Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, July 8, 2011

Mak tani

Buk!.. pinjam duit.

Berapa ringgit?

30 juta.

Hampir tersembur air yang aku tengah minum.

Ala buk.. saya nak beli sawah.  Nanti ibuk potonglah gaji saya bulan-bulan.

Senangnya engkau cakaaaaap!. Ibu ni petik duit kat belakang rumah?

Itu perbualan antara aku dengan bibik dua tahun lepas.  Pastinya aku bukan jutawan yang ada duit puluh-puluh juta rupiah untuk dipinjam-pinjamkan. Tapi akhirnya hajatnya untuk membeli sawah menjadi kenyataan juga apabila berjaya mengumpulkan sejumlah wang. Pagi tadi aku menghantarnya ke bank untuk urusan penghantaran wangnya ke indon. Anak lelakinya akan menguruskan pembelian sebidang tanah sawah. Aku tengok mukanya berseri-seri dan senyum lebar sepanjang hari.

Sampai juga hajat saya buk. Sekurang-kurangnya ada hasil kerja saya.

Aku teringat akan sawah peninggalan emak aku di kampung yang kering kontang dan dipenuhi belukar.  Sudah lama tanah sawah itu terbiar begitu saja.  Tiada siapa yang mahu mengerjakannya.  Bukan tanah sawah emak aku saja tapi sawah orang lain juga.

Kita duduk kampung je lah buk.  Biar saya tanam sayur.

Bela je lah sayur kat belakang rumah kita ni!

Ingat lagi cerita aku mula bercucuk tanam di belakang rumah? Tanaman sudah mula membesar dan mula mahu menampakkan hasil.

 Terung belum berbuah.  Belakang terung tu pokok selasih.



Kacang panjang gila daun. Tiap pagi aku akan mengintai kalau-kalau ada mengeluarkan buah dan mula bersungut-sungut memarahi pokok kacang kerana tak mahu berbuah.

Siti!! kau petik je daun kacang ni buat sayur. Biar dia botak.

Tahu-tahu pagi tadi aku ternampak sebatang kacang panjang (gambar bawah). Ni mesti sebab dia gerun dengar aku nak botakkan dia ni..


Ada sesiapa yang tak pernah tengok bunga roselle? Pokok roselle aku ada tiga batang.  Dua dah mengeluarkan bunga.  Satu masih baby.  Lepas ni aku tak payah beli sirap kat tesco lagi dah.  Tak payah juga beli jem untuk sapu kat atas roti.

 Kesian kat pokok pandan aku ni. Togel tak sempat nak berdaun.



Sekian cerita sawah dan sayur aku pada hari ini. Aku ni memang suka merapu. Sabau jer lah pada yang datang membaca.  Tak dapat ilmu?  Memang bukan blog ilmu pun haha..


ibundo

30 comments:

Deliah's Deli said...

dulu2 mak sy pnh tanam roselle tu..tp habis sy petik buahnya bl bersembang kat laman :))

Nizam.Ariff said...

Berbudi kepada tanah.. dapat juga merasa tekak.... syabas!

Azita Zain said...

Saya suka menatap segala kemeRAPUAN KakPah....!

Cik Azz said...

Kak, kacang panjang tu sebatang ke seurat.. hehe..

Sey baru yoo potik lado api yg mak sey tanam.. dapek la satu mangkuk.. Kok boli kek pasar, mau gak kono 6/7 hengget sbb ni lado api yg kocik tu..

Buang maso tanam sayur2 ni lg baik drpd buang maso poie perhimpunan haram tu, kan kak... heeeeeee...

sud@is said...

fresh minda tengok pokok2 tanaman membuahkan hasil

tasekM said...

kak pah...
pokok cili aku tak besor2 ni pehal.
hehe.


.

ibundo said...

Del,
tangan ko tu nak kena katuk tu.

