Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, June 26, 2011

Kungfu Pandai

Pagi tadi walaupun tak berjoging aku keluar juga ke pasar tani di sebelah pkns. Tujuan asalnya nak cari anak tomato sebab pokok tomato yang aku tanam tak tahulah kenapa macam nak mati.  Nak kata tak cukup air, kena siram selalu. Ataupun terlebih air ke.

Sampai di sana tujuan bercambah.  Nampak mangga, beli mangga.  Nampak buah naga, beli buah naga. Nampak sayur kampung, aku beli pucuk ubi, pisang muda buat gulai, petai dan jantung pisang. Aku cari cari bacang muda tak ada pula.  Dah lama tak makan daging salai campur bacang muda. 

Kemudian aku pergi ke tempat budak yang jual anak pokok. Anak tomato tak ada.  Yang ada cili api.  Malaslah aku nak beli pokok cili sebab dah ada tiga batang aku tanam di belakang tu.  Cukuplah kot. Lainlah kalau nak meniaga kan. Jadi, misi utama aku gagal.

Balik rumah terus aku berkungfu di dapur. Pucuk ubi aku beli 3 ikat.  Bila aku buka pengikatnya yang terlambak adalah batang dan daun ubi.  Pucuknya adalah seciput. Dalam pada aku mematah-matahkan tangkai untuk mengambil pucuknya, hati aku berkata-kata jugalah.  Orang yang menjual pucuk ubi ni tak dikira menipu ke sebab menyelitkan tangkai-tangkai berdaun keras dalam ikatan itu.  Apa tujuannya buat begitu.  Tentulah nak nampak banyak kan. Kalau orang yang membelinya tidak berpuas hati, apa pula hukumnya tu.

Aku nak masak pucuk ubi lemak cili padi.  Tapi sebab dapat sikit sangat, aku campur dengan labu yang ada dalam peti ais.  Jadilah pucuk ubi labu lemak cili api.  Sodap gak.




 Tengok dalam peti ais ada pula cencaluk setengah botol.  Buat pula sambal cencaluk. Petai yang aku beli di pasar tani tadi aku ambil sepapan dan campurkan dalam cencaluk.  Petai sekarang ni mahal sungguh.  Sepapan seringgit. Tapi aku rasa puas hati beli petai tadi sebab isinya besar dan tak berulat.




Ada orang melaka yang tak makan cencaluk?  Di rumah aku ni ada orang melaka ori yang tak suka makan cencaluk.  Dia kata cencaluk dan belacan berbau busuk.  Yang peliknya kalau buat makan-makan mesti dia pesan; nanti jangan lupa buat cencaluk tau.  Dan dia dengan rela hati pergi mencari cencaluk dua tiga botol.

Ada juga yang tak pandai macamana nak buat sambal cencaluk.  Betul!!.. Cencaluk tu dimakannya gitu-gitu je. Mana nak sedap.  Untuk sesiapa yang tak tahu buat sambal cencaluk dan nak menerai, nanti pergilah ke dapur ibundo.


Sekian.  Tadi berjam-jam berkungfu di dapur.  Ni time nak berehat pula.  Selamat berehat di hujung minggu. (Sabtu Ahad orang malas nak berblog kan?)

ibundo

15 comments:

Ms.Lilies said...

saya kalo pucuk ubi tu kak suka makan rebus cicah cili kicap atau sambal belacan je....msk lain mmg tak lalu...


dulu2 abah selalu mrh...bawak makan kat kedai luar rebus pucuk ubi jugak yg saya carik :p

cikmanggis said...

menu yang sihat ni kak pah.Emel Cm..sapinahsan@gmail.com...kak pah ed le Cm dalam fesbuk ya..Sapinah Ahmad:)..selamat berehat kakpah..psstt..sambal cencaluk tu jika dapat kat saya..pengsan 2 ari 2 malam sb terlalu kenyang makan nasik dgn cencaluk:)

Aku said...

.... pucuk ubi... labu... petai...

WOW!

resepi untuk perut berangin... hahaha


kak, cencaluk terus campur petai cam tu nampak lebih sedap daripada cicah asing2...

aNIe said...

Kak...anie ni jgn kata cincalok...semua anie makan...budu... tempoyak... ikan pekasam...semua sedapppp aje...

cahya indah said...

nampak sedap sangat sambal cencaluk + petai tu..terliur saya tengok.

ibundo said...

lilies,
pucuk ubi makanan yang tak ditelan dek zaman. memang sedap buat ulam ulaman. jangan kena daun tuo dah..

ibundo said...

cikmanggis,
kita dah add awak. nanti bolehlah chat lebih2 sikit.

nizam,
tambah dengan cencaluk memang pelincir lah tu haha..
cuba masuk petai dalam cencaluk tu... tak payah nak colet colet lagi dah..

anie,
samalah macam kakpah. semua bedal hiii..

cahya indah,
jangan terliur... jamah lah..

ejaMaria said...

bundo,
tanam sendiri je pokok ubi tu... kita tanam 2 pokok... pastu selalu patahkan pucuk dia... ni pokok dah rimbun mcm ada 10 pokok... puas hati... asal nak masak sambal tempoyak daun kayu... kita amik betul2 pucuk je utk buat masak... ;p

kaklong said...

kak,cubo akak campor an cencalok tu mo bungo kantan,akak pona hbuek tak?
mang aaii..sodap nk moyang!

iina said...

pucuk ubi buat pecal best kak... memang fav saya tuh.. cencaluk penah makan klu p umah kwn.. tapi namanya saya nak beli mmg xde sobab kwin ngan org n9 yg klu boleh ari2 mkn masak lomak n kari.. hehehe..

Acik Erna said...

kak pah..samo la kito....somalam pun boli pucuk ubi ..
tak boli nak makan...bilo boli mesti nak bebel sobab banyak daun dan batang..

ibundo said...

maria,
hasben kata buat somak je tanam pokok ubi.. ish..ish..

iina,
orang nogori ori mano tahan kalau tak makan masak lomak.. adei..
cencaluk tu makan ngan masak lomak pun sodap tau..

ibundo said...

kalong,
ooo iyo ko. Lum ponah terai lagi lak. Nanti kito cubo ek..

erna,
kok batang tu ado pucuk e samo tak po gak. Ni kan.. botul2 daun tuo mo tangkai e di solitkan kek situ. Hangen dibuek e..

Ku Tak Sempurna said...

ooooooooooo... cencaluk tak leh terus makan eh?


den bukan org melaka. tp den tak makan cencaluk

hikkksss

marinahunny said...

saya suka cencaluk...mula2 mmg x suka tp bila dh makan sedapnyeeeee...kalah budu..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...