Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, November 17, 2011

kalau pahala kamu dah habis, ambillah pula dosa aku

Aku tinggalkan bibik berbaris dikaunter bayaran. Aku letakkan duit 70 ringgit di tapak tangannya dan kemudian aku berlalu ke kedai sebelah untuk membeli beberapa bungkus nasi lemak. Tidak berapa lama kemudian dia datang mendapatkan aku.

Buk! tak cukup lagi lapan ringgit.

Rendahnya nilai duit sekarang.  Aku cuma mengambil 5 atau 6 ekor kerisi, 3 keping tenggiri, tak sampai 10 ekor sotong, beberapa ekor udang saiz sederhana besar yang kalau ditimbang memang tak sampai setengah killo pun, dan copot sana sini sayur-sayuran.

Duit aku semakin kecil. Sekecil jumlahnya. Aku teringatkan ibu bapa yang masih berhutang dengan aku enggan melunaskan yuran anak-anak mereka. Sekarang sudah sampai ke penghujung sesi. Masih ramai yang tidak menjelaskan yuran bulan september, malah ada yang tidak menjelaskan hutang pendaftaran awal tahun yang masih berbaki. Kebanyakan mereka ini adalah dari tadika aku di taman mesra.

Begitulah. Orang nampak duit aku masuk ribu riban tapi orang tak nampak yang tak masuk pun ribu riban dan keluar pun ribu riban. Bila pihak aku mengingatkan mereka tentang hutang-hutang ini, mereka terus tidak datang menghantar anak-anak ke tadika sebaik sahaja habis exam tengah bulan oktober lepas. Lumrah manusia begitu?

Mengingatkan aku juga pada rumah yang kami sewakan. Awal tahun 2000 kami sewakan rumah dengan sewa 800 sebulan. Pada mulanya dibayar tetap. Kemudian mula liat bayar sewa sehingga beberapa kali aku ke rumah itu mengingatkan tentang sewa yang tidak dibayar.  Janji mereka, akan dibayar. Namun, sebaik kami pulang dari menunaikan haji tahun 2002, rumah yang disewakan itu sudah kosong tidak berpenghuni.  Mereka lari membawa hutang sewa selama sepuluh bulan. Jumlahnya membolehkan aku pergi haji lagi sekali.

Aku semacam serik. Serik dengan perangai parents di Mesra. Serik dengan penyewa yang tidak mahu membayar sewa. Masalah tetap berulang-ulang. Rumah sewa yang disewakan masih juga orang yang tinggal di situ liat untuk membayar sewa.

Bukankah nanti di akhirat hutang piutang itu tetap akan kita tuntut?

Harga barang? Kita semua merungut dengan harga barang yang melambung-lambung. Bukan begitu?

ibundo

26 comments:

Cik Azz said...

Boto tu kak.. Dorang ni mcm tak takut yoo dgn tuntutan hutang tu... huhuhu..

Agak ehh dorang ni suko gali lubang, tutup lubang kott... Soba yoo la...

kaklong said...

tuntutan ekonomi sekarang toruk kak,gaji rm35 sehari belanjo dapo kelurgo sehari lobih dari rm50,mano nk cokau kak oi....

Wanita Bertudung Hijau said...

ustaz kata kalau tak nak bayar hutang, masa mati, roh tidak akan diangkat ke langit

ustaz kata begitu utk ingatkan staff2 kat ofis ni yg liat nak bayar hutang PTPTN

nice entry kak :-)

NenetPenne (NP) said...

kalau rasa sewa rumah RM800.00 tu mahal sangat, duduklah bawah kolong..
i kan mcm tak faham dgn orang yang tak nak atau liat bayar sewa ni... nak duduk rumah yang cantik tapi mmm alahai.. gamaknya dosa dia tak banyak tu, tu pasal depa buat mcm tu...

julietchun said...

saya pun ada terdengar rungutan cikgu
sekolah berkenaan yuran yg belum di.jelaskan
oleh ibubapa.

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam,

Masih tak faham hukum hakam berhutang gamaknya, kalau dah tahu buat2 tak faham..Ishhhh

ejaMaria said...

Bundo lepas ni nak sewakan rumah, buat agreement dgn lawyer... mmg la berbayar sikit... tp sekurang-kurang nya penyewa tak la main suka-suka tak bayar lepas tu hilang... dari rugi rm8000... baik bagi lawyer sket... ;p

pasal taska / tadika... sy selalu ingatkan diri... karang tak berkat ilmu yg anak belajar... kesian anak tu...

Nizam.Ariff said...

kita buat homestay je kak...
dia sewa hujung minggu je. weekdays rmah tu kita yang punya.

tapi nilai sewa hujung minggu tu dah macam sebulan sewa... cuma kena rajin layan pelanggan la.

cahya indah said...

Bundo, kena bagi surat warning kat diorang ni..

Ms Haslina said...

salam.

memang harga barang basah macam melambung gitu harganya.

semoga ALLAH permudahkan rezeki Bundo dari segi lain pula.
Dan semoga tabah dengan dugaan dan ujian ALLAH itu.

aNIe said...

