Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, May 10, 2011

Harini masuk kelas masak

Antara sayur yang mesti ada dalam peti ais aku ialah timun. Aku kalau beli timun bukan setakat dua tiga biji tetapi sepuluh dua belas biji.  Itu pun tak sampai seminggu dah kena beli lagi.

Antara kegunaan timun di rumah aku:
-jus timun
-selalunya buat ulam
-lawa timun
-udang masak lemak cili api bubuh timun pun sodap.  Rasanya macam labu air.


 Untuk pembuka selera, aku suka buat salad timun. Simpel.  Mudah.  Lima minit pun boleh siap.


Bahan:
Sebiji timun dipotong dadu
dua biji tomato dipotong dadu besar
1 labu bawang besar dipotong dadu
cili api ikut suka kepedasan yang dikehendaki.  Di hiris ikut suka.
kicap dalam 5 sudu. Boleh ditambah kalau tak cukup.
Limau nipis.

Gaul semua dan perahkan limau nipis.



Hari panas macam ni cuba buat jus timun perahkan limau nipis, taruk madu sikit.  Pergh!! Nak sedap lagi taruk ais.  Macamana lah nak elakkan diri daripada minum ais kan?   Rasa nak tidur dalam ais pun, ada..

kakpah                        

38 comments:

Ena said...

tak pernah buat.. dan tak pernah rasa juga..
nampak cam sodap jo tu kakpah... heheh..

Wanita Bertudung Hijau said...

nyum nyum nyum mcm sedap, boleh try :-)

pB said...

wahhhhh


cayalah



kat umah kak pah , nak makan pun ada course course nyer

kakngah said...

dalam esbok kakngah lak.. tomato.. masak apo pun goma buh tomato.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Memang timun mesti ada stok dlm peti sejuk..
Saya sendiri pun selalu buat salat timun melayu..(pakai kicap dan limau nipis)..tapi jus timum tak pernah try lagi..

ibuintan said...

wah..kakpah..memang sodap amek raso ea tu, kaler pun cantek yo

sey pun goma timun, buek macam makan epal yo...krup krap

bujal X said...

saya tak pandai makan timun..haha~~

Kakzakie Purvit said...

Gambar colourful, sharp lagi membuat selera bertambah dlm keadaan panas sekarang....

ejaMaria said...

bak mai secawan... ;p

aza ni said...

assalam hajjah
sebut pasal timun ni teringat timun sabah,

Ms.Lilies said...

huhhu...selalu makan timun time makan laksa je..

ini rupanya rahsia awet mudo akak
:)

Anonymous said...

Tie pun suka timun. Tapi suka acar timun. :)

Nora said...

nak trylah jus timun tu... cuaca panas2 ni, macam dapat bayang je rasanya...hmmm

miloaiskurangmanis said...

salad timun tu nampak sedap lah kakpah!
nanti kalo berkesempatan iols nak cuba
iols ambik resepi tu ye!

Insyirah said...

Jus timun? Bleh cuba ni. Thanks kakpah :) Saya ada 1 tabiat pelik. Kalau timun yg dah dimasak, saya mmg tak lalu nak makan. Tapi kalau timun dijadikan ulam, makan mentah gitu saja...i loike!! Hehe..

marinahunny said...

saya suka timun, nak2 yg buat ulam tu. tp org tua sokmo pesan suh pantang sbb timun ni sejuk. tp suka sgt makan, cmno tu..

kak long said...

sebaik ado kelas memasak tak bebayar...
timo kasih yo...kekekekeke!!

Mak Su said...

terliur!

iina said...

Buat acar timun pun best kak.. buat wrap kalau takde timun pun xbest ;)

ibundo said...

ena,
bukan macam sodap. memang sodap haha.. kek tokak akak la. lada api tu picit2kan sikit dalam kicap biar ada rasa pedas2. baru ummph..

ibundo said...

yang bertudung hijau,
er.. nak tanya sikit. ekao hari-hari pakai tudung hijau ke. bukan apa.. senang nak cari kehkeh..

ibundo said...

pb,
haha.. kau jangan salah paham pulak. Pembuka selera tu maksudnya kalau akak nak berselera nak makan.. akak buat salad timun tu je. ada rasa masam masin pedas lengkap..

takdo kojo den hai nak pakai course course ni hahaha..

ibundo said...

kakngah,
osah botul. tomato wajib ado. Unggih macam tu pun jadik.

ibundo said...

marina,
ooo tu namanya salad melayu ek haha. cili api jangan lupa ek.. kalau tak pedas bukan melayu tu.
jus? terai la. Campur dengan nenas pun sedap gak.

ibundo said...

ibuintan,
kalau tongah diet nak kurus badan kan, banyakkan makan timun. kalau lapar, unggih timun. Kono simpan stok bebanyak.

ibundo said...

bujal,
makcik rasa nak jawab ke nak bagi pelempang..

kakzakie,
harini panas betul kakzakie. Entah berapa kali mandi dah harini. rasa macam nak duduk dalam peti ais je .

ibundo said...

maria,
jus kita dalam gelas. tak pakai cawan kahkah..

azani,
istimewa ke.. tak penah tau la pulak.

lilies,
ek ele.. sebulan sekali je ko makan timun? tu pun seciput. weh.. pegi beli bebanyak.

ibundo said...

tie,
acar timun pun okay gak.

nora,
sejuk je masuk dalam tekak.

miloais,
memang nak suruh amek pun hii.. cuba la.

syirah,
kau dah pandai masak ke belum. dulu kalau kakpah tak silap kau banyak amek resepi kakpah kan. buat ke tak..

ibundo said...

marina,
hiii.. kalau ikut pantang larang orang tua2, banyak benda yang tak boleh makan. kau lanyak je haha..
(oops.. lupa pulak. aku ni termasuk golongan orang tua jugak)

ibundo said...

kaklong,
sapo cakap tak bebayar. Akak nak poi tagih utang kek kaklong ni hehehe

maksu,
lap maksu.. lap.

iina,
yes.. banyak guno e. boneh timun den bilo la nak hidup..

Cik Azz said...

Ada orang cakap kalau nak kuruskan badan, boleh minum jus timun + carrot.. Sey dh cubo minum dulu, sodap.. sojuk yoo air tu masuk kek tokak...

Tp mmg melancur... hahaha... Tak larat nak minum solalu...

Unknown said...

salam kak pah...

dah lama tak menjenguk...

tengok ke salad timun tu , alahai terlioq ler pulak..tp dah makan nasi nie..

Zaitun said...

Kalau masak gulai udang masukkan timun tua lagi sedap kan kakpah.

Hari ni cuaca panas sangat,anak tegur mama pakai sexy.

mamawana said...

Masak lomak timun buh udang kering, so'un and black pepper. Sodap.

sud@is said...

kerabu timun pun jalannn.....

Cik Ina Do Do Cheng said...

best tu kak pah salad timun. makcik pun cam kak pah mesi ada timun. macam-macam boleh wat ngan timun, gorang cam sayur pun sodap. musim panas , timun sejukkan badan.

ibundo said...

cik azz,
sodap kan? sojuk yo masuk dalam badan. pado yang suko lah..

ummi,
wkslm. umi sehat ke. Tahun ni takde nak pegi umrah?

zaitun,
itu yang sodap tu..
paneh. nak buek camano. nasib baikl tak bolongeng..

ibundo said...

mamawana,
iye ke. wa.. ni resepi baru ni.

sudais,
jalannnnnn...

cikina,
ye.. sayur yang mudah dapat dan boleh kata semua orang suka. malas maasak sayur, buat ulan jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...