Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, October 9, 2011

Sanggup bayar 450 sebulan?

Dewan metro di prescot inn penuh.  Rata-ratanya menyambut jemputan daripada pihak ppd hulu langat. Sangkaan aku mestilah kami akan diberi taklimat tentang silibus atau perancangan berkaitan pra sekolah pada sesi akan datang. Rupanya ia adalah satu roadshow yang dikendalikan oleh pihak ecce (early childhood care & education) bersama dengan pejabat pelajaran daerah.

Disuruh datang pukul lapan setengah, pukul lapan kami sudah bertolak dari rumah tapi pukul sepuluh pun program belum bermula.  Biasalah kalau duduk menunggu lama-lama. Mulut memasing bukannya seperti mulut tempayan yang boleh ditutup-tutup dan mata pun bukan seperti mata ikan yang terbuka sepanjang masa. Jenuh menunggu. Bila akhirnya penceramah pertama mengambil tempat, aku rasa ia lebih banyak membazir masa bercakap tentang perkara remeh temeh dan tidak terus kepada point yang patut ditekankan.

Tujuan adalah untuk memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa guru tadika adalah satu profesyen yang tidak diperlekehkan. Memang selama ini pun ramai orang memandang rendah pada mereka yang menjadi guru tadika kerana mereka sering diasosiasikan dengan 'orang tak pandai' padahal ramai saja di antara mereka yang berkelulusan ijazah dan diploma.

Untuk menaiktarafkan tanggapan ini, perancangan mereka adalah menjadikan semua guru-guru tadika sebagai orang yang sangat berkemahiran dalam bidang ini dan caranya adalah semua guru tadika mestilah mempunyai diploma in early childhood education menjelang tahun 2020.

Di atas kertas, ia nampak bagus. Tapi cuba bayangkan:
Gaji asas minima seorang guru tadika yang mempunyai kelayakan itu mestilah RM1200. Ini sangat-sangat memberi kesan pada pengendali tadika yang secara purata mengenakan yuran 150.00 sebulan. Kalau sebuah tadika mempunyai 50 orang murid, 4 orang guru, di mana nak dicari dana untuk sewa premis, makan, epf, socso, bil-bil, rencam dan sebagainya.

Menurut mereka, orang di putra jaya juga tengah menggaru kepala untuk menetapkan yuran yang patut dikenakan pada ibubapa. Mereka menyebut 400-480 sebulan. Aku kata kerja gila kerana berapa ramai di antara kita yang berkemampuan untuk membayar yuran tadika anak sebanyak itu.

Bagi aku, sekarang ini pun kami sudah pakar dalam bidang kami. Mungkin ada yang tidak mempunyai selembar diploma untuk dimegahkan tetapi kami ada pengalaman dan kasih sayang untuk kami kongsi-kongsikan bersama anak-anak kecil ini. Dan untuk mereka di luar sana yang masih menganggap guru tadika adalah satu tugas yang lekeh mekeh, ingatlah bahawa kami inilah, seiring dengan tugas ibu bapa, membentuk foundation untuk anak-anak kecil ini. Dari tidak tahu mereka menjadi tahu. Dari tidak mahir mereka menjadi mahir.

Lepas talk, kami dijamu dengan makan tengahari yang separa lazat. Sebabnya aku asek bertanya dengan zuraini,
ni ikan tongkol ke ikan tenggiri.
tenggiri
bukan tongkol ke
tenggirilah kakpah
apasal bau tak sedap
agaknya dah enam bulan dalam peti beku.

Dan dewan makan itu macam penuh dengan langau. Sudu garpu kelentang kelentung berlaga pinggan dan mulut becok bercerita tentang apa yang didengar sebelumnya.

ibundo

20 comments:

Unknown said...

SALAM,
LF MEMAHAMI. ISU2 YG DITIMBULKAN MEMANG RELEVAN

kakngah said...

yuran bulanan sampai 480?? aduh... terasa terlalu mahal untuk rakyat marhaen.
dengan sewa rumah@ansuran rumah, pinjaman kereta, petrol, perbelanjaan harian dll... sedangkan pendapatan isi rumah tak sampai 2 ribu.
telan mati mak, luah mati bapak.

Kakcik Seroja said...

Pengsan berhari2 makbapak yang berpendapatan rendah dan punya anak ramai! Silap2 anak2 langsung tidak berpeluang ke tadika. :(

Acik Erna said...

kak pah...rao e paling tinggi pun yang mampu 250.00 kalau lobeh dari tu..mau tak tadika la budak2..
langau kak Pah..kompom tak lalu nak makan dah..

kaklong said...

kek sini tak ado tadika KEMAS kak.....yg ado buleh tahan mahal....menagih nak carik yg murah ea...huhuhuh!!

Nizam.Ariff said...

Kalau tak silap, ada beberapa kawan yang hantar anaknya ke sekolah rendah swasta yang islamiah (darjah 1 - darjah6).... yuran bulanan yg dia bayar? RM 350 ~ 400... kalau tadika nak gitu gayenya, tergaru2 juga kepala dibuatnya.

Lepas tu jadi isu politik. lepas tu masuk paper, masuk kabinet... akhirnya, dimansuhkan.. macam kes 6% service tax kad prabayar tu... hahaha

janganlah kak... nilai kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak kecil itu tak ada nilai bandingannya.... org2 kat putrajaya tak mampu menilainya... Tuhan je yang boleh menilainya...

