Tidak berkelip mata dia memandang aku. Bulat. Buntang. Aku buntangkan mata aku lebih besar.
Masalah disiplin ni yang aku malas nak hadap. Bukan tak cakap. Dah banyak kali aku cakap sampaikan dah tak tahu macamana lagi nak cakap. Betina yang dia bawak balik pun sama perangai macam dia. Dahlah datang tak tahu nak balik. Rumah aku dibuat macam rumah sendiri. Makan pula mencuri-curi dan tidur melepak sesuka hati mana dia nak. Sakit mata aku.
Lama-lama aku longgarkan cekakan aku bila aku tengok macam ada genangan air mata di dalam matanya yang semakin minta simpati. Aku lepaskan dia pergi tapi selepas aku tampar punggungnya dengan penepuk lalat.
Kamu tanya siapa?
Kucing aku Jordan yang suka sangat terkencing tepi almari.
ibundo
30 comments:
Tau dah..kalau dah kak pah cokak leher e tu..tak mungkin orang..
kak pah mano sampai hati nak buek kek orang..
dah lali dah,klu bab mecokik,menopuk..kon kek jordan la tu..
dio groma bwk blk betino,tu yg memancut yo kok je...heheheh!!
kakpah saya tak suka kucing pasai ni la..pasai kencing dia tuju kat mesin basuh saya atau kat tayar kete..geramnya...
dah lamo tak donga kabar jordan....
cekik sayang kan k
baper umo jordan tu kakpah?
dia ada problem urinary incontinence kot.. huhu
ek eleh... kakPah ni jgnlah marah kat dia.. dia tak reti bahasa.. cer kakPah sunat kan dia
pakaikan pampers je kak hehehe
bawak pi klinik kak..vet tu nanti tau apa nak di ubat kan....
Kak Pah,
Memang kadang tersasul jugak walaupun diajar.
Di rumah saya ni pula mula2 PATI, lepas tu nampak dah jadi penduduk tetap tanpa diundang.
babap jordan ! amvoiiii
haha terkeno den eh
Cahya pun dah agak..ni mesti Bundo cakap pasal kucing :)
Kak...dah agak dah... kucing akak yang kena tepuk punggung tu... notti dia ye...hehehe
Ingat kan anak Aulad tadi...hehe
kakPah jeleslah Jordan bawak makwe balik tu..
dia nak tandakan kawasan dia tu...
jantan.. memang gitu... hahaha
mcm mak saya je hehe...
kdg ingat apala yg dia leterkan...rupanya kucing
hajjah
kucing .....mmg suka buat territorial border.....manusia buat dgn batu tanda kemudian pagar,leboh duit buat kubu...
'Peace, peace, peace,
Kamu jangan nakal....'
kak
sya baca sambil senyum
tp hati ni tercakap
agak eh sayu hati si jordan tu, sbb bergonang air mato eh
erna,
sebona kpah pun takut2 borani yo tu. Gomar monggigit lak tu.
kaklong,
panjang botul umuo si jordan ni hehe..
cm,
bebudak ni asal ada kucing datang je nak bela. Bukan nak jaga berak kencing. tapi si jordan ni kalau berak dia pergi jejauh.
kakngah,
haha.. dio samseng kawasan ni kakngah. Habis tompek oghang di konker e.
juliet,
cekik benci kang ada muka yang masuk dalam metro pulak..
hanie,
tang umo ni ada masalah sikit sebab dia datang dulu tak bawak surat beranak kehkeh
smm,
maun tak marah. tapi betullah cakap ko. memang dia tak reti basa.
pak itam,
tak ada saiz
ezza,
nak bagi peluang lagi za.
kunang-kunang,
PATI ni satu masalah lagi besar. Kita bagi peluang pemutihan.. kalau tak jadi gak, hantar pergi pasar.
maksu,
memang selalu dah kena babap mak su oi..
nieda,
haha apo yang terkono
cahya,
hiii..
anie,
memang notti. Nak kena lepuk selalu.
cklah,
haha.. masuk muko dalam surat kabar, cklah.
ibuintan,
takdo mano e doh..
Aku,
Akak nak cakap kalau nak tanda kawasan, ambeklah yang sebelah longkang haha..
lilies,
haha.. sonok cakap ngan kucing ni. Kalau marah orang, dia melawan. Marahkan kucing, lebih2 dia terkebil-kebil je..
azani,
tulah akak dah cakap ngan nizam, kawasan dia tu kat sebelah longkang sana. Rumah takleh masuk. Tapi dia masuk gak. Camno?
kak hajjah nora,
hehe.. kalau jahat tu saya lepuk gak. Dah tak main peace lagi dah hehe
kasihibu,
dia memang pandai buat muka sayu.
Kakpah...sebab tu lah saya tak suka kucing.
Saya pun tak suka kucing.
Tapi bila bab mata bergenang tu, saya pun ikut sedih gak.. wuaaaaaaa
wahh nama Jordan.. macam nama pompuan.. hihi.. ehh, laki2 pun ada gak nama jordan ekk...
jantan 'sihat' ler tu kak, kalau asyik memancut jer ...
hoh! dh agak dahhh...ehehehe
bela kucing kena banyak sabar ..
itu sebab saya tak bela ...
Post a Comment