Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, June 10, 2011

susah nak cakap

'saya dah naik komuter dah ni. Tak lama lagi sampai stesen ukm. Saya pakai tshirt hijau lumut.', aku terima sms daripadanya.

Aku tengok jam dan sekejap lagi dah nak masuk zohor.

'Saya solat zohor dulu. Tunggu di bawah dekat teksi stand', aku tekan butang send.

Dulu tugas ni hidayatun yang pegang. Tapi sebab tahun ni dia tersangat bizi kerana banyak benda hendak diuruskan, aku pegang tugasnya.  Harap-harap buat sementara waktu. Tugas itu termasuklah mencari pekerja untuk menggantikan pekerja yang berhenti. Pekerja yang aku tolong carikan ini adalah untuk diletakkan di pasti seksyen 4.

Semasa aku memandu kereta hampir sampai ke stesyen komuter telefon aku berdering.  Terkial-kial aku meraba-raba dalam henbeg aku yang penuh sampah sarap dengan tangan kiri.

'Saya dah sampai puan', suara dia.

'Ok, on the way'.

Bila aku sampai, aku lihat ada seoranng gadis tercangak-cangak sendirian. Aku memberhentikan kereta betul-betul di tepinya.

'Noraini?'

Dia mengangguk  dan aku menyuruhnya memasukkan begnya ke tempat duduk belakang. Kemudian dia duduk di sebelah aku. Di dalam kereta aku bertanyakan itu dan ini.  Dia yang agak ramah menjawab itu ini. Aku juga memberitahunya bahawa kerjanya begitu begini.  Dia faham dan berjanji untuk bekerja sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun.

Aku hantar dia terus ke premis tempatnya tinggal dan berkerja, berkenal-kenalan dengan pekerja yang ada dan juga berkenal-kenalan dengan anak-anak yang tidak berapa ramai yang datang masa cuti sekolah ni.

Sebelah petang lebih kurang pukul enam aku terima panggilan darinya.  Dalam sedu sedan dia berkata yang dia mahu pulang kerana teringatkan emaknya. Adui... dia datang dari tapah, perak.  Bukannya dekat. Umur pun bukannya belasan tahun.  Sudah 22 tahun. Berpisah dengan emak pun belum sampai satu hari. Lidah aku jadi kelu tak terkata-kata. 

Panjangnya intro.  Aku sebenarnya nak menyentuh sikit bab makan.  Semasa dalam kereta aku bertanya sama ada dia dah makan ke belum.  Dia jawab belum.  Aku singgah di kedai Z n I di fasa 4 dan menapau nasi, peha ayam seketul, sayur mayur, dan bungkus ikan tenggiri seketul bersama kuahnya.

Berapa?

Sebelas ringgit kak. Dalam hati aku berkata-kata, mahallllnyaaa..

Aku hulur sebelas ringgit tetapi dia pulangkan balik dua keping duit seringgit. Bila dia tengok aku belek-belek duit tu,dia cakap;

sembilan ringgit je kak.

Rupanya aku yang tersalah dengar.
Ya... rasanya kita selalu meletakkan satu standard dalam minda kita bahawa kalau kita beli makanan di restoren biasa apatah lagi di gerai-gerai tepi jalan, harga tak boleh lebih daripada sepuluh ringgit.  Kadang-kadang kalau kena bayar lapan ringgit pun kita dah rasa mahal walaupun benda yang kita makan tu buat kita kenyang sampai tak boleh nak benapas.

Tapi kalau kita makan di kfc ke, mc d ke atau restoren-restoren mewah, kita tidak pula merungut-rungut kata mahal. Sebab kita dah setkan dalam otak. Makan di restoren begitu harganya mesti begitu.  Makan di restoren begini, harganya mesti begini. Semuanya adalah mainan minda kita sahaja.

Errr.. Sabtu Ahad ni banyak kenduri lagi.

kakpah

45 comments:

kaklong said...

abih?
balik ko budak noraini tu kak?
osah ea la kan...

Kakzakie said...

Kakpah habis hantar balik ke? Betul menyusahkan... Tapi kakpah dah dapat saham selain menderma RM9/- utk dia makan, petrol, penat dsb. Alhamdulillah...

kakcik said...