Ena said...

tu dia haiihhh.. sampai 480.. uhuhuhu.. harap2 idok ler semahai gitu.. yerla akan datang yuran sek pun dah dimansuhkan..


sy setuju ngan kakpah.. bg sy tugas guru tadika ni agak berat juga sbb kat situla permulaan anak2 utk kesemuanya..

sud@is said...

JKM kat sebelah sini tak pentingkn dip in early childhood education, tp utmakan keseliman cikgu dan kekuatan berlari 2.4 km....(takkan nak ajar budak2 tadika pun kena lulus berlari sejauh tu,, bukan sijil lebih penting?. herannnnnnnnnn.

Ms Haslina said...

kenapa mesti kita hendak mengikut budaya luar yg memerlukan degree diploma holder.
rasanya sistem yg sekarang pun sudah baik.
kalau tidak masakan ramai generasi yg sedia ada skrg berkelulusan tinggi walhal dulu hanya bertadika biasa malah ada yg tidak pernah ke tadikan pun.

sekadar memberi pandangan.

Cik Azz said...

Anak buah sey masuk tadika setahun yo kak.. Sobab abah ehh tak mampu nak bayar.. Kok dok sini, buleh gak poie tadika KEMAS atau TASKI..

Kadang2 kesian dgn orang yang dok kat bandar bosar ni...

tasekM said...

penyudahnya.
ramai la yg hantar ke tadika kemas kalau dh mahal gitu gaya kak.
tapi tadika kemas ada jaga budak sampai petang ke kak...?
takde kot eh...


.

ejaMaria said...

antara guru sekolah menengah, rendah dan tadika... saya sangat kagum dgn 'cikgu tadika'...

kenapa Maria kata begitu?
anak Maria start ke tadika masa umur 4 tahun... anak Maria lambat bercakap / pelat... jadi...

cikgu tadika ni la yg mengajar anak Maria jadi petah bercakap...
cikgu tadika juga yg ajar anak Maria kenal ABC...
cikgu tadika juga ajar anak Maria menulis nama dia sendiri...
cikgu tadika juga yg ajar anak Maria mengira...

habis tadika 6 tahun... anak Maria mmg dah sedia utk ke sekolah rendah...

owh... Maria bukan org yg sesabar cikgu tadika dlm hal mengajar kanak-kanak... susahkan Bundo melayan kerenah kanak-kanak ni... kena banyak sabar...

ibundo said...

lf,
orang kata kalah di sini menang di sana, menang di sini kalah di sana. macam tulah.. ada pro n contra.

ibundo said...

kakngah,
kalau gaji cikgu tadika dah seribu lobeh, macam tu lah jadi e nanti. kesian mak bapak. kesian pengurus tadika. yang untung orang yang buek polisi.

kakcik,
bukan tu je kakcik, tadika swasta ni pun banyak yang tutup nanti sebab tak tahan menanggung kos.

erna,
kalau sorang sanggup lagi tu na. kalau dua tiga orang..
langau tu ibarat je tu na. bising kek orang ngak nguk ngak nguk bocakap.

ibundo said...

kaklong,
takdo kaklong. mehlah kek aulad, kpah bagi kau diskaun.

aku,
tu yang akak cakap. bila buat polisi yang terbabit bukan satu pihak jer. Banyak pihak bersangkut paut.Memanglah ibu bapa nakkan cikgu2 berkemahiran. Tapi rasanya sekarang ni pun dah ok dah.Banyak kursus jangka pendek yang boleh dihadiri oleh guru-guru.
Akak ni kan, kalau rasa-rasa tak berbaloi, akak nak pencen je haha..

ibundo said...

sudais,
haha.. tu nak suruh cikgu2 fitlah tu. Sebab nak melayan bdak2 ni kena guna tenaga banyak.

haslina,
diploma tu hanya sehelai kertas. Banyak perkara lain yang boleh diambil kira. Tidak ada diploma tak semestinya tidak boleh membimbing serta mangajar anak-anak. Sediakan kursus jangka pendek berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran anak2 prasekolah.

ibundo said...

azz,
tu lah kan.. mak bapak ni konolah pilih mano yang termampu kek diorang. Tadika kakpah ni takdolah mahal bona do.

tasek,
nampak e camtulah. kalau kat bangi ni ada sampai petang.

maria,
Anak2 sekarang masuk sekolah rendah darjah satu semua dah pandai2. Anak2 ni dah tahu baca dah tahu tulis, dah tahu mengira. Itu semua tugas guru tadika. Tapi sayangnya masih ada orang yang pandang rendah pada mereka yg bkerja seb guru tadika.
Guru tadika je?...

kasihibu said...

cikgu tadika ni adalah guru yg paling sabar melayan karenah murid murid yang masih lagi belum tahu berdikari sepenuhnya kan kak pah?

ibundo said...

kasihibu
betul. tu belum kira awal tahun. yang kena gigit, kena tendang dengan anak2 pun ada haha..

cikyan said...

assalammualaikum..
azian.
yan nk minta tolong, beri tunjuk ajar dan nasihat blh? camner yer nk mulakan langkah menjadi guru tadika..
yan umo 21, bru grad diploma in science UiTM, now degree, fikiran yan selalu fikir nk jadi guru tadika sebab minat..kos yan ambil skg ni agak sukar..
hope blh bantu serba sedikit...=)
by email..yan.zian@yahoo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...