Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, May 7, 2011

Sayang Tidak Bertepi

Mak! tengok man ni.  Dia saja je nak cari pasal mak!!
Aku tengok man yang tersengih-sengih.

Mana ada pasal.... Adik tu saja je mak!!
Man mempertahankan diri. Dan tiba-tiba saja aku rasa macam si pasal duduk di kerusi sebelah aku.

Telinga aku sudah lali dengan aduan. Kecil-kecil dulu lagilah kerap mengadu. Aku kena pandai menilai aduan tanpa memihak di mana-mana.  Apabila sudah besar-besar begini aduan lebih mirip kepada gurau senda dan aku menerima aduan mereka sebagai satu bahan gurauan.

Zaman kanak-kanak, aku bebas daripada mengadu kepada emak kerana aku membesar sendirian. Semasa aku di darjah 5 kakak aku sudah habis senior cambridge dan bekerja di kuala lumpur.  Abang aku pula yang setahun lebih tua daripada kakak aku sudah juga berkerja dan pulang sekali sekala. Tidak ada benda yang hendak aku adukan pada emak. Berbanding dengan keriuhan anak-anak aku yang ramai, hidup sendirian seolah-olah anak tunggal adalah amat tidak menyeronokkan.  Tiada siapa yang hendak dilawan bergaduh.




Bila ada anak sendiri barulah sedar betapa susahnya emak aku dulu membela aku.  Menjadi ibu bukan sahaja memastikan anak-anak cukup makan, pakai dan memberi tempat berteduh tetapi memastikan mereka cukup didikan untuk meneruskan hidup di dunia dan juga buat persediaan ke akhirat. Dalam pada itu aku sentiasa berdoa supaya keadaan mental anak-anak aku cukup kuat untuk menerima segala macam dugaan yang dilalui di sepanjang perjalanan hidup ini.

Sepanjang tiga puluh tahun bergelar ibu tidak pernah sekali pun aku merasakan diri sebagai ibu yang sempurna. Mungkin aku bukan ibu yang dimimpi-mimpikan oleh anak.  Bukan ibu yang diharap-harapkan dimiliki. Tapi satu yang aku pelajari.  Walaupun ibu aku juga bukan seorang ibu yang sempurna tapi aku tidak bermimpikan seorang ibu yang lain. Aku amat menyayangi ibu aku sebagaimana ianya. Tanpa dia, tanpa aku. Tanpa aku, tanpa anak-anak aku.

Bohonglah kalau aku katakan aku tidak pernah berkecil hati dengan anak-anak. Semasa kecil, kesilapan anak merupakan kenakalan yang patut diperbetulkan. Apabila besar dan anak-anak sudah pandai menilai baik buruk, yang betul dan yang salah, hati tua aku akan cepat terasa sekiranya mereka melakukan kesalahan. Bukan sahaja kerana perkataan malah tingkah laku juga boleh mengguris perasaan. Tapi aku sentiasa berpegang kepada nasihat dan ajaran iaitu apa saja kesalahan anak-anak, cepat-cepat diampunkan kerana kita tidak tahu bila kala ajal kita akan sampai.

Kalaulah masa boleh diputar ke belakang ke zaman aku kecil dan remaja, sudah pasti aku akan sentiasa menggembirakan hati emak aku. Sudah pasti aku tidak akan melawan cakap emak. Sudah pasti aku tidak mengecilkan hati emak. Mungkin di awal-awal perjalanan hidup aku, aku kurang menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak yang baik. Tapi mustahil masa dapat diundur. Yang tinggal hanya kenangan, pengalaman yang membantu aku berhadapan dengan anak-anak pula.

Pada satu pagi raya aku minta ampun pada emak. Ampunkan salah silap aku.  Ampunkan segala perkataan dan perbuatan yang pernah mengguris perasaannya.  Dan emak, seperti kebanyakan ibu yang lain dengan berjuraian air mata mengatakan bahawa aku tidak ada membuat kesalahan apa-apa terhadapnya.  Kalau adapun, sudah lama dia ampunkan.

Sampai sekarang renungan mata emak semasa dia memandang aku di hari-hari akhir hayatnya masih bermain-main di  ruang mata aku. Renungan yang sayu seolah-olah dia sudah tahu yang dia akan meninggalkan segala yang disayangainya di dunia ini.

Aku selalu impikan kasih sayang yang berkekalan daripada anak-anak aku. Aku tidak perlukan harta benda.  Tidak perlu curahkan aku dengan kekayaan dan wang ringgit. Berilah aku kasih sayang yang tidak bertepi. Dan sekiranya aku sudah tiada, hadiahkanlah aku dengan doa-doa demi kasih sayang terhadap aku.

Aku , seperti juga ibu-ibu yang lain, teramat-amat menyayangi anak-anak aku. Buatlah silap apa pun, aku akan maafkan. Buatlah salah apapun, aku akan ampunkan.

Dan seperti yang aku katakan awal tadi, aku tidak pernah mengaku bahawa aku ini ibu yang sempurna. Maafkan emak sekiranya emak membuat silap dan pernah mengecilkan hati kamu wahai anak-anakku.

