Satu hari beberapa minggu yang lalu aku menerima satu panggilan. Panggilan daripada seorang lelaki yang suaranya aku dah tak kenal.
Dia tanya aku, 'ni tipah ke'.
Aku jawab pertanyaan dia dengan pertanyaan, 'ni siapa?'.
Dia masih juga bertanya 'ni tipah jemapoh ke'.
Aku jawab,'haah.. ni siapa ni'
Dengan ketawa ketawa dia berkata, 'ala.. kawan hasben kau masa kat MC dulu'..
Dan dengan serta merta aku teringatkan satu wajah berambut afro semasa zaman remaja. Dia, seorang yang ada pertalian keluarga dan juga seorang kawan.
Semasa remaja waktu cuti-cuti sekolah yang panjang, dia sering ke rumah aku. Bukan untuk melepak-lepak tetapi untuk menemaninya ke rumah girlfriendnya yang kebetulan adalah kawan baik aku. Kami akan berbasikal dan berlumba-lumba siapa yang kayuh laju. Selalunya aku akan tinggalkan dia di belakang.
Satu hari semasa dia pulang bercuti dan berbual-bual, aku dengan berseloroh meminta dia kenalkan aku pada salah seorang kawannya di MC. Dia kenalkan aku pada kawan baiknya dan kami berutusan surat tanpa bersua muka untuk bertahun-tahun. Dari aku tingkatan lima hinggalah aku habis sekolah tingkatan 6.
Satu peristiwa menjadi rentetan kepada satu peristiwa yang lain. Kawan baiknya itu kemudiannya menjadi ayah kepada anak-anak aku. Sedangkan dia dan girlfriendnya membawa haluan masing-masing.
Kita kena akur pada destini. Sekiranya kita sudah disuratkan untuk menerima sesuatu, untuk menjadi sesuatu, kita tidak dapat mengelaknya lagi. Apa yang berlaku pada hari ini adalah permulaan untuk apa yang akan berlaku kepada kita kelak. Kita tidak akan tahu apa yang telah dijanjikan untuk kita. Baik buruk bukannya satu pilihan.
Kami akhiri perbualan pendek kami dengan dia meminta nombor telefon hasben aku, kawannya. Dalam hati, walaupun aku tidak pernah menyuarakannya, aku amat bersyukur kerana kata-kata seloroh aku dulu telah menemukan aku dengan seseorang yang amat bermakna buat aku di dunia ini.
Happy birthday bang...
ibundo
31 comments:
Salam,
Happy Birthday to yr hubby.
Berseloroh membawa kebahagian akhirnya..Alhamdulillah..
Salam Happy Birthday untuk abang Tipah ya kak Pah? Hehehe
hepi befday prof.
:)
.
entry yang sangat ayu nantikan..
sebab ayu suka tau dengan sessi pertemuan dan perkenalan y terus membawa bahagia
terima kasih buat sahabat suami ibundo yang sudi membantu..sekurangnya itu perantaran kalian bertemu hingga kekal selamanya..
selamat hari lahir buat suami ibundo..
so sweet... hehehe happy birthday bang... auwww.. romantik rupanya kakPah ni ya.. boleh tahan jugak kakPah masa muda2 ya...huhuhu
happy bday buat suami kak pah..hehe ada persamaan dengan perjalanan hidup saya ni kapah:)
kakpah..tadi ada kawan beritahu Dr fazilah mat noor telah kembali kerahmatullah minggu lepas..kakpah kenal tak?Dia sama batch dgn saya.
eceh....
gurau-gurauan!
selamat hari lahir buat suami kak pah..tak sngka sungguh..hehehe
Terkenang-kenang!
Selamat Ulangtahun Kelahiran to suami KAK PAH. Moga jodoh berbahagia selamanya dan terus rukun damai.
happy brithday prof!
alahaaii..ghaso romantik lak cito nih...heheheheh!
kak pah selamat hari lahir buat suami kak pah..semiga diberikan kesihatan yang baik dan dirahmati kak pah sekeluarga.
Hepi besdei utk suami Kak Pah.. Moga panjang umur dah sihat selalu...
salam kak pah
moga kebahagiaan kekal selama2nya dunia akhirat
insyallah
selamat ulang tahun buat abang
Selamat hari ulangtahun kelahiran buat suami Kak Pah. Sangat 'cantik' cara Kak Pah menyampaikan ucapan itu. :)
kenangan mengusik jiwa..
alhamdulillah, bahagia sehingga kini dan selamanya..
Moga panjang umur dan murah rezki untuk kakpah, suami dan seisi keluarga..
jodoh itu datang dalam pelbagai cara
hepi beday tu u...
hepi beday tu u...
hepi beday... hepi beday...
hepi beday tu u....
semoga bahagia selalu... Amin...
salam ulang tahun buat tuan hajji ...
cinta bersurat! kalau budak sekarang cinta-fb, dulu sikit cinta-irc... hehe, kak pah pun lebih kurang rupanya...!
semoga dirahmati allah dunia akhirat :)
kak..
atok ado lotak bodak tak lam surat dulu?? hihihi!!
selamat ulang tahun kelahiran atok.
semoga dikurniakan kesihatan yang baik.
sampai kan salam pada Prof ye kak..selamat panjang umur dan bahagia dunia akhirat...
kak..story lah sikit kisah kisah lama tu kak...
Salam,
Seronok membaca entri ini .. LF tumpang gembira dengan kebahagiaan kawan2
Telah tertulis di loh mahfuz dialah jodoh kakpah sebenarnya cuma cara itu yg disebut qada' & qadar Allah.
Syukur dipertemukan dgn insan yg terbaik buat kakpah.
Happy birthday juga buat suami kakpah
askum..kak pah..sy blogger bru..jalan2 jumpe blog nie..menarik bg sy..nk mntak kbnrn link blog nie kat page sy yer..slam kenal..jom exchange2 blog :)
selamat hari jadi, bang aji..
hehe.. birthday note yang sungguh bersahaja dan penuh makna...
happy birthday to hasben bundo..
sudah begitu suratan ketentuan jodoh pertemuan ya kakpah semoga berbahagia keakhir hayat
Sampaikan salam dan birthday wish ni untuk your other half k.
"Happy Birthday and may both of you stay happy and god bless you both"
salam ziarah...=)
sweet story...moga berkekalan dalam redhaNya...
http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/01/misteri-darah-wanita.html
so sweet..kak..rasa terbuai2 baca coretan kak pah...
jodoh ajal maut ketentuan Ilahi..kita merancang Allah yg menentukan...sy kini sedang mencari destinasi hidup sy...
hepi besday utk utk hubby akk..sweetnye moment tu..siapa lah kita utk menentukan nye..yg pasti Dia lbh mengetahui..
Post a Comment