Memang dalam hati aku memberontak. Sebab aku pikir aku dah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Padahal belumlah besar mana pun. Seluar baju dalam pun masih harap mak yang belikan.
Bila sudah mempunyai anak sendiri, baru aku memahami kata 'tidak' emak. Emak tidak mahu aku hilang dari matanya. Emak tidak mahu mengalami perasaan bahawa aku berada di dalam keadaan tidak selamat.
Aku cuba tidak terlalu mengongkong seperti emak. Tetapi jauh di lubuk hati aku, aku tetap akan merasai getaran tidak senang hati bila anak-anak aku merancang untuk pergi kemana-mana tanpa aku. Apa lagi tempat yang hendak dituju itu sememangnya jauh dari kampung halaman dan tidak terkejar oleh aku hanya dengan berlari atau dengan menaiki kenderaan yang rodanya cuma meluncur di jalanraya.
Kaklang nak pergi mana mak?
Nak pergi australia.
Buat apa pergi sana?
Pergi jenjalan.
Hati aku terus bergetar semakin tibanya waktu pemergian. Walaupun zahirnya aku seperti tidak ada apa-apa.
ibundo
25 comments:
samo lah cam kaklong kak,baru paham erti kata 'tidak' oamk kaklong maso dulu..
skrg anak poie kem semalam duo dah ghisau...huhuhu!!
Kak Lang tu Kirin ke Imah kakaph? Ala... dah besarlah kakpah dia pun dah pandai menilai baik-buruk. Tapi ialah kita nie ibu dlm kotak fikiran kita macam-macam yg dibimbangkan...
Wah... Australia kakak tak pernah sampai lagi...
patutlah mak macam tu...nak jalan jauh2 sikit pon payah...yela...omak....
Begitulah getar hati seorang ibu. :)
rindu tu kak pah, cik ina pun sama , kalau anak nak jalan ke luar jauh sikit je, mula risau. nasib baik dia tak nak ke bali, lagi cik ina risau. australia Insyallah okeylah kak pah.
setiap kali berpisah dengan bonda, setiap kali itulah nampak airmata mengalir di pipi bonda... ingatkan bonda hanya rasa sedih atau rindu, tapi jauh di sudut hati bonda...kerisauan yang teramat sangat sehingga tak terungkap....
kasi can la kakpah!
.
.
.
.
hehe
hati seorang ibu...
dulu masa mak kita larang
kita kta mak mengongkong kita
kita kata mak tak sporting
macam2 lagi yg kita pikir
semua yg negatif
payah nak jumpa yang positif
bila dah besar - berkeluarga sendiri dan dah ada anak2 besar2....
baru lah faham.... kenapa mak buat macam tu dulu...
Tak dialami takkan dapat difahami...
Sekarang baru dapat kita rasa apa yang ibu kita rasa dulu....
jalan-jalan dari rumah kakcik seroja dan singgah....terpikat dengan bunga teluki kak pah...
jauh tu kak pah..mano la hati omak tak risau kan..
sebab tu masa saya nak gi interviu nak sambung blaja kat negri omputeh, mak saya kata 'tidak!'
huuhu~ maka belajar lah saya di sini sahaja.. ok jugak, dapat kancil sebijik :D
memanglah kakPah.. kalau buleh nak anak2 ado yo dopan mato, tapi mano buleh camtu kan..
poe dokek ghisau, jauh apo tah lae
kaklong,
maso diorang kekocik dulu, nak bagi poi ikut rombongan sekolah pun susah hati. Selagi tak nampak bas tu balik, selagi tu lah hati dup dap dup dap.
kak zakie,
tu lah.. sebenarnya tak sedar yang anak dah besar panjang dan dah boleh bawak diri sendiri. Kaklang tu, kirin.
nuwairani,
kpah dulu nak bawak kereta pun tak kena bagi.
muzaffar,
sampai bila ibu nak ikut belakang anak. Ibu cuma iring dengan doa.
cik ina,
mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Amie,
begitulah. Masa anak kecil, risaunya lain. masa anak dah besar panjang, risaunya lain pula.
ash,
ekau cakap pandai je kan? haha.. anak ko tu nak belajar bawak kereta pun ko tak bagi.
miloais,
memang dulu selalu merungut2 dalam hati dengan mak. Buat ini tak boleh, buat ini tak boleh. Rupanya bersebab. Kita ni tahu nak berontak je.
Arizakiah,
selamat datang ke rumah kakpah. secawan kopi panas yang menunggu dah suam-suam kuku hehe..
erna,
kito ni seangkatan. erna paham kan perasaan tu.
ibuintan,
osah iyo boto e. Takkan nak duduk bawah kotiak omak yo kan?
ala Bundo, anak saya ikut rombongan sekolah pun saya risau-risau... ;p
kak, saya kalo tak nampak kelibat anak memain kat luar umah pun, dah kelam kabut cari... padahal tak kuar pagar pun lagi.. ini kan pulak ler pegi jejauh.. tak kira ler, anak kecik ke anak beso, selagi boleh, omak tetap nak buh bawah ketiak.. huhu..
Bundo, cahya belum jadi mak orang lagi..tapi da start paham sikit2 kot..mama pun selalu susah sangat nak bagi cahya & adik2 lepas pegi mana2. kalau bagi pun, mesti ada time limit.
Kalau cam den nie kak udah dokek 4thn lobih dok sini camno lah kan ;)
InsyAllah selamat pergi dan balik kak lang
Anka dara saya kalu keluar berjalan di KL pun, bila dah nak senja, saya mesti telefon tanya berkali kali.
Sampai bebudak pun naik bosan. Tak kira, saya mesti nak tanya. Syarat saya mudah, jangan balik lewat selepas jam 7 malam!
alaaa.... pi la sekali.
sekali sekala hirup udara senafas dengan kangaroo...
maria,
haah.. selagi tak nampak bas balik, selagi tu tak senang duduk
anaa,
kecik2 boleh lagi duk bawah ketiak. bila dah besar dah tak terkepit dah haha
iina,
mesti omak ko elalu ingatkan kau tu na
azie,
memang hati emak ni macam tu. risau jer. benda yang ak pelu risau pun kdang2 kita risau gak.
aku,
nak pi camana. tak kena ajak pun hehehe..
memang hati ibu cam tu kak pah sb kita sayangkan mereka.Nak jaga hingga ketua (kata hubby Cm)..anak nak pi rombongan kat zoo pun tak kasi..takut jatuh dalam kandang rimau..punya lah risau hehe.
cm,, haha.. betul tu
Post a Comment