Selamat hari ibu kepada ibu-ibu di luar sana.


kakpah

32 comments:

kak long said...

sodeh se baco n3 akak kali ni....
seamao la kito kak...
apo yg kakpah raso cam tu la kaklong raso...
memang syang kaklong pun tak bertopi...
selamat hari ibu gak buat kakpah...

dan esok adolah hari lahir kaklong gak...
amin!

cikmanggis said...

salam kak pah..sebak bila baca n3 kak pah kali ini.Rasa cam cermin diri..apa yang kakpah tulis ni seolah olah ini lah yang saya nak tuliskan ...kasih sayang seorang ibu tiada tepinya..luas bagai lautan..marah macamana pun sekejap je pastu sayang dan sayang sampai akhir hayat,selamat hari ibu kakpah dan semua insan yg bergelar ibu...

kakngah said...

maka,
sesiapa yg masih punya ibu lagi.. hargailah ibu anda selagi masih ada kesempatan.

rohaizahabas said...

kak,
saya nangis baca entry ni kak..
maaf kan saya jugak ya kak...mana tau kalau ada tersakah taip ke silap hantar sms ke...
huhuhuh..nak sambung nangis la ..

zino said...

selamat hari ibu...

Nieda said...

Selamat hari Ibu.

ejaMaria said...

emmm... sedih plak baca petang2 mcm ni...
Selamat Hari Ibu juga kak...

aza ni said...

assalam hajjah
kasihnya ibu membawa ke syurga...
syurga di bawah tapak kakinya
tinggi mertabat ibu.

h4ni3 said...

nanti bila saya dah makin berumur, mesti saya pun akan menulis macam kakpah juga.. huhu.. sekarang anak2 kecik, belum terasa sangat lagi la. tapi yg dgn mak tu, memang betul apa kakpah tulis

Acik Erna said...

selamat hari ibu jugak buat kak pah.

Cik Azz said...

Selamat hari Ibu utk Kak Pah jugak.. dan untuk semua yang bergelar ibu..

pak long said...

salam....
calon ibu misali ni...

ibundo said...

kaklong,
harini kaklong punya birthday ye.. selamat menyambut hari lahir. Yang ke berapo ni kaklong...

ibundo said...

cmanggis,
Rasanya kita ni hampir2 sebaya ye cm. you ni berapa tahun my junior? Satu batch dengan jamaliah hassan? atau dengan halimatun? cer citer..

selamat hari ibu juga...

ibundo said...

kakngah,
selamat hari ibu pada kakngah. beruntung sesiapa yang masih ada ibu. beruntung anak2 kakngah sebab beribukan kakngah..

ibundo said...

ezza,
kita berjumpa sekali sekala. kita bersms pun sekali sekala. berfb pun sekali sekala. Tidak ada apa yang terguris. Ezza seorang sahabat yang baik.
selamat hari ibu.

ibundo said...

zino,
terima kasih.

nieda,
selamat hari ibu juga

ejamaria,
selamat hari ibu juga pada maria

azani,
pengorbanan ibu tiada tolok bandingnya

ibundo said...

hanie,
bila teringatkan emak, kakpah selalu teringatkan kedegilan semasa kecil dulu. Kesian mak..
selamat hari ibu pada hanie.

erna,
selamat hari ibu juga pada erna

azz,
terima kasih. sama-samalah kita.

paklong,
salam. lama senyap je paklong..

Zaitun said...

Selamat hari ibu buat kakpah.

tasekM said...

selamat hari ibu kakak...

:)



.

Insyirah said...

tak tahu kenapa bila baca entry kakpah ni...tiba2 air mata mengalir laju je.. :'(

Selamat Hari Ibu, kakpah! :)

Yunus Badawi said...

Slmt Hari Ibu kakpah.

Tersentuh hati baca n3 ni...

ibundo said...

zaitun,
selamat hari ibu juga buat zai.

tasek,
untuk ko jugak.

syirah,
selmat hari ibu buat syirah. insyaalah syirah seorang ibu yang baik

yb,
sampaikan selamat menyambut hari ibu pada mak adam.

ibuintan said...

slamat hari ibu ..kakpah

menusuk entri akak...... sayu lak sey samo

Anonymous said...

Betul tu Kakpah, kita sebagai ibu kena selalu ampunkan anak2 di samping berdoa untuk kesejahteraan hidup mereka. Anak adalah segala2nya bagi ibu, kan... :)

ibundo said...

ibuintan,
selamat hari ibu

tie,
selamat hari ibu

Deliah's Deli said...

slmt hari ibu kak! :)

Bitt (double IS) said...

selamat hari ibu kak pah

adol ihsan said...

Salam..

Selamt hari ibu jugak untuk kakpah..

:)

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedihlah plak baca entri kak pah ni.tiba-tiba makcik teringat arwah mak plak. Makcik pun cam kak pah terlau sayangkan anak-anak. Tak de apa yang lebih membahagiakan kita selain dari anak-anak sekeliling kita.Selamat hari ibu kak pah, semoga kak pah berbahagia ngan anak selalu.

ibundo said...

del,
selamat hari ibu juga pada del.

jcmt,
selamat hari ibu

adol,
terima kasih.adol jadilah anak yang baik.


cik ina,
sama-samalah kita. selamat hari ibu.

Anonymous said...

Sayu hati membaca N3 kak Pah yang ini. Terkenang ibu saya. Rindu yang amat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...