Begitulah yang aku perhatikan di rancangan animal planet. Kesian pada mangsa.
Apa kurangnya kehidupan seharian kita. Pemangsa sering terhendap-hendap untuk mencari mangsa. Kalau tak kita yang jadi mangsanya, orang lain. Kalau tak orang lain, mestilah kita. Ada kalanya kita kalah tapi tak kurang juga yang melawan balik.
Setelah hampir satu tahun, sebelum sesi sekolah 2011 bermula dan sekarang sesi 2011 dah hampir tamat, akhirnya mainan yang aku tunggu-tunggu itu sampai juga. Itupun setelah puas bertekak, mengugut akan diambil tindakan dan mendengar bermacam-macam alasan yang minda aku tak boleh terima.
Dah siap puan
Awak tengok balik simen yang awak buat tu. Agak-agak awak puas hati tak. Saya tak akan release final payment selagi hati saya tak puas.
Okay.. okay..
Dibuat balik simen. Aku tengok kira okay walaupun tak hundred persen puas hati. Petang semalam dia telefon mintak duit. Okaylah duit orang tak akan aku nak tahan lagipun aku tengok dah boleh lulus. Yang aku tak tahan tu petang-petang buta tu suruh aku pergi bank masukkan duit sebelum bank tutup. Banyak lah cantik.
Petang macam ni saya tak laratlah nak keluar. Nak masak lagi. Bla..bla..bla..
Okay..okay.. saya datang ambil
Bedesup dia datang dari Ampang nun.
Memang. Keadaan menjadikan aku keras hati. Hasben aku kata aku sekarang dah berani melawan balik. Macam kes berikut.
Satu ribu dapat berapa riyal?
Bla..bla..
Okay, 1200 riyal berapa ringgit?
990
Wang bertukar tangan. Ada 2 keping seratus riyal dan 2 keping lima ratus riyal.
Besarnya!!!!!! Kecikk tada ka.
Tada la kaka.
Ni nanti arab marahlah bagi 500.
Tada marah punya.
Mana kau tau tak marah? Engkau kat sini. Beli air dua tiga botol takkan nak bagi 500.
Duit kici tada la kaka.
Okay..okay.. Nah ambil balik riyal kau. Bak sini duit 990 aku.
Aku tengok dia pot pet pot pet sesama dia dalam bahasa yang aku tak paham. Kemudian dia ambil not 500 riyal dan diganti dengan not 100 lima keping.
Bagi 500 satu keping boleh ka kaka.
Mmmm.... ada pun!!!!!!!.
Aku ambil not 500 riyal sekeping dan selebihnya not 100 riyal. Okaylah tu.
Kita ni kalau main angguk-angguk saja dan menerima tanpa membantah, yang susah kita. Sedangkan kita ada hak. Kan gitu?
Sekian ngomelan aku pagi ni.
ibundo
26 comments:
dia tau arab tak marah agak pasal yang kerja jaga kedai arab tu sedara mara dia jugak la kaka, hehehe
kemain marah makcik~~takut saya~~
*comel playground tu~rasa nak buat satu jugak main sendiri~keh keh~~
kak pah
akhirnya dapat juga , kalau saya lama dah kensel kan je hehehe
itulah adat dunia kak, kekadang kena baham , sesekali kita baham balik hehehe
tapi saya tak pernah kak baham org hehehe
psl tulah ada pelanggan saya ambik kesempatan baham saya
mcm satu kes dulu satu GB pi oder mesin taip letrik yg canggih, saya kata mahal dan quote harga, ehhh dia kata nak juga terus pi order HQ
sampai je , terus suruh staff saya hantar, mana tak benggangg
dia belum bukak kotak lagi , GB yg dah nak pencen tu kata
"mcm barang buruk je "
yg tak tahan belum bukak kotak tu, terus saya suruh staff saya ,
dah bawak balik dari hati kita sakit
rupa2nya dia punya budget dah takde , nak kensel segan, tu yang kata barang kita hantar brg buruk hehehe
agaknya GB yg nak pencen tu nak monopose tak hehehe
GB tu lelaki
pengabis mesin taip tu pi simpan kat dalam stor, nasib baik lps 3 bulan ada sekolah lain berkenan
tulah kak cite baham membahamm hehehe
opssss terpanjang sikit kak, sori hehehe
pss bila bertolak
best nya playground... nak gi try test buleh... ;p
nak main.. nak main.. nak main lungsur--lungsur...