Nizam,
betul..betul.. ada beberapa jenis sayur lagi aku nak tanam.

azita,
ko lah peminat setia kakpah haha..

ibundo said...

azz,
hehe.. tak kesahlah. janji ko paham.

Cili api memang mahal. Kito ni dahlah memang jonih makan cili. Kalau tak podeh tak maun de tokak ni doh.
Banyak lagi bondo berpaedah yang kito buleh buek. Contoh e.. biarlah akak bosilat kek dapur ni ha.. sapo nak bohimpun tu poi lah.

ibundo said...

sudais,
bangga tau bilo tengok apa yang kita tanam membuahkan hasil.

Tasek,
Kao pegi je kat pasar tani tu. Ada yang jual pokok cili yang dah siap ada buah lagik... hehe..

kakngah said...

macam umi kakngah kat kampung la.. macam2 ditanamnya keliling rumah. kalau anak cucu balik mengejut, tak risau la..

cili api mmg mahal la sekarang. secoet jek dah rm2. tu yang bila balik kampung duk angkut sekilo dua dari kebun.. hihihi!!!

Cik Ina Do Do Cheng said...

seronoknya kak pah, kalau cik ina hari togel semua tu kena masak. berbudi pada tanah memang banyak untungnya. daun kari tu tak de pun ulat ye, daun kari cik ina banyak lubang.

aza ni said...

Assalam hajjah

hajjah sampaikan hajjat orang, saya yakin hajat hajjah akan sampai juga....

tumpang lalu hajjah,
sek, tangan ko tu panas, cili payah nak hidup...baulu ok...ko try tanam gandum...kot buat tepung untuk baulu...semua dari tangan sendiri...


hajjah lagi

rossele fav saya...setiap sabtu ada pasar tani di sini..ada orang jualair rossele, jem rossele, hampas rossele pun boleh makan...sedap...

tangan hajjah ni sejuk,,,sesuai segala benda...mendidik boleh, bertani boleh, mendidik boleh,menembak gambar boleh..tabik hajjah...spring 10 x ..

Kak Lia said...

Kak Pah - tgk majalah 3 tak..kek beranang...dewang tukar sawah jd tmpt tanam serai poho ayam....hehheheh....apo laii...buek laaa

ibuintan said...

botul cakap mama Leeya tu... takpun kakpah tanam tobu kek sawah tu, sok buek bisnes jua air tobu lak... bibik la yg jago gorai tu, kakpah ngarahan yo

Acik Erna said...

kak pah..suko tengok gambar kobun kak pah ni.
daun pan jadi togel sobab tuan e rajin..segalo macam masak lotak daun pandan..he he.

ejaMaria said...

hehehe... sib baik kacang panjang tu tak merajuk terus... ;p

kasihibu said...

rajin akak menanam, tangan menjadi

kak betul yg akak kata tu, dokek kampung sya pun camtu, tanah sawah arwah uwan dah bertukar jadi sawit
nak menikmati suasana sawah macam masa dulu dulu dah tak ada dah.

Zaitun said...

Macam2 sayur ada kat belakang rumah.Agak kalau ada berekar2 tentu boleh jadi tokey ya kakpah.

Pokok pandan saya pun baru tanam semula.

Granny Hani said...

sama sama lah kita merapu yer..

azieazah said...

Tahniah!

Tabik pada Kak Pah, kerana hasil usaha yang sedikit pun ada juga hasilnya. Lagipun kata orang, kalu tangan sejuk, lempar apa pun elok saja naiknya. Jimat tak payah beli sayur.


Sembilan Haribulan Julai: Rupanya Aku yang Terkulai...!

Kaktiny said...

waaahhhh... meriahnya kebun akak!.. main petik2 ulam belakang kebun je.. bestu ooo..

apa pulak takde ilmu di sini kak?..
berbudi pada tanah itulah ilmunya!.

dan.. akak perasan tak, ada ilmu "LAW OF REPETITION" di sini..
pada ucapan maid akak yg berhajat utk membeli tanah pada 2 tahun lepas dan tahun ini dimakbulkan?.. itulah HUKUM PENGULANGAN yang mengawal minda bawah sedar kita..

wah.. Allah menunjukkan sesuatu di sini.. di entri akak ini.. Alhamdulillah..

