Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, October 23, 2011

chooti

Harini boleh bikin ka..
Aku tenung muka bermata sepet itu.  Semalam.

Sudah  petang ma. Takda orang mau bikin.

Besok?

Besok ahad ma.

Isnin?

Isnin cuti ma.

Cuti apa.

Deepavali ma.

Aiyo.. Itu deepavali rabu lah. 

Rabu ka?  Bukan monday?

Cuti.  Orang terlalu excited bila cuti.  Baik yang tua, baik yang sekolah.  Bila cakap pasal cuti pasti rasa gembira itu bertandang. Sebab cuti dikaitkan dengan tak payah pergi kerja, tak payah pergi sekolah, boleh qadak tidur, boleh pergi shopping, boleh bersenang lenang di rumah, boleh bawak famili pergi berjalan-jalan...you name it.  Sampai tak tersenarai sebab musababnya kenapa orang gembira sangat bila ada cuti.

Kakpah, cuti hari raya berapa hari?

Staf aku memang mahir pasal cuti. Masuk sesi awal tahun, mereka dah tanya pasal cuti raya. Padahal puasa ganti ramadhan yang lepas pun belum habis berbayar. Dan dari bulan januari sampai bulan december, mereka dah hafal dah cuti apa dan berapa haribulan.

Mak, sekolah adik cuti seminggu deepavali ni.

Mak ai lamanya dik.  Ramai cikgu india ke sekolah adik.

Adalah juga. 

Tapi ada juga yang orang yang tak mahu bercuti walaupun diberi cuti sebab kalau kerja waktu orang tengah bercuti, dapat overtime berganda-ganda.

Kirin kerja mak deepavali nanti.

Apasal tak cuti.

Biasalah mak. Opis kirin tu tak boleh tak ada orang.  Lagipun, welllll....

Tapi yang bestnya dan boleh dijadikan bahan gelak ialah bila hari cuti ada orang yang beriya-iya nak pergi kerja sebab dia tak tahu pun yang haritu adalah hari cuti...hahaha...

Aku? Kerja sendiri ma. Ambil cuti sendiri ma.
Tapi kalau boleh lah kan, aku nak cuti masak barang seminggu dua.  Duduk goyang-goyang kaki sambil makan buah anggur gaya cleopatra.


Saja letak gambar aiskrim.  Siapa nak resepi pergilah skodeng kat dapur aku.



ibundo

18 comments:

kaklong said...

isnin ni pahang yo yang cuti..kek kelendar tarikh ea merah..tu yg org ngt semuo cuti...heheheh!

Ena said...

eheheh..

tak sabau ni nak balik cuti raya haji..


kakpah.. kasi email address boleh? nak invite ke ena.. skrg blog di private kan sementara.. antakn ke sini yeh.. irdina2010@yahoo.co.uk

kakngah said...

seksinyer eskrem kakpah....
ngences!

dah seminggu tak makan eskrem ni monjak domam batuk sakit tokak bagai ni... kok tak tu hari2 nak pekono eskrem potong peraso kacang merah.. :P

ckLah @xiiinam said...

Tengok gambar aiskrim dulu, baru baca cerita.

Hehehehe...

Acik Erna said...

kak pah..cuti sendiri lagi best kak pah..boleh main2 kan ngan maryam dan faris..
ala kak pah..cuti yo masak tu..nanti ado lah anak2 kak pah tolong masak..saya lain la kak pah..tak do pompuan e kek rumah ni sorang yo..he he

Amie said...

cuti2 malaysia.... best!

sud@is said...

suka cuti tunggu hari cuti,sllu amik cuti spai tinggai ciput dah cuti...

Ms.Lilies said...

anak2 hepi....
mak anak2 pyn hepi hihihi

Cik Azz said...

Sekolah kek tompek cuti seminggu kak.. Sey skang ni dah ado kek Nilai dah... Sominggu la sey duduk sini sbb minggu dopan sepupu sey kawen kek Ghombau...

Bilo kojo makan gaji mmg solalu ingat cuti kak.. Sobab buleh balik kampung.. Mcm sey dulu laa.. hehe...

rezeki said...

ese kojo wei hehehe


coti rabu je hehehe

cahya indah said...

Bundo, nak tengok gambar Bundo dok stail Cleopatra tengah makan anggur..hehe.

Nizam.Ariff said...

makan anggur gaya cleopatra tu mesti ada orang jantan yang tolong baling-suap ke mulut... hahaha

Kaktiny said...

chooti satu hari jer..
tengah2 minggu plak tuh!.
lepak kt umah je la.. hihihihi...

ibundo said...

kaklong,
haha..

ena,
kpah dah hanar dah.

kakngah,
ekau ni sepanjang maso ngences.

cklah,
dah habis dah eskrim tu cklah

erna,
kekadang maleh boto nak masak. Tu yang nam cuti yo tu. Tapi orang kek dalam rumah ni taknak pulak cuti makan.

amie,
ya.. cuti memang best

sudais,
takper lah kalau tinggal ciput. dah nak hujung tahun pun hehe..

lilies,
jom poi nyoping..

azz,
orang kito ni memang tak lupo kampung. Cuti yo balik kampung kan? sampaikan jalan habih jem.

pak itam,
ala.. cutilah pak itam.

cahya,
hahaha..

nizam,
dayang2 aku sumer pompuan.

tiny,
tambahlah dua hari lagi. Dapat cuti panjang sampai hujung minggu hehe

mamaijat said...

....lembah klang,kebanyakkan skul cuti seminggu sempena dvali...sklu kita stat esok cuti..yahoo!!!lately skul banyak program.bila cuti release tension...kita nak ke ganu..alone.. jumpa kwn2 lama..
anak no 3& 4 ke langkawi..
no 2 & 1x de cuti....
x sabarnyer...

Zaitun said...

Kadang2 mogok kira cutilah juga hehehe...

Terluir saya kakpah tayang icecream.

Anaasuria said...

aaaa chooti masak barang seminggu dua kak pah..? ada lah yang kurus kering kat umah tu nanti ..hihi

aza ni said...

hajjah
cuti deepavali panjang betul...ada yang bawak seminggu...nak pilihan raya dah..kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...