Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 26, 2011

Secawan kopi suam

Kopi sekarang banyak yang dibungkus dalam sachet, 3 in1. Kita cuma perlu masukkan dalam mug dan curah air panas menggelegak. Hitam kopi berderun keluar dari sachet dek kepanasan.

Aku suka bandingkan dengan dulu sebab dulu kalau emak membuat seteko air kopi, baunya yang semerbak itu akan memenuhi ruang dapur sampai ke ruang depan. Malah aku teramat suka menghidu bau kopi serbuk yang masih berada dalam balang. Wangi.  Wangi yang enak dan mengasyikkan. Kalau emak melihat perlakuan aku itu, dia akan menepuk tangan aku; jangan.. nanti jadi candu. Namun sekiranya emak tidak nampak dan kebetulan aku diarah membuat air kopi, yang pastinya aku akan hidu dulu kopi itu sebelum mencurahkannya ke dalam teko.

Sekirannya kita menunaikan umrah melalui pekej, selalunya kita akan dibawa ke satu shopping kompleks di Jeddah sementara menunggu masa untuk penerbangan balik. Masuk saja di bangunan itu, hidung akan diterjah dengan bau keenakan kopi yang di bakar dan dikisar di satu kedai minuman air kopi di situ. Kami akan minum secawan seorang sambil berangan-angan mahu membuka satu kedai kopi seperti itu di bangi. Dan angan-angan tetap tinggal angan-angan.

Aku bukanlah pencinta kopi. Bukan juga menjadikan kopi sebagai minuman kemestian. Aku cuma minum secawan apabila aku teragak dan keteragakan aku itu adalah dalam satu kali sebulan. Cukup. Sebab kalau aku minum kopi, degup jantung aku makan menjadi laju. Bila laju aku akan menjadi tak tentu arah. Bila tak tentu arah ia akan melonjakkan tekanan darah aku pula.

Ngantuklah, kata driver sebelah aku.

Kita berhenti kejap dekat RnR air keroh nak lelapkan mata, sambungnya.

Ni sebab tak dapat kopi lah ni, sambungnya lagi.

Ada orang memang tidak boleh ketinggalan kopi. Kopi panas yang masih berasap-asap sedap dihirup, sedap diminum.

Kopi panas?
Kopi panas yang secawan di rumah aku ini sudah menjadi suam-suam kuku.  Tak lama lagi sejuk dan tak ada orang yang mahu minum.

ibundo

20 comments:

cahya indah said...

Cahya suka bau & minum kopi.. :)

kasihibu said...

bila dah sejuk, masuk dalam petiais jadi kopi ais pulak
pun sedap juga

sya suka minum kopi masa mengandung si ayong
kata orang tak boleh nanti kulit anak gelap
si ayong pulak masa kecik2 baby2,kulit cantik putih mulus
tp dah sekolah kulit terus gelap
errpp..sebab kopi kan itu? ;p

kaklong said...

maso mengandung,kaklong elak minum kupi,org koba anak hitam....
macam la oamk ea putih bona...kahkahkah!!

Mak Su said...

saya suka kopi kambing...sedap! hehehe

ckLah said...

Mai secawan!

ckLah memang hantu kopi...tapi sekarang doktor tak kasi minum sangat!

Tijah said...

kopi sedap masa panas2 atau sejuk betul. kopi vietnam letak susu manis adalah terbaik.

eh...cakap KL lak

luahfikiran said...

SALAM,
LF NI KAKI TEH TARIK PANAS ! TAK BERAPA MAIN DGN KOPI2 NI. SESEKALI JE MINUM

kakngah said...

kakngah suka kopi yg nenek buat. kalau balik rmh nenek, berebut kopi nenek. terutama yg belen pagi tadi punya... dah simpan dlm esbok.
nikmatnya kopi o sejuk..

Ena said...

ena sesekali kopi hitam pekat ni layan jugak kakpah.. tp kalau kopi mcm nescaffe ke, radix ker or mn2 yg 3 in 1 tu adalah keperluan asben ena tiap2 hari kena amik.. kalo tak memg dier tido je la tak buat apa2 dah kalo x pekena sebelum tu..

sal said...

dapat setengah cawan pun jadilah..

bau dia semerbak klu panas2..

ejaMaria said...

Bundo,

Maria masih lagi bancuh kopi kat rumah - tak guna 3 in 1... ntah rasa mcm tak best sangat... kalau bancuh serbuk kopi tu sendiri letak gula bagai... nnt anak yg duk kat tingkat atas pun bole turun tanya 'Mama buat kopi ye?'... husband plak klu masa tonton bola... mmg minta kopi seteko... utk layan lepak dgn adik-beradik dia... ;p

ibuintan said...

saya suka bau kopi tapi tak minum kopi... orang kg suka kopi yg dalam tin tu, dipanggil kopi lambak... aromanya memang wangi

iina said...

Kak saya kat sini addicted minum kopi ari2.. mungkin sebab cuaca sejuk selalu buatkan mood nak minum kopi jadi ketara.. pastu sebab minum kopi nie panaskan bdn dan bg bdn segar sikit.. kalau tak tuh mmg ngantukss

ibundo said...

cahya,
bundo suka bau kopi tapi tak suka sangat minum kopi

kasihibu,
air yang masuk peti ais, mesti sedap diminum.
Minum kopi kulit hitam? Tak boleh makan kicaplah nampaknya haha..

kaklong,
mngandung tak leh minum kopi banyak na bukan sobab anak itam tapi kopi tu banyak bona kefen e hii..

ibundo said...

maksu,
ada ke kopi kambing..

cklah,
kpah pun kena bepantang gak.

tijah,
nak minum kopi vietnam kono poi vietnam ko.

LF,
jaga kesihatanlah tu.

kakngah,
kopi o cocah ngan biskut koring.. mak ai..

ibundo said...

ena,
dah kena candulah tu. macam hasben kpah gak.

sal,
ada gak kopi yang tak berbau kan..

maria,
kalau minum kopi memalam, mau tak tido sampai pagi.

ibuintan,
haa.. kopi lambak. Kupi nilah yang kpah goma hidu.

iina,
kopi yang digoreng sendiri sodap kan?

akuzle said...

bundo, sy neh mmg beli yg paket itu ajer. tuh pon bila rasa nk minum. biasa org suker yg pekat tp sy suker yg nipis2 ajer. pekat2 x lalu nk minum...huhuhuhu

Zaitun said...

Dulu masa dikampung selalu tengok cina mesin biji kopi,baunya cukup harum.

h4ni3 said...

bau kopi memang sedap
den poning minum kopi, tapi sesekali bila teringin, belasah jugak. tapi kena make sure minum masa hari cuti jer.. hehe

AzeedA said...

mintak maap ye kakpah.. teman lame juge tak minum kopi rumah kakpah ni.. tapi dapur kakpah tu intai2 juge cari ilham nak masak pe :)
minum kopi piyor tu teman tak selalu sangat tapi eskrem kopi ke kek kopi ke suke benor!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...