Jazakillahu Khairan Kathira kak.. :)

ibundo said...

Cik ina,
ye lah kan.. buat baik pada tanah ni dapt gak hasilnya.

kakngah,
Kakpah pegi pasar tenngok cili bukan main cantik merah-merah. Bila boli dan buek gulai, tak podeh langsung. Apasal ek?
Kobun abem kakngah tu baanuak hasil e tak..

ibundo said...

Azani,
Ekau puji akak ni melambung-lambung. Takut kang tinggi sangat akak jatuh bedebek.. Sakit wo.
Kalau kata tangan ni sejuk, tak taulah. Tapi kadang-kadang memang rasa sejuk. Kena pakai sweater kalau terasa macam tu..hehe..

Mamaleeya,
kalau sawah tu dekat-dekat sini mau juga nak usahakan. Tapi bila dah jauh kat kampung tu rasa macam susah je. Dah takde sapa kat kampung tu dah.

ibundo said...

ibuintan,
haha.. kono pindah duduk josseh lah nampak e. Jua tobu kek pilah ko, kek tanjung ko haha..

erna,
tu yang goli hati tu. Daun kunyit tu pun tak dapek nak bonapeh. Baru amek dah amek lagi.

Maria,
kalau merajuk terus, kita tanam lain hehe.

ibundo said...

sayang-sayang ibu,
ada yang menjadi dan ada gak yang tak menjadi.
Sawah kat kampung kpah pun cam tu gak. Dah ada yang ditanam dengan kelapa sawit. Orang muda2 dah tak ada. Semua dah pegi kolumpo.

ibundo said...

Zaitun,
macam tu lah kalau mood tengah nak bekebun.Sok sok belum tahu lagi.

hani,
haha.. tu tanda takder cerita.

azie,
tenkiu.. tenkiu.. dapat makan sayur fresh. tu yang sedap.

ibundo said...

Tiny,
Alhamdulillah .. jadi jugak sayur akak tu akhirnya. Mula-mula dulu macam dah nak give up. Tapi hasil kesabaran dan mencari kesilapan dan memperbaiki kesilapan, akhirnya tu lah yang korang nampak. Gemuk-gemuk dan berhasil.

Hahaha.. orang yang berilmu ni kan, dia akan gali dan gali. Dia nampak apa yang orang lain tak nampak dan penulis sendiri tak nampak. Thumbs up dik..
Lama tak jumpa kau. Raya nanti datang ek.

Unknown said...

ibundo

ayu singgah walau lambat,..

kak......
pekerja ayu pun dah ramai beli tanah dikampung, ada sorang tu.. simpan di bank di malaysia berpuluh ribu.. siap hantar rm setiap bulan kat kampung,
dia kata dah beli 2 tanah.. satu sawah, dan satu kebun sayur

mmg kan, berbudi pada tanah mmg lumayan
melihat gambar tanaman ibundo, ayu rasa idundo ada tangan istimewa...

tabik springlah!!!


PSL nie bukan entry merapu, ayu suka masuk sini sbb orangnya berpengalaman...

Anonymous said...

Assalamualaikum Kak Pah,

Bestnya tengok pokok2 kak Pah tu.

Saya ada sedikit tanah diluar pagar rumah (tanah kerajaan). Sekarang ni saya tanam pokok bunga untuk menyerikanya.

Terfikir dibenak saya kalaulah saya tananm ubi kayu kan baik, tak ubi pun tak apa, dapat jelur pucuk ubi dan ok.

Tapi tak tahu kat mana nak dapat batang ubi kayu tu...

ieda said...

pokok pandan kak pah kira ok la lagi..tak sempat berdaun...pokok pandan saya tak sempat berakar sb asyik kena pijak....huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...