Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, May 25, 2011

Gigi palsu tak sama dengan yang original

Yang patah tumbuh.  Yang hilang berganti. Walaupun yang dulu tak sama dengan yang kini. Walaupun yang baru tak sama dengan yang lama. Walaupun yang tumbuh tak sama dengan yang patah.



Pun begitu aku berharap pokok sayur yang aku tanam akan menjadi seperti dulu.  Gemuk dan banyak buahnya. Benih sudah mula bercambah.Aku tidak sabar menunggunya besar dan mengeluarkan hasil.



Sering kita teringat yang lama.  Ia ada nostalgia tersendiri. Menonton Oprah tengahari tadi mengembalikan ingatan aku kepada satu waktu yang pernah aku tempuhi. Debbie Boone muncul dalam rancangan itu dan mendendangkan lagu you light up my life.  Lagu kegemaran 34 tahun yang lalu. Dan Debbie Boone masih cantik seperti tidak dimamah usia.

Yang lama tetap diingat. Yang baru belum tentu memenuhi citarasa yang sudah berubah sejajar zaman.



Dan seorang aku masih menantikan benih tomato yang tak tumbuh-tumbuh.

kakpah

36 comments:

cikmanggis said...

benih tomato?hmm saya tanam tak pernah tumbuh,,jika tumbuh pun taksempat besar ada musuh serang..yang patah kan tumbuh..yg hilang kan berganti tapi takkan sama yg dulu...

Zaitun said...

kakpah saya baru tanam pokok cili api nampak subur,harap2 berbuahlah hendaknya.

Debbie Boone...saya pun tonton,best.

ibuintan said...

kakpah...kalau begigi palsu tak dapek lae nak ngungih bacang masak

kek kampung tak dapek lae nak becucuk tanam, sebelum kita potik koro dah potik dulu

anymz said...

memang gigi palsu tak samo dgn yg ori kakpah..tapiiii..janji ado kalo tak, nak baco fatihah pun kelepas kelepus yo....hehe

sud@is said...

nama pun palsu tentu x sama dengan ori...tp masing2 tentu ada kenangannya...hehe

Cik Azz said...

Coz you.. light up my life... you give me hope.. to carry on.. you light up my days.. and fill my nights... with song...

hehehe... sey pon suko gak nyanyi lagu ni kak...

Kek sinipun payah kok nak tanam2 ni kak.. mano dgn ayam yg dok kaih2 tanah tu.. dgn koro sosek hr tu lagi.. kambing dgn lombu org yg bokeliaran lagi.. paling2pun tanam pisang yoo.. mujur takdo angso, kalau tak, solamat la pisang tu tak sompek bosar...

zino said...

ada gigi palsu boleh juga sengeh kalau tak ada gigi langsung cam mana? hehe

Ummi Salsabila said...

seronoknya.tak sabar nak tgk tomato bergayut2 di dahannya :)

ibundo said...

cikmanggis,
tanam tomato tak penahnya menjadi. tanam kat pasar je lah nampaknya. Boleh petik bila-bila.

ibundo said...

zaitun,
cili api ni satu kemestian. mesti ada. Kalau tak dapat cili api mau meroyan.

ibundo said...

ibuintan,
haha takut totanggal dan melokek kek bacang tu ko ..
kek kampung kakpah pun banyak koro tapi kek bangi ni siput ado lah. Kok datang de ngojoan sayo kpah sok, jago la.. kito tabur garam..

ibundo said...

anim,
afe? kelefas kelefus? haha. Takdo yang palsu tu buruk bona ghoman e. Telopong yo tak bopintu. Kok masuk langau lagi la haruuuu..

ibundo said...

sudais,
tu lah kan? dulu masa kecik2 malas gosok gigi.

ibundo said...

azz,
ekau pun tau lagu tu yo. Totap evergreen..
Sayanglah ekau duk kampung tapi tak buleh cucuk tanam. Omak kakpah dulu nanam cili api sampaikan orang datang boli. Sojuk tangan e. Tapi kakpah ni nanam cili idup macam tak maun yo.
macam2 natang ado kek kampung kau azz. tonyok takdo ko..

ibundo said...

zino,
kena pakai topeng haha

ummi,
benih tomato tak tumbuh lagi uhuu..

azieazah said...

