Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, July 31, 2011

Perlukah alasan itu

Membuat sesuatu itu perlu tetapi keperluan untuk membuat sesuatu itu terhalang kerana kita senang-senang mereka-reka sebab untuk menghalang berlakunya sesuatu itu. Aku bukan mengata orang.  Aku merujuk pada diri aku sendiri yang sering memberi alasan-alasan kurang munasabah.

Namun aku sungguh-sungguh berharap supaya tidak ada umat islam yang sudah berkewajipan melakukan puasa di bulan ramadhan ini, mereka-reka alasan yang mereka berpenyakit gastrik hanya untuk membenarkan perlakuan mereka tidak mahu berpuasa.  Ini adalah sesuatu yang jelek dan menjengkelkan.

Pernah berlaku banyak tahun dahulu, ketika aku dan suami tersesat masuk ke kampung orang dan seterusnya tersesat masuk ke halaman rumah orang dan terserempak dengan orang yang rumahnya berada di halaman itu sedang menikmati makan tenghari. Padahal orang itu adalah seorang lelaki yang telah lebih daripada akil baligh dan makan pula ketika orang lain berada dalam keadaan lapar dan dahaga pada pertengahan bulan ramadhan. Mungkin orang itu mempunyai alasan tersendiri.

Mungkin penulisan aku di sini juga akan menjadi bertambah lembab di bulan ramadhan ini.  Satu alasan?






Sekeliling kita penuh dengan warna warni dan keceriaan. Tidak ada alasan untuk kita menjadikan ia sebaliknya.

Selamat berpuasa.

ibundo

12 comments:

marinahunny said...

selamat berpuasa buat kak pah sekeluarga ;)

Kakzakie Purvit said...

Iman seseorang kalau tidak dibaja akhirnya akan layu...

Selamat berpuasa Kakpah...

sud@is said...

keceriaan meemberi kita lebih semangat, alasan hanya akan menipu diri sendiri....

ckLah @xiiinam said...

كل عام وانتم بخيربشهررمضان ا لكريم

Zaitun said...

Selamat berpuasa kakpah jangan ada alasan hehe...

Acik Erna said...

kak pah..gastrik bukan alasan..boto tu..saya kalau nak masuk ramadhan dah siap2 poi klinik..doc dah bokalkan 30 biji pil..tapi tengok keadaan..biaso e saya solangkan sehari makan ubek tak la terlalu bergantung pada pil kan..
ibadah wajib totap dilaksanokan..

iina said...

Selamat berpuada ye kak.. kojap laei nak bersahurkan..

InsyAllah.. semoga kita dapagt tingkatkan amalan masa bulan puasa nie

AuntieYan said...

Salam Kak Pah'

Selamat berpuasa....
Ya, selalunya gitulah, kalau kita tak nak buat sesuatu, tentunya akan diiringi dengan alasan.
Kak Yan pulak, tah macam mana tetiba saja dapat gastrik beberapa minggu selepas bersara. Rasa macam malu pada doktor nak bagi tahu sakit gastrik maklum puasa nak tiba...insyaallah akan tetap bertahan hingga waktu berbuka nanti.

Dah ada menu untuk hari ini?

kaklong said...

selamat berposo kak...



ado sangkut2 laie tak poso akak?

cikmanggis said...

selamat berpuasa kak pah..haa itu alasan dalam cerita p.ramlee kakpah..terkenang bangun makan sahur kat asrama...ada org tertido hingga jatuh dari kerusi hehe

KTS said...

ha'ah. nampak benar ekao cubo cari alasan kurang berblog.

:P

Granny Hani said...

Dah sahur? kejap lagi azan subuh akan kedengaran ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...