan camano susah e hati kito kan?

tie,
bau rokok tu pun dah mengundang untuk merokok semula. Sian. Takut penyakit yang akan datang. kakpah pun heran gak lah, apa benda yang sedapnya sedut asap ni ek..

ibundo said...

maria,
Allah bagi kita dugaan dalam banyak bentuk. Sakit salah satu daripadanya. Kalau dah bejaga-jaga pun sakit datang juga, kita kena pasrah. Tapi berjaga2 lebih baik daripada tak bejaga2 langsung.

mama_sal said...

k pah..lama dh x singgah, dh cantik bebenor rumah k pah ni...congratzz!!

ibuintan said...

kakpah ..org yg merokok ni memang bega, cakap la apopun tak di hapek an nyo.

sakit dio kito pun samo sakit

Kaktiny said...

betul kakpah.. ujian sakit ni pun rahmat jugak kan..

bila dh kena banyak pantang, perut kita pun selamat dr segala macam bahan makanan yg sering terhumban masuk kan!.. nikmat siht tuh!..
(tiny ni, sembang mcm bagus, tapi, diri sendiri kalau bab makan, MMG FAIL!!!... huhuhuhu)..

ayah tiny pon buat bypass IJN 3 tawon lepas, memula dulu, pantangnya.. perghhh... FIRST CLASS (nk plak ada "MISSI" garang yg dok jaga!!!... hahaha...)..
skrg, selera makan dh start balik mcm zaman muda2 dulu!!.. haish!!..
Malaysia + Makanan!!!... hadoiilaaarrrr!!!...

iina said...

Mmglah kan kak kalau dah sampai maso sakit nie tak kiro lah kak.. kdg2 org yg sihat dan mmg jaga makan kesihtan pun kono gak.. tapi kono gaklah jaga2 kesihatan kan..

Wah kak lamo nar tak mkn roti canai banjir nie ;)

ibundo said...

mamasal,
wah.. lama betul tak kemari ek. Kakpah ada sekali sekali ke sana tapi macam sepi je haha..

ibundo said...

ibuintan,
osah polik e kan? Yang di sodut asap. yang kolua lobeh sikit daripado yang tingga kek dalam nun. Apolah yang sodap e tu kan?

ibundo said...

Tiny,
kok tak takkanlah ustad selalu cakap banyak orang ni kalau tobat, tobat sambal belacan. Bila kepedasan, tobat taknak makan lagi tapi bila nampak sambal belacan tu lagi, tibai jugak. haha.. samalah macam kita ni bila ditimpa penyakit tersangatlah setianya ubah cara pemakanan. tapi bila agak2 rasa okay, lupa balik apa yang kita janji ngan diri kita. Ni kakpah cerita tentang diri kakpahlah ni. Selalu macam tu....

ibundo said...

iina,
roti banjir ni bahayo iina. sekali sekala takpo. elok lagi makan tortila wrap tu. konyang pun konyang..

h4ni3 said...

semoga cepat sembuh kepada mereka itu


*kakpah.. ada special 'posmen' yg tolong anto surat hari tu.. hehe

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Tualah orang kata penyakit nak datang macam kilat dan nak pulang macam semut.

Sebenarnya penyakit tu datang tak macam kilat, cumanya kita tak sedar. Sedar2 dah parah.

Semoga abang ipar kak pah semboh segera.

secangkir madu merah said...

kakPah, pabila usia menginjak senja memang macam2 penyakit yg datang, masa tu dah tak guna nak berpantang larang lagi dah.. masa muda2 suka sangat minum teh tarik dgn roti canai banjir..kalau tak pekena macam nak pitam je rasanya, ini bukan citer aku, aku citer pasal abah aku kak.. sekarang dia terlantar akibat stroke.. dah tak boleh uruskan diri sendiri, nasib baik ada anak2 yg masih perihatin dtg menjengah dan menolong. Penyakit dtg macam ribut kak tapi nak pergi macam semutkan?
Belum kena penyakit, makan nak yg sedap2.. penyakit tak hingat tapi bila dah tua2 dah mengidap.. nak buat camno? itu lumrah hidupkan kak?

.

Cik Azz said...

Kadang2 tu mmg dah jago dah makan tu kak.. Tup2 bilo nampak yoo makanan tu, ilang semuo yang dijago.. huhuhu...

Takut kalau kono sakit toghuk2 ni.. Sian kek omak sey nanti kono jago anak ehh ni haa..

Jauhi la hamba2Mu ini dari segala penyakit berbahaya Ya Allah...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Betul tu kak pah, kita adalah dari apa yang kita makan.

Bila dah usia berginjak tua ni, kenalah berhati-hati memilih makanan.

cikmanggis said...

semoga abang kak pah cepat sembuh.Jika kita berhati hati tapi kena jugak sakit..kita terima je ya..kita dah ikhtiar..pasrah tapi jika main makan hantam je tu jika jatuh sakit..nyesal

ibundo said...

hanie,
sape la agaknya posmen ko tu ek. anyway, thanks. Ni dah tau rumah, sok sok raya datang lah..

ibundo said...

ani kunang-kunang,
kadang2 kita tak sedar pun kita ada penyakit... betul tu. Tau2 dah parah dan dah tak boleh gostan.
Takut kalau kena macam tu.

yati,
tekak kita ni memang nak yang sedap. muda2 memang makan tak hengat. Macam akak ni dah kena slow down. Nak sedap2 tu kena sekali sekala.
Kita ni mohon padaNYA supaya hari tua kita tak menyusahkan anak-anak.

ibundo said...

azz,
manusio ni kan ado napsu jahat. Yang jahat tu yang kito nak cantas tu haha..

cikmanggis,
Dah kita ni kalau dah suka masak, kadang2 telajak jugak hiii..

zino said...

semuga mereka cepat sembuh...

Ateh Nour said...

Sallam Kak Pah,

Perokok tegar selalu cakap,
orang tak merokok pun sakit juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...