Dari rumah aku, kelihatan rumah maklang sudah mula di panjat belukar. Semak samun mengelilingi rumah. Dan dicelah-celah semak itu kelihatan buah rambutan yang sedang masak ranum berjuntaian dari setiap dahan pokoknya. Geram. Berbekalkan kegeraman itu kami meranduk semak dengan pengelan dan kereta sorong.
Jaga-jaga tahi lembu!!!, jerit suami aku. entah dari manalah lembu masuk dan menaburkan baja.
Langkah perlu berhati-hati. Pengamatan juga perlu berhati-hati supaya buah rambutan yang dikait tidak tercebur dalam baja lembu yang berbaur dengan air hujan yang mencurah semalam dan pagi tadi. Tugasan dibahagi-bahagi. Ada yang mengait buah rambutan. Ada yang memanjat pokok duku langsat. Selebihnya memungut dan memasukkannya ke dalam kereta sorong.
Banyaknya nyamuk!! rungut yang memungut.
Papp!.. belepuk sana belepuk sini dan kedengaran jeritan kegelian bila melihat darah yang dihisap sinyamuk.
Suasana memang riuh dan nostalgia tinggal di kampung semasa kecil dulu kembali menerpa.
Ini adalah sebahagian daripada hasil kutipan kami pada hari ini. Kenyang. Kenyang sungguh. Buah duku langsat yang manis, buah dukong yang manis, buah rambutan yang manis, semuanya menjadi habuan kami yang memang mengambil peluang cuti panjang ini untuk pulang ke kampung sambil memungut buah-buahan yang masih ada.
Gambar di bawah ini pula adalah gambar belakang dapur rumah aku. Ada pokok duku langsat di situ. Cucu buah aku sedang mengait buahnya. Di belakang dapur inilah tempat abah memasak gula anau satu masa dulu.
Besok kami akan pulang ke bangi. Penuhlah belakang kereta dengan buah. Mungkin penuh juga dengan semut dan kerengga yang mengikut buah-buah rambutan.
ibundo
12 comments:
Assalamualaikum Ibundo
moga maklang mendapat pahala drp hasil tanamannya
Al Fatihah untuk Allahyarham maklang
boleh niaga ni kak...
:p
Atuk,
Itulah yg didoakan. Sebelum perginya dia berpesan supaya buah2an di keliling rumahnya dimakan.
Tasek,
Akak ingat nak bentang tikar tepi jln kat bangi jual buah ni hehe...
best nya ada kampung...~~
Alahai bestnye rambutan tu....
Berbudi kepada bumi, inilah hasilnya, sampai ke anak cucu. Syoknya ada kebun buah-buahan, ya ibundo?
Salam,
Kena selalu balik kampung . Selamat kembali ke BBB
Hari tu maso kek Nilai, kitorang amek buah rambutan kek ghumah kakak tu.. Punyo la banyak somut.. Abeh masuk sampai kek tompek duduk.. Banyak kali sombo pun tak hilang2 somut ehh.. Osah dogil boto.. hehe..
maria,
masa ni lah nak bagi anak2 rasa suasana kampung. kalau dah tak ada nanti, tak taulah kampung tu dijenguk anak2 ke tidak.
kak nora,
insyaallah pahala orang yang menanamnya sampai kepadanya.
azz,
somut ni memang dogel. Pandai yo de menyuruk nak ikut naik keto..
seronoknya ada buah rambutan... Mmg kesukaan saya tu kak...
marina,
sampai tak termakan. Kami agih-agihkan saja..
LF,
balik kampung jenguk rumah. Mak dah tak ada. Abah tinggal di bangi bsama kpah.
ain,
duku langsat tu pun manis..
banyak nya rambutan, duku dengan duku langsat tu Bundo. best betul dapat makan buah kat kampung, tak payah beli kan.
Post a Comment