Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, November 29, 2011

Balik kampung

Kami ambil kesempatan untuk tinggal beberapa hari di kampung sempena cuti awal muharram. Dari Bangi kami bertolak dengan satu unser dan satu cherry dengan muatan mengalahkan pulang untuk sebulan. Tidak tinggal juga membawa broadband yang aku rasakan merupakan satu keperluan yang tak kurang wajibnya. Namun rasa menyesal pula membawa laptop yang mengisi ruang kereta kerana keupayaan  broadband mencari talian internet begitu lembab. Minta maaf kerana tidak dapat menjawab n3 di bawah.  Untuk log in saja aku terpaksa menghadap lappy hampir setengah jam tetapi tidak juga dapat tembus.

Kampung aku masih juga begitu. Yang muda sudah tidak ada kerana mencari rezki di tempat lain. Yang tua hanya tinggal beberapa kerat kerana ramai yang telah kembali kepadaNYA. Rumah tinggal makin bertambah. Rumah mak tua di hadapan rumah aku telah di kelilingi semak samun.  Atap rumah sudah ada yang tertanggal.  Tangga depan sudah mula mereput.  Aku bayangkan satu ketika dulu mak tua dan pak tua duduk bersantai-santai di beranda rumah sambil berkipas ketika cuaca panas membahang.  Sayang. Banyak sejarah tercipta di situ.  Sungguh sayang sekiranya ia mereput bersama rumah itu.

Abah begitu teruja sebenarnya bila misi balik kampung ini aku kabarkan padanya. Sebelum ini sekiranya aku balik ke kampung abah jarang balik sama kerana aku balik hari.  Balik cuma untuk menjenguk-jenguk.

'Bah, kito buek konduri tahlil kek kampung'
'Mano ado oghang laie kek kampung tu' dan abah mula mengira-ngira jumlah mereka yang masih ada. Jumlah cuma untuk sedulang makanan.
'Konduri tu kek mano-mano buleh buek', cakap abah.
Akhirnya kami berkenduri kendara sesama sendiri dengan membuat barbeque. Yang ada ialah keluarga aku, abang dan kakak ipar dan keluarga anak-anaknya yang kebetulan sama pulang ke kampung.

Rumah aku bertukar hidup setelah sekian lama mati. Aku berterima kasih kepada abang dan kakak ipar aku yang memastikan rumah aku terjaga bersih di luar mahupun di dalam.



Kegembiraan terpancar di wajah abah. Pulang ke kampung, berkumpul ramai-ramai dengan anak cucu cicit dan mungkin mengutip memori lama yang banyak tertinggal di setiap ruang. Semasa  mengemas dan menyapu bilik abah, aku llihat kain batik emak yang sudah lusuh elok berlipat di sebelah bantalnya. Dan abah tidak lupa menjenguk emak di perkuburan.




Aku pula tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kuntum-kuntum bunga yang sedang mekar.


dan merakamkan wajah-wajah ceria cucu-cucu saudara.






Kami pulang semula ke rumah dengan membawa kenangan indah dan berjanji akan pulang semula ke kampung bila ada masa mengizinkan.  Mungkin semasa musim buah-buahan sedang masak ranum.  InsyaAllah.


ibundo

26 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo,
seronoknya....nampakmeriah sungguh biladapat kumpul ramai-ramai.... erat tali silaturrahim..amin.

Kakcik Seroja said...

Sesekali berkumpul bersama adalah kegembiraan yang tak terucap dengan kata-kata. :)

mamaijat said...

.....seronok kan balik kg?segala memori zaman kecik2 tergambar semula...kite pun sempat balik kg..walau sehari semalam ..namun puas dapat hiburkan mak abah..sempat bawa mereka picnic kat pengkalan kemunting,pengkalan balak,tanjung bidara...Alhamdulillah..semuga ada masa lagi untuk bersama mereka...insyaAllah.

ejaMaria said...

owh... ada padang?... ada laman?... best nya rumah tu...

Cik Azz said...

Untung akak masih ado ghumah kek kampung... Sey ni balik ghumah akak yoo, kek Nilai ni haa...

Kakzakie Purvit said...

Balik kg memang best:)

Mana Faris tak ikut main bola ke? Tengok Maryam kena dukung sambil kejar bola tu kakak ketawa sendiri...

rohaizahabas said...

Kak Pah
kalau musim buah, ajak lah saya sekali ya...hahahha..kesian saya ni tak do kampung...

kaklong said...

