Bila bercakap dari jarak jauh, abah akan suruh aku mengulang kata-kata aku. Dia kurang tangkap apa yang aku cakapkan. Haritu semasa membuat operation matanya, aku bertanya sama ada dia lapar ke tidak. Abah mempunyai jadual yang cukup berdisiplin. Kami seisi rumah sudah hafal akan jadualnya. Jadi, bila jam 12, abah masih lagi berada di klinik, belum makan tengahari dan belum membuat operation, aku bertanya;
abah lapar ke, sebab aku ada membawa bekal roti sekiranya abah nak makan.
Abah jawab, nampak!!. Mungkin jarak aku yang duduk kira-kira 3 meter di hadapannya membuat dia keliru akan apa yang keluar dari mulut aku.
Itu abah.
Ada juga orang lain di rumah ini yang bila aku berkata sesuatu, dia akan bertanya semula;
h'a?
Boleh dikatakan setiap kali aku bersuara, dia akan mengh'akan aku supaya aku mengulangi semula apa yang aku cakap. Kadang-kadang aku fedup dan bertanya kenapa dia asek h'a h'a saja. Adakah dia tidak mendengar apa yang keluar dari mulut aku.
Dia jawab, abang bukan tak dengar tapi awak yang bercakap tidak jelas.
Hmmm.. mungkin aku yang salah?
Minggu lepas kami melawat sedara yang kena penyakit kencing manis di hospital serdang. Keadaan kencing manisnya memang tinggi sehingga tidak ada nombor yang keluar dari alat mengesan kadar gula dalam darah. Menurut isterinya, semasa dimasukkan ke hospital, suaranya macam tersekat di kerongkong. Butir-butir yang dicakapkan tidak kedengaran dan difahami langsung.
Aku rasa percakapan aku masih lagi jelas.
Pagi tadi semasa aku bersilat berkungfu di dapur memasak makanan untuk dimakan tengahari, aku berkata pada watik bibik aku.
Tik.. puyuh tu nanti lepas dibasuh, tapis.
Dan aku terus menyediakan bahan untuk aku memerap daging puyuh. Selesai, aku mencari-cari burung puyuh yang telah aku suruh tapis tadi. Bila cari tak jumpa, aku tanya;
Puyuh tadi kau letak kat mana Tik..
Dalam peti ais buk.
Kenapa letak balik dalam peti ais.
Kan ibuk cakap lepas basuh masuk peti ais.
Masa kecil dulu kalau aku menonton cerita yang ada adegan pekak badak, aku akan ketawa terbahak-bahak. Ia lucu. Waktu aku menulis ni tiba-tiba saja aku bayangkan wajah aman belon.
ibundo
25 comments:
Aduhhhh...memang payah berbicara dgn orang yang kurang pendengaran.
Bayangkan saya yg tak boleh mendengar lansung (zero) apa yang di tuturkan..isi keluarga rumah kena eja perkataan menggunakan jari (a,b,c). Kadang2 jari mereka laju masih juga saya tak dapat tangkap, mereka fedup tapi saya kecil hati terus berlalu dr situ..huhuhuhuhu
hahaha... luculah kak pah. agaknya kak pah suka bercakap tak mengarah pada orang yang diajak lawan bercakap. bercakap sambil membuat kerja...
uwan kaklong kak dah 96thn umor ea,pokak tak rabun pun tak,cumo badan ea tak buleh lelamo bediri skrg ni...
ajak bejalan jauh sikit pun tak nak deh,ari tu maso balik jongok dio,dio koba kek kaklong.."donga2 an uwan ni,raso2 ea dah tak lamo dah"
errrmmm..ontah lah kak....
Hi hi dah umur meningkat ini, kadang kala ada sound trouble.
.....abah kita pun dah kurang pendengaran...
kalau nak bercakap kena dari depan....
dia kata sebab makan ubat kencing manisnya banyak sangat..
maksudnya dah terlalu lama...
kesian abah...
kadang2 mak pun macam bosan nak bercakap ngn abah...
sebab lain di tanya lain di balas......
sian abah den.....
