Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, February 11, 2012

Cubalah selagi ada keupayaan

Mencuba sedaya upaya. 
Kita ingin membuat sesuatu tetapi berhenti sekerat jalan. Alasannya, tidak boleh.  Sedangkan kita belum lagi mencuba ke tahap maksima. Ataupun kita rasa kita telah mencuba yang sepatutnya tetapi masih juga tidak dapat melakukannya. Ia membuat kita mengalah. Merasa kalah. Malah dikalahkan oleh perasaan sendiri.

Tak boleh mak!!

Kenapa pulak tak boleh. Belum cuba lagi dah kata tak Boleh.

Dah cuba dah.  Tak boleh.

Will power kena kuat. Kena cekalkan hati.

Itu kata anak aku yang tak boleh meninggalkan makan nasi walaupun badan dah naik berkilo-kilo.  Perancangan menurunkan berat badan sehingga sepuluh kilo masih tinggal pada tahap perancangan. Malah dalam tahap perancangan, sempat lagi menambah lemak-lemak yang telah sedia terkumpul.

Mencuba sedaya upaya.
Begitu juga aku. Mencuba untuk mengupdate blog tetapi tidak berjaya kerana draft hanya tertulis dalam otak.  Aku cuba untuk melakarnya dalam bentuk tulisan tetapi tidak berjaya.

Apasal mak tak update.

Ntah.. dah rasa malas.

Mungkin aku tidak mencuba sedaya upaya untuk keluar dari kemalasan dan mencatat sebaris dua. Sekurang-kurang memberitahu bahawa aku masih menghirup udara kurniaanNya di pentas dunia ini.

ibundo

20 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak selalu ada rasa macam itulah kakpah... masa tengok resepi dapur kakpah kat office berkobar-kobar nak buat. Bila dah sampai rumah tak manjadi...

atuk said...

Assalamualaikum Ibundo

moga diberi semangat untuk terus berblog

Amie said...

Assalamualaikum Ibundo,
memang begitulah.... tapi Amie selalu ingatkan dalam perhimpunan pelajar bahawa semangat itu boleh hilang, boleh lari... jadi kena kejar, kena cari, dan mesti tanam semangat setiap kali bangun pagi... he he hehhh nak bagi motivasi untuk exam lah ni.
...Amie pun kadang-kadang hilang semangat!

mamaijat said...

.....kadang2 semangat menggunung tinggi tapi penyakit 'M' membuat semua kerja terbengkalai..kan!!!

Tijah said...

samolah kak. sy lagi teruk dah dekat sebln tak tau nak update apa lagi. mcm dah tepu pun ya.

Zaitun said...

Macam tu jugalah saya banyak benda nak buat tapi akhirnya tinggal begitu saja.

tasekM said...

aku pun malas kak.
tapi buat2 rileks je.

hehe.



.

h4ni3 said...

den pikir camni yo.. blogger sambilan mcm den malas update new entry takpe kakpah..
kalo jenis tiap2 entri tu berbayar 2-3riban, tu memamng rugi la kalo tak update.
hehehe

rohaizahabas said...

kak
kekadang tu bukan sebab malas nak update kak...ada masa nya kita kekeringan idea dan block minded...itu yang saya rasa dan terjadi pada saya...

aNIe said...

Kak...samalah kita...bila dah berhenti menulis sehari 2...rasa malas menjadi2...

Cik Azz said...

Samo la dgn sey ni kak.. Dok kato nak turunkan berat badan tapi banyak molingkar yoo huhuhu...

Sey pun dah maleh dah nak hapdet blog... Tu yang hapdet lagu yoo tu... hehehe...

Acik Erna said...

kak pah..ado maso tulih la kak pah..kito bukan jineh yang menulis hari2..tapi sesekali kak ph tulih tu..makno e bagi kaba,..kok tak nanti rindu lak ngan kak pah.

Unknown said...

Salam,
Bagusnya ... kita beri semangat kpd anak ... anak juga memberikan motivasi kpd kita.

azieazah said...

Dah lama... lama sangat saya tak dengar perkataan will power tuh... Macam tak da orang nak sebut gitu pada saya... kecuali diri saya sendiri.

sal said...

klu kita sibuk,bnyk benda yg perlu dibuat. minda pun tak rehat..bnyk idea difikiran tapi tak tertulis...akak sal pun macam tulah jugak...
selamat berhujung minggu..

AzeedA said...

hihiiii kite sherupeee le akak uuii.. kurang2 gambor2 akak tu menawan qolbu ;)

julietchun said...

pelan2 tulis kak, mesti boleh :P

ieja amieja said...

ada masanyer kemalasan yg melanda x de ubatnyer..sesekali ada khabar pun memadai..

Anaasuria said...

memang betul bundo.. semangat dalaman kena kuat kalao nak melawan rasa2 tak elok dalam diri ni.. peperangan dalaman.. sebab dia kat dalam, kalo kalah orang tak tahu.. tu yang sokmo kalah.. huhu..

Anonymous said...

Tak aper kak pah bila rajin, ada idea bagus kita menulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...