Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, July 16, 2011

Kundasang

Berada di Kundasang selama 2 hari meninggalkan kenangan yang tak dapat aku lupakan. Kundasang cuma sebuah pekan kecil.  Pekan yang tidak ada apa-apa.  Ia cuma sebuah pekan koboi yang kotor dengan jalan yang tidak diturap dengan sempurna menyebabkan habuk berterbangan setiap kali kereta lalu di sekitar kedai.

Namun ada sesuatu yang unik di Kundasang. Di sinilah letaknya gunung kinabalu. Dan cuaca di sini hampir sama dengan cuaca di cameron highland. Hari ini saja aku kesejukan dari pagi hingga ke petang.

  Gunung Kinabalu diselaputi awan nipis.


Ada beberapa tempat menarik yang boleh kita lawati di sini tetapi dalam n3 kali ini aku cuma akan sentuh sedikit tentang Kinabalu Park yang aku lawati pagi tadi.

Gunung Kinabalu diliputi awan tebal.

Hawa sejuk memang jelas terasa di paras yang agak tinggi. Tengoklah suhu tu.  Tergigil makcik.


Sekian untuk kali ni. Baju belum siap pack.  Besok pagi-pagi dah nak bertolak balik ke KK. Sini subuh masuk sebelum pukul 5. Pukul 6 pagi dah terang benderang. Insyaallah petang sebelum maghrib dah sampai rumah.

ibundo

31 comments:

nuwairani ismail said...

kalau dtg kundasang ni, mandi sekali sehari je...sejukkkkk...kalau solat di masjidnya, rasa mcm berkumur air peti ais...

Acik Erna said...

kak pah..memanti gambar2 seterusnya..

mamawana said...

Assalam,

Rindu nak gi KK. Nak gi Kundasang gak. Insyaallah September ni plan nak terbang ke sana.

kakngah said...

dalam novel fantasi rayyan tulisan ramlee awang murshid ada digambarkan keindahan kundasang....

kaklong said...

sekarang akak dah tak fobia naik kapatobang kan?

Aku said...

periuk kera kat sana besar-besar... betul ke?

iina said...

wah cantik n nmpk nyaman jek suasana ye ;)

~ Cik Azz ~ said...

Bestnya dapat jalan2...

Jeles la dgn akak ni... huhuhu..

Minyak paneh bawak tak kak...?

Hikk...

Kaktiny said...

Subhanallah kak..
berseninya garapan lensa akak..
sgt terasa kedamaiannya..
Alhamdulillah..

:)

zino said...

cantik dan nyaman.. bila agaknya nak sampai sana..

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
indahnya pemandangan tu kan akak... rindu rasanya nak kembali ke sana lagi.. ermm.. akak kat kk ker?

ibundo said...

nuwairani,
rasa macam tak nak mandi pun ada haha..
mula-mula masuk tempat menginap heran kenapa bilik tak ada kipas tak ada ekon. rupanya tkde tu sumer masih mengerekot sejuk.

ibundo said...

erna,
gambar banyak ni. nak load tu yang rasa maleh kalau tenet semput jer.

mamawana,
nanti kpah cerita sikit2 tempat yang boleh dilawati. Ada resort baru.. cantik. letaknya atas bukut dan sejooooookk...

ibundo said...

kakngah,
ekau memang peminat novel. akak dah slow down..

kaklong,
apo lak tak fobia e. tapi buek2 bodo jer hiii..

aku,
dekat poring ada taman reflesia dan mengkuk kera ni tapi akak tak pegi sebab kaki dah bengkak balik sebab banyak nau bejalan.

iina,
nyaman.. kalau kebetulan ekau ado konferens kek ums atau memano kek kk, jangan lopeh peluang poi sini.

ibundo said...

azz, mano ado bawak hehe..

tiny,
memang nyaman tiny. puas hati datang sini.

zino,
ada rezki sampailah tu.

diana,
dah kat airport dah sekarang ni. tunggu fight pukul 1.30.
balik bawk kenangan indah.

ibundo said...

azz, mano ado bawak hehe..

tiny,
memang nyaman tiny. puas hati datang sini.

zino,
ada rezki sampailah tu.

diana,
dah kat airport dah sekarang ni. tunggu fight pukul 1.30.
balik bawk kenangan indah.

musollahehsan said...

SALAM,
CANTIK FOTO ! MAHA KUASA ALLAH

ASH said...

Ingat kut dah sampai ataih dah..hehehehe..
kat KK ni most of the time saya makan kat rumah cousin tu..sebabnya tempat makannya tak banyak yang menarik..melainkan tempat tempat yang boleh disuggest oleh orang yang tinggal di sabah sahaja..bahhhh..

Ms.Lilies said...

akak tak singgah poring ke kak?

Nieda said...

Pah . Lama tak singgha sini.Seronok kak Pah di KK.

Baca N3 kak pah di Kundasang, rasa nak terbang ke sana. Tergoda dgn keindahan alam.

Nieda said...

Pah . Lama tak singgha sini.Seronok kak Pah di KK.

Baca N3 kak pah di Kundasang, rasa nak terbang ke sana. Tergoda dgn keindahan alam.

Zaitun said...

Nanti kakpah ceritalah lebih lanjut lepas tu masuk gambar sekali.Mana tahu kalau ada jodoh boleh pergi.

NM02 said...

hatiku tertinggal di sabah

^__^

Ku Tak Sempurna said...

sejuk2 macam ni, mesti ekao tak mandi pagi kaaan?

hah? malam pun tak mandi? ish ish ish

hani@debumelukut said...

mana lagi sejuk kundasang ke cameron?

S..U..D..@..I..S said...

flora n fauna yg segar2 indah......

pB said...

masa pB ke sana dua tahun lepas , hujan gerimis


makanya


tidak lah kelihatan puncak Gunung Kinabalu

ASH said...

kakpah,
kundasang ke atau kandusang?
.
.
.
pe hal atuk faris ngeja kandusang?
.
.
aku rasa KUNDASANG!
hehe

secangkir madu merah said...

semasa berkesempatan ke sana tahun lepas, anak2 ku teruja melihat budak2 sekolah pergi sekolah pakai jeket hehehehehe.. kan sejuk kak..itulah istimewanya pekan kecil Kundasang itu ya kak.. dari tempat ini nak ke lokasi kaki Gunung Kinabalu jalannya berbengkang bengkok sama seperti jalan ke Cameron Highland.. tempat ini mmg banyak meninggalkan kenangan walaupun aku hanya singgah sebentar di sini utk ke tugu kalau tak silap...

jgn lupa singgah mandi air panas ya kak.. di Hot Spring

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Kak Pah, cantiknya gambar2 tu.

ibuintan said...

akak manjek tak gunung tu?

sangat cantik dan mempesonakan.. hebatnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...