Kak...orang yang tak melunaskan hutang tu tak tau...yg hutang tetap hutang kecuali kita menghalalkannya... tapi kalau kita hutang...sampai mati pun kita akan berhutang dan dibawa sampai ke mati

Unknown said...

subhanallah sanggup dia buat mcm tu masa kak ke tanah suci???

10 bulan tu..

tanggunglah dosanya hingga ke mati..

kak..........
ayu yang peniaga kedai makan pun rasa sangat pening bila barang naik harga, RM mengecil........

tapi ayu tak naikkan harga makanan dah siap dimasak..

entah bila ayu dapat bertahan?

aza ni said...

hajjah

tu yang payah....

Zaitun said...

Orang yang sewa rumah saya pun pernah tak bayar dan kalau bayar pun sikit2 sampai bila nak habis.

Kawan hubby pimjam duit Rm 15,ooo dah dekat setahun belum berbayar.

Acik Erna said...

kak pah..sepuloh bulan?lamo tu kak pah..manusio dah tak tau takot..hak orang dah buek macam hak sendiri..

kasihibu said...

macam tak ada perasaan bersalah, dan macam hidup di dunia ni akan kekal selama lamanya agaknya mereka fikirkan macam tu kot?

iina said...

Mmglah kan kak.. org kalau berhutang tuh mmg liat nar nk membayar tapi klu kito lak utg dio.. ingat lak tuh

rezeki said...

samalah kak

bisnes banyak pun kalau susah nak dapat payment, poning palo hehehe

supplier yang term 30 days, 60 days dan 90 days perlu dibayar bila cukup masa

tapi ada yang setahun, dua tahun malah ada yang dah 5-6 tahun masih liat buat tak tahu je walaupun statment acc dihantar setiap bulan

tapi bila nak buat majlis minta sponser tak rasa malu pulak sedangkan hutangnya langsung tak bergerak pembayarannya

semuanya sebenarnya berbalik kepada sikap dan kebertanggungjawaban

tu yang kekadang duit ada tapi tak nampak pasal masih di atas awan , heheh

akhirnya saya redha yang semua ketentuan Allah dan doa Allah lembutkan hatinya

Anaasuria said...

ada pulak orang yang terpaksa ikat perut demi nak langsaikan utang.. huhu..

ibundo said...

azz,
iyo.. camtulah nampek e. Kok duo tigo ratus boleh gaklah dikiro sodokah. Tapi kalau sorang dah duo tigo ratus, bebanyak orang dah jadi berapo tu.

ibundo said...

kaklong,
kalau nak harap gaji soghang yo memang paneh muntut tiap bulan. Kok gaji bosa takpo lai..

WBH,
hutang tetap hutang.

NP,
Orang ni kadang2 cakap je yang berdegar-degar, bisnes itu ini tapi habuk pun tarak. Lari macam tu memang sampai lubang cacing orang cari.

ibundo said...

juliet,
tu yang ada sekolah potong duit pemberian seratus ringgit tu kot. Kesian budak2 jadi manngsa.

Marina,
buat2 tak faham tu lebih bahaya daripada tak tahu langsung.

maria,
tulah.. masa diorang masuk dulu imah belum jadi loyer. Next time memang nak kena buat.

Aku,
Ada gak terpikir gitu. Rasanya nak buat yang kat kampung tu. Musim durian bolelah kau datang sewa hehe..

ibundo said...

cahya,
Dah hantar surat tapi terus tak datang. Otak menipu memang bijak.

haslina,
bundo ni manusia biasa yang rasa keperitan bila dibuat sedemikian tetapi tetap menerimanya sebagai dugaan. Terima kasih.

anie,
Terlalu ramai sangat yang berhutang. Susah nak halalkan. Kpah seorang yang lemah.

ibundo said...

Ayu,
kpah tahu betapa mahalnya barang basah sekarang. Memang susah peniaga dibuatnya. Serba salah kan? Naik harga salah. Tak naik harga pun salah juga...

azani,
memang payah..
Payah nak cakap.

Zaitun,
Kalau banyak kesian kat orang pun, orang pijak-pijak kepala kita. Kalau dah berhutang banyak tu bilalah agaknya nak bayar. Tunggu duit gugur dari langit?

ibundo said...

erna,
iyo... dapek poi mokah tu na.

kasihibu,
sampai sekarang kakpah masih tertanya2 walaupun sudah lama berlalu.. tak ada ke timbul rasa bersalah?

iina,
hehe.. tu buek2 lupo tu

pak itam,
Itulah risiko orang berniaga ni kan? Baik kecik mahupun yang besar, tak lepas dari orang yang suka berhutang dan bayar bertangguh. kalau bisnes besar, tak terasalah jugak. tapi kalau setakat bisnes tadika ni yang semata-mata mengharapkan yuran dari ibubapa, memang terasa pak itam. Tambah2 lagi bulan 12 tak ada duit masyuk sebab cuti sekolah.

ibundo said...

Anaa,
sikap bertanggung jawab macam tu amat dibanggakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...