Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, June 3, 2011

Hati memang sakit kalau orang buat-buat pekak

Banyak kali aku perhatikan. Banyak kali pula berlaku. Arahanku dilakukan tidak sempurna. Kadang-kadang tidak dibuat langsung sehinggakan aku melakukannya sendiri walaupun aku malas hendak merungut-rungut.

Ada kalanya panggilanku terbiar tidak berjawab.  Adakalanya dia berlari-lari menjengah mendapatkan aku walaupun nama orang lain yang aku jerit. Dan orang yang aku jerit namanya itu elok-elok saja bermain internet di dalam biliknya.

Satu hari aku berdiri di sinki membersihkan sisa-sisa makanan di pinggan. Pandanganku aku lemparkan keluar menembusi tingkap yang terbuka terus melihatnya mengambil kain sehelai demi sehelai dari bakul, mengirai-ngirai dan menyidaikannya di ampaian. Kedengaran kaklong memanggil namanya berkali-kali kerana inginkan sesuatu. Aku perhatikan dia berhenti sebentar, cuba menelinga dan kemudian kembali mengambil kain satu persatu dari dalam bakul, mengirai dan menyidainya di ampaian. Panggilan tidak diendahkan langsung.

Bukannya aku mahu dia berkejar-kejar mendapatkan kami bila namanya dipanggil.  Cukuplah sekadar menyahut supaya kami tahu sama ada dia tengah menguruskan sesuatu atau sedang bersantai-santai. Sebab kami bukannya kaki mengarah itu ini. Cuma kadang-kadang memerlukan pertolongan kerana tidak boleh membuat sesuatu itu sendiri-sendiri.

Aku luahkan pada anak-anak dan kami sepakat melabelkan dia sebagai degil.
Sehinggalah dia mengadu telinganya sakit sebab dikorek berkali-kali dengan cotton bud.

Aku membawanya ke pakar ent dan mengekorinya sehingga ke dalam bilik doktor. Penemuannya agak memeranjatkan aku. Doktor itu memberitahu aku bahawa gegendang telinga sebelah kiri iaitu telinga yang sakit itu sebenarnya sudah berlubang. Sudah lama berlubang.  Mungkin berlaku jangkitan semasa kecil dan tidak diubati. Kecacatan itu menyebabkan telinga kirinya kurang daya dengar.  Dia mendengar dengan banyak menggunakan telinga sebelah kanan sahaja menyebabkan percakapan yang datang dari arah selain daripada berhadapan dengannya akan menyebabkan kekeliruan.  Dia akan tercari-cari dari arah mana suara itu datang.

Barulah aku faham.  Barulah persoalan terjawab.  Aku bukan saja melabelkannya sebagai degil tetapi kadang-kadang juga bila api kemarahan menguasai diri aku akan berkata dalam hati, budak ni pekak ke hape.. Realitinya memang benar dia pekak sebelah.

Kini aku menilai dia dari sudut yang berbeza. Memang bukan senang mendapat pembantu rumah yang memenuhi kehendak kita sepenuhnya. Namun aku bersyukur pembantu aku tidak seperti pembantu idah yang dikatakan langsung tidak pandai membuat kerja sehinggakan baju anaknya yang tercemar najis tidak dibersihkan terlebih dahulu sebelum memasukkannya ke dalam washing machine walaupun sudah diberitahu berkali-kali dan berkali-kali.

kakpah

41 comments:

Cik Azz said...

Bahayo korek tingo dgn cutton bud ni kak... Makin ko dalam poie ehh taik tingo tu...

Akak ipar sey pon gogondang tingo ehh dah bongkak balik.. Dia kato sakit, tapi tangguh an nak jumpo doktor sbb dulu dio dah ponah jumpo doktor tu..

Sey ni kok tingo masuk air yoo, dah mula golabah dah... Camno la agak ehh kalau tingo tu tak donga... syiapaleh... huhu...

Ena said...

lahai...

tingat pulak pd salah sorang adik ena kat kg.. camtu juga, tiba2 bila panggil wat tak tahu je.. rupa2nya dah pecah.. sbb suka snagat korek tinger.. dan skrg kalo nak cakap ngan dier kena cakap kuat2.. huhu.. ada jumpa pakar dier bg alat utk telinga tu tp si adik x suka pakai.. dia kata dier kompius pulak.. ermm..

cikmanggis said...

ooo dia pekak rupanya.nasib baik tahu jika tak kakpah boleh darah tinggi sebab asyik nak marah je kan.

sud@is said...

kadang2 kita cepat menghukum daripada menilai..itu kelemahan biasa..apa pun belum terlambat kerana kesedaran awal ..
untung kakpah ada pembantu yg rajin dan cekap..

sal said...

kesian ye kak pah..

along memerlukan perhatian dn simpati..

tanggapan'degil' yang dulu rupanya meleset..

moga berhasil mengubatinya..

