Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, May 22, 2011

Tanpa Tajuk

Pagi tadi sampai di tasik cempaka tempat parking penuh. Akhirnya kami parking kereta di bawah tempat yang beratap. Dulu tempat ni di hadang oleh besi penghalang tapi aku tengok besi tu dah terjelepok atas tanah. Mungkin patah.  Mungkin juga dipatahkan.

Keluar dari kereta telinga sudah diterjah dengan bunyi bam bum bam bum dan suara ; ya.. aha.. satu..  dua.. tiga.. kiri.. satu.. dua.. tiga.. kanan.. lagi..

Memekak je.  Tak tau ke aku nak bejoging ni..  cakap hasben aku.

Dah dorang tu nak bersenamrobik.  lantak dorang lah.. aku jawab.

Tu.. aku ambil diorang dari jauh..
(pakai kamera cap ayam)

Hasben aku memang tak gemar menengok orang terkinja-kinja. Dah tu pula yang terkinja-kinja tu bercampur lelaki dan perempuan. Paham-paham sajalah bagaimana rupanya kalau orang perempuan ni terlompat sana terlompat sini.  Habis semua bergegar.

Dalam pada mahu menyisihkan diri daripada terserempak dengan kumpulan senamrobik itu, rupanya terjumpa juga dengan mereka yang cuba-cuba mengikut dari jarak jauh. Di laluan kami kelihatan seorang perempuan yang berbadan agak berisi di segala tempat, melompat dan berpusing-pusing mengikut irama dan rentak. Mata aku tak sanggup nak tengok.

Nasihat aku pada adik-adik, anak-anak yang datang baca di sini, kalau nak bersenamrobik tu buat sajalah di rumah.  Malu.  Ya.. Memang.  Makcik ni kolot sikit.


Dalam tasik ini banyak ikan. Semasa berjoging aku selalu akan berdiri di atas jambatan memerhatikan ikan-ikan yang berenang-renang di dalam air. Burung bangau juga banyak berendam di dalam air mematikan diri bersiap sedia untuk menangkap ikan. Ada juga orang yang memancing di sini tapi jarang yang dapat menangkap ikan di dalam tasik.  Agaknya ikan tidak hiraukan umpan sebab terlalu kenyang memakan lumut di dasar tasik.

Kalau bawa jala, bagus ni.  Boleh buka gerai di pasar tani di belakang pkns tu.


Selesai berjoging singgah sekejap di pasar tani.  Bukan.  Bukan menjual ikan yang aku jala, tapi beli sayur dan benih cili api.

Sekian.

kakpah

30 comments:

AZANI said...

assalam hajjah
ya, senam robik ni boleh buat robek mata...

cikmanggis said...

mai putrajaya kakpah..banyak tempat boleh jogging.jika tak mau tempat yg ramai,tepi masuk terus kat tepi rumah pm tu..ada tempat jogging cantik dan tak ramai orang,Tepi rumah ng yen yen.kami selalu jogging kat situ:)

indahhouse said...

Salam kak pah,
seronok jogging.. kami yg dok kwsn bukit ni pun, takde tmpt khas nak jogging. kat sini, org asyik pandang je, kwsn sempit.. huhu..

hazeleyed lady said...

Ass-salam kak pah...
Dulu rajin gak pergi tempat riadah camni untuk bersenam pagi ...but a bit too shy juga nak join...
walaupun tidak dikategorikan terlebih muatan...

Saya setuju gak ngan kak Pah...bukan tak boleh bersenam...kena pandai jaga...
Tepuk dada tanya selera...jangan sampai memalukan diri...

Saya selalu cycle jer sekarang ngan suami keliling taman

Nora said...

saya senamrobik kat studio... sume pompuan. Selesa sket, orang tak nampak. Campur ditempat awam cam tu... segan :(

Cik Ina Do do Cheng said...

Kak pah, kita yang mnegoknya plak malu. Kalau yang begegar tu slim tak pelah, ini yang betik 3 kilo pun nak besenam robik gak.

tasekM said...

aku tak pandai senamrobik kak.
pesen kayu.



.

kak long said...

apo yg begoga kak?
kahkahkah!!!

~ Cik Azz ~ said...

Hahaha.... Melampau tu Cik Ina... siap cakap betik 3 kilo tu.. hehe...

Ye la kak.. Sey ni pon mcm akak jugak.. Kolot dalam bab2 mcm tu...Nak goyang2 badan sikitpun dh sogan.. Ni pulak nak tokinjo2 cam boghuk... oooppsss.... =)

Tu anak ikan apo tu kak... comel yoo ghoman ehh kann... Teringat lak kek anak ikan patin sey hr tu.. abeh semuo mati.. Tinggal 4 ekor yoo.. terus masuk an kek dalam akuarium... huhu..

Aku said...

gegar-gegar 360 degree..????


.... eeeeeyyuuoooo..!


Ikan tu kiut la kak.. mulut ikan tu bersinar macam pakai lipstik kaler pirus flourosen berpendaflour.

Aku syak dia org nak ngorat org senamrobik tu la kak...

Ms.Lilies said...

selamat ikan2 ditasik akak xjala dia



hihihihi

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Jernihnya air, nampak ikan.

