kata hasben aku.
Habis tu tak cakap apa-apa?
Bagitau dia lenkali pakai penyepit.
Bayangkan, sebelum memenuhi oder kami, dia ke hulu ke hilir di belakang menyentuh entah apa-apa. Kemudian mengambil mangkuk dan tangannya yang tadi entah menyentuh apa-apa mencopot mee kuning, telur, bawang goreng, sayur sebelum mencurah kuah kari ke atasnya.
Ini berlaku di rnr semasa aku balik dari penang khamis lepas.
Nasi lemak 7!
Aku perhatikan tangan cekapnya mengambil kertas pembungkus bewarna coklat, memasukkan tangan ke dalam tong nasi dan meletakkan satu mangkuk kecil nasi lemak ke atas pembungkus. Kemudian tangan itu mencopot ikan bilis, timun, kacang goreng dan seketul kecil telur rebus. Dia mencapai senduk yang tangkainya berlumuran dengan cili dan menyenduk sedikit sambal. Tangan itu kemudian disapu pada towel good morning yang sudah bertukar warna.
Dik.. lenkali pakai sarung tangan.
Dia cuma angguk-angguk tapi terus juga dengan kerjanya membungkus oder aku dengan tangan bogel.
Ini berlaku di gerai nasi lemak di sungai chua sabtu lepas sebelah pagi.
Bos imah cerita kawan dia oder dua puff/roti (tak ingat mana satu). Satu inti daging satu inti ayam. Bila dia tanya mana satu daging mana satu ayam, pekerja tu cakap nanti dia cek. Dia bawak balik masuk ke dalam dan dari tempat duduk kawan bos imah tu nampak budak tu buka balik puff/roti tu dengan tangan. Langsung dia geli nak makan.
Ini cerita imah masa kami makan-makan di alamanda sabtu petang lepas.
Sabtu lepas aku, kirin dan imah ke alamanda. Kirin belanja kami makan dan biasalah, semasa menunggu macam-macam perkara yang dibualkan. Salah satu yang jadi bahan bualan adalah tentang kebersihan penyediaan makanan. Kalau di gerai-gerai terbuka, memang kita nampak dengan jelas cara-cara peniaga ini mengambil bahan makanan yang kita oder. Ada yang menjaga kebersihan dengan memakai sarung tangan plastik ataupun penyepit/ sudu bila mengambil bahan makanan tetapi kebanyakannya tidak menghiraukan sensitiviti perasaan kita sebagai pembeli. Kita pula selalu tidak kesah.
Apa yang berlaku di dalam dapur tertutup pula, kita tidak nampak. Kalau mereka cungkil hidung dan kemudian memegang makanan yang kita oder, tidak siapa yang tahu.
.
.
.
.
Setelah lama berbual, air yang kami pesan pun sampai. Kirin menyedut airnya kemudian membelek-belek gelas tinggi dan canggih itu.
Bukan kirin oder capucinno blended ke tadi, katanya.
Aku melihat-lihat dan terlihat ketulan-ketulan ais di sebelah bawah.
Haah.. ni bukan ice blended ni.
Kirin memanggil waiter dan menyuruhnya membuat semula. Waiter mengambil gelas dan membawanya masuk ke dalam.
Percayalah Rin, dia takkan buat yang lain. Dia masukkan semula air awak tu dalam blender dan taruk topping baru.
p/s Bundo ucapkan selamat berlibur dan minta maaf tak dapat menjawab komen dalam n3 lepas. Sibuk ke hulu ke hilir.
ibundo
27 comments:
Kalau difikir dan diperhatikan, kita memang tak akan lalu untuk menelan makanan yang dijual di gerai2/restoran2... ;-)
kaklong ponah donga cito,ado satu gerai kek seroting nun,klu kito komplen air ea,tak manih ko apo ko..dio ambik blik air tu,bwk masuk dlm.peh tu ludah dlm tu...lopeh tu bg balik kek pelangan...
ni pekojo ea sdri cerito...sebaik kaklong tak ponah masuk kodai ea..huhuhu
errr
kalau ikutkan tak nak mkn kat luar
tp kadang2 memang dah teringin nk mkn
lagi satu aiskrim yg diorang jual naik motor
kaloi memang takkan beli heheh
kekadang pakai sarung tangan pun guna sehelai sampai habis niaga~haih~
hehehe... copot... lama tak dengar perkataan tu...
emm... kita klu pegi makan lagi suka makan di kedai yg bole kita senduk sendiri... tak la perasan sangat org copot dgn tangan... ;p
kalo org meniaga neh susah nk jumpa yg pembersih kan? huhhuhuhu... dlu slalu mkn kt luar. now dh mkn kt umah...heehhehe
Copot tu kalau dalam bahasa Jawa maknanya 'tanggal'. Hehe
Memang kene hadir kursus lah budak-budak yang berniaga macam tu patutnya ya kakPah...
