Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, December 3, 2011

Food photography

Aku suka beli buku resepi. Asal pergi kedai buku, bahagian yang aku tuju dulu adalah bahagian buku resepi. Anak aku memang dah tahu keghairahan aku mencari resepi baru.  Sama ada aku buat atau tidak, itu satu perkara lain.  Yang penting, beli.  Itupun kalau ada bajet dan harga bersesuaian. Dan aku punya rujukan yang banyak, daripada chef yang tak dikenali hinggalah ke chef gordon ramsay yang terkenal dengan mulut celupar itu.




Resepi yang bagus tanpa disertai gambar yang memukau akan menjadi hambar. Food fotography amat berkait rapat dengan melariskan jualan buku resepi ataupun majallah berkaitan masak memasak. Kalau aku tengok gambar ala-ala kadar dan tidak menarik langsung, aku akan tinggalkan buku itu.




Food photography mempunyai daya tarikan yang kuat.  Amat kuat.  Bukan saja untuk melariskan buku tetapi juga untuk menarik pelanggan ke restoren  atau kedai makan-makan. Awas.  Ada kalanya gambar-gambar ini menjadi perangkap kepada pemilik kedai.




Saya mahu set ini.

Bahaya meletakkan gambar tetapi makanan yang disediakan tidak menepati gambar yang diberi.  Maka akan terjadilah;

Kenapa tak sama dengan gambar? Saya mahu yang sama macam dalam gambar.  Saya tak mahu yang ini.

Keadaan seperti ini sering membuat aku rasa mahu meletakkan muka ke dalam henbeg aku yang memang sudah sedia penuh dengan resit dan kertas-kertas lama yang terlupa hendak dilupuskan. Ataupun meninggalkan saja orang sebelah aku yang membuat komplen di situ, menunggu set makanan yang menepati gambar yang dilihatnya di dalam buku menu.

Bukan omong kosong.  Ini realiti.


ibundo

16 comments:

kaklong said...

setuju 100%!

Hjh Noralenna Abbas said...

Sokong sangat-sangat. 'Tak macam gambar pun' menjadi sungutan.

sud@is said...

Awas gambar banyak menipu
ditipu oleh penipu....

Kakcik Seroja said...

Kebetulan pagi tadi sewaktu sarapan bersama suami di gerai, suami menunjukkan pada saya gambar hidangan sambil berkata ' mati kalau dapat pelanggan yang hendakkan hidangan sama sebiji seperti dalam gamabr tu...' hehehe....

Nizam.Ariff said...

Alaa.... dah tukar ke gambar-gambar makanan lak... aku baru nak berseni dgn gambar alam. Nak suruh mama masak-masak pulak lah...

ibundo said...

kaklong
tenkiu..tenkiu..

kak hajjah,
yang selalu komplen hasben kpah ni ha..

sudais,
hehe

kakcik,
hahaha.. tergelak besar kakpah sebab pelanggan tu mestilah hasben kakpah yang selalu akan nakkan makanan dia sama seperti dalam gambar.

nizam,
hehe.. kau jangan la ikut akak.

Unknown said...

saya suka tgk gambar yg selalu akak ambil..memang berseni:)

Acik Erna said...

kak pah memang pandai ambik gambar..cantik2 berseni..nanti kalau ado maso kiot jumpo..kak pah ambik gambar sey yo..jadikan mudo 10 tahun..he he..gurau yo kak pah.
tapi memang sey suko gambar2 yang kak pah ambik..kalau gambar cucunda duo orang tu..kalau nenda dio yang ambik gambar..cantik dan comel boto.

Zaitun said...

Itu cara menarik ramai pelanggan tapi kalau pun tak serupa dalam gambar biarlah ada rasa, betul tak kakpah?

ibundo said...

nieza,
gambar yang nieza ambil pun berseni jugak. bundo suka..

erna,
ala.. haha maleh nak usung kamera bosa bilo jumpo erna sok.
cucu duaorang tu memang model tetap.

zaitun,
betul.. betul.. dah lah tak sama, rasa pun tak de pulak.. tu yang buat darah naik tu ..

tasekM said...

kak.. ko ni amik gambar apa pun cantek kak...



:)

aliza said...

salam kenal dan dofollow sini
wow.. sedappnnyyaaa.. saya x suka masak tapi suka makan dan suka cari kedai makan, hampir setiap weekend bawa anak jalan2 cr restoran keliling Klang sampai shah alam... seronoknyaaa makaannn...

Aku Tiada said...

Sekarang ni blog ni dh jadi blog kegemaran saya.. suka dgn celoteh bundo.. salam perkenalan..

ibundo said...

tas,
kau pun dah mula mengasah bakat.

aimaniman,
salam kenal dari bundo. Masak dan makan tak boleh lari jauh. Ada orang tak suka masak tapi suka makan. Ada orang tak suka makan apa yanng dia masak. Bundo? Suka masak dan suka makan tapi selalu juga malas masak dan cari makan di tempat lain haha..

sayang257
salam kenal juga dari bundo. tkasih sebab jenguk bundo ni yang selalu menulis entah apa-apa..

akuzle ayu said...

in a way, 1 way of nk menipu??

ASH said...

hahahah..ATUK TERTIPU ke..bukan Nek TIPAH TERTIPU?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...