Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, July 13, 2011

Tergelak dan digelakkan

Aku tegelak mengekek sengsorang baca komen kat bawah tu. Minta maaf  tak sempat nak balas sebab kekurangan masa. Terima kasih sebab prihatin. Arwah emak aku dulu selalu cakap, kalau sakit buat cara sakit.  Jangan duk ligat lagi merayau sana sini. Tapi selagi kaki boleh melangkah dan selagi kehendak itu ada, mana boleh duduk dendiam.

Agaknya sebab harini pun banyak tergelak dan hati agak senang, kaki yang bengkak dah nampak surut.
Perkara pertama yang buat aku tergelak ialah bila aku terkenangkan hal aku mencari kunci kereta beberapa tahun yang lalu. Puas aku mencari kunci.  Keluar ke dalam, ke atas ke bawah. Satu rumah aku selongkar. Suara bebel tak usah nak ceritalah.  Akhirnya aku telefon hasben di opis.  Hasben aku cakap kunci tu adalah kat atas almari, kat tempat biasa. Aku bagitahu tak ada tapi dia beriya-iya cakap ada.  Aku malas nak bertekak aku letak je telefon dan cadang nak guna kunci spare je.

Tak lama lepas aku letak telefon, hasben aku call balik.  Dengan gelak-gelak malu-malu kucing dia cakap kunci yang satu bundle tu ada dalam poket seluar dia.

Perkara kedua yang buat aku tergelak telah mengingatkan aku pada perkara pertama tadi. Sebelum keluar rumah tadi hasben undur kereta, masuk kereta untuk beri laluan pada kereta imah untuk keluar. Imah tak biasa dengan kereta orang lain.  Dia kena bawa kereta dia jugak. Dan pagi tadi dia telah ditugaskan untuk menghantar aku dan hasben. Hantar dan turunkan kami saja.  Lepas tu salam-salam terus dia balik.

Setelah selesai urusan kami pergi singgah isi perut di cafe yang harganya tidaklah berapa berbaloi dengan makanan yang disediakan. Semasa menyeluk poket seluar, hasben aku terpegang segugus kunci kereta. Dengan gelak-gelak dia tunjukkan kunci itu pada aku dan aku tepuk-tepuk dahi apasallah laki aku pelupa sangat.

Setelah berpikir-pikir macamana nak buat, aku cadangkan pergi pos opis dan hantar balik kunci tu dengan pos laju.  Nak suruh imah patah balik dia dah pergi jauh dan mungkin dah nak sampai ke rumah. Takkan nak bawa kunci kereta naik kapalterbang pula kan. Lagipun kereta tu usen selalu guna.

Ya.. cakap arwah mak dulu yang suruh duk dendiam kalau sakit sampai sekarang aku ingkar. Aku sekarang ada di kk... bukan kuala kangsar tapi kota kinabalu.

Kami nginap betul-betul kat depan pasar filipin ni. Bolehlah ulang banyak kali pegi situ...

ibundo

30 comments:

Citarasa Rinduan said...

Agak2......
lagi 10 tahun.. ayu dan en zalie bakal seperti en suami ibundo..
hehehehe


PS: ibundo..
syukur walau sudah berusia.. tetap happy...
jaga diri disana ya

kakngah said...

kalau bab berjalan.... buleh hilang sakit kak.. dapek lak berjalan buleh soping2. dan2 tu sehat walafiat.

~ Cik Azz ~ said...

Wahhh... Dalam bongkak2 kaki tu sompek laie dio menyoping... Handa boto somangat soping akak ni.. hehe..

Lamo koo dok sanun kak..? Kang Faris tocari2 lak nenda ehh...

kaklong said...

poie jauh gupo ea....

cikmanggis said...

jauhnya kakpah...semoga kaki kakpah cepat baik apabila exercise dari hotel ke pasar filipin tu...lakukan@ tawaf banyak kali insyallah sihat hehe(Cm pun dah hampir sihat petang ni)

iina said...

abis camno lak dio bwk balik keto tuh? ado kunci spare?

Acik Erna said...

kak pah..nak buek camno..kuncin tu pun nak naik kapa terobang yo..he he.
boli banay2 kak pah..borong apo yang ado kek pasa filipino tu.

sayangsayangibu said...

selamat bercuti ye kak
kalau larat redahlah pasar tu, tp enpakwe sya kata dia pun sedikit takut nak membeli belah di pasar tu.

ibuintan said...

aiii... dah sampai KK lak, gerenti copek ilang sakit kaki tu

boli mutiara kak..