Kakak bab kebersihan masa nak makan agak particular sikit kakpah. Yg tak nampak tu kakak tak kisah tapi kalau depan mata memang tak sanggup nak makan...
Sobab tu la sey ni maleh nak makan kek luar.. Dah ikut macam omak sey dah...
Lobih rela makan jajan or ghuti or buah utk aleh poghut... Tp kadang2 topakso gak makan.. Nak buek cmno..
Elok ehh jangan pandang maso dorang buek kojo tu kak.. Kok pandang, cmtu la jadi ehh... Loyo somacam yooo...huhu...
kak pah..tu lah yang selalu se perati..sampai kawan2 kek opis selalu cakap..memilih bona kato e..
hak kito untuk memilih dan memerhatiakan tentang kebersihan ni kan kak pah..
hajjah
kadang kadang kedai makan, penyepit lauk pun tah ke mana...
teringat ceto Mekanik....
kok kodai mamak lae la goli tokak ni Kak
sungguh betul tu kak. saya dah 2 kali terkena.
eeee nak citer pun rasa cam geli.
at list lepas buat apa2 di dapur itu. cucilah tangan dgn sabun dan lap elok2.
kemudian leh lah bancuh air org order gitu.
kak pah...
saya rasa macam nak taubat makan luar kalau cam gini rupanya...:)
geli pulak bila baca ni, Bundo..entah apa yang diorang buat kat dalam kitchen kan..kalau nampak depan mata kita takpe jugak.
itu yg kita nampak...
yg tak nampak???
rasa tak lalu nak makan kalo dipikirkan - or dibayangkan...
Kak...anie dah lama tak makan roti canai... sebab terbayang yang bukan2...hehehe
kakcik,
ada sekali kpah pergi toilet satu restoren ni. Letaknya kat bahagian dapur. Orang kat dapur tu sibuk masak, tikus besar anak kucing sibuk lari sana sini... eee.. geli.
kaklong,
cito camtu macam ponah dongan yo kaklong. Kahakkan makanan orang.. timolah balasan e sok.
nurkaloi,
kalau makan, kena pilih betul2 kot. kalau restoren yang serabai je, baik toksah pegi.
bujal,
hah.. tu pun satu masalah jugak.
maria,
copot..haha..
haah, baik kita copot sendiri.
akuzle,
ada masa masanya kita kena makan juga di luar. Dan ada masa masanya kita memang suka keluar makan hehe..
cklah,
hehe ye ke.. copot kasut, tanggal kasutlah ye cklah.
kak zakie,
pokok pangkalnya apa yang ada dalam hati. Agama kita seddiri menyuruh kita mengamalkan kebersihan. Boleh je kalau diorang ni nak amalkan.
azz,
kok cam ekau ni kalau komano2 kono bawak bokal lah nampak e kan?
erna,
iyo.. kok larat togur, kito togur. Kok tak larat asek nak nogur yo..hmmm.. makan yo lah.
azani,
hehe.. tak cukup le tu.
ibuintan,
kakpah baru makan tose kek kodai mamak maso poi penang haritu hehe
haslina,
takder mana nya dia nak basuh haha..
jun,
taubat sambal belacan. nanti kalau dah terlupa, pergi lagi.. haha.. kpah ngata diri sendiri lah ni.
cahya
orang letak kahak pun kita tak nampak. Anak buah yang dulu kerja mcD penah cerita macam tu..eee..
milo.
baik tak payah bayang kan?
anie,
kpah kalau nak makan roti canai kpah gi cek dulu tempat simpan telur. kalau bertaik, sah tak nak makan..
boto tu... dia masukkan balik ja ice blended tu... kakaka.. itu kalau aku lah...
itu belum termasuk kes2 kat fastfood restaurant...
aku,
nasib baiklah ekau tak koje bancuh air..
kakngah,
mesti ada citer yang sama.
assalam,
kakpah...
teringat di MINA!!
sampah menggunung..
berjalan menuju jamrah di atas sampah sarap
Post a Comment