Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, September 7, 2011

jam jam

Ya mama!!!!.... no no no.... no drink. Ramadhan.. haram.... nahe..nahe..

Aku goyang-goyangkan jari telunjuk macam yang selalu aku buat pada faris bila dia buat salah. Makcik tua itu memandang aku sambil jarinya menunjuk ke arah bibirnya yang kering dan merekah. Dia berkata sesuatu.  Sesuatu yang aku tidak faham. Aku menjenguk ke dalam cawan plastik putih yang dipegangnya.  Air zam zam yang ditadahnya tadi sudah tidak ada lagi.  Sudah habis digogok. Aku meninggalkannya sambil menggeleng kepala.

Dah lama faris tak interfrem.
Imah sms bertanya mak tak rindu kat kitorang ke.
Aku jawab, tak.. mak rindu kat faris dan maryam


Air zam zam, air jam jam bak kata mutawif kami, air yang sentiasa menjadi rebutan. Tak kira siang atau malam, ia tetap laku macam pisang goreng panas. Kalau siang, ia diambil buat bekalan untuk berbuka atau pun untuk membasahi kepala ataupun untuk membasuh muka ataupun untuk menyiram badan. Ada juga yang mengambilnya buat berkumur-kumur dan tak kurang yang menelannya terus macam yang aku lihat. Panasnya cuaca di bumi Allah itu memang mencabar keimanan umatnya.

Gambar ini diambil pada musim haji 2009 dalam keadaan tidak berebut-rebut.

Untuk mengambil air zam zam juga memerlukan kesabaran. Pili air zam zam yang disediakan semacam tidak mencukupi. Orang sentiasa berebut-rebut dan tidak reti untuk beratur.  Apabila dapat, ada yang tidak mahu melepaskannya kerana mengisi botol mereka yang besar-besar. Ada sekali aku minta pertolongan bangla yang berkerja di situ kerana tidak sanggup berebut dan selesai aku menghulurkan dua riyal.

Bagi yang suka, air zam zam sememangnya enak.  Bagi yang tidak suka, air zam zam dikata payau.  Tapi sememangnya rasa air zam zam tidak sama rasanya dengan air yang lain. Sudah pasti juga mempunyai khasiat yang berbeza.

Semasa umrah aku yang terakhir, pada hari raya, batuk aku sudah berkahak hijau. Ketika sai tekak aku tersangat sakit dan menelan air liur pun sudah terasa peritnya. Aku mengambil air zam zam, berkumur dan menahannya di tekak dan meminta pertolongan Allah supaya sakit tekak aku disembuhkan. Semacam magis, sakit tekak aku terus hilang. Hilang sehingga aku habis sai.  Hilang sehingga sekarang.  Alhamdulillah.



Semasa aku mengerjakan umrah beberapa tahun yang lalu, mulut aku celupar berkata;
Kali ni aku tak mahu bawa air zam zam balik sebab yang ada kat rumah pun banyak lagi belum diminum.

Hasben aku berkata, terpulanglah.

Tetapi apabila mahu berangkat balik, pihak pekej tetap memberi setiap jemaah satu tong air zam zam.  Oleh kerana sudah diberi, aku pun ambil saja dan terlupa akan kata-kata aku yang tidak mahu membawa balik air zam zam. Apabila sampai di lapangan terbang Jeddah, kami menurunkan barang-barang dari perut bas. Semua barang dan air zam zam masing-masing ada kecuali tong air zam zam aku.  Mana perginya? padahal memang sah telah dimasukkan ke dalam perut bas dan ada ditulis nama aku. Begitulah.  Sejak itu aku tidak berani lagi berkata yang bukan-bukan. Aku berkata tidak mahu bawa balik air zam zam dan memang itulah yang aku dapat.


Air yang dalam gambar di atas air mineral biasa. Kalau bersolat semasa bukan tengah berpuasa, memang aku bawa air untuk minum. Kena minum banyak air supaya badan tidak kurang air sebab cuaca panas. Bila air tu habis, aku refill dengan air zamzam.

Semasa aku letakkan botol di atas, air tu masih penuh.  Aku baru minum seteguk. Tempat solat aku yang tak ada sejadah tu. Botol dan uncang tu betul-betul depan aku. Ketika aku bangun untuk solat sunat, makcik turki yang duduk sebelah aku dengan selamber dek nya mengambil botol air aku dan menggogok airnya.  Lepas tu dia pas pada kawannya di sebelah. Aku yang tengah solat jadi tak kusyuk sebab ekor mata aku nampak segalanya. Sadisnya, setelah aku selesai sembahyang dia buat-buat tak tahu je. Kemudian bila aku naik sembahyang lagi sekali, ada pula seseorang dari belakang mencelah sebelah aku dan mengambil botol air aku.  Yang ini dia minta izin dari aku.  Tapi aku kan tengah sembahyang, macamana pula aku nak kata boleh ke tak boleh. Tapi dia ambil jugak.  Selesai dia letak balik. Tapi aku dah  tak sanggup dah nak minum air tu. Aku kira sedekah je lah.

Sekian untuk kenangan-kenangan aku.

ibundo

26 comments:

tasekM said...

aku antara manusia yg kata air zam-zam tu payau.
tapi minum gak la.
sikit2.

.

kaklong said...

faris dan mariam rindu tak kat nenda?

Kakcik Seroja said...

Redha je lah, ya Kak Pah. :)

Zaitun said...