Ms.Lilies said...

kehkehkeh...
saya plak tergelak baca cite akak ni

rezeki said...

kak pah

lama tak pi KK, dulu pun menginap kat apartment depan pasar pilipina tu, tu yang keja asyik menrayau tengok ikan naik segar2 , lps tu pekena air kelapa dan makan kuih cincin hehehe

pelupe tu biasa kak pasal saya ni pun jenis pelupa yang selalu lupa kunci kereta dan kunci rumah kat mana , tu yang sekarang terus letak semua kunci dalam satu uncang termasuk kunci kedai, kalau hilang , nayaaaaaaaaaaaaaaaaa hehehe

ibundo said...

Ayu,
haha.. tak leh nak agak tapi standby jer la..

kakngah,
tu yang ghisau memulo e tu. Takut kono tinggaan yo

azz,
kito pompuan ni kalau sobut pasal nyoping memang idup..

ibundo said...

kaklong,
en abang ni ha ado kojo. kpah tukang ngikut yo.

cikmanggis,
dah sehat betul sok bolehlah masuk dapur kan? dah lama tak tengok acara masak memasak cm.

iina,
keto tu ado kek ghumah. kunci yo yang dibawak.

erna,
haha..
ontahlah. sok pagi nak merayau gak kek pasa tu tengok apo yang ado. Ontah2 boli ikan koghing yo hehe

ibundo said...

sayang2ibu,
rasanya nak cari souvenir je sikit2. Itu pun kalau tak mahal.

ibuintan,
haha.. ilang sakit e kan?
tak bapo goma lak kek mutiaro ni.

lilies,
kehkeh..

pak itam,
kitorang baru lepas makn ikan bakar dan minum air kelapa. Ni yang bukak blog ni sebab tak boleh tidur ...kekenyangan.
pak itam, letak kunci dalam uncang tu macam senang je orang nak rembat sekali gus hehe

Zaitun said...

Cepat sembuhnya kalau nak gi jenjalan dapat pulak shopping hanyut...

ibundo said...

zaitun,
hahaha.. paham tak per..

pB said...

pandai pandai lah tawar menawar



jangan lupa beli udang kering

Cik Ina Do do Cheng said...

betul cakap arwah mak tu,duk dendiam kalau dah sakit. sampai ke kk peginya. ada je urusan ye. terapi gak tu jalan -jalan shopping shopping

kakcik said...

Sampai bila kakpah ada kat KK tu? :)

ibundo said...

pb,
tu lah orang cakap. kena pandai tawar.

cik ina,
haha.. jauh benar pergi merayau nya. kalau mak ada mesti kena marah ni.

kakcik,
ahad balik kakcik. nak ronda2 sikit..

Anaa said...

salam kenal kak..:)

selalu orang kata orang pompuan yang pelupa sebab urat banyak putus masa beranak.. tapi terbukti tak betul dalam kes akak.. heheh..

mama azfar said...

Wahhh...boleh borong seafood di KK! Murah bangat! :D

AzeedA said...

Assalamualaikom kakpah..
ish3 kaki bengkak lg dibawak bejalan.. bekbaik ye kakpah.. jgn bengkak dek makan angin pulak hehehe :D

miloais said...

dalam tak sihat tu kan
dah sampai ke KK...

jaga diri baik2 ye kakpah!

Kakzakie said...

Ya Allah kata kaki sakit kakpah tapi dah honeymoon sampai KK. Padanlah Imah yg hantar.

Kalau dah lupa memang tak boleh buat apa...:)

ibundo said...

ana,
salammm....
kalau sekali beranak putus sepuluh urat. 8 kali beranak macam bundo ni dah 80 urat yang putus.
Huwaa... patutlah bundo ni pelupa.

ibundo said...

syirah,
tadi beli udang kering 1 kilo. dia jual 25 ringgit. cantik pula tu.

azeeda,
tu lah pasal. selalu melawan cakap orang tua.'

miloais,
nak buat camana.. dah kaki jalan hehe

kakzakie,
dalam famili kpah ni kan, kalau emak atau ayah diorang ni pelupa.. dah jadi satu lawak dah..haha

Ku Tak Sempurna said...

dah berapa kali tawaf pasar filipin tu?

errr.. ekao jalan guno kaki lagi kan? belum guno tgn lagi kaan

errr


hahaha


manik, mutiara ada rasanya kat pasar tu

*wink*

julietchun said...

shopping utk raya sekali kak :D

ibundo said...

kts,
sekali tawaf je dah sakit kaki den. heh.. ekau tak nampak ko cincin mutiaro yang den pakai ni..

juliet,
raya lambat lagi hii..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...