Kalau ini jalan yang dipilihnya, aku redha. Siapalah aku untuk menidakkan segala ketentuanNya. Tetapi sebagai ibu aku impikan yang lebih baik.
Sebak dia berkata-kata. Aku usap tangannya lembut menahan getar perasaan aku sendiri. Sedih aku melihatnya seperti itu. Sedih aku kerana aku hanya pendengar setia yang tidak dapat untuk menggalas sama kesedihannya sebagaimana ia menggalasnya.
Kau jangan hanya melihat kekurangannya dik. Lihat juga kelebihan yang ada pada dirinya. Aku percaya di antara keburukan itu ada kebaikan. Di antara kegelapan itu terselit cahaya yang bersinar. Cuma dia tidak nampak. Dengan doa kamu, muga-muga dia dapat melihat dan menggapainya.
Aku cuba memujuk hatinya yang rawan. Air jernih mula mengalir deras mengikut alur garisan pipi yang sudah ternyata kelihatan. Dia menggenggam jari jemariku erat dan kemudian melepaskannya bersama sebuah keluhan berat. Matanya yang sudah tidak bersinar lagi memandang aku sayu.
Tapi aku sedih kak. Sedari kecil dia menduga aku begini. Nasihat aku dipandang sepi. Peluang yang aku sediakan untuk memperbaiki kekurangan tidak diperdulikan. Aku risaukan hidupnya nanti kak sekiranya aku sudah tidak ada lagi.
Dik, senjata yang paling baik adalah doa kamu sebagai seorang ibu. Doakanlah yang baik-baik untuknya. Mungkin sekarang hatinya tebal untuk melihat susah payahnya hidup ini. Mana tau? Jalan yang dipilihnya ini adalah permulaan kepada sebuah pemahaman. Tanggungjawab baru yang dipikulnya sebagai permulaan kepada erti kehidupan. Kamu tidak boleh berputus asa dik.
Sendunya kedengaran terputus-putus dan tangannya yang cengkung berurat kasar menyeka air mata yang mengalir dengan tudung hitamnya yang kusam. Bahunya kulihat sedikit bergetar mungkin kerana menahan sebak dihati.
Biarlah dik. Biarlah dia belajar melalui pengalaman. Pengalaman akan mendewasakannya. Hujan ribut dan badai yang dialami akan surut dan berhenti juga sudahnya. Percayalah dik, pelangi tidak akan muncul tanpa hujan. Di hujung sana akan menunggu warna warni yang sungguh indah. Kamu peganglah kepercayaan itu dik. Pegang kuat-kuat. Ia akan menjadikan kamu lebih tabah. DIA tidak akan menduga kamu sebegini sekiranya DIA tidak menyayangi kamu.
Tapi aku bagaikan tidak dapat menerimanya kak.
Kamu cubalah menerimanya perlahan-lahan. Kalau kamu boleh menerima kesalahan dan kesilapan orang lain, tidak ada sebabnya kamu tidak boleh menerima kesilapan anak kamu sendiri. Pujuklah hati kamu. Sejukkanlah hati kamu dengan zikrullah.
Dia mengangguk-angguk. Mungkin kata-kata aku termasuk ke dalam sanubarinya. Kesihan dia. Banyak sungguh dugaan yang diterimanya kebelakangan ini. Aku berdoa semuga segala kepayahan dan musibah yang dihadapinya kan menjadikan dia lebih beriman. Semuga dosa-dosa lampaunya diampunkan.
Aku tengah mencuba kak. Mencuba untuk menerima.
Semuga hidup ini tidak sentiasa diselubungi sedih dan sendu.
Senyum dan ketawa adalah satu terapi yang baik.
(gambar kenangan semasa di beijing tempoh hari)
ibundo
11 comments:
Siapa pun ibu itu,didoakan agar tetap juga dia bertemu cahaya di perjalanan hidupnya.
Allahhu Robbi... terasa berat benar bebanan yg dipikulnya kakpah... namun benar sebagai org terdekat kakpah boleh memberi kata nasihat dan membantu meringankan bebanan minda yg ditanggung...
Moga ada sinar pada dirinya dan anak yg dibimbangi itu...
kadang-kadang kerana teralu ikut rasa kecewa, akan hilang keyakinan dirinya sebagai seorang ibu, tapi cara Ibundo menenangkannya memang merupakan satu suntikan semangat dan harapan baru untuk ibu itu.... moga-moga ibu itu akan memperoleh yang terbaik di antara doa dan harapan-harapannya
Salam ibundo,
Kdg2 kata-kata pun mnjadi pengubat yg menyejukkan hati orang yg brduka. Moga boleh mngubati perasaannya..
Sbg anak, kita mungkin pernah menyinggung hati ibu wlu sedaya upaya mnjaganya. Hati ibu trlalu lembut, tidak sprt bapa.
Saya doakan selamat buat ibu itu dan anaknya...
hidup ini penug dengan pancaroba
....siapa'kakak'?
....siapa 'adik'?
.
.
.
watak watak dalam cerita kali ini ialah.......jeng jeng jeng!
.
.
.
.
yang pasti bukan BIBIK!
Doa seorang ibu sungguh mustajab ... doakan yang baik2 untuk anak itu.. semoga sama2 ketemu cahaya di hujung sana..
pastikan kak pah, Allah janji.. sesungguhnya, sesudah kesukaran ada kemudahan... sesungguhnya sesudah kesukarang ada kemudahan..
Nampaknya berat betul masaalah yang dihadapi,berusaha... jangan putus asa dan berdoalah... insyaAllah doa ibu akan dimakbulkan.
kak pah..semoga kata2 kak pah meringankan bebanan yang ditanggungnya.
fuhhhyoo.. macam baca novellah kak.. pandai akak bermain dgn kata2 yg sangat meruntun hati saya huhuhu...
semoga ibu itu tabah menghadapi ujian Allah..
Bilo masuk bab macam ni, sey tak tau apo nak cakap, molainkan soba yoo laa..
Banyak sangat soba buek kito sobak.. huhuhu...
Post a Comment