WALAUPUN BADAN KEK BANDAR..
HATI MASIH KEK KAMPUNG KAN KAK?

rezeki said...

salam kak pah

suasana kg memang menyeronokkan
tapi nanti akhirnya semua ditelan dek zaman kerana tiada lagi genarasi muda yang nak tinggal di sana

saya sendiri dah takde kampung pasal kampung dah jadi bandar hehehe

Acik Erna said...

kak pah..seronok e balik kampung.

Hjh Noralenna Abbas said...

Hajah,
Den takanang yo kampueng yang jauh di mato.

Nizam.Ariff said...

memori.. memori yang perlu dijenguk-jenguk...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

seronokkan bundo berkumpul ramai2 di kampong... org tua pun happy bila anak2 & cucunya pulang..

ibundo said...

amie,
memang meriah. bundo ni tak kering tangan asek duduk kat dapur hehe

kakcik,
raut wajah menceritakan segala

mamaijat,
kalau nak iktkan memori ni.. alahai... setiap ceruk tu ada cerita tersendiri. Ceita main hujan, kejar ayam sampai tunggang langgang, manjat pokok..alahai...

ibundo said...

maria,
tepi rumah memang ada padang.. belakang rumah pun ada padang jugak haha..

azz,
ghumah kampung kau dah tak ado lai yo azz. Akak dah posan mo anak, kok omak dah tak ado sok pastikan balik tengok rumah supaya tak reput.

ibundo said...

kak zakie,
masa diorang ni main faris main bola dalam rumah hehe. Yang kena dukung tu bukan maryam tapi cucu saudara yang sebaya dengan maryam.

ezza,
durian kali ni tak berapa jadi sebab ni berbuah second round. Yang round pertama haritu tak berbuah, kali ni dia berbuah. Tak banyak.. lebih kurang dalam 100 biji je. Rambutan, manggis, duku langsat insyaallah tak lama lagi. Kalau nak merasa suasana kampung, bolehlah datang. Tak susah nak cari.

kaklong,
Tu memang dah semesti e..

pak itam,
Tu lah yang dirisaukan. Sayang sekali kalau rumah kampung tu akhirnya terbiar. Banyak sejarah terlakar..

erna,
seronok. Sompek pekono cendol pilah tapi cendol pilah dah tak berapo umph...

kak hajah nora,
takanang jugak ek..haha

aku,
ya... dan kutip mana yang tertinggal.

madiha,
seronok memang tak terkata..

Anaasuria said...

kakpah, terasa macam saya lak yang balik kampung kakpah.. seronok sangat tengok budak2 main bola kat padang tu. rasa fresh sangat..:)

sud@is said...

wauuu sungguh indah memori tu kakpah..cuti mana akan ada lagi

aza ni said...

hajjah
mmg seronok
berkumpul ramai ramai..

Zaitun said...

Seronoknya kakpah... walaupun rumah dah ditinggalkan tapi sesekali bila balik boleh berkumpul ramai2.

ibuintan said...

mengimbau kenangan lama ye kakpah


kalau kat kg ni broadband tu tak jalan doh kakPah... buek sakit ati yo.... baek takyah guno

aNIe said...

Kak... seronoknya melihat kemeriahan sedara mara bila dpt berkumpul macam tu... melihat wajah ayahanda itulah yg paling sebak..melihat garis2 tua diwajah mereka membuatkan kita rasa begitu sayu...

zino said...

den pun dah lamo tak balik kampong ni.. alahai.. minggu dopan la kot..

secangkir madu merah said...

seronok ya kak pulang ke kampung menggamit memori...

ibundo said...

anaa,
kalau boleh kpah pun nak main bola gak hehe

sudais,
dah target sebulan lebih lagi. masa tu buah2 dah masak dah kot.

azani,
memang begitulah nampaknya.

zaitun,
dan dapek mengonang kembali maso kekocik dulu

ibuintan,
osah botul e. hangen nak nunggu line masuk..

anie,
tengok abah rasa seronok macam tu rasa sebak di dada ni.

zino,
kampung zino kek mano. Senanti ko

smm
sudah paasti.

SITI NOARIZAH ARIS said...

Assalam kak..akak org pilah yo ?
Sey org jolobu... memang syg umah bosar2 di tinggalkan sbb tu omak awal2 suruh adik lelaki buat umah kat sobolah umah ea.. kato ea kalau dio x do nanti masih ado yg nak balik dan umah kesayangan ea terjago... sayu raso ea bilo igtkan saat2 tu nanti..:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...