Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, July 12, 2011

Berisi

Aku belek.  Aku telek. Belek lagi dan telek lagi.  Macam ada benda yang tak kena.  Kembang dan berisi semacam je. Aku cucuk-cucuk dan tekan-tekan.  Tak ada pula tenggelam. Lama-lama aku biarkan saja begitu. Masuk hari ketiga dah keras tegang. Dah terasa berat.

Bang.. cuba tengok ni.

Hasben aku tengok, telek, belek. Dia cucuk-cucuk dengan jari.

Ni kena jumpa doktor ni.

Aku pun tak tahu kenapa kaki aku bengkak.  Buku lali dah tak nampak. Betis gemuk dan tegang. Mungkin sebab aku banyak berdiri. Sejak dua menjak ni memang aku banyak berdiri. Tapi doktor kat klinik alhaj cakap mungkin ada kaitan dengan buah pinggang dan paru-paru.  Biar betul!

Pandai doktor tu menakut-nakutkan aku.  Sebab takutkan perkara yang lebih serius, semalam aku pergi ke pantai jumpa doktor pakar.  Kebetulan pula doktor yang aku sering jumpa tu giliran dia ke asunta. Aku terus pergi ke bahagian klinik emegensi minta rekomenkan aku seorang doktor lain yang boleh merawat sakit meroyan kaki aku itu. Tapi perempuan yang bertugas dikaunter tu bagitahu biarlah doktor di situ lihat dulu keadaan aku.

Di situ aku buat urine test dan resultnya semua normal. Doktor cuma bagi ubat dan suruh aku berihat dan jangan banyak bercakap berjalan dan berdiri. Tapi.. dah nama pun duduk di rumah, nama pun isteri dan ibu, macamanalah nak berihat kan?

Alhamdulillah sekarang bengkak hampir surut. Nampak gayanya agenda yang dirancang tidaklah tergendala.

Jumpa anda besok kalau aku tak bisu.  Besok Rabu kan!!!


ibundo

21 comments:

kakngah said...

syukur takde apa2 yer kak....
kot2 kakpah ada elegik makan apa2 tak.. tu yg bengkak kaki tu.

Ezza said...

salam kak pah

saya rasa bengkak tu water retention kot...ada banyak orang kena...maybe akibat lama berdiri atau duduk...

Makan ubat tau..jangan mengelat...

Ezza said...

salam kak pah

saya rasa bengkak tu water retention kot...ada banyak orang kena...maybe akibat lama berdiri atau duduk...

Makan ubat tau..jangan mengelat...

~ Cik Azz ~ said...

Jgn kono mcm sey kono dulu dah la kak.. Mmg menguji jiwo boto.. Dah la tapak kaki tu bongkak, pehtu asek nak koncing yoo.. dah tu pulak, duduk kek ateh, bilik air ehh kek bawah.. mau monangih dlm ati dibuek ehh.. Dah la jauh dr omak.. huhuhu..

Hrp2 lopeh ni tak kono lagi la.. sorik jadi ehh...

hani@debumelukut said...

Syukur...ok, duk diam diam, hari ni 'wordless'..shyyyyy.....!

kaklong said...

macam orang peknen lak kak kan?
buleh bongkak lak kaki tu...
heran yo kan?
sebaik tak apo2...syukur!

kakcik said...

Assalamu'alaikum Kakpah...

kaki kakcik pun selalu bengkak, dan tenggelam bila ditekan. Doktor kata tak ada apa2 masalah. Mungkin sebab kakcik gemuk sangat, kot? :)

luahfikiran said...

SALAM,
DIDOAKAN SEMBUH DENGAN SEGERA ! AMIN !

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Semoga kak Pah cepat sihat.

Acik Erna said...

alhamdulillah tak de apa2 ye kak pah..
masak sambil duduk la kak pah..

Kakzakie said...

Kakak dengar pun takut. Org business mestilah busy, belum di rumah lagi.

Alah kakpah sementara duduk rehat arah je bibik buat yg mana kakpah nak...

kucingorengemok said...

seriau juga dengar buah pinggang kak... sila kurangkan bercakap, eh! berjalan ;)

Cik Ina Do do Cheng said...

dulu cik ina pernah kena gak, tapi kat tangan. sesuka hati je cakap pasal buah pinggangkan. buat terkojut je.syukur dah sembuh kak pah.

Hjh Noralenna Abbas said...

Take care, ibundo!

zaidah said...

alhamdulillah...kaki akak ok....

pB said...

kaki sembab sebab perut ada isi ker???

Aku said...

minggu lepas pun kaki terasa bengkak, kawan kata water retention sebab lama duduk, blood circulation ke kaki tak bagus sebab salur darah terkepit kat peha.

kena belajar tendang terbang kungfu ala-ala bruce lee gamaknya...

Kaktiny said...

bawak-bawak berehat sikit kak oii..
tgk tu.. ada je agenda dia tuh tau!.

Bagila badan tu rehat skit.. hah.. kan kaki tu dh merajuk.. hahaha..

semoga akak sentiasa sihat sentiasa.. dan ceria..

:)

julietchun said...

banyakkan duduk pulak kak. :D

Ku Tak Sempurna said...

banyak duduk bengkak ponggong plak. jgn ikut sgt nasihat juliet tu kakpah

:D

JunAina said...

kak pah lebih baik mencegah dari mengubati...elok pun pergi jumpa doc pakar. puas hati...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...