Burger di gerai RM2.50 kita rasa mahal. tapi kaklau di McD atau KFC - harga yang dibayar boleh dapat 4 - 5 biji burger gerai, kan? :)

Abih tu budak Noraini tu balik kampung, ke?

bujal X said...

oih~~takkan la sakit bibik rumah makcik da berjangkit?he~~

tasekM said...

ni jenis tak biasa dok asrama ni kak... :)


.

ejaMaria said...

kan omak dah pesan jangan duk jauh dari omak... alahai anak omak...

kella said...

balik ke budak tu bertemu emaknya? atau emaknya terpaksa datang bertemu anaknya? hehe

dalam satu entri pelbagai cerita leh citer kan.. i like.. =)

pB said...

apa cer budak tu , Kak Pah??

miloais said...

uihhhh!~ dah besaq panjang gitu... camne ye masa dia sekolah dulu? gamaknya tak penah duduk asrama...
camne ye nak berkeluarga sendiri nanti???

kak pah... kalo kat kfc ke.. mekdi ke... tak leh nak tawar2... harus le kena redha jahhhb kuar duit tuh! ekekekeke

hani@debumelukut said...

hapa punya budak tu..nyusahkan org aje...geram.

rATu kEBaYA said...

setuju kak pah.. mmg dah sentiasa set kat minda macam tu..

Noor said...

Assalam kakpah.....susah nak cari pekerja sekarang dan mungkin budak tu tak biasa kot.

Ena said...

baru 1 hari dah nak balik yeh? alahai...


betul kata kakpah.. agaknya dah set mind gitu.. erm..

kakngah said...

ntah2 dia tak boleh nak keje kot kak.. tu yg bg alasam rindu kat mak....

Ms.Lilies said...

kdg2 tgk hiasan kedai makan je terus otak kita set harga

lupekanje said...

agaknya dak noraini tu ada masalah lain yg dia tk bagitau kak pah kot.. apapun, cam nyusahkan je kan. Takpe kak.saje nk bagi pahala kat kak pah..heheh

makan? hmm..mungkin sbb acik kurang ongkos, acik jarang makan kat kedai mahal ...Alhamdulillah..
klu pegipun, sbb ikut knkawan..ato anak2..huhu...err..kira selalu gak ke tu?

zaidah said...

habis tu budak tu baliklah kak pah yer....setuju ngan kak pah...bila makan restoran besar mahal tak ape...klu kat tepi jalan mahal skit dah kata mahalkan...

kakpah said...

kaklong,
apo tak ae. dah melulung camtu camno nak kojo. bukan jo nyusahkan oghang, nyusahkan diri sendirik gak. igat dokek ko tapah tu.

kakpah said...

kak zakie,
kakpah tak hantar balik sebab kebetulan time tu kakpah ada benda lain nak buat. Kakpah suruh je dia pegi ambek teksi pegi komuter.

pasal makan tu, bos kata boleh claim tapi takkan 9 ringgit pun nak claim kan. Sekurang-kurangnya buat saham hiii..

kakpah said...

kakcik,
yang kat tepi jalan tu kurang standard. Tapi kalau ada restoren berjenama yang jual burger sama macam yang kat tepi jalan tu, tentu orang akan pilih yang itu walaupun harga lebih mahal.
standard mahu jaga ma...

kakpah said...

bujal,
haha, tak tau le. Macam iye je..

tasek,
memang.. jenis duk bawah ketiak mak. Dia ni ada stpm. akak tanya kenapa tak sambung belajar. Dia cakap dulu dah dapat dah ofer buat degree dalam bisnes studis tapi mak dia cakap tak payahlah...
ermmm.. dah dapat agak dah..

kakpah said...

maria,
betullah...
tak nak dengar cakap omak. Cam tu lah jadiknya.

kakpah said...

kella,
akhirnya baliklah dia. Montot pun belum sempat panas lagi duduk kat situ. Ish.. dugaan betul. Memang susah kena deal dengan perangai manusia ni.

kakpah said...

pb,
cer apanya haha.. dah duk melolong akak cakap balik je la. Nak paksa-paksa mana boleh. tambah lagi kalau kerja dengan budak-budak kecik. Lain kang pulak jadinya. Akak rasa kan, dia pitam tengok perangai budak2.

kakpah said...

miloais,
memang dia panjang pun cuma tak besar je ekeke..
Rasanya memang tak pernah berpisah dengan mak ni.

makan mc d ke kepsi ke .. masa poket tengah berat. Kalau dah rengan selalu pegi yang kita rasa murah. Tu yang terkezut kalau harga lebih daripada yang dijangka hehe..