Acik Erna said...

kak pah..osah rupo e tak donga yo..walaupun sobolah.
tak boleh ubek dah ko kak pah..

bujal X said...

oh~~~~~pekak~~~~

*makcik sabar je la ye~he~~

Kaktiny said...

Alhamdulillah akak cepat2 bawak dia pegi klinik utk check.. lagi lambat akak bawak dia pegi, lagi banyak le akak dok menanggung beban ngumpat dia 'pekak'.. huhuhu...

betul kak.. syukur dpt pembantu yang setidak-tidaknya "BERKEUPAYAAN MEMBANTU".. drpd pembantu yang "JADI HANTU".. meskipun diaorg tak SEMPURNA, tetapi masih dapat menyumbang jasa.. berbaloi jugak la kita membayarnya kan.. (semoga pembantu itu pon bersyukur dpt kita sbg majikan.. walaupun kita bukan the best majikan ever..)


:)

kaklong said...

la hai...sian ea..yg memanggea ea pun sian gak....nak pocah anak tokak memangea...haram kok donga...!!!

kucingorengemok said...

buat² pekak time orang gosip, takpe kan?

hazeleyed lady said...

Syukur kak pah adalah amat prihatin dan bertimbangrasa...
Memang di dalam hidup kadangkala kita sering 'jump into conclusian' dan terus buat andaian...terutama apabila dalam keadaan marah...

Moral of the story...sentiasa kena kaji siasat setiap kejadian...baru buat kesimpulan...
Thank ka for the 'lesson'

hazeleyed lady said...

Syukur kak pah adalah amat prihatin dan bertimbangrasa...
Memang di dalam hidup kadangkala kita sering 'jump into conclusian' dan terus buat andaian...terutama apabila dalam keadaan marah...

Moral of the story...sentiasa kena kaji siasat setiap kejadian...baru buat kesimpulan...
Thank ka for the 'lesson'

julietchun said...

tak dapat nak bayangkan baju yg ada najis dimasukkan sekali dgn baju lain,eiiiwwwwwww.

Kakcik Seroja said...

Ada juga berlaku majikan pula menjadi amah kepada amah sendiri!

Tijah said...

dulu masa kecik2 salu korek telinga pakai pengorek besi tu. lagi bahaya tu. sekali tercucuk kalu...haaaa...

Kakzakie Purvit said...

Kakpah masih ada budi bicara. Kadang-kadang kerana tidak diberitahau awal itulah ramai yg kena dera. Cuba dia terus-terang yg dia pekak sebelah, tidaklah kita kata dia pekak ke degil.

miloaiskurangmanis said...

lahai... sheols pekak rupanya...

next time nak panggil pun - kena gi depan2 lah kan??? tak pun kena pastikan
panggil dari belah kanan
kalo tak - konpem jadik tarzan dalam umah...!

sabar ye kakpah!

tasekM said...

selalunya org yg telinga berlubang ni dia ada masalah nk imbang badan.



.

ASH said...

Mak sedara saya yang menjaga aku dulu pun dah kian tak dongar.Masa dia kecik ada dapat jangkitan dalam telinga. Kini dah umur 54, kalau nak cakap kena mengadap dia...kalau tidak, dia buat tak tahu jer...apa nak buat?!

ibundo said...

cik azz,
memang doktor marah kalau kito korek telingo dengan cotton bud. Bukannya dia keluar tapi tambah masuk ke dalam adolah.

dulu kekocik kakpah selalu mandi sungai. selalu gaklah telingo masuk kek air. Nasib baik tak monanah..

ibundo said...

ena,
tu lah.. sayang muda muda lagi dah tak dengar. Jangan suka korek2 telinga. kalau rasa2 taik telinga dah penuh pegu je jumpa doktor telinga nanti dia kasi servis. Kpah dah beberapa kali pergi servis. Terus terang benderang dengar weh..

ibundo said...

cikmanggis,
memang dah ada darah tinggi pun hehe..

sudais,
mulut ni memang cepat je nak menghukum orang.

sal,
dah tak boleh ubat lagi dah. Cacat dah kekal. kalau nak bagi clear pendengaran kena pakai hearing aids.

kakngah said...

gegendang dia yg berlubang tu boleh dibaiki ke kak?

ibundo said...

erna,
dah tak leh ubek lagi dah. dah konfem pokak selamo e.

bujal,
sabar lah ni ..

tiny,
wuhuuu... sungguh tak sanggup nak nanggung dosa kata dia pekak dan degil.
betul.. kalau tak ada pembantu ni tak cukup tangan dengan kaki kita. syukurlah ada yang nolong.

ibundo said...

