Oleh yang demikian, aku terpaksa menterbalikkan anggota aku supaya sama dengan imej yang mereka nampak.
Put up your right hand!
Aku angkat tangan kiri aku dan mereka secara otomatis mengangkat tangan kanan.
Show me your left hand..
Aku contohkan diri aku dengan mengangkat tangan kanan dan mereka akan mengangkat tangan kiri mereka.
Pada peringkat awal ini memang penting mereka mengetahui mana kiri mana kanan. Alhamdulillah setakat sebulan sejak mula sesi persekolahan, murid aku sudah tahu mana satu kiri mana satu kanan.
Tapi hasben aku masih konfius.
Masuk simpang kiri!!! Maksudnya simpang kanan.
Masuk simpang kanan!!! Maksudnya simpang kiri.
Jadi, untuk menghilangkan kekonfiusan, aku suruh dia tunjuk dengan tangan. Kalau dia kata kanan, aku kena tengok tangannya. Ada kalanya memang betul mengarah ke kanan. Tetapi banyak kali tangannya akan menunjukkan ke arah kiri.
Konfius?
Den pun konfius gak ni.
ibundo
17 comments:
sama dgn sya kak, kadang keliru nak masuk kanan ke kiri
sedangkan enpakwe dah kata masuk kanan
sya boleh tanya mana kanan
hehehehe....
saya pun kalaumemandu, bila orang suruh masuk kiri, saya kena tengok dulu tangan kiri saya di stering. kalau tak mesti tersilap
aikk Cm pun cam tu gak tak boleh jadi navigator bila masuk dalam kereta..konpius gak:)
kalau guno GPS kan sonang...heheheh!
ha ha ha..kak pah..agak e..memang cam tulah.saya pun selalu tekono camtu..kadang2 saya marah...saya cakap..kok iyo pun dah tuo..tak kan kiri kana dah tak tau laie..
Sallam kakpah,
Ramai orang kena macam tu,
saya pun selalu kena kalau
mengarahkan anak ke kiri atau kanan...
tapi lebih bahaya lagi kalau tukang arah yang silap, nak masuk kanan terarah ke kiri..hehe..
kono hantor tadiko balik tu Bundo... ;p
Wuih..!
Kalau di suruh terus jangan belok-belok, mau dia angkat dua-dua tangan.. bahaya tu...
ooo ruper nyer masih ada lg golongan yg kompius ni hehehehe
kasihibu
hehe kena praktis selalu..
cikgu normah,
patut ke di tampal kat cermin kereta depan pemandu arrow dan label penunjuk arah? supaya tak konfius lah tu..hehe
cm
kena tengok tangan tu
kaklong
iyo gak tu
erna,
haha.. tegolak den ni ha..
lipis lady,
salam. Lepas tu yang tukang bagi arahan ni pekakkan telinga sebab kena leter ye tak..
maria,
hii.. tulah sebabnya. Kecik2 dulu tak masuk tadika.
Aku,
Lesen kete kau ni beli ke sah..
khairen,
adaaaaaa....
heheheh kelakar. Sebab saya teringat sorang kawan. Kalu soh kanan, elok jer kanan. Tapi kalu sebut left right, berterabur! hehehehe keliru bila bahasa ditukar.
Bahayo ni kak.. Kok jalan tak sibuk takpo... Buek ehh jalan sibuk, haru jadi ehh nanti.. huhu...
ehehe, comel yo!
ibundo, saya sangat faham apa yang terjadi ngan hasben bundo, sebab saya jugak ada maslah yang sama.. kadang diri sendiri pun, bila cakap kanan terpaksa tengok tangan sendiri.. bukan setakat tengok tangan, tapi tengok tanda kat tangan.. kalau ada tanda tu, maknanya tangan kiri.. yep, kami adalah spesis yang wayar ada sikit tukar dalam otak.. hahaha... gimme 20 boleh..?
hajjah
baru saya dengar, masalah begini, sense of direction bercelaru...
kalau tak dapat bezakan huruf dyslexia, kalau direction nak panggil apa ya?
kak
ada kawan saya cakap kalau confius mana kiri atau kanan ni..otak nya macam Einstien...heheheh
azie,
heh heh.. tu belum massuk cakap korea lagi.
azz,
apo lai.. konolah buek u turn tak mano-mano tah..
kog,
sapo comel.. kpah ko..
anaa,
haha.. teruk tul lah kau ni. mesti banyak wayar yang dah tertukar ni..
azani,
kpah selalu cakap yang dia dslexsic tai tak nak ngaku. Dia kalau buat peta pun terbalik..
ezza,
betullah tu za haha..
Post a Comment