Bila aku keluar, hasben aku yang telah selesai mengisi ron 95, aku lihat berdiri di sisi kereta.
Dapat tak mesej yang abang hantar, maksudnya mesej dari otaknya terus ke otak aku.
Dapat, jawab aku selamba.
Abang suruh beli apa?
Air mineral.
Pandai pun..
Hujan tidak ribut pun tidak kami buat perancangan untuk ke alor star. Semalam selepas menyelesaikan urusan yang perlu diselesaikan kami bertolak dalam pukul sepuluh lebih. Cuma kami berdua saja. Bila anak-anak sudah besar, kami jadi pengantin baru ke hulu ke hilir berdua-duaan.
Kadang-kadang kami sudah seperti dapat membaca fikiran masing-masing. Ketika aku mengelamun sendiri memikirkan hal sesuatu, secara tiba-tiba saja dia akan berkata menyambung apa yang aku sedang fikirkan.
Anak Tandut tu dulu tak ada lah tua macam tu. Mula-mula puas nak ingatkan siapa, hasben aku tiba-tiba bersuara.
Dan sememangnya ketika itu aku sedang memikirkan tentang anak Tandut yang aku temui di majlis kenduri kahwin adiknya. Aku pun pada mulanya tidak juga perasankan dia kerana wajahnya yang kelihatan agak tua.
Pergi ke alor star kerana ada hal. Tidur semalam sahaja di sana dan petang tadi sampai semula di rumah. Angan hati nak ambil gambar padi yang masak ranum. Rupanya sudah habis musim menuai dan sekarang masuk musim membajak dan menanam.
Aku mengangkat telefon aku yang berdering.
Buatkan apa untuk berbuka abang hari ni?
Kuetiau ladna
Macamana tahu abang nak kuetiau ladna?
Telepati
Dalam perjalanan balik tadi hujan sekejap lebat sekejap reda. Alhamdulillah cuaca panas yang membahang tempoh hari tidak berlarutan.
Bila sudah berpuluh tahun bersama, fikiran juga seolah-olah bergabung. Ada kalanya terasa freaky tapi lama kelamaan dapat menerimanya sebagai satu anugerah.
kakpah
31 comments:
Pernah terjadi disaat isteri saya gagal utk menghubungi saya kerana bateri hp habis, saya membawa pulang satu barang yang sememangnya dia inginkan pada waktu itu.
sey nak bagi barang kek akak ni. cubo toko apo bondo eh. hehehee!
Huiishh.. Handa ehh lak haiihh...
Kebetulan atau suratan ni.. hehe...
Rasanya lama lagi kut saya & suami ada telepati mcm kakpah & suami. Hehe :)
assalam hajjah
kalau dah sampai tahap prof dan hajjah tu rasanya bukan takat telepaty,bahkan lebih lagi...ya anugrah pada orang orang yang dikasihiNya.
hebat anugerah untuk pasangan ini..ustaz kata itu lambang akrab kasih sayang...masyaallah thniah juga..kakpah
azwan,
kalau sekali sekali mungkin kebetulan tetapi kalau sudah kerap berlaku mesti ada lain explanation.
tijah,
ekau nak bagi keropok indon ko jah haha..
kalau ko kl.. calling calling ek. Buleh kito poi minum2 kek mano2. faris punyo tu dah siap dah.
azz,
macam kakpah cakap kek komen ateh tu, kalau sekali sekalo mungkin kebetulan. kalau solalu kiro dah jadi komba siam dah...
syirah,
lama2 nanti jadik la tu..
azani,
kadang2 ambek dan memberinya benda yang dia tak mintak pun. rupa2nya dia berpikir untuk mengambil benda itu.
sudais,
alhamdulillah
kak... turunkan ilmu tu kat saya kak... saya slalu gaduh ngan somi saya... :)
Alhamdulillah kurniaan Allah terlalu besar bila bab-bab begini kakpah-hubby ada sick sense apa yg ada di hati....
Salute betul kakak tau...
telepathy tu boleh kira melanggar akta telekomunikasi tak?
serasi bersama...semoga kekal keakhir hayat yo kak....
Haha.... senang tu kakpah. Esok-esok tak yah cakap. Main jeling-jeling, angguk angguk tu, hihi...
dengan aBear jarang ada telepati nie .....
kami "bermasalah" ker ????
alahaiiiii
chemistry yg sgt padu..
:D
Salam kak pah,
Rasa syahdu pula bila baca entry kak pah kali ni. Meskipun sibuk, kak pah dan suami masih lg mesra dan mahu berkomunikasi, bahkan ada telepati pula. Tahniah!
berapa tahun kawen br nk dapat telepati ni kak...?
:)
.
alhamdulilah serasi bersama...semuga berbahagia hingga ke hujung nyawa...
malam kelmarin mmg tekak nak makan roti canai. pagi semalam abem tapau kan...
ado dah sesikit tu. nk kono asah laei ni....
wah hebat telepati tu. cik ina nak belajarlah. pasangan serasi, berdua bersama. hari ni cik ina nak makan apa kak pah?
hehe..
kami juga kdg kala mcm tu kakpah.. selalu mesti kami akan ketawa sbb apa yg kita fikir itu juga ada lam kotak fikirannya.. :D
bahagia rasanya bila baca entry kakpah ni...
maria,
tak leh turun.. kena carik sendirik hehe..
kakzakie,
alhamdulillah
aku,
haha.. aku nak jawab ke atau abaikan.
tasek kata bagi pelempang jepun.
kaklong,
amin
tie,
yang tu nak kena terai tu hehe..
pb,
dia datang sendiri je pb. belum sampai waktu la tu..
lilies,
haha
indahouse,
macam tu lah
tasek,
kena lama lagi tu tas..
azlina,
amin
kakngah,
kono asah lagi tu
cikina,
harini ko masak tomyam ke..
ena,
samo lah kito
miloais,
tenkiu
Sonanglah kak ado telepati.. den selalu kono gak.. bilo berangan balik nak masak.. tup2 tgk kat dapur ado org tuh masak lomak cili api.. cam tetau jek hehehe..
Dah lama bersama sedikit sebanyak boleh tekalah apa pasangan kito fikir2kan.. kdg2 tabiat dah terbiasa pun boleh jadi 1 telepati gak hehehe ;)
kak pah boto la tu kan..kadang2 kito lom cakap dio dah tau..
itulah anugerah tuhan..satu kelebihan bilo dah lamo berumahtanggo.
iina,
kok telepati hari-hari suruh orang rumah masak, bahagio idup haha..
erna,
camtu lah kan bilo dah lamo besamo ni. macam dah kombar siam..
kakpah... tando ea dah lamo bosamo, dah sohati sojiwo
mesti best camtu ..kan, apo kito raso dio pun raso samo
Post a Comment