Betul tu Kak Pah, satu lagi kalau berjogging jenis yang tak pakai tudung labuh tu, bergegar juga.

kakngah said...

kak,
skrg ni dah ado kelas senamrobi kt tempat tertutup studio yg semuanya hanya perempuan..
topok dado..
gogar tak??
hahahaha!!!

kakpah said...

azani,
mata aku pun robek. Apatah lagi mata lelaki.

cikmanggis,
uhuu.. jauh tu nak pegi. dulu kakpah joging kat stadium seksyen 15. Pusing2 stadium tapi tak mencabar. takde naik turun bukit. jalan mendatar je. sebab tu pergi tasek cempaka. cuba2 gaklah jalan sambil tengok tanah je. tapi kadang2 terlajak jugak tertengok orang hehe..

kakpah said...

indahouse,
joging dalam rumah haha..

hazeleyed
kalau pakaian sesuai rasa2 okay lagi. pakai baju longgar dan tudung tutup bahagian yang perlu.
cycle pun seronok tapi basikal kakpah semua dah hilang. anak2 bawa pegi kedai, parking...lepas tu bila nak balik tengok basikal dah tak ada. dah banyak biji kena kebas.

kakpah said...

nora,
tempat yang tertutup macam tu lebih selesa kan..

cikina,
hahaha..

tm,
kalau kau pandai mesti kau nak join sama kan?

kaklong,
haha

cik azz,
tokinja2 kek dapur takpo kan hehe..
Tu ikan talapia hitam. Nek moyang e banyak.

kakpah said...

Aku,
kalau kau tengok ikan yang banyak kat situ mesti kau gila nak mancing.. banyak dan besar2.

lilies,
kalau tangkap pun akak tak berani nak makan. Ntah apa2 bahan toksik yang dorang makan dalam tasik tu.

kunang-kunang,
haha.. tu satu lagi. Dah cerita dah dulu pasal tu hiii..

kakngah,
kalau tertutup kito2 yo yang nampak.

lupekanje said...

sib baik acik da lama tk senamrobik.. sbb tk jumpa geng...ahakss..cuba bayangkan gegaran acik lak...errr..duk line bakang la slamat..haha

pedulik la senamrobik tu..acik cuma beminat tgk ikan tu...boleh ke mancing kat situ kak??? goram lak nengok ikan tu, mencabar sungguh...

acik kan da lamo ajak akak joging kat shangrila...nak mencabar..hah..situ pun dah sgt mencabar..huhu..ptg ni nk joging la..lama bona bolo lomak..

kucingorengemok said...

joging kat padang ukm best jugak, takde orang senamrobik

ejaMaria said...

bukan 'makcik' je kolot...
'kakcik' pun kolot gak... haru nengok eh...

julietchun said...

tangkap masuk akuarium :P

JunAina said...

salam kak pah...

aina dah lama tak berjogging kat tasik cempaka, kalau sempat pun hanya bawak anak main je kat sana. pasar tani tu pun tak pernag pegi...

apapun besenam robik bagus untuk kesihatan masalahnya bila dah beramai2 tu macam gelagat dan macam2 pulak le pakaian yang kadang2 tak bersesuaian langsung...

Kakzakie said...

Kakpah nak tahu kenapa kakak joging malam lepas solat maghrib sebab masa tu taman tak ada org. Cuma kakak bertiga dgn anak-anak. Kalau petang kakak masuk court family punya (tertutup masa main badminton)malu punya pasallah....

rezeki said...

kalau saya balik HC hujung minggu, dari rumah saya terus jogging ke tepi sungai HC , sekali lari dari mula jambatan hingga hujung sana dalam 5 minit x 6 kali , dah 30 minit juga ,lps tu terus sambung sampai rumah

kalau sabtu mmg ada depa dok senamrobek kat dome tu dgn muzik kuat yg boleh dgr satu pekan hehehe

Acik Erna said...

kak pah..tak yah la menjalo kak pah..boli yo ikan kek pasar tani tu.he he.

secangkir madu merah said...

aku senamrobik kek atas katil yo kak..



.

kakpah said...

acik,
ikan nek moyang banyak kek situ cik. ado orang mancing. tak taulah buleh ko tak buleh tapi ado yang mancing walau tak ghamai.

kakpah said...

kog,
selalu pegi situ ke..

maria,
sama la kita ye kakcik.

juliet,
jala tak bawak

aina,
budak2 seronok je main basikal kat situ.
akak pegi untuk keluarkan peluh je. dapat satu round 40 minit, balik.
aina orang bangi gak ye. kalau nak beli sayur kampung banyak kat pasar tani tu tapi orang ramai gak..

kakpah said...

kakzakie,
biar betul u joging lepas maghrib hehe..pagi2-pagi lah bagus, lepas subuh..

pak itam,
muzik bunyi sampai telinga nak pecah tu yang tak boleh tahan...
rajin gak pak itam gi joging ek.

erna,
haha.. monjalo kan sodap..

yati,
kehkeh.. lain je bunyik tu..

shye said...

hehe.... saya pernah gak join senamrobik kat tasik cempaka tu, tapi tak senam sesemangat orang ramai sebab tengah mengandung... so saya gerak skit2 jer.. husband je lah yg duk semangat buat semua.. hoho..

saya pun suka layan tengok ikan2 kat jambatan tu. hehehe. bangau2 tu pun biasa dilihat.. ntah2 kita pernah jumpa tak kak pah?

p/s : sebenarnya mmg pernah jumpa waktu saya temankan syira datang wedding kat seksyen 3 (ke 4?) :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...