KAK PAH, kalu pakai gigi palsu pun, masih boleh lagi mengunyah tomato. hehehehehe

Ena said...

cantik la pic tu..


pun ta sabar nak tgk kemerahan buah tomato tu nanti.. makan gitu saje pon sodap.. dan tentunya tak menjejaskan gigi palsu.. hihi

Dinar said...

Orang yang suka bercucuk tanam boleh kekal awet..kerana sentiasa meletakkan azam melihat dan menunggu perkembangan kurniaan baru.. Betul ke kakpah?

marinahunny said...

yg saya cam pokok lada je..yg lain tu x brp cam..

ejaMaria said...

kak klu 2 minggu tanam tak idup... jgn harap lagi... tanam lain terus...

saya ada 3 pokok tomato, klu rumah dekat... buleh gak saya sub kat akak sepokok...

pB said...

Adam Faris dah boleh meniarap.
Nak meyulur dah sikit sikit.
Tapi bukan ke depan.
Asyik nak ke belakang.



Maryam ??

Cik Ina Do Do Cheng said...

Kak pah, cik ina masih memilih yang lama, biarpun zaman dah bertambah moden, memang menyenangkan, tapi rasa tak sama. biarlah orang nak cakap cik ina old fashion, janji cik ina happy.

julietchun said...

cuba tanam anggur kak, jiran sebelah tanam dah ada buah kecik2.

secangkir madu merah said...

wah Debbie Boone, aku hampir terlupa dgn nama yg satu ketika dulu pernah boom dgn lagunya you light up my life... dah 34 tahun? fuh lama giler..

Anonymous said...

Setuju dengan kak pah. yang hilang tak sama dengan yang datang kemudian.

Puas cari kisah gigi palsu, rupanya kiasan saja.

ibundo said...

azie,
takde gigi kena makan bubur je lah nampaknya..

ena,
sedap dimakan begitu saja..

ibundo said...

dinar,
ye ke.. mungkin sebab bercucuk tanam ni satu eksesais yang pasti mengeluarkan peluh. bila peluh keluar badan sehat. bila badan sehat akan kelihatan tegap dan awet muda.. hehe.

ibundo said...

marina,
pokok peria, pokok kacang..

pb,
maryam masih menyarap. belum ke belakang belum ke depan. dah haritu asek menangis aktiviti pun lambat..

ibundo said...

ejamaria,
tangan akak ni tak penah menjadik kalau tanam tomato. bagi petua sikit..

cikina,
yang lama tu lah yang banyak simpan kenangan. payah nak diketepikan.

ibundo said...

juliet,
dulu dah tanam. Mati. Pastu aku tanam kat tesco je. Bila teragak, pegi petik.

smm,
lama.. Kau berhingus lagi kan..

kunang-kunang,
tajuk kena sipi sipi je dengan cerita..haha

Anonymous said...

Tie pun suka lagu You light up my life.

Tak saborlah nak tengok hasil tuaian kakpah nanti.. :)

Acik Erna said...

kak pah..kok dokek..saya bagi kak pah baja organik.
biar lagi rangup dan sodap sayur2 kak pah tu..

ctpayong said...

oh alah...nostagia sungguh lagu tu. kakCT pun ada kenangan mengusik jiwa waktu2 lagu tu sedang popular di kala itu.

sekarang ni apa...Bruno Mars?!!!...ntah?

ibundo said...

tie,
sok sok kalau menjadi subur mesti kakpah tempek dalam blog ni. kalau senyap je tu makna tak menjadi lah tu haha..

erna,
ekau datanglah senia. Dokek yo..

ctpayong,
ha.. u orang lama gak ke..hii..

kakngah said...

sayo2 kakngah 3 kotak semaian haritu dah habis. minggu lopeh abem somai balik. dah bercambah dah. dilantak eh 3 kotak boneh bayam sumo eh.. maun jadi popai kakngah anak beranak makan bayam yo.. kehkehkeh!!

ibundo said...

kakngah,
baayam somo e kakngah. Tu dio. soksok batang bayam lak kono patahan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...