Hmmm... kalau perajurit tak ikut arahan komander, perajurit kena hukum. Kalau komander tak beri arahan yang jelas, komander kena hukum... (art of war). ada kaitan tak?
susah nak pastikan punca masalahnya hehe
Salam,
Beruntungnya masih ada ayah ! Moga ayah sihat
Lucu becampur pilu.. teringatkan rwah ibu yg dengar tak dengar. Kita ingat dia tak dengar rupanya dia mendengar. Bila kita ingat dia mendengar rupanya dia langsung tak mendengar...sob3
Selalu ckLah kagum dengan kumpulan murid CP yang berusaha memahamkan ucapan di tengah pentas melalui guru bahasa isyarat di bawah pentas. Tapi, murid yang normal, orang berucap di pentas mereka pun nak berucap sesama sendiri di belakang. Rasa nak tarik telingo mereka.
harap2 ibundo cepat2 check ke pakar ya..
mana tahu.. butiran percakapan ibundo semakin perlahan
hahahhaa..anggap la sebagai cabaran
Hahaha... kak ...memang terbayang watak aman belon cerita Keluarga 69 hahaha...
Mungkin rasanya diorang tak tumpukan perhatian pada apa yang kita cakap...tu yang lain kita cakap lain pulak yang diorang dengar...
Sedih kan bila kita cakap, orang tak faham atau tak mengerti langsung.
*Aman Belon? Saya teringat satu watak (Mustarjo kot) dlm Seniman Bujang Lapok, dia cakap “macamana saya nak masuk dalam telefon nih!” hehehehe
Marina,
salam. Dikira u beruntung kerana dapat merasai alam yang bising bingit dan alam yang senyap sunyi. Juga lebih bersyukur akan nikmat yg diberi allah. Saya cemburu di situ....
cikgu normah,
percakapan normal, diorang yang tak dengar hehe..
kaklong,
panjang botul umo uwan tu. Abah pun selalu cakap macam tu kaklong...Sodeh bilo donga.
kak nora,
sound trabel.. kehkeh..
mamaijat,
bila kita dah lama hidup, banyak nikmat yang ditarik balik. Kadang-kadang jadi unsur jenaka bagi anak-anak.
Aku,
tak ada kaitan langsung.
suri solehah,
hehe.. puncanya banyak wire yang dah terputus.
LF,
Memang beruntung. Alhamdulillah.. masih boleh berbakti kepada bapa.
Mamawana,
Ya.. kena berhati-hati dengan apa yang kita kata sebab kita tidak pasti mereka yang seperti ini dengar atau tidak. Kadang bila bercakap kuat tak dengar. Bercakap perlahan dengar pulak.
Cklah,
Bukan bebudak saja yang berperangai macam tu. Orang tua pun. Ustazah bagi ceramah kat depan, diorang berceramah pula di belakang hehe..
Ayu,
Hehe.. bundo ni cakap okay jer yu..
Khairin,
memang cabaran sungguh.
Anie,
watak aman belon memang selalu mencuit hati. Tapi anak-anak sekarang tak kenalkan dia ot.
azie,
huhuhu.. memang sodeh.
Blanyak awak orang dulu dulu yang lebih lawak daripada lawak orang sekarang.
Ayah saya berumur 85 tahun punya masaalah pendengaran juga.Kadang2 amat susah untuk berinteraksi dengan dia walaupun dia menggunakan alat pendengaran yang kadang2 tak dipakai.
hajjah
pendenganran saya spektrumnya sudah kurang , occupational deficit...
sangka menyangka , orang yg kurang mendengar akan berkata orang lain bercakap perlahan
bundo,
ni mesti spesis dah la cakap laju, pelahan lak tu..kalao itu la spesisnya, gimme ten.. hehehe...
Abah Kakpah lebihkurang bapak kakak usianya (tua bapak kakak sikitlah). Betulllah kakpah kalau dari belakang kadang dia kurang dengar...
Zaitun.
Kita manusia ni pun ibarat barang yang dah lama dipakai. banyak kurang di merata tempat hii..
azani,
suasana di tempat kerja pun ada kesan nya ek..
sudais,
haha.. macam tu lah kan?
anaa,
tapi bundo ni cakap maintain speed hehe
Haaa?....
Post a Comment