nak buek kan main liat....
nak duit,kan main copek dtg ea...osah laaa...!!!
akhirnya siap juga ya kakPah..Alhamdulillah seronok anak anak tu main gelongsor:)KakPah pun pasni boleh simpan tenaga tak yah bertekak lagi dengan orang tu hihi.Selamat berpuasa kakPah:)
sesekali kena bangkit melawan pertahankan hak kita.
Suka kakak. Puas hati bila kakpah boleh buat begitu. Kalau baca N3 macam ini kakak pun macam kena motivated juga....:)
pemangsa? saya pulak selalu jadi mangsa.
...yeahhhhh...maka terdiri lah mainan itu AKHIRRRRRRRnya! alhamdulillah..
.
.
.
.
.
btw...lawan TETAP lawan!
hehe
Yeaaahhhh...
Ghayo ni boleh la sey singgah situ kojap.. Teringin bona nak main kek situ.. Maklum la, kocik2 maghin tak moghaso... huhu...
ini... manusia yg imah gertak dulu kan??
yg tak cukup modal nak rolling tu??
jam delay hantar barang, manis pulak mulut bg alasan.. jam nk belen payment tau lak tak menyempat2...
ye..berjuang untuk hak kita kan kak...
kalau kita yakin kita betul
kalau kita yakin itu hak kita
kalau kita pasti kita di pihak yg benar
maka bertegas lah.... teguhkan pendirian...
jangan mengalah - ambik sikap 'tak apa lah'
selalu amal kan sikap 'tak apa lah' menyebabkan kita di pijak - di tindas...
kog,
kehkeh.. iye bebeno le tu..
bujal,
ko kena tempah yang bersesuaian haha
pak itam,
dalam dunia bisnes ni, kalau tak membaham, kena baham.. haha..
tapi dalam dunia bisnes kakpah yang kecil2 ni takdelah kes-kes kena baham yang serius-serius. Cuma yang ni je macam terkena. Nak kensel, deposit dah bagi hampir separuh harga. Mintak duit balik tak dapat. Mau tak mau dalam hati ni cakap kalau dah memang bukan rezki aku, biar je lah. Nampaknya memang rezki tu ada...
err.. kpah raya kat sana insyaallah..
maria,
nak try boleh tapi takut ekau tersangkut je hiks..
nizam,
mula2 terbaca nak main langsuir langsuir.
Ish.. takleh tak leh.. habis jahanam mainan den.
kaklong,
akak ingat mulo e nak pongap dulu lelamo duit dio tu kihkih.. tapi tak sampai hati plak.
cik manggis,
at last..
nanti petang2 boehlah bawak cucu main kat situ hehe. selamat berbuka puasa cm..
juliet,
yes!! perangsang macam ni yang den nak.
kak zakie,
bila kita lembut orang pijak kita balik. Ada masa-masa kalau memangnya kita betul, kena bangkit melawan kan?...
hani,
macam tu lah kita ni. Selalu sangat jadi mangsa.
ashley,
ye.. akhirnya...
azz,
jangan..
nanti tosangkut montot ekau haha
kakngah,
iyo.. macam2 cito dibagi e. Nak duit tak menyompek2..
lilies,
yes.. mesti pertahankan hak.
miloais,
betul cakap ko. selalu sangat mengalah, selalu sangat tak apalah.. kita gak yang rugi dan hadapi masalah..
resam hidup..
kadang-kadang
klu main hangguk2 je..
senang utk dibuli .....
kerana terkdg org cuba ambil kesempatan atas kelemahan ..
berhati2lah kita di jalan raya yg licin ini..
sal.
macam tu lah dunia ni ye sal..
Post a Comment