Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, September 29, 2011

Tolonglah nyah dari aku

Datangnya tak kira masa. Bila dia datang malam, aku tak boleh tidur. Bila dia datang ketika aku tengah nyenyak tidur, aku terpaksa berjaga melayannya. Memang datangnya aku tidak undang tapi dia tetap menjengah.

Kerapkali dia datang waktu siang juga. Aku terhegeh-hegeh juga melayan walaupun mata aku kuyu sebab tak cukup tidur malam. Tapi dia tak peduli.  Dia tetap juga bertandang. Dan aku terpaksa juga mengambil berat tentang dia.  Itu semua membuat kepala aku pening.

Ada kalanya dia menggatal. Memang cukup gatal sehingga membuat bulu roma aku meremang. Terasa macam aku nak garu-garu kegatalannya dengan garpu. Tapi tak sanggup. Aku mengokol-ngokol serta berkahak dengan harapan dia tidak menggatal berterusan.




Err.. ada sesiapa tahu petua nak hilangkan batuk ni?

ibundo

28 comments:

Wanita Bertudung Hijau said...

petua drpd arwah mak yg pernah hidup pd zaman jepun ialah

kalau saya batuk masa kecik2 dulu mak akan bagi minum air pegaga buatan sendiri, taruh gula sedikit, insyaaallah sembuh dgn izin Allah

cubalah blend pegaga dan minum airnya :-)

Aku said...

Cap ibu dan anak...

atau..

kin to nin joim pei pa ko...

Ena said...

tul tu.. memg rasa nak garu2 je tp tak blh tu yg susah tu.. nasib baik dah hilang..

kaklong said...

cubo makan madu lak kak...aiyooo..byk ea petuo,tah mano satu nak ikut...hahahah!!!

Cik Ina Do Do Cheng said...

kalau serasi guna kicap kipas udang perah limau, terus sudu. madu pun boleh. kalau malam batuk maksudnya sejuk. hurix plus gamat pun bagus gak.harap kak pah sembuh cepat ye.

Amie said...

Assalam Ibundo,
takde petua... tapi Amie minum inner shine, memang jarang (malah tak pernah) batuk & selsema...

rezeki said...

salam kak pah

ini bawak dari makkah ke batuknya hehe

makan segala ubat tak jalan ,
Minum je air zam2 dan mcm biasalah, kita doa dulu

dulu masa balik haji , saya batuk hampir 2 bulan , time nak lelap mata , time tu dia gatal mengeyam ,
akibat tak cukup tidur, bangun pagi badan letih lesu

habis madu lebah yaman dan limau sebotol , dia tak hilang2 juga

pengabis pegi klinik, ambil satu suntikan entah apa doktor bagi, dia hilang sendiri

miloais said...

iols sokmo kalo batuk ni
ambik madu sesudu dan perah kat limau/lemon sikit
then minum gitu...

ejaMaria said...

batuk raya Bundo... kita alhamdulillah lega dah... amik ubat batuk jenama Cofcare... ianya herba dlm kotak kaler hijau merah... cuba lah... ubat batuk ni Maria tau masa pregnant dulu doktor yg bagi... ok la serasi... Bundo try la...

julietchun said...

mak saya cuba macam2 petua sampai taktau yg mana satu berkesan.

kakcik said...

Saya tak ada petua, tapi kalau kena batuk yang samapi terken***g tu memang la nak meroyan rasanya. Ujian kecil sebenarnya.

Kakzakie said...

Ada org kata hundred days cough ntah apalah. Tapi kalau batuk dari Mekah macam Pak Itam kata tu kena cubalah Kakpah...

Kakak dulu guna madu+lemon. Tapi ubat batuk pun makan juga so tak tahu sebenarnya yg mana satu yg menyembuhkan...

nurkaloi said...

heheh kaloi ingat nyamuk td eghhhh

Anaa said...

masa saya pegnen kan kak, saya batuk teruk.. pastu mak mentua suh makan kicap sesudu perah ngan limau... saya try, Alhamdulillah mujarab...

cikmanggis said...

aaa susah ni jika Cm la..hari tu makan macam macam ubat tp berbulan batuk tak baik .Last sekali makan ubat spital la kak pah..ikut petua minum jus lemon dgn madu..ok ..melegakan tp tak sembuh:(

muraisenja said...

madu lebah....

h4ni3 said...

kalau petua,
ada orang kata minum madu + limau kasturi
coba lah kakpah :)

Acik Erna said...

kak pah..suami saya hari tu batuk tak beronti..nberbulan2 nak tidur pun susah..
adik datang bagi minyak jerslin power oil tu..alhamdulillah..dah tak batuk lagi..kalau dia mula nak batuk yo..copek2 sapu yo minyak tu kek leher..boleh keluar kahak tu..alhamdulillah walaup main sapu yo..elok lak batuk e..sampai sekarang,

cahya indah said...

Bundo, cahya ada dengar petua orang..perah limau atas sesudu madu, minum camtu je. Semoga Bundo cepat sembuh.

~ Cik Azz ~ said...

Mehh sey tolong garu kak... hikk...

Mudah2an copek la baik batuk akak tu yoo... Dah banyak dah potuo tu haa.. pomudo yoo takdo org bagi.. haha...

MUZAFFAR said...

susah mcm ni yaa...macam2 petua tak jalan....kurangkan minum ais...

mamawana said...

Assalam,

Makan madu.. tapi jgn lupa jumpa doktor dan makan juga ubat klinik..

mama azfar said...

Ermmm...kakpah try minum apple cider vinegar. Letak 1-2 sudu dlm air masak, then kalau nak letak skit madu pun boleh...tak letak pun tak apa. Pastu try minum setiap hari sekali. Ni bukan lah petua ke apa, cuma apple cider vinegar ni mmg elok diamalkan :)

ibundo said...

Terima kasih kepad semua yang telah menurunkan petua pada kakpah. Ada yang kakpah dah cuba. makan honey dengan lemon,kicap ngan limau. Dah kebetulan benda tu ada di rumah. petua syirah pun kpah terai juga sebab apple cider ada dalam peti ais. Batuk dah kurang. gatal dah kurang. Cuma sesekali tu datang merenyam kat tekak.
Ni batuk bawak balik dari mekah susah nak baik. Dah agak2 nak baik nanti dia datang balik.

thanks to all..

secangkir madu merah said...

aku ni dah ketinggalan ketapi ya kakPah..

kucingorengemok said...

kak pah, memang batuk-batuk ke batuk-semput? sebab dulu bertahun² kita makan ubat batuk, batuk tak hilang... akhirnya try makan ubat semput, terus baik. mula² tak tau batuk-semput sebab tak pernah sesak nafas jadi tak tau pun ada semput, begitu lah adanya...

ibundo said...

yati,
kau memang selalu tertinggal ketapi kan?

kog,
rasanya takde lah semput. Cuma batuk yang bermula dari mekah haritu. Mula2 dah nak baik tapi bila diorang di sini batuk2, kpah pun batuk semula. yang tak tahan tu batul gatal tak boleh nak tahan..

akuzle said...

errr.. minum air batu?..eehehhe... trylah Mucinex, ibunda. mana tau nk sesuai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...