kakpah said...

hani,
geram memanglah geram. tapi rasa kelakar pun ada gak. Ni tengah mencari yang lain lah pulak ni.

ratu kebaya,
ha.. kan?

noor,
salam. memang susah nak cari pekerja sekarang ni. Dah tak ramai yang nak jadi guru taska atau tadika. Kalau buat iklan tu, yang respond boleh dikira dengan jari. dah tu menyoping je.

kakpah said...

ena,
mana ada satu hari ena oi....
sekarat hari pun tak sampai. tu yang hangen tu..

kakpah said...

kakngah,
akak agak pun macam tu gak. Dio pitam tengok bebudak.

lilies,
betul.. lagi-lagi pulak kalau kedai tu kerusi meja sempoi je. pakai kerusi plastik yang macam kenduri kawin tu.

kakpah said...

acik,
tu lah pasal. Mungkin nak cubo2. Kojo mano buleh cubo2 kan.. kalau tak suko, blah.. mano buleh. nyusahkan orang tu. kan tak baik nyusahkan orang. Kakpah dah banyak kali tekono ngan dorang ni. teragak nak beronti, dio beronti. padahal dah cakap dah awal2, nak beronti bagi notis sebulan ataupun sampai dapek pengganti. Tapi diorang ni cerdik gaklah. Dapek gaji, terus blah macam tu yo. Tak ko nyusahkan tu.

kakpah said...

zaidah,
haah.. balik jam tu jugak. Tak boleh nak tunggu lagi dah.

Kunang-Kunang said...

Salam Kak Pah,

Kita rasa tak mahal bila di makanan segera tu mungkin kerana kita rasa tempat gah dan cantik, jadi kita rasa berbaloi. Agaknyalah........

Aku said...

Aku syak dia kena buli dgn akak seniornyer tu...

secangkir madu merah said...

alahai... macam mana nak kahwin tu kak?

iina said...

lahhh.. takat tapah n bangi bukan ye jauh sangat.. lainlah glasgow n bangi kan kak.. hehehe.. Alahai..

Takpelah kak.. kang dipaksa2 susahkan org pulak.. ;)

cikmanggis said...

kesian agaknya tak pernah berpisoh dgn omaknya tu:)

S..U..D..@..I..S said...

apasal x leh berenggang dgn mak ya!!!besar dah pun alasan kot..

Pakcik Botak said...

alahai ni mesti x iasa keja..

~ Cik Azz ~ said...

alaaahaii...

Dio bukan rindu kek omak ehh tu kak.. Dio rindu kek poren ehh gak ehh... Takpun dio tak sanggup nak kojo kek tadika tu.. huhuhu..

Boto tu kak.. Org kito mmg salu cmtu.. Kalau boli kepC bucket tu mau dokek 60++ hargo ehh.. Tu lom cmpo dgn side menu lg tu.. Bayar yoo kan..

Yg pasti, tahun ni hargo kuih ghayo naik lagi.. Kdg2 kosian kek akak ipar sey tu sbb sorba salah nak naikkan harga ke tak..

kakpah said...

kunang-kunang,
agaknya lah. mata memang memainkan peranan dalambanyak hal.

kakpah said...

aku,
belum sempat nak kena buli pun lagi zam weh..

smm,
boleh kawin tapi kena duduk celah ketiak mak gak hehe

iina
kalau keje kat glasgow, eden pun ndak...

kakpah said...

cikmanggis,
nampaknya macam tu lah. cucu okay?

sudais,
alasan paling munasabah tu ..

pakcik botak,
tak biasa keje jauh dari rumah kot.

azz,
haah.. memandai yo ekau buek spekulasi kan haha..
rogo kue ghayo naik lagi ko. Kok camtu kono buek sondighi lah. asalkan ado. buek kerepek mo tompeyek pun jadiklah..

Acik Erna said...

kak pah..ayo e la hai..
macam anak bongsu saya pulak kak pah.
kak pah..makan sekarang ni menag macam tu..berantu mahal he..

kakpah said...

erna,
iyo ko haha...
makanan mahal kok sodap taklah ralat bona.

ibuintan said...

hahaha..kakpah, meghaong ko deh, iyo tu.. kok dah nikah camtu yo parah la

kakpah said...

ibu intan,
osah amek lah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...