Kecil dulu masa aku darjah tiga aku ada bela seekor burung. Aku beri nama burung itu Meri. Sebenarnya yang membelanya abah. Yang memberi makan emak. Aku cuma ambil bahagian konon-konon-aku-yang-bela.
Satu hari abah bawa balik seekor burung yang tidak berupaya untuk terbang. Abah kata kakinya patah (atau kepak?). Aku tanya abah nama burung itu. Abah kata burung tiong tapi aku boleh bagi nama lain kalau aku suka. Entah kenapa mulut aku menyebut Meri dan Merilah dia selamanya.
Emak bagi Meri minum susu dan ubatkan kakinya yang patah. Abah masukkan Meri dalam sangkar supaya dia tidak terbiar melata dan ditangkap kucing yang sentiasa berkeliaran di sekeliling rumah. Lama-lama Meri sembuh dan boleh terbang semula tetapi dia telah menjadi seekor burung yang jinak. Kalau dilepaskan, dia akan terkedek-kedek di atas simen, terbang rendah-rendah dan balik semula ke sangkar. Kalau namanya dipanggil, dia akan terbang datang mendapatkan aku.
Lama-lama Meri sudah pandai terbang jauh. Terbang berkawan dengan burung tiong yang lain. Tetapi walau jauh mana pun dia terbang, dia akan pulang semula. Kalau terbang pagi, sebelah petang dia akan balik semula ke rumah.
Satu pagi Meri terbang. Petang dia tak pulang. Besoknya juga dia tidak pulang. Lusanya juga dia tidak pulang. Abah kata dia sudah pergi jauh bersama kawannya. Mungkin juga dia sudah berkeluarga dan tinggal bersama keluarganya. Aku rasa sedih kerana aku merasa akan satu kehilangan walaupun ia hanya sekadar seekor burung tiong.
Satu petang seminggu selepas itu, semasa aku sedang duduk di beranda rumah, Meri datang tercangok di kekisi beranda. Aku hulurkan tangan dan dia datang terbang ke tangan aku. Aku usap-usap bulunya dan dia membiarkan saja. Aku tanya kemana dia menghilang. Dia menjawab cit..cit..cit.. cit..cit..cit..
Tidak lama kemudian dia terbang dan hinggap di atas dahan pokok di tepi rumah. Ada beberapa ekor burung di atas dahan itu. Meri berbunyi lagi cit..cit..cit.. dan terus terbang bersama burung-burung yang lain. Terbang meninggalkan aku. Terbang dan tidak pulang lagi.
Pagi tadi semasa aku berjoging bersama hasben aku, ada beberapa ekor burung tiong sedang mematuk sesuatu di atas tanah. Dengan sendirinya kenangan aku kepada Meri datang kembali.
ibundo.
23 comments:
salam kak pah
brp round kak pah jogging hehehe
kak pah puas makan buah dari kg, kami pulak berkotak2 tu limau org kasi hehehe
itu pun dah bagi2 org
hari ni saya tak meronda pasal seharian semalam meronda cari bahan utk koleksi foto di tg piai
jadi hari ni meronda kat rumah kawan2 di alam mayalah gamaknya
ni pun tgh mengadap lappy dok edit semalam punya hasil tangkapan hehehe
syahdunya cerita ni. sangat menyentuh hati walaupun hanya seekor burung.
Sedih pulak cerita ni kak pah. Kehilangann sesuatu yg kita sayang waima binatang terasa kehillangannya.
kak pah..dia datang kali terkahir untuk mengucapkan selamat tinggal tu..
Oh kakpah...ini dah macam cerita pendek kanak kanak zaman 60 an ni...kalau diolah semula boleh buat novel kanak kanak....cer suruh budak nizam tu olah..:-)
agaknya dia dah berhijrah ke negara 4 musim, ek....
novel kanak-kanak? meh sini aku kena interbiu kakpah dulu...
tapi biasalah, mesti hujung-hujung burung tu mati kena gilis stimroll ke, kena panggang dek wayar letrik LLN ke... hahaha
Sesuatu yang pernah kita sayang, tak akan mudah luput dari ingatan - walaupun ia hanya seekor unggas. :)
rajin nya jogging.Saya tak berapa rajin..
Mesti rindu masih terpahat pada Meri kan...
kak pah, sedih lah baca entri ini. walau tak pernah ada binatang peliharaan seperti kak pah, tapi pasti kak pah rindu pada si meri, kan.
owh... Meri beritau dia nak gi jauh dah...
pak itam,
joging seround je.
Hasil tangkapan pak itam cantik cantik. Jeles tengok.
cikinto,
hehe kenangan masa bebudak dulu.
erna,
kakpah ingat pun macam tu gak. Nak bagitau yang dia dah ada family kot..
ash,
nak suruh nizam olah? Boleh pecaya ke dia ni.
maksu,
hehe.. tak tau ler tu
aku,
ha.. kan aku dah kata dah. Ko tak boleh dipercayai.
kakcik,
betul lah kakcik. Dia binatang peliharaan yang pertama kpah. Tak boleh lupa.
hani,
kena rajin. Kalau tak rajin pun kena terpaksa rajin.
mamawana,
masa tu rindu lah. Lama-lama hilang tapi ingat tetap ingat.
cikgu nomah,
sebulan dua gaklah menunggu kot-kot dia balik.
Maria,
agaknyalah...
Memang tiada suatu pun yang akan kekal menjadi milik kita, kan?
.....tersentuh hati kecil mamaijat...
biarpun seekor burung....
tetap inagat akan orang yang berjasa padanya...
dan sebelum pergi masih datang untuk mengucapkan tq.....
adohai.....
banyak yang tersirat dalam tersurat..
hanya jauhari jua yang mengenali manikam...
Bukan main lagi namo burung tu..
Sey bnyk kisah kucing yo kak.. hehe...
'hubungan' yang tak dapat dijelaskan ngan kata2.. :)
kasih tertumpah - indahnya kasih sayang anugerah ALLAH
sedihlah pulak sya kak, walaupun cuma kisah seekor meri si burung tiong
kalau dah sayang walaupun pada binatang mesti terasa ralat jugak kan?
SEsekali mesti teringat haiwan yang pernah kita bela tu,sebab dah melekat pd minda kita, ..sayang,kan..
azie,
bukan milik mutlak kita.
mamaijat,
banyak kali kpah tak boleh tinggalkan komen di n3 mamaijat. Kenapa ek..
azz,
haha.. sampai dah tak tau namo apo nak bubuh kan?
anaa,
yes..
sudais,
semuga hidup kita ini penuh dengan kasih sayang
kasih ibu,
huhu... tu lah..
sal,
tambah2 lagi yang pertama..
Post a Comment