Di hall luar pasaraya tu macam-macam orang jual barang. Aku rasa meja-meja yang diletak merata-rata menyusahkan orang nak berjalan dan membahayakan kalau terjadi sesuatu umpamanya kebakaran. Aku tengok ada satu meja jual buku kanak-kanak dan video pembelajaran. Aku lalu di tepi meja.
Kak.. ada anak kecil tak. Singgah dulu.
Aku pandang dia dan tuding jari ke muka aku.
Ada rupa macam ada anak kecil?
Dia cuma tersengih-sengih. Nasib baik faris tak ikut. Kalau tak mesti budak tu dah ekor aku sampai masuk dalam pasaraya.
Aku percaya dia mahu mendapatkan target jualan hariannya. Aku tak salahkan dia. Mereka yang ceburkan diri dalam bisnes macam ini perlu tebalkan muka. Aku tak pandai. Upline aku yang masukkan aku dalam 4 life dah pergi melancong sana sini dan bulan-bulan dapat ribu riban.
Aku?
Dia ajak aku pergi meeting aku buat tak tahu.
Dia ajak aku pergi cari prospek, aku buat tak tahu.
Dia ajak aku pergi ikut dia pergi beli barang, aku buat tak tahu.
Yang aku tahu bila TF aku dah habis aku minta dia belikan.
Kelmarin dia sms.
Pah, neighbour kau si maria jadi member yang aktif. Rugi kau tak sponsor dia.
Aku senyap. Dalam hati aku biarlah kalau kau dan dia nak kaya cara tu. Aku tak sanggup. Tak sanggup ke hulu ke hilir tinggalkan rumah. Bukan aku taknak kaya. Nak. Cuma cara kita berbeza.
p/s Banyak kali juga aku buat n3 seakan-akan yang ini. Tak boleh nak elak dari menyebutnya banyak kali sebab dia asek bertandang dalam hidup aku.
ibundo
28 comments:
Kakak rasa kakpah punya cstyle macam kakak juga. Kakak nak product murah so join jadi member yg upline katakan tapi semua aktiviti tak pernah ikut macam mana nak dapat member. So sekadar dapat beli murah je... Org dah puas melancung, kakak dok jadi kuli sampailah kini...
Kakpah tak apa ada own business yg mana dunia akhirat dapat bak kata omputih bunuh burung dengan baling satu batu je (tak pandai nak terjemah melayu pulak dah) hihi...
kaklong pun tak koso nak kulu kilir...ponek ea lom kiro laie,rumah laie,anak2 laie...peh tu nak mengadap muko org lain,lom tontu apo yg kito buek tu org lain suko...!
rezeki diorg la tu dpt melancong...
saya pengguna yg baik tapi bukan promoter yg baik... ;p
saya join jd ahli tapi jgn harap sy cari ahli baru... ;p
bagi aku la kak.
sms yg dia hantar kat akak tu.
tak hantar lagi baik eh...?
.
Saya pernah join Zhulian, tapi tak pernahnya nak aktif. Abih tu cemano nak kayo? :)
la..ingatkan ada petua camana nak jadi jutawan bila baca tajuknya hehe..saya pun cam kak pah.tak larat jika nak ikut cara dorang tu...keluar rumah tinggal anak tinggal suami ..akhirnya bukan kayo tp kayap yang dapat ...
kak pah saya kalau join apo2 pun semato2 untuk sonang nak boli yo..
iols memang tak pandai bab nak bisnes ni...
nak plak MLM - nak kena carik donwline bagai...
kalo iols join - konpem tak gerak2 kemana pun kedudukan...
hik hik hik
blm lg sanggup kuar pg2 blk tgh mlm semata2 nak kaya copek....kang anak ntah ke mana laki ntah ke mana huhu
Saya pun lebih kurang kak pah. Saya masuk jadi ahli kerana nak beli barang harga ahli.
Nam sponsor dan menjual tak pandai. Lagi pun banyaklah masa nak digunakan untuk perkara lain selain mencari duit.
kak pah, saya join menda2 gini pun sebab nak beli brang untuk diri sendri ngan harga murah... satu lagi, saya juga suka nenogk katalog.. sumer katalog produk saya nengok, tapi tak beli pun.. suka jamu mata jerr...
ada salesman yg agresif smpi ikt kita berjln masuk dlm pasaraya sekali :-)
kak pah...
MLM aina dah serik dan tak berminat! Hairan cam ner orang boleh berjaya, salah satunya berjaya pergunakan kehebatan orang bawahan...hehehee...
MLM???
hanya mereka yang berhati waja dan bermuka tebal jek mampu buat...
ada juga kerana MLM putus sahabat, putus sedara..
:(
MLM?
tak sanggup!
hehe
meja2 yg dok jual kononnya buku utk anak2 blajo tu pun, seboleh2 saya elakkan. dah la mahal.. promoter pulak cakap cam baguss jer
kakzakie,
mereka yang kaya dan melancong sana sini hasil kerja macam ni, memang susah nak lekat rumah. Satu mesia dia round. kita ni mana ada masa nak buat macam tu.
kaklong,
samolah kito. kito ni maleh nak tobalkan muko
maria,
kalau product itu kita rasa berguna pada kita, kita join jadi ahli tapi cuma nak dapat harga ahli. nak kaya.. sori.
tasek,
betul..
cm,
tajuk tu sebenarnya gempak je. Kalau ada sesiapa tahu lubang macamana nak jadi jutawan internet, share share lah haha
erna,
samolah kito
milo,
lama-lama upline pun fedap dan tinggalkan ko kan?
lilies,
tu yang tak sanggup tu. Ntah2 anak makan ke tak, laki makan ke tak, ishh..
kunang-kunang,
tulah.. kita nak dapatkan harga murah je kan.
juliet,
buat muka bodoh je.. tengking dia.
Jun,
yang atas kaya, yang bawah bertungkus lumus kayakan yang atas.
kakngah,
betul tu. Tu yang tak sanggup.
hanie,
tu yang aku nak tergelak. Sampaikan dah tak kenal yang aku ni dah mak nenek..haha..
elok tu.. kita tahu apa yang kita nak...
kakPah... bialah sey tak kayo mano, namun nak ikut langkah org MLM .. tak sanggup sey
best baca entry kak pah, santai dan sempoi.tak sesak otak.
Sey lagi la maleh nak jumpo org ramai kak.. Tu sobab ehh kojo dr rumah yoo..
Patot la sey tak kayo2... huhuhu..
kito serupo lah kakPah.. bab gi meeting dan jumpa org yg aku malas giler..
sy tak pernah maju join bisness mcm ni..akhirnya join kawan buat beskut..lagi dpt hasil...
aku,
betulll..
ibuintan,
kito buek yolah caro kito kan.
nieda,
nak ari ide hari-hari takde mari
azz,
buleh yo nak kayo azz tapi caro kito lah. mungkin lambek sikit kalau nak compare ngan dorang
smm,
ko bila nak meeting ngan kakpah.
kpahkpoh,
haha.. lagi mandang ke depan.
Saya juga tak berminat macam kakpah bila orang dah banyak kali sua borang isi aje lepas tu langsung tak ikut perkembangannya.
saya pun tak suka keluar macam tu. pastu jumpa orang sana dan sini yang kita tak kenal..
salam.masih ada diantara kita yg x merasa keindahan di dalam MLM.tapi awas,bukan semua mlm itu indah.hanya di dalam Score A Programme.Hebat!!!
Salam kenalan
Post a Comment