Pernah juga berlaku pada saya masa buat umrah, pada hal air zamzam ada beberapa meter aje dibelakang mereka.

kakngah said...

imah dah turun pangkat kehkehkeh!!!

masa keje dulu, bos g haji. dia pos air zamzam 4 tong dari sana. kami bahagi2 1 ofis.

ejaMaria said...

bundo... len kali simpan botol air dlm beg kalau tak nak share minum... hihihi... diorg tak kisah kan kongsi minum mcm tu... kita pulak... kisah... lain la klu dgn anak beranak je... ok lagi... ;p

rezeki said...

salam kak pah

hehehehehe sib baik dia kokang botol air tu je, buat2 dia kokang telekung ke hehehe

air zam adalah air yang terbaik dikurniakan oleh Allah pada kita umat islam amnya dan pada bumi Makkah khasnya ,

paling suka yang sejuk kerana kelazatan rasanya susah nak digambarkan dan paling istimewa ialah disarankan bedoa sebelum meneguknya ,

"Ya Allah, Aku memohon padamu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas,
dan penawar dari segala penyakit"

dan boleh diikuti dengan doa dan hajat kita pula

kalau lihat mana ada kita minum teh tarik kat kedai siap baca doa begitu

itulah kelebihan yang Allah bagi sebenarnya pada air zam2

Nizam.Ariff said...

dia orang tu semua nak dapatkan berkat dari air mulut kakpah yang ada qaramah tu...

hehehe

Nizam.Ariff said...

dia orang tu semua nak dapatkan berkat dari air mulut kakpah yang ada qaramah tu...

hehehe

Nizam.Ariff said...
This comment has been removed by the author.
Acik Erna said...

kak pah.saya pun rindu yo nak tengok gambar faris dan maryam

Unknown said...

SALAM SYAWAL,
SERONOKNYA DAPAT BERPUASA KAT MEKAH ! AIR ZAM-ZAM TU, APA RASA SEKALIPUN, TETAP ISTEMEWA

Cik Azz said...

Sabar je la dengan orang yg main rembat je ni...

Sayapun kata air zamzam tu payau.. Org kata, sape yg ckp air tu payau, alamat ehh lambek lg la nak poie Mokah.. huhuhu...

Air zamzam ni buleh simpan lamo ke kak..?

marinahunny said...

heheheh mcm2 kan..redha je lah kak pah..

kucingorengemok said...

hehehe, macam² peel ada...

aNIe said...

Assalamualaikum kak Pah... lama tak singgah ke mari...SELAMAT HARI RAYA dari anie sekeluarga...Maaf zahir batin andai tersilap kata...terkasar bahasa...

Seronok dgr cerita perjalanan akak semasa menjadi tetamu ALLAH...memang benar...org kata kalau kat sana jgn tersilap cakap... nanti akan benar2 jadinya...

hafrawiey ozakawa said...

wahh....surely best dpt berpuase at thre.hopefully..u patient abot it...

folow back at http://hafrawiegeek.blogspot.com/

Ena said...

kat rumah juga ada 1 botol yg diberi oleh kawan masa dier pergi wat umrah haritu.. kami guna sikit2 aje sbb sayang nak abiskan.. yerla nak dapat bukan senang..

aza ni said...

ada lagi air zam zam hajjah kat rumah?kalau ada nak segelas pun jadilah..

fuzidss said...

salam..kita pun nak sikit air zam-zam...:)

ibundo said...

tasek,
air zamzam sedap diminum kalau sejuk. nanti tak terasa payaunya.

kaklong,
haha.. tak tau ler

kakcik,
begitulah nampaknya

zaitun,
hehe.. dah memang perangai dorang ni kot.

kakngah,
kat sini susah nak dapat. Bila dapat, kena jimat2 minum.

maria,
pada haritu beg tak bawak sebab dah pack nak balik. sebab tu sejadah pun takde. eee.. botol tu kpah buang je lepas tu. geli nak minum bekas orang. kalau anak beranak lain ceritalah...

ibundo said...

pak itam,
dulu masa ada tangga turun ke bawah ke perigi zamzam tu, kpah tengok perginya kecik je tapi air banyak. makcik2 badan besar dengan selambe je mandi bogel kat paip yang disediakan. Kpah pun sempat mandi sekali tapi dengan telekung2 sekali. Naik atas, kering sebab panas.
air zamzam ni sepatutnya masuk dalam 'keajaiban dunia'.

ibundo said...

aku,
hehe.. mulut aku ada qaramah? ajaib tu

erna,
sejak balik mekah ni kpah belum jumpa maryam lagi ni. rindu tul.

luahfikiran,
alhamdulillah seronok.Salam syawal.

azz,
minum sojuk. nanti tak rasa payau.
air zamzam ni boleh je kita simpan lama. tapi kalau lama sangat dah rasa plastik haha..

ibundo said...

marina,
hehe.. redha je lah

kog,
bila dah ramai tu, memang macam2 peel kita nampak.

anie,
selamat hari raya.
memang kena berhati2 keluarkan kata-kata. takut menjadi doa..

hafrawiey,
ya.. selamat hari raya pada kamu

ena,
simpan dalam peti ais dan minum sikit-sikit. sayang kan..

azani,
hehe.. ada.

fuzidss,
hehe..
selamat hari raya

Hjh Noralenna Abbas said...

Salam Raya Hajah,
Interesting stories from Mekah. Baca berulang kali.Thank you for sharing.

ibundo said...

kak hajah nora,
selamat hari raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...