kaklong,
kadang2 kan kaklong, kpah kek ateh ni ha. Malehlah nak turun ambek barang. kang dah turun nak kono naik balik. sakit lutut den. Panggil2 tak nyaot.. osah lah..Tu yang kato dio pokak tu. rupo e memang iyo.

ibundo said...

kog,
buat2 pekak pada benda yang mungkar.. okay lah tu.

hazeleyed lady,
manusia ni memang cepat sangat nak jump into conclusion kan? Tapi budak ni dah dekat setahun keje takde lah pulak ngadu telinga sakit ke tak dengar ke. Tu yang ingat saja2 nak nak dengar tu hehe..

ibundo said...

juliet,
euwww.. kita pun geli.

kakcik,
haha.. yang ni pun kakpah dah merasa gak. Kalau tetamu datang siap duduk sama-sama kat sofa berbual ngan tetamu.

tijah,
kpah sampai sekarng pun goma cungkil pakai bosi tu. tapi pastikan takdo orang yang lalu lalang. kok tak, tesinggung siku adui.. mau belubang tolingo kodo ghodok.

ibundo said...

kakzakie,
budak ni memang tak banyak cakap. Senang kalau dia berterus terang. Takde lah kita ni umpat dia macam-macam.

miloais,
haah,, kalau beri arahan nada suara kena kasi tinggi dari sebelumnya hehe..

tasek,
oo ye ke.. takde lah pulak nampak dia nak tumbang ke apa..

ashley,
aku yang takde masalah telinga belubang ni pun kadang2 orang cakap lain aku dengar lain kahkah..

Nizam.Ariff said...

masa kecik2 dlu pernah abang aku tarik telinga aku sampai keluar darah....


sampai sekarang telinga belah kanan aku kurang peka...aku cacat pendengaran gak nih...

Hjh Noralenna Abbas said...

Syukur, sekarang dah settle masalah kenapa dia tak menjawab. Tak de lah buruk sangka lagi kan, hajah.

ejaMaria said...

aduh kak... anak ke-2 saya si Nayli pun ada masalah pendengaran... asal nya mmg saya marah sbb dah 3-4 kali panggil pun mcm tak dengar... ntah mcm mana satu hari dia demam...dia ngadu telinga sakit... masa kat klinik bila doktor check rupanya tahi telinga dia keras kat dalam... alahai sian anak tu...

ibuintan said...

kawan sey pun telingo sebolah dah tak mendongar... pun berlubang sebab tercucuk masa mengorek

dah buat 2 kali pembedahan tp macam tu jugak

Guru said...

abis tu kak pah ... sekarang tak payah nak jerit2 lah kalau nak pertolongan. kena pegi kat dia , cakap depan mata... tapi yang pentig pembantu ni, ialah amanah dan rajin... kan

iina said...

lepas nie kono pakai speaker kot kak hehehe ;)

aNIe said...

Kak...kalau yang buat2 pekak tu memang buat hati sakit...tapi selepas tau dia memang benar pekak sebelah... terpaksalah menerima dia seadanya...

ibundo said...

Aku,
budak lelaki memang suka main kasar. kesian.. hii..

kak hajah nora,
kalau tak berterusanlah bersangka tak baik

maria,
habis tu doktor tu sedut bagi keluar lah ye. Risau kalau anak mengadu sakit ni. macam2 boleh jadi.

ibundo said...

ibu intan,
kalau tak korek kang raso macam ponoh yo dalam tolingo tu ek.. Kono berhati2 lah kalau ngorek tolingo ni jangan sampai tecucuk.

cikgu nomah,
tapi kalau nak manggil mestilah dari jauh kan? kalau dah cakap depan dia baik kita buat sendiri.. adei..

iina,
suaro akak ni kalau nak jadi speaker pun buleh haha..

anie,
nak buat camno ek. Kenalah menghadapinya. Budaknya pun muda lagi. Baru 21 tahun. Ni gara2 emak dia merantau cari rezki kat mesia ni sejak dia kecik lagi.

Cik Ina Do Do Cheng said...

alah ciannya ada masalah telinga rupanya. tak pelah kak pah, janji dia wat keja. ko guna bahasa isyrat jelah kalau dia tak dengar.

ibundo said...

cik ina,
haha.. tu lah pasal.

aza ni said...

barulah saya faham ,entri terkini tu hajjah

bisu ?..kata orang ent berkait rapat, apa pula kaitan dgn peti suara?


blur balik...

Ina Hashim said...

syukur kak pah dapat pembatnu yg baik...Ina ni dah bertukar ganti pembantu...dapat yang mau keje lama, tua sangat pulak umo 58 tahun...dapat yg muda bertenaga keje tiptop,nak keje restoran pulak..pening ni kak pahhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...