Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, September 24, 2011

Tak tahu menari dikatalah tanah tinggi rendah

Masa aku kecik dulu aku tak ada nak begaduh dengan sesiapa. Kalau ada tersalah buat, aku tak ada orang lain nak aku tuding-tuding jari. Sebabnya kat rumah tu cuma ada aku. Abang dan kakak aku dua-dua dah besar panjang dan dah bawa  diri masing-masing.

Tapi bila aku dah beranak pinak dan membebelkan anak-anak aku yang buat kerja tak semenggah, diorang akan cari orang lain untuk disalahkan. Susah nak ajar sikap bertanggung jawab pada anak-anak masa diorang kecil. Walaupun susah, aku ajar juga. Bila semua dah besar-besar aku harap anak-anak aku akan ingat sifat bertanggungjawab tersebut yang aku selalu sebut-sebut. Bertanggung jawab pada diri sendiri, bertanggung jawab pada ibu dan bapa, bertanggung jawab pada masyarakat dan yang paling penting bertanggung jawab pada agama dan Pencipta.

Sifat menuding jari adalah sikap untuk melepaskan diri sendiri kerana kurangnya rasa ingin bertanggung jawab.

Ni kenapa buku bersepah-sepah ni.  Kenapa tak susun.

Bukan saya yang buat.  Dia yang sepah-sepahkan.  Dialah yang susun.

Memanglah saya yang ambil buku ni tapi kan kita baca sama-sama tadi.

Contoh lah tu.
Satu lagi contoh;

Orang tak ada dalam bilik ni.  Kenapa dibiarkan kipas berpusing.

Bukan saya yang bukak kipas tu.  Dia yang bukak.
 
Padahal tadinya dua-dua ada sama dalam bilik menikmati angin kipas tersebut.


Itu adalah dua contoh yang berlaku pada anak-anak aku sendiri semasa mereka kecil dulu. Aku tak tahulah mereka ingat ke tidak tetapi aku tetap ingat kerana dengan perkara-perkara seperti itulah aku sering mengingatkan mereka tentang sikap tanggung jawab dan kerjasama terutamanya di antara adik beradik. Jangan nanti disebabkan perkara yang remeh temeh adik beradik bercekak sesama sendiri.

Pokoknya satu.  Tunaikan tanggung-jawab terhadapNYA dengan tulus ikhlas. Tanggung-jawab yang lain insyaAllah akan mengikut dengan sendirinya.

Kalau dalam keluarga sudah saling tuding menuding jari, apatah lagi bila bercampur gaul di luar sana. Masing-masing mahu melepaskan diri.

Orang tua cakap, kalau pelangi keluar selepas hujan, jangan tuding jari ke arahnya. Nanti jari kontot.

Faris interfrem lagi sambungan haritu.

ibundo

22 comments:

Kakcik Seroja said...

Macam ada yang tersirat di sebalik catatan yang Kak Pah suratkan ini.

ibundo said...

kakcik,
haha.. takde tersirat cuma nak ingat-ingatkan je. Ingatkan diri sendiri dan anak-anak.

pak long said...

salam kak pah...
alasan anak murid cam ni la..

ibundo said...

paklong,
salam. Dah lama tak nampak kelibat. Sibuk dengan murid?

kaklong said...

kak,dah tujuk pelangi tu ludah an balik jari tu....kahkahkah...!manih ea zaman kekanak marin kan kak?

cikmanggis said...

tunding jari bagi kanak kanak perkara biasa tapi jika dibiarkan terbawa bawa hingga dewasa..

ibundo said...

kaklong,
haah.. ludahan jari tu. Lopeh tu cium bau tongik ko tidak kahkah..

cm,
tu yang bahaya kalau orang tua suka tuding2 jari kat orang.

Zaitun said...

Faris dah jadi model untuk blog kakpah hehehe....

Tak kira tua atau muda mesti ada tanggung jawab.

kakngah said...

kok tak ludah an... jari kudung!
takot!

Cik Ina Do Do Cheng said...

Betul tu kak pah , biasalah siapa yang dah ada nak mesti pernah mengalami situasi cam tu terlebih lagi ada anak lebih dari sorang cam cik ina ni.sampai sekarang anak cik ina kekadang cam tu gak, orang tua panggil bertoloh-toloh.

azieazah said...

Selain dari memang fitrah sifat manusia, ramai kita tidak terdidik atau terlupa akan didikan itu.

Itu juga sebagi alasan menyelamatkan diri. Geram kan?

Acik Erna said...

kak pah boto la kak pah..maso kito kocik2 dulu aposal tak pandai nak menunjukan ke abang2 atau adik..main terimo yo..anak2 pulak..kemain sodap laie dia orang..bukan ramai pun tigo yo itu pun pandai kato orang tu orang ni..ish2..

Nizam.Ariff said...

kalau nak tuding kat diri sendiri... tak tertuding kak... hahaha

Ms.Lilies said...

erghhhhh anak den pun samo kak...
dtg angin kus2 diorg bukan main lg org tu la salah org ni la salah....

h4ni3 said...

benda camni kalau dah terbiasa dari kecik, sampai ke besar la bawaknya.. saya pun ada sorang staff ni, kalau ditegur adaaaa jer jawabnya, adaaa jer menuding jari kat orang lain.. haiihhh

cheryna zamrinor said...

bukan budak2 je perangai macam nie. org tua lagi selalu buat perangai macam nieh, maklumlah...daya kreativiti utk menuduh makin berkembang:)

Amie said...

he he heee...kemahiran berfikir kritis & kreatif (KBKK) yang tinggi ye Kak Pah.... itulah juga yang selalu Amie alami, agaknya pendekatan / pertanyaan perlu diubah supaya hasil/jawapan yang diberi memuaskan/tercapai objektif pertanyaaan tu...

Cik Azz said...

Boto tu kak..

Macam kek ghumah ni la, anak2 buah selalu sangat buek camtu.. Masing2 tak nak mengaku salah masing2.. mesti nak tuding jari kek orang lain jugak..

Sey selalu cakap camni yoo kek dorang.. Indok memang tak nampak apo yg korang buek, tapi Tuhan tu nampak semuo ehh.. Korang nyuruk la dalam lubang mano sekalipun, Tuhan tu totap nampak apo yg korang buek..

Harap2 dorang ingat la semuo tu... huhu...

sud@is said...

kat umah , kat ofis sama ja kakpah.....
haha jgn dituding kearah pelangi nnt kontot...kanak2 sungguh takut dan akur...

ibundo said...

cikina,
hehe.. bila dah ramai, macam2 perangailah diorang ni..

azie,
rasanya jauh dalam sanubari mereka akur dengan kesilapan cuma taknak mengaku je.

ibundo said...

erna,
mereka tau air dicincang takkan putus. kalau gaduh pun sebab kena tuduh, nanti kejap dah baik balik.

aku,
haha.. alasanlah tu.

lilies,
dah biasa dalam dunia sikecil. harap2 tak terbawa sehingga besar. itulah selalu doa kita.

hanie,
mesti kau geram dan bengkek je kan..

ibundo said...

sha,
bila dah tua buat perangai macam tu.. alahai..

amie,
memang. Masa anak2 kecil dulu kpah kena ubah soalan supaya anak2 tak boleh mengelak.

azz,
masa kocil lah kito nak bontuk bebudak ni. Bilo dah tuo dah susah. Kito mintak yo lah supayo diorang ingat apo yang kito ajar.

sudais,
dulu bila tunjuk pelangi, juih dengan muncung je sebab memang takut nak